Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Hapuskan Pigmentasi Pada Kulit Wajah Dengan 11 Serum Untuk Jeragat Ini

Miliki kulit cerah dan sekata

Product in this article

Masalah kulit yang tidak nampak, mungkin  tidak akan menimbulkan rasa kurang keyakinan diri. Tetapi berbeza pula dengan masalah kulit yang jelas tampil terutamanya pada kulit wajah seperti jeragat dan jerawat. Penggunaan produk yang salah juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit timbul seperti menggunakan produk timbang kilo yang mengandungi kadar bahan merkuri tinggi. 

Apakah penyebab utama terjadinya pigmentasi / jeragat?

Jeragat atau  nama lainnya, hiperpigmentasi ialah gejala kulit yang tidak berbahaya namun dapat meninggalkan kesan tompokan gelap dan hitam sehingga kesan cela jelas kelihatan pada kulit wajah. Kesan tompokan gelap ini sering terjadi di bahagian tepi wajah dan sekitar tulang pipi. 

Apabila kulit anda mengeluarkan lebihan pigmen gelap (melanin), ianya terhasil dan membentuk di atas lapisan kulit wajah anda. Nah, disinilah penggunaan serum berkesan untuk mengurangkan permasalahan jeragat. Ayuh lihat senarai serum untuk jeragat;

10 Serum Terbaik Untuk Kurangkan Kesan Jeragat

Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml)

RM 26.32
Rosken
1. Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml)
Rawat kulit jeragat dengan segera

Gunakan rawatan intensif untuk merawat kesan pigmentasi atau jeragat melalui Rosken Bio Serum ini. Ianya dapat melawan kulit bermasalah seperti kesan regangan (stretch marks), parut, tona kulit tidak sekata dan melambatkan kadar penuaan kulit wajah. 

Gabungan formulasi dari Vitamin A & E, minyak Chamomile, Lavender, Rosemary, Rosehip dan Calendula menjadikan serum ini berkesan untuk melindungi cela yang timbul pada kulit wajah. Bersifat hypoallergenic dan bebas daripada bahan pengawet tiruan, serum ini sesuai untuk anda yang miliki kulit sensitif.

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

RM 35.99
The Ordinary
2. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Serum untuk yang alami masalah jeragat cenderung berminyak
add_circle sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle budget-friendly
add_circle tiada pewangi tambahan
remove_circle Mempunyai bau seperti bahan kimia

Niacinamide, juga dikenali sebagai Vitamin B3, berfungsi mengurangkan kesan cela pada kulit sambil mengimbangi kadar sebum semulajadi untuk mendapatkan kesan kulit tidak berminyak. Ianya juga berfungsi untuk membaiki penghadang kulit supaya tidak kehilangan kelembapan dan hidrasi sambil menenangkan keradangan pada kulit.

Zink pula ialah bahan yang dapat merawat parut, kesan gelap dan juga jeragat dengan berkesan. Ianya juga dapat menggalakkan pengeluaran kolagen dalam kulit untuk mengurangkan penampilan kedut dan garis halus.

Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum (5ml)

RM 30.5
Garden of Eden
3. Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum (5ml)
Terbaik untuk kulit jeragat dari drugstore – berkualiti tinggi

Cecair eliksir ini mengandungi 3 jenis campuran minyak ajaib iaitu Rosehip, biji anggur dan Vitamin E tulen yang akan membuatkan kulit anda bebas daripada pigmentasi. Berkesan dalam meratakan tona kulit dan menghasilkan tekstur kulit anjal.

Minyak Rosehip dan minyak biji anggur akan melembap serta menggalakkan pembaikan sel kulit. Vitamin E tulen dalam serum ini pula ialah bahan anti-oksidan yang akan membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan  mengurangkan garis halus.

Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)

RM 34.6
Serum untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat
Nano White
4. Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
Serum untuk halang jeragat dan jerawat dengan berkesan
add_circle tidak berminyak dan melekit
add_circle meresap ke dalam kulit dengan pantas
add_circle sesuai untuk di'layer'kan dengan makeup

Jika anda mengalami kulit rawan jerawat, produk ini sesuai untuk anda. Dicipta dengan Nanoteknologi dan Omega White-C, serum ini berkesan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk membersih bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata.

Nano White juga amat terkenal dengan formulanya yang sentiasa mensasarkan untuk merawat kulit berjerawat. Lihat perbezaannya dalam masa hanya 2 minggu sahaja. Yang penting, produk ini tidak merengsa dan menyebabkan iritasi pada kulit wajah. Apa lagi, cubalah sekarang!

Shiseido Senka Junpaku White Beauty Serum

RM 47.93
Shiseido
5. Shiseido Senka Junpaku White Beauty Serum
Terbaik dari Jepun – hapuskan pigmentasi dengan pantas

Dengan menggunakan teknologi Shiseido m-tranexamic acid, serum ini dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran UV dan menghapuskan proses pembentukan melanin. Bahan yang terkandung di dalam serum ini adalah semulajadi seperti White Silk, Rice Bran, madu dan Japanese Mugwort

Asid Hyaluronik pula bertindak sebagai pelembap pada kulit agar kekal hidrasi sepanjang hari. Ianya berkesan untuk menghapuskan bintik hitam dan freckles agar kulit wajah anda tampil segar, berseri serta bermaya.

Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)

RM 48.90
Serum pemutih wajah dari bahan organik – sesuai untuk ibu hamil
Cosmoderm
6. Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)
Sesuai buat kulit jeragat yang matang, halang penuaan
add_circle sesuai untuk kulit matang
add_circle mencerahkan kulit dengan selamat

Diformulasi dengan menggunakan Apple Stem Cell, Collagen dan minyak Rosehip, serum ini pasti akan membantu masalah kulit wajah yang berjeragat dan matang. Formula ekslusif ini berkesan untuk menjana sel-sel kulit daripada dalam supaya mempercepat proses pembentukan kulit baru dan menggantikan kulit rosak bebas jeragat, bintik hitam serta kedutan.

Ekstrak Witch Hazel dan Aloe Vera yang bertindak sebagai bahan anti-oksida dapat membantu menganjalkan kulit untuk mengekalkan keremajaan wajah yang lebih cerah.

Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)

RM 75.23
Clinelle
7. Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)
Serum untuk jeragat, bebas dari paraben

Serum dari Clinelle ini sangat terkenal dengan bahan semulajadinya. Diperkaya dengan ekstrak beras ungu (Purple Rice), Hydrolyzed Black Pearly dan bunga matahari. Ianya menjadikan serum ini dapat memberi hasil pada kulit anda satu tona lebih cerah. 

Serum ini juga menyerap jauh ke dalam lapisan kulit. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil lebih flawless dan glowing.

Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)

RM 79.92
Bio Essence
8. Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)
Serum jeragat untuk kulit kering – mencerah dan melembap

Produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol seperti ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex. Bahan-bahan ini berkesan dalam menghapus bintik gelap dan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.

Ianya dapat menghalang pembentukan bintik gelap, jeragat, parut yang degil, mengurangkan pembentukan ekstra melanin, melembap dan memberi sensasi dingin buat kulit. Serum ini dapat kekalkan keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.

Baca juga: Naikkan Kembali Seri Wajah Anda Dengan 8 Serum Terbaik untuk Kulit Kering 

By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)

RM 79.9
By Wishtrend
9. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)
Serum untuk kulit jeragat dan kusam dengan Vitamin C

Jika anda alami masalah jeragat dan kulit yang kusam, cubalah serum Vitamin C asli yang akan mencerah serta menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Ianya berkesan untuk membaikpulih kulit rosak dari dalam. Serum Vitamin C asli daripada By Wishtrend ini akan membaiki tona dan tekstur keseluruhan kulit.

Dengan mengandungi ekstrak Vitamin C tulen yang bebas daripada paraben dan bahan berbahaya lain untuk mengurangkan kesan kerengsaan serta iritasi pada kulit. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan cerah kurang daripada dua minggu!

Baca juga: Hapuskan Kulit Berminyak Anda Dengan 10 Serum Muka Khas Ini 

Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop

RM 80
Serum yang mengandungi Vitamin C - terbaik untuk kulit sensitif
Klairs
10. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
Khas dari Korea – produk Holy Grail untuk semua jenis kulit
add_circle cepat meresap ke dalam kulit
add_circle tidak berminyak
add_circle sesuai untuk beginner atau mereka yang tidak pernah menggunakan serum vitamin c
add_circle tidak menyebabkan iritasi
remove_circle botol lutsinar yang boleh mempercepatkan proses oxidation- produk akan berubah warna dan tidak lagi berkesan

Dirumus daripada ekstrak Vitamin C jenis asid Ascorbic yang terbukti secara saintifik dapat melindungi kulit dari kerosakan UV. Juga berfungsi untuk menghalang radikal bebas yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit. 

Ianya menggalakkan pengeluaran kolagen untuk memperbaiki tekstur dan tona kulit tidak sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana tidak mengandungi alkohol dan pewangi tiruan.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Essence 20ml

RM 26.4
11. Safi Balqis OxyWhite Whitening Essence 20ml
Serum Safi Balqis untuk jeragat dan mencerahkan kulit

Safi Balqis Oxy White Esen Pencerah ini diformulasi dengan Nano Oxygen and Nano Biowhite yang 1000 kali* lebih berkesan daripada vitamin C. Nano Oxygen merembeskan oxygen ke lapisan epidermis kulit manakala Nano Biowhite melambatkan kesan formasi melanin dan menyekatakan kulit dan mencerahkan jeragat.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article