Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serum jeragat malaysia

16 Serum Terbaik Untuk Jeragat di Malaysia 2024

Hapuskan jeragat untuk kulit lebih cantik dan bersih!

Masalah jeragat di muka bukanlah sesuatu yang baru kerana ramai mula mengalami masalah kulit ini lebih lagi dengan cuaca sekarang.

Punca berlaku apabila kulit sering terdedah pada sinaran matahari kemudian melanin kulit berubah menjadi lebih gelap dan kesan tompokan atau pigmentasi jeragat mula timbul.

Kita mungkin akan mula rasa kurang selesa dan tak yakin dengan kulit jeragat dan kalau boleh nak pudarkan jeragat dengan segera. Jadi apakah penyelesaiannya?

Penggunaan serum hilangkan dark spot atau jeragat dapat bantu anda kurangkan jeragat muka dan terdapat banyak serum terbaik untuk jeragat yang anda boleh cuba.

Pelbagai jenama skincare mula mengeluarkan serum jeragat dan vitamin untuk jeragat ini boleh juga dibeli di farmasi.

Jom kami bantu anda senaraikan serum jeragat paling berkesan dan terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

16 Serum Terbaik Untuk Jeragat

Eden serum untuk jeragat
Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum
Garden of Eden
Rosa E 15ml
From
RM64.90
Check Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum price below:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Melambatkan penuaan
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum Garden of Eden ini boleh mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan tona kulit. 

Ciri-ciri:

Kesan jerawat dan masalah lingkaran gelap bawah mata juga boleh dicerahkan semula.

Ini kerana bahannya diformulasikan daripada minyak benih anggur, Rosehip dan Vitamin E semula jadi.

Selain boleh melembapkan kulit, serum terbaik untuk jeragat ini dapat membaiki kulit sambil menggalakkan pembaikan sel.

Malah, kulit jadi lebih cantik dan kurang berkedut kerana menggalakkan penghasilan kolagen. 

Sebaiknya guna serum ini pada waktu malam jika anda ingin dapatkan kulit yang licin, cerah dan lembut tanpa jeragat! 

Review:

"Kulit jadi lebih cerah, lembap dan licin lepas guna. Masalah pigmentasi & jeragat juga makin pudar. Bau pun wangi macam ros."

Serum niacinamide terbaik untuk jeragat
Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
Nano White
Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
From
RM67.12
Check Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml) price below:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi
add_circle Meresap dengan pantas
add_circle Untuk kulit berminyak dan berjerawat
add_circle Tidak melekit
add_circle Mempunyai Arbutin dan Niacinamide
remove_circle Harga mahal

Dirumus dengan Arbutin yang boleh menghalang pembentukan melanin dan mencerahkan semula bintik hitam, mengurangkan jeragat dan parut jerawat. 

Malah dengan kandungan Niacinamide yang boleh meminimalkan saiz pori dan meratakan tona kulit.

Manakala kandungan Hyaluronic Acid dalam skincare untuk jeragat ini juga akan melembutkan dan menghidratkan kulit.

Jika dipakai dengan konsisten setiap hari (pagi & malam), tiada lagi masalah kulit kusam kerana wajah akan tampil segar, licin dan lebih cerah.

Serum untuk pigmentasi & parut
Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml)
Rosken
From
RM27.97
Check Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml) price below:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Ada vitamin A untuk rawat jerawat
add_circle Mengurangkan kesan ‘stretch mark’
add_circle Ratakan tona kulit yang tak sekata
remove_circle Tidak boleh digunakan pada kulit yang rosak

Kepada yang menghadapi masalah pigmentasi dan parut produk ini memang bagus untuk anda. 

Ini kerana mengandungi tinggi antioksidan daripada minyak Rosehip. 

Malah, jika kulit anda jenis kering, jangan risau, Rosekin Bio Serum ini juga boleh hidratkan semula kulit. 

Dirumus juga daripada minyak lavender, Calendula, minyak Rosemary dan minyak Chamomile untuk memperbaiki semula keadaan kulit. 

Turut mengandungi vitamin E yang boleh merawat kulit yang terkena sun burn, bintik hitam akibat faktor usia kerana ada kebaikan antioksidan. 

Serum untuk jeragat dan kulit kusam
Clinelle WhitenUp Brightening Serum 20ml
Clinelle
From
RM88.50
Check Clinelle WhitenUp Brightening Serum 20ml price below:
add_circle Mencerahkan & menghidratkan kulit
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Menghalang pembentukan melanin
add_circle Kurangkan garis halus & kedutan
remove_circle Harga mahal untuk kuantiti sikit

Serum mencerahkan Clinelle ini boleh mencerahkan semula kawasan kulit, meratakan tona kulit dan berpigmentasi.

Ini kerana mengandungi ekstrak bunga daisi dan diformulasikan juga dengan 10X Vitamin C yang tinggi antioksidan untuk memperbaiki tekstur kulit. 

Kandungan ekstrak beras ungu Jepun pula dapat menjadikan kulit lebih lembap dan anjal. 

Malah, dengan teknologi Advanced Anti-Photoaging, kulit akan dilindungi daripada penuaan sebelum masanya yang disebabkan oleh sinaran UV. 

Malah dapat bertindak melawan kegelapan kulit di lapisan kulit yang paling dalam dan dalam masa yang sama mengaktifkan pembaharuan kulit.

Serum wardah untuk jeragat
Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml)
Wardah
serum wardah murah
From
RM22.05
Check Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml) price below:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Mencerahkan bintik hitam
add_circle Ada 10X Advanced Niacinamide
remove_circle Muncul jerawat kecil pada sesetengah orang

Tekstur serum ini ringan menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit.

Dengan bahan 10x dari advanced Niacinamide dalam setiap titik serum, memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.

Bukan itu sahaja, parut jerawat juga akan berkurang dan dapat melindungi kulit wajah dari exposure blue light. 

Sekaligus dapat menjadikan kulit lebih lembap, berseri dari hasil penggunaan pertama.

Antara kebaikan lain lagi adalah, mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot. 

Serum hapuskan pigmentasi dengan pantas
DM Aesthetics Advanced Vitamin C Serum 25% Ethyl Ascorbic Acid (30ml)
DM Aesthetics
dm aesthetic vitamin c serum
From
RM199.00
Check DM Aesthetics Advanced Vitamin C Serum 25% Ethyl Ascorbic Acid (30ml) price below:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bebas minyak, bebas pewangi
add_circle Tidak berminyak
remove_circle Harga mahal

Kunci utama produk premium ini ialah dengan bahan aktif 25% 3-o-Ethyl Ascorbic Acid dan 5% Hyaluronic Acid. 

Malah Vitamin C pada serum akan kekal pada kulit selama 72 jam bagi memastikan kulit sentiasa dirawat. Ia selamat digunakan pada waktu siang atau malam. 

Satu botol DM Aesthetics Advanced Vitamin C Serum boleh bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Namun hanya dalam masa dua minggu sahaja rata-rata pengguna dapat lihat hasil pada kulit. 

Ternyata kulit lebih cerah, kadar pigmentasi, tompok gelap dan melasma semakin berkurangan. 

Jangan risau kulit sensitif juga sesuai dengan serum ini kerana ia bebas dari pewangi, minyak dan jenis water-based

Serum eucerin untuk jeragat
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
Eucerin
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
From
RM146.30
Check Eucerin Spotless Brightening Booster Serum price below:
add_circle Thiamidol mengurangkan kesan bintik hitam
add_circle Kesan seawal 2 minggu penggunaan
remove_circle Kesan terbaik jika digunakan satu set produk

Jom hilangkan jeragat dengan berkesan dan cepat menggunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum ini.

Menariknya, produk ini terbukti berkesan dengan kajian yang dijalankan pada beberapa orang wanita tau!

Kandungan Panthenol ini baik untuk merawat kulit yang rosak akibat sinaran UV, malah berfungsi untuk melembapkan kulit wajah agar lebih sihat. 

Produk ini sesuai untuk digunakan pada anda yang mempunyai kulit wajah sensitif, tanpa anda perlu risau akan kesan sampingannya.

Bukan sahaja dapat mengurangkan jeragat, produk ini akan membantu anda memperolehi kulit tona yang lebih sekata.

Cosmoderm serum untuk jeragat
Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
Cosmoderm
Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
From
RM38.50
Check Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum price below:
add_circle Melambatkan tanda-tanda penuaan
add_circle Mencerahkan & menganjalkan kulit
add_circle Tanpa wangian & paraben
add_circle Halal
remove_circle Keberkesanan mengikut jenis kulit

Serum dari Cosmoderm ini khas untuk boost skin.

Ini kerana diperkaya dengan Vitamin C yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal bebas.

Selain itu, kedutan serta garis halus pada wajah akan berkurang, hasilnya kulit lebih sihat dan tegang berseri.

Jika anda mempunyai kesan pigmentasi pada kulit, serum ini dapat membantu menstabilkan tona kulit wajah dan mengurangkan kesan dark spot.

Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit tidak bermaya, kusam, dan gelap.

Serum garnier untuk jeragat
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
Garnier
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
From
RM32.83
Check Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C price below:
add_circle Terdapat 30X vitamin C
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Ada ekstrak lemon Yuzu segar
add_circle Sesuai juga dengan kulit sensitif
add_circle Tekstur ringan & cepat menyerap
remove_circle Harga mahal

Serum multi-fungsi ini dapat melembap, mengawal pengeluaran minyak wajah berlelihan serta mengurangkan bintik hitam.

Selain itu, serum ini bertindak untuk mengurangkan  pigmentasi, parut jerawat dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

Kemampuan serum ini disebabkan bahannya dirumus dengan ekstrak buah lemon dan asid Salicylic sekaligus dapat beri tekstur lebih ringan dan senang menyerap ke dalam kulit.

Menariknya, produk ini juga mempunyai pelindung UVA dan UVB menjadikan sesuai untuk yang sering mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan kering.  

Serum safi untuk jeragat
SAFI Perfect White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
SAFI Perfect White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
From
RM50.04
Check SAFI Perfect White Dark Spot Corrective Serum (30ml) price below:
add_circle Telah diuji & terbukti secara klinikal
add_circle Kulit lebih cerah dalam masa 5 hari
add_circle Merawat bintik hitam
add_circle Ada antioksidan
remove_circle Mungkin tidak sesuai dengan semua jenis kulit

Bagi yang mencari vitamin untuk jeragat di farmasi, serum SAFI  memang wajib dimasukkan dalam rutin kecantikan harian. 

Dengan teknologi Ultra White dan kandungan Nano Biowhite dalam serum yang berasaskan air ini, tona kulit akan jadi lebih sekata dan tak kusam lagi. 

Turut diperkaya dengan Kakadu Plum iaitu sumber vitamin C yang lebih banyak daripada buah oren. Jadi, kulit anda jadi lebih sihat dan berseri. 

Malah parut jerawat juga boleh dikurangkan kerana serum ini mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit.

Serum Kiehl’s untuk jeragat
Kiehl's Clearly Corrective Dark Spot Solution Serum
Kiehl's Clearly Corrective Dark Spot Solution Serum
From
RM252.00
Check Kiehl's Clearly Corrective Dark Spot Solution Serum price below:
add_circle Kurangkan kesan jerawat
add_circle Meratakan tona kulit
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Tanpa paraben, minyak mineral & pewarna
remove_circle Harga sangat mahal

Bagi yang memiliki kulit sensitif dan berjeragat, memang disarankan untuk guna serum Kiehl’s.

Ini kerana boleh memudarkan hiperpigmentasi dan bintik hitam termasuk yang disebabkan oleh sinaran UV ini. 

Selain ada Salicylic Acid dan Activated C yang mencerahkan kulit, turut dirumus khas dengan ekstrak Peony.

Bahan ini bertindak sebagai antioksidan semula jadi agar kulit tak rosak. 

Boleh dipakai pada keseluruhan kulit wajah atau kawasan yang bermasalah sahaja sebagai spot treatment seperti leher, dada dan tangan. 

Sebaiknya pakainya sebelum krim pelembap setiap pagi dan malam.

Serum Vitamin C terbaik untuk jeragat
VIBRANT GLAMOUR Vitamin C Serum
VIBRANT GLAMOUR Vitamin C Serum
From
RM10.90
Check VIBRANT GLAMOUR Vitamin C Serum price below:
add_circle Pudarkan bintik
add_circle Anti-oksidan
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Kulit lebih anjal & lembap
add_circle Melicinkan garis halus wajah
remove_circle Kuantiti hanya 30ml

Dengan harga berpatutan, anda dah boleh miliki serum Vitamin C yang berkualiti dan bagus kerana dapat mengurangkan pigmentasi kulit.  

Malah boleh mengalang pembentukan melanin dan dengan kandungan Nicotinamide yang dapat menghalang kegelapan dalam kulit naik ke permukaan kulit.  

Warna tona kulit juga kembali sekata jika anda gunakan serum hilangkan jeragat ini dengan konsisten. 

Lagi bagus, produk Vibrant Glamour merangsang penghasilan kolagen. Hasilnya, kulit tidak akan tua atau berkedut sebelum masanya. 

Yang penting, teksturnya tidak melekit dan kesan jerawat juga semakin pudar. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis sensitif.

Serum skintific untuk jeragat
SKINTIFIC SymWhite 377 Dark Spot Serum
Skintific
serum jeragat skintific
From
RM69.00
Check SKINTIFIC SymWhite 377 Dark Spot Serum price below:
add_circle Tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Mencerahkan bintik-bintik gelap
add_circle Mudah meresap ke dalam kulit
add_circle Mengurangkan kemerahan
remove_circle Mengandungi bahan ‘fungal acne trigger’

SKINTIFIC SymWhite 377 Dark Spot Serum ini mudah meresap ke dalam kulit dengan tekstur ringan dan berat molekul rendah.

Bukan sahaja berkesan mengurangkan pengeluaran melanin, malah serum ini boleh melindungi kulit daripada radikal bebas, dan mengurangkan jeragat dalam masa hanya 14 hari.

Kandungan utama serum ini adalah SymWhite377, Niacinamide, dan Tranexamic Acid dimana dapat membantu mengurangkan beberapa masalah. Antaranya,

  • Mengurangkan penghasilan melanin
  • Mengurangkan kemerahan
  • mengurangkan parut jerawat
  • Mengurangkan jeragat
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Melambatkan penuaan

Jangan risau kandungan yang ada dalam serum ini tidak merengsakan kulit dan selamat untuk semua jenis kulit, bebas dari SLS, alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna tiruan.

Serum Axis-Y untuk jeragat
Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Axis Y
axis y dark spot serum
From
RM65.00
Check Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum price below:
add_circle Tekstur gel
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif & kusam
add_circle Menghaluskan dan mencerahkan kulit
add_circle Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
add_circle Mengurangkan pigmentasi, bintik gelap, dan parut jerawat
remove_circle Kurang melembapkan

Serum Axis-Y ini dirumus dengan bahan-bahan yang anda pasti suka iaitu 5% Niacinamide dan Squalane. 

Ini kerana niacinamide membantu memudarkan bintik-bintik gelap, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, masalah kulit kusam atau berlubang dan mengurangkan keradangan daripada jerawat serta rosacea.

Ditambah lagi dengan squalane, serum ini melindungi kulit dari radikal bebas, mengekalkan kelembapan dan menggalakkan pembentukan kolagen untuk kulit yang lebih tegang dan gebu.

Selain itu, mengandungi bahan lain seperti gliserin, sodium hyaluronate, ekstrak betik dan sea buckthorn yang mampu mencerahkan kulit.

Cukup sapukan 2-3 pam serum Axis-Y ke seluruh muka atau kawasan yang bermasalah. Sesuai digunakan sebagai sleeping mask.

Jangan risau, serum untuk jerawat ini mudah menyerap, bebas alkohol, minyak mineral, paraben dan pewangi. 

Bila pakai waktu malam esok pagi kulit anda akan rasa lembut dan sedikit glowing.

Serum hada labo untuk jeragat
Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Concentrate Booster Serum
Hada Labo
Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Concentrate Booster Serum
From
RM95.00
Check Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Concentrate Booster Serum price below:
add_circle Sesuai untuk kulit kering
add_circle Beri perlindungan pada kulit
add_circle Ringan pada kulit
add_circle Beri kelembapan mendalam
remove_circle Harga agak mahal

Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Concentrate Booster Serum ini mampu menembusi jauh ke dalam kulit anda, memberikan kelembapan yang intensif dan membina lapisan perlindungan yang kukuh untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrat. 

Diperkaya dengan empat jenis Asid Hyaluronik (H.A.), ia memberikan hidrasi mendalam, memastikan kulit anda kekal gebu dan berseri. 

Penambahan Ceramide meningkatkan keupayaan serum untuk menghidrat kulit kering dan mewujudkan lapisan pelindung yang mengunci kelembapan, mencegah dehidrasi. 

Tekstur ringannya yang cepat menyerap membolehkan konsentrat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk keberkesanan maksimum. 

Sesuai untuk mereka yang ingin memperbaiki hidrasi dan perlindungan kulit, serta mencerahkan kembali tona kulit wajah.

Serum olay untuk jeragat
Olay Luminous Light Perfecting Serum
Olay
Olay Luminous Light Perfecting Serum
From
RM56.99
Check Olay Luminous Light Perfecting Serum price below:
add_circle Mengurangkan bintik hitam
add_circle Beri kelembapan kulit wajah
add_circle Formula tidak berminyak
remove_circle Perlu konsisten untuk nampak hasil

Serum Olay ini direka untuk mencerahkan tona kulit anda, mengurangkan penampilan bintik-bintik, dan memberikan hidrasi segera. 

Formula ringan yang cepat menyerap dan tidak berminyak ini memastikan aplikasi yang licin dan menyegarkan, menjadikan kulit anda lembut dan berseri. 

Diperkaya dengan aroma bunga Melur dan Kelopak Mawar yang harumi, ia memberikan sensasi menyenangkan setiap kali digunakan. 

Diformulasikan dengan Teknologi Pearl-Optics, serum ini meningkatkan pemantulan cahaya kulit anda, memperbaiki kecerahan, hidrasi, dan penampilan bintik-bintik. 

Sesuai untuk anda yang mahukan kulit kelihatan bercahaya dan sekata, Olay Luminous Light Perfecting Serum adalah jawapannya.


Adakah Jeragat Akan Hilang? 

Sebenarnya agar sukar untuk hilangkan jeragat tapi dengan penggunaan produk kecantikan yang sesuai dengan muka, warna gelap jeragat dapat dikurangkan.  

Ada juga sesetengah jeragat yang akan hilang atau pudar dengan sendirinya mengikut gaya hidup seseorang. 

Tapi, untuk mengelakkan pembentukan jeragat baru, anda diingatkan untuk sentiasa memakai krim pelindung matahari terutamanya jika keluar rumah.

Anda juga boleh rujuk video di bawah untuk mengetahui cara menghilangkan jeragat dan tompok gelap.


Apa Itu Jeragat? 

Ciri jeragat apabila keadaan permukaan kulit timbul kesan tompokan hitam dan gelap.

Warnanya yang gelap akan menyebabkan kesan cela yang jelas kelihatan pada wajah.

Dalam masa yang sama tona kulit muka tak sekata dan mulalah keyakinan diri berkurangan.

Terjadinya jeragat apabila kulit terlalu terdedah oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.

Jadi, satu sejenis sel yang dipanggil melanocytes akan menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV.

Tapi, apabila sel ini terlalu aktif, kulit akan mendapat lebih banyak pigmen melanin sehingga menjadikan kulit berjeragat.

Mula kita pun mencari apa jalan penyelesaiannya sehinggakan terbaca jeragat ini masalah kulit.

Jangan risau, jeragat memang sejenis penyakit kulit tapi tidak berbahaya malah pakar dermatologi mengesan lebih 3000 orang mengalami masalah ini.

Jadi, hasil dapatan kajian mereka mencadangkan kita semua haruslah mengambil nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral dan pelbagai antioksida.

Langkah ini supaya dapat mengekalkan kulit sihat, bersinar dan tidak ada cela.

Boleh dengarkan penjelasan lebih mendalam dengan dengarkan penerangan dari Dr. Ingky.


Bagaimana Cara Pilih Serum Terbaik Untuk Jeragat?

Jeragat merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang terutama yang mempunyai kulit sensitif dan terdedah kepada cahaya matahari.

Ramai yang mencari serum hilangkan jeragat yang boleh membantu mengurangkan kedutan, pigmentasi kulit, dan menjadikan kulit lebih berseri.

Bagaimana anda memilih serum terbaik untuk masalah jeragat anda?

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih serum terbaik untuk jeragat anda:

  • Kandungan bahan 

Pastikan serum yang anda pilih mengandungi bahan aktif yang telah terbukti berkesan dalam mengurangkan jeragat seperti asid glikolik, retinoid, niacinamide atau asid salisilik.

Bahan-bahan ini boleh membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

Selain itu, antioksidan juga boleh membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Contohnya, Vitamin E dan Vitamin C.

  • Jenis kulit

Pastikan serum yang anda pilih sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit sensitif, pilih serum yang lembut dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Jika kulit anda kering, pilih serum yang mengandungi bahan pelembap seperti asid hidrolunik yang boleh membantu melembapkan kulit.

  • Kualiti dan reputasi jenama

Pastikan serum jeragat yang anda pilih adalah daripada jenama terkenal dengan reputasi yang baik dalam bidang penjagaan kulit.

Jenama ini selalunya menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sentiasa terlibat dalam ujian klinikal.

  • Baca label produk sebelum membeli

Sebelum membeli serum, pastikan anda membaca label produk dengan teliti.

Pastikan serum tidak mengandungi bahan yang boleh memberi kesan negatif pada kulit dan sesuai dengan jenis kulit anda serta tidak mengandungi sebarang bahan yang anda sensitif.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Serum Terbaik Untuk Jeragat?

Salah satu rawatan untuk mengurangkan jeragat yang semakin popular ialah serum.

Namun, apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan serum untuk tujuan ini?

Kelebihan menggunakan serum untuk jeragat:

  • Penggunaan mudah

Anda hanya perlu menyapu serum pada kulit wajah setiap hari sebelum tidur.

Serum juga lebih cepat meresap ke dalam kulit dan memberikan kesan yang lebih optimal.

  • Mengekalkan kelembapan kulit

Serum untuk jeragat biasanya mengandungi bahan seperti asid hyaluronik dan ceramide yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kedutan.

Kulit kering juga boleh menjadikan kulit lebih terdedah kepada kerosakan matahari dan kanser kulit.

  • Mencerahkan kulit

Kebanyakan serum untuk jeragat mengandungi bahan-bahan seperti Vitamin C dan niacinamide yang membantu mencerahkan kulit, menyamarkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan tampilan jeragat.

Tambah lagi, boleh membantu memperbaiki tona kulit wajah yang tidak sekata membuatkan kulit lebih sihat dan tidak kusam.

  • Menjadikan kulit lebih licin dan lembut

Serum untuk jeragat seringkali mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan keanjalan kulit. Sekaligus, membuatkan kulit lebih licin dan lembut.

Kekurangan menggunakan serum untuk jeragat:

  • Harga mahal

Harga serum selalunya lebih mahal berbanding produk skincare lain, seperti pencuci muka, mositurizer, krim dan losyen.

Ini kerana serum mengandungi bahan aktif yang berkualiti tinggi dan dirumus dengan teknologi yang lebih canggih.

Selain itu, beberapa jenis serum juga tidak sesuai dengan jenis kulit anda dan akhirnya menyebabkan iritasi atau kulit bertambah jerawat.

Nasihat kami sebelum menyapu serum pada keseluruha wajah, lakukan patch test terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dengan jenis kulit anda.


Apa Punca Pigmentasi/Jeragat di Muka?

  • Pendedahan kepada sinaran UV matahari 

Untuk melindungi kulit daripada rosak teruk akibat sinaran matahari, sel kulit akan menghasilkan melanin secara berlebihan. 

Jadi, jangan lupa untuk pakai krim pelindung terutamanya ketika cuaca panas terik. 

  • Genetik 

Genetik juga memainkan peranan dalam pembentukan jeragat, sebab itulah, boleh terbentuk sejak dari kecil lagi. 

Individu yang memiliki kulit yang cerah dan rambut berwarna merah, perang atau coklat muda selalunya lebih cenderung untuk mendapat jeragat. 

  • Perubahan hormon

Perubahan hormon ketika sedang hamil dan menyusukan anak dikatakan boleh menjadi salah satu punca muka berjeragat. 

Selain itu, jeragat juga biasa terjadi kepada mereka yang semakin meningkat usia terutamanya jika anda lambat menjaga kulit dan tidak memakai krim pelindung matahari.

  • Cahaya biru 

Cahaya biru atau blue light exposure ini datang dari skrin telefon pintar, komputer, lampu dan tablet.

Jika anda kerap menggunakan peranti seperti ini, kemungkinan boleh menyebabkan pigmentasi pada wajah. 

  • Penggunaan ubat-ubatan 

Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hiperpigmentasi sebagai kesan sampingan.

Contohnya, ubat untuk kemoterapi boleh sebabkan masalah kulit tersebut. 


Artikel Berkaitan

End of Article