Faktor usia menyebabkan kita perlu lebih mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah lebih-lebih lagi apabila masalah jeragat timbul.
Kalau muka sudah mula berjeragat, secara tak langsung akan kita akan kelihatan lebih berusia daripada umur kerana kulit nampak kusam.
Untuk rawat dan hilangkan jeragat adalah dengan menggunakan skincare untuk jeragat paling berkesan supaya dapat hilangkan jeragat di muka.
Cuma, apa yang menjadi masalah adalah untuk mencari product hilangkan jeragat yang betul dan ikut kesesuaian jenis muka, atau cari ubat jeragat paling berkesan di farmasi.
Jadi bagi memudahkan kerja anda untuk mencari produk jeragat yang betul, kami senaraikan beberapa ubat jeragat paling berkesan.
Penyunting
Tentang Hamka Rosli chevron_right
Pakar
Dr Aen Sa'ari chevron_right
Table of Contents
Apakah Penyebab Jeragat?
Jeragat ini adalah satu bentuk bekas bintik pada kulit wajah atau bahagian kulit.
Tentu keyakinan diri kita akan menurun terus jika terdapat tanda jeragat pada kulit wajah.
Jom lihat apa kata Expert kami mengenai penyebab atau punca sebenar jeragat:
Jadi amat penting untuk anda guna krim pelindung kulit sebab bila anda tidak menggunakan sebarang perlindungan pada kulit, jeragat akan mula terjadi pada kulit anda.
Bagaimana Cara Pilih Produk Krim Jeragat?
Jeragat adalah salah satu tanda-tanda penuaan pada kulit yang sering menjadi menjadi kebimbangan, terutamanya di kalangan wanita.
Walaupun jeragat sebahagian daripada proses penuaan yang semulajadi, tapi masih boleh dihilangkan dengan produk krim yang sesuai.
Sebelum anda mahu dapatkan produk merawat jeragat, anda boleh perhatikan bahan-bahan penting yang perlu ada dalam produk tersebut:
Dr Aen Sa'ari
Bahan wajib yang perlu anda perhatikan dalam produk merawat jeragat adalah brigthening ingredient.
Seperti contoh macam Vitamin C sebab ia memang bagus untuk pastikan cahaya matahari tidak rosakkan kulit.
Lepas tu anda juga boleh perhatikan bahan seperti arbutin, symwhite 377, dan thiamidol.
Jadi ada beberapa jenis produk atau jenis ingredients yang wajib ada, janji kategorinya adalah brightening ingredient.
Itulah antara bahan-bahan yang terbukti mencerahkan kembali kulit wajah.
Selain itu, pastikan anda mengetahui jenis kulit anda kerana setiap jenis kulit memerlukan jenis produk dan keperluan yang berbeza.
Jika kulit anda berminyak, pilihlah produk yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang pori.
Tapi jika kulit anda kering, pilihlah produk yang boleh melembapkan kulit.
Seperti nasihat daripada Expert kami, baca label dan periksa kandungan bahan yang terkandung dalam produk tersebut sebelum membelinya.
Senarai 20 Produk Krim Jeragat Terbaik
*PERHATIAN: Jenama krim jeragat yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr Aen Sa'ari, kecuali dinyatakan.*
Sebab menjadi pilihan utama:
L'Oreal Paris Aura Perfect Clinical Overnight Treatment ini kerana mengandungi 3 Bahan utama yang bagus iaitu Vitamin B, Procystein dan Bio-Peeling yang berkesan untuk merawat dan mengurangkan jeragat.
Ciri-ciri:
Vitamin B sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan jeragat, ditambah pula dengan Procystein yang juga bertindak untuk memudarkan jeragat menjadikan produk ini berkesan untuk muka berjeragat.
Bio-peeling pula berfungsi untuk membuang sel yang rosak dan mengantikan dengan sel-sel yang baru untuk menjadikan kulit wajah anda lebih sihat.
Selepas menggunakannya secara konsisten setiap malam, anda dapat lihat sendiri jeragat dan tompok hitam pada wajah semakin pudar, dan wajah anda kelihatan glowwing!
Untuk mendapatkan hasil terbaik, kami sarankan anda menggunakan set lengkap dan lihat sendiri kesannya.
Review:
"Suka sangat dengan strukturnya yang tak melekit. Kulit jadi lembut dan lembap. Bau pun tidak terlalu kuat, dan kulit wajah pun jadi makin baik lepas pakai."
Krim ini diperkaya dengan minyak Rose Hip dan Vitamin E, sangat berkhasiat dan dapat membantu melindungi kulit.
Krim ini akan menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki beberapa masalah. Antaranya;
- Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
- Melembapkan kulit kering
- Memperbaiki tekstur kulit rosak
- Mengurangkan warna kulit kusam
Dengan kandungan bahan antioksidan krim ini berkesan untuk member ketegangan pada kulit.
Malah mampu mengurangkan kesan stretch marks dan menenangkan kulit kemerahan yang disebabkan oleh sunburn.
Krim ini baik untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat yang tidak terlalu teruk dan masih boleh dirawati dengan cepat.
Bertindak sebagai multifungsi dan sesuai digunakan pada kawasan muka dan badan.
Kadar Benzoil Peroksida dalam krim ini dapat membunuh sehingga 94% bakteria jerawat selepas satu minggu penggunaan.
Benzac AC juga membantu anda menghapuskan masalah kulit yang lain seperti bintik hitam, jeragat dan pigmentasi.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini selamat digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira samada bermasalah ataupun tidak.
Gunakan 2 -3 kali sehari dan aplikasikannya pada bahagian yang alami masalah seperti jerawat
Eucerin dirumus bahan yang memang melembutkan kulit yang tegang, melembapkan kulit kering, mengurangkan kegatalan dan jerawat.
Dengan kandungan minyak Omega dan Lucochalcone A dalam krim ini telah diuji secara klinikal.
Mereka dapati dapat membantu memulihkan masalah kulit yang dihadapi dan sesuai untuk muka dan badan.
Krim ini bebas dari paraben menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi pada kulit.
Walaupun sedikit berminyak, tapi bila disapukan tidak akan meninggalkan sebarang white cast, krim ini akan menyerap pantas ke dalam lapisan kulit.
Krim Sendayu Tinggi ini sesuai untuk penggunaan harian kerana memiliki tekstur lembut.
Bestnya lagi mudah diratakan pada kulit dan mengandungi SPF15 untuk perlindungan terhadap sinaran UV.
Fungsi utama krim ini adalah untuk membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat sambil memutihkan kulit.
Dengan kandungan ekstrak mutiara, krim ini membantu mencerah dan memutihkan kulit secara semula jadi tanpa menyebabkan kulit iritasi.
Wajah tidak akan kelihatan bercapuk atau 'cakey' jika anda layerkan dengan makeup selepas itu.
Krim ini dapat memberi keanjalan kepada kulit dan melambatkan penuaan.
Bersaiz kompak, krim ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja samada ke tempat kerja atau semasa travelling.
Krim ini memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UVA/UVB dengan SPF 50 supaya dapat elak kulit sunburn.
Diperkaya vitamin serta botani bernutrisi bagi melembapkan kulit dan tidak akan menyebabkan kulit iritasi atau merengsa.
Dalam pada masa sama, dapat berfungsi untuk membaikpulih kulit secara menyeluruh terutama akibat jeragat.
Ditambah pula dengan formula Vital Repair+ Complex dan ekstrak Muscadine Grape, kulit akan menjadi lembut dan licin.
Sebaiknya gunakan secara konsisten supaya dapat membaiki kulit dengan mengurangkan jeragat.
Bagi mereka yang mempunyai jeragat dan hiperpigmentasi yang teruk, cuba guna produk hilangkan jeragat ni.
Masalah seperti kusam, bintik hitam, tekstur tidak sekata, garis halus, kedutan dan kulit muka kurang anjal juga dapat diatasi.
Produk ini mengandungi bahan berkesan mencerahkan kulit termasuk asid Tranexamic dan Magnesium Ascorbyl Phosphate dan asid Ascorbic yang membantu merawat jeragat dari dalam kulit.
Malah, bahan-bahan ini membantu merawat melanin, mengekalkan kelembapan dan menjadikan tekstur kulit lembap
Usah risau, produk ini selamat dan telah diuji secara klinikal. Gunakan hanya untuk rutin malam dan sebagai pelembap.
Menurut pengguna, tompok matahari hilang dalam masa seminggu penggunaan, juga tona kulit semakin sekata dan melasma semakin pudar.
Jenama dari Palmer's sinonim dengan perawatan kulit berasaskan bahan-bahan semula jadi dan klinikal.
Krim jeragat ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dipakai sama ada perempuan atau lelaki.
Sangat berkesan untuk memudarkan kesan tompokan jeragat dan bekas jerawat dalam masa hanya dua minggu sahaja.
Malah krim ini dapat membantu mengurangkan tompokan pigmentasi yang baharu malah mampu digunakan sebagai pelembap pada wajah anda.
Krim jeragat Palmer's diformulasi bersama retinol iaitu bahan klinikal yang dapat mengurangkan garis halus, kedutan serta tanda-tanda penuaan yang lain.
Jadi anda patut cuba dan kurangkan jeragat dengan krim ini segera.
NIVEA Luminous630 Anti Dark Spot Gold Serum 30ml ini mampu menyerap terus ke dalam lapisan kulit paling dalam.
Fungsinya untuk mengurangkan bintik-bintik gelap dalam & garis halus dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit 3 dimensi.
Jangan risau, formula yang digunakan selamat untuk semua jenis kulit terutama yang mengalami masalah jeragat.
Selain itu, krim jeragat Nivea dapat memberi kulit anda kelihatan awet muda dan berseri walaupun anda telah berusia.
Malah, gabungan dengan 2X Asid Hyaluronik dan Anti-Oksidan, Luminous630 mampu melicinkan kulit, mengurangkan garis penuaan serta melembapkan kulit.
Macam mana nak guna produk terbaik melawan jerawat atau jeragat tapi bebas retinoid dan salicylic acid?
Tak perlu risau, Azelaic acid terbukti keberkesanannya melawan dan membunuh bakteria yang terdapat dalam liang pori pada wajah anda.
Kalau nak tahu, Azelaic acid adalah pengganti yang sama dengan retinol, sesuai digunakan ibu mengandung.
Masalah parut, kemerahan dan jerawat semua dapat dikurangkan dan kulit juga kelihatan lebih cerah dari sebelumnya.
Nak tahu berkesan ke tak, kenalah cuba dan rasai sendiri okay!
Produk jenama Wardah ini paling berkesan dalam mengurangkan masalah jeragat dan kulit kusam.
Formula dalam produk ini membantu melindungi kulit dari pencemaran habuk, cuaca dan tekanan oksidatif.
Selain itu, penggunaan yang konsisten dapat memudarkan parut jerawat dan mengembalikan kecerahan kulit anda.
Bukan itu sahaja, produk ini mempunyai 3 bahan pencerah yang aktif seperti Niacimide, Alpha Arbutin dan Tranexamid Acid yang boleh meratakan kulit dan mencerahkan bintik-bintik hitam serta parut jerawat.
Bahan-bahan ini akan membantu kulit anda bertambah cerah dan semakin berseri.
Krim Jeragat Clapsyz Hyperpigmentation Soothing Cream adalah salah satu pilihan terbaik untuk mengatasi masalah jeragat.
Cara penggunaannya amat mudah: sapukan krim ini pada bahagian jeragat sebelum tidur selama 30 minit setiap malam.
Setiap tiub mengandungi 20g krim dan mampu bertahan selama 3 hingga 4 minggu bergantung kepada cara penggunaan individu.
Jangan risau, krim ini dijamin selamat kerana telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web KKM.
Beberapa pengguna juga telah melihat perubahan seawal 7 hari penggunaan. Tapi, perlu diingat bahawa hasil ini bergantung kepada keadaan jeragat masing-masing.
Menariknya lagi, Clapsyz Hyperpigmentation Soothing Cream ini dihasilkan di Malaysia dengan menggunakan panduan kajian dermatologi dari Jepun.
Pelembap muka jenama Garnier menawarkan inovasi baru dengan SPF 36 PA +++ untuk melindungi daripada sinaran UVA & UVB dan 3x Vitamin C untuk mencerahkan kulit.
Formula moisturizer yang ringan dan cepat menyerap, bagus untuk kulit normal dan berminyak.
Ditambah lagi, ekstrak buah lemon yuzu segar dari Jepun yang turut sama membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan masalah kulit kusam serta bintik-bintik gelap.
Elakkan kawasan mata yang sensitif, sapukan secara merata pada wajah dan leher selepas menggunakan pencuci muka.
Selepas 3 hari, tona kulit kelihatan lebih cerah, bersih dan sekata walaupun tanpa makeup dengan penggunaan harian.
Elak sapu pada bahagian keliling mata kerana akan buatkan mata rasa pedih.
Bagi anda yang tercari krim jeragat sekaligus untuk memberikan glowing pada kulit, boleh cuba krim dari Garden of Eden ini.
Ianya direka khas untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering, kusam tona tidak sekata.
Diformulasikan dengan bahan-bahan terbaik seperti Hyaluronicacid yang membantu memberikan kelembapan pada kulit wajah.
Vitamin C dan juga Rosehip seed oil pula bagus untuk mengurangkan jeragat serta parut jerawat pada kulit wajah.
Bagi memudarkan kesan garis halus penuaan dan jeragat, anda memerlukan Niacinamide serta Mulberry Bark extract yang membantu memberikan kulit yang remaja dan memudarkan kesan penuaan tersebut.
Banyak kebaikkan dalam satu bekas yang kecil ini, memang berbaloi dan tak rugi nak cuba tau.
Anda boleh kekalkan penjagaan kulit semula jadi dengan Clinelle Whitenup Brightening Spot Corrector Essence ini.
Ia diformulasi untuk mengatasi masalah pigmentasi, tompok gelap, parut, dan ketidaksempurnaan warna kulit, juga pada masa yang sama meningkatkan keseluruhan tona kulit.
Turut mengandungi bahan yang terbaik seperti ekstrak Japanese Purple Rice bersama dengan Vitamin C, menjadikan kulit lebih cerah dan lembap.
Selain itu, turut mengurangkan pigmentasi dan menyegarkan kulit, menjadikan kulit tampak berseri.
Produk ini juga turut diperkaya dengan Ekstrak Bunga Daisy, satu keajaiban semula jadi yang membantu mengurangkan pigmentasi, mencegah penggelapan kulit, dan memastikan tona kulit yang sekata.
Unsur perlindungan ini tidak hanya melindungi kulit anda, tetapi juga menyumbang kepada penampilan yang lebih berseri dan meremajakan kulit wajah.
Serum anti-pigmentasi ini menampilkan bahan terbaik Alpha Arbutin, yang berfungsi untuk mengurangkan tompok gelap dan cela dengan ketara, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan sekata.
Bahan Alpha Arbutin ini dikatakan terbukti sembilan kali lebih berkesan daripada Beta Arbutin, dan memerlukan masa 5 minggu untuk anda melihat kesannya.
Minimalist 2% Alpha Arbutin Serum menggunakan formula ultra-ringan, memastikan penyerapan pantas ke dalam kulit.
Selain itu, ia tidak hanya berfungsi untuk mengatasi tompok gelap sedia ada, tetapi juga mengurangkan tahap pencemaran sinar UV secara ketara.
Direka untuk semua jenis kulit, serum ini diperkaya dengan asid hialuronik dan aloe vera, memastikan pengalaman yang lembap dan lembut, serta terbukti selamat untuk setiap jenis kulit.
Goodal Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Cream menggunakan formula unik dengan tidak meninggalkan kesan berminyak selepas memakainya.
Kulit wajah menjadi lebih lembap hasil kandungan Vitamin C, dan dapat menguruskan kesan cela serta menjadikan kulit lebih segar.
Apa yang membezakan krim ini adalah peningkatan kuasa pencerahan, peningkatan 2x ganda dalam bahan pencerahan dengan 4% kandungan niacinamide yang luar biasa.
Formulasi yang diperkukuh ini tidak hanya berkesan mengatasi cela tetapi juga meratakan keseluruhan tona kulit, menjadikan kulit wajah anda kelihatan lebih sihat dan segar.
Untuk rasa lebih selamat, formulasi ini mematuhi Goodal Clear Clean Guide, memastikan produk ini bebas daripada 18 bahan yang mencurigakan.
Day cream intensif ini diperkaya dengan trio bahan yang kuat untuk hilangkan jeragat dan menangani tanda-tanda penuaan.
Ia diperkaya dengan Acid Hyaluronic yang terkenal dengan keupayaan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit wajah dan juga meningkatkan kecerahan semula jadi kulit.
Sementara itu, Vitamin A, sebatian antioksidan penting, bertindak untuk meningkatkan kecerahan kulit anda, manakala Pro-Retinol memberi tumpuan pada pengurangan garis halus dan kedutan.
Formula bebas pewangi yang baru ini memastikan pengalaman yang seronok dan bebas iritasi, cukup sapukan pada wajah dan leher yang telah dibersihkan, dan biarkan bahan-bahan ini bertindak.
Dalam tempoh satu minggu, kesannya dapat dilihat dengan lebih jelas, di mana kedutan berkurangan, kulit lebih anjal, dan tona kulit menjadi lebih cerah.
Laneige Radian-C Cream merupakan sebuah revolusi dalam penjagaan kulit dengan teknologi inovatif Radian-C Superblend™.
Krim vitamin ini sangat melembapkan kulit wajah, membetulkan bintik hitam yang kelihatan dan hiperpigmentasi ultra-fein yang tidak kelihatan.
Apa yang membezakan Radian-C Cream dengan produk lain adalah keupayaannya untuk memperkuat penghadang kulit dengan berkesan yang mungkin terjejas hasil daripada kerosakan disebabkan UV.
Dalam masa satu jam sahaja, ia telah terbukti secara klinikal untuk mengembalikan penghadang kulit dengan peningkatan sebanyak 67%, menyediakan perlindungan terhadap persekitaran.
Selain itu, Radian-C Cream turut mengurangkan keradangan dan kemerahan yang disebabkan oleh pendedahan blue light sebanyak 36.696%.
Formula canggihnya telah terbukti secara klinikal untuk memperbaiki kerosakan kulit akibat blue light, memastikan kulit anda kelihatan berseri dan terlindung daripada pencemaran luar.
Paula’s Choice Discoloration Repair Serum hadir dengan formula yang direka untuk mengurangkan bintik-bintik coklat dan kelabu, sambil secara aktif mencegah pembentukan tompok-tompok baru.
Ia berkesan mengurangkan bintik-bintik yang mungkin muncul di pipi, dahi, hidung, dan dagu.
Keberkesanannya terletak pada kombinasi bahan-bahan yang kuat, dengan 3% acid tranexamic, 5% niacinamide, dan 0.5% bakuchiol.
Serum ini bekerja tanpa henti untuk mengawal dan memudarkan tompok gelap, menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
Selain itu, kandungan tocopero (Vitamin E) dan milk thistle meningkatkan keberkesanannya, secara beransur-ansur memperbaiki penampilan tompok-tompok gelap sehingga ke dalam kulit.
Dapatkan tona warna kulit wajah yang lebih sekata dengan Paula’s Choice Discoloration Repair Serum ini.
Antara Tips Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan Di Muka
Nak hilangkan jeragat pada wajah mungkin agak memakan masa dan juga duit kerana perlu guna produk mahal dan perlu ikut rutin penjagaan kulit yang teratur.
Jom ikuti beberapa tips dari kami untuk mengurangkan jeragat dengan berkesan:
Gunakan Sunscreen Setiap Hari
Matahari adalah penyebab utama jeragat. Gunakan sunscreen atau sunblock dengan SPF tinggi setiap hari. Ini membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh merangsang penghasilan melanin dan membentuk jeragat.
Pilih Produk Penjagaan Kulit yang Mengandungi Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi. Gunakan serum atau krim yang mengandungi Vitamin C pada waktu malam.
Gunakan Produk Pencerah Kulit
Produk yang mengandungi bahan pencerah kulit seperti niacinamide atau acid kojic dapat membantu memudarkan jeragat dan meningkatkan tona kulit.
Gunakan Produk dengan Asid Alfa Hidroksi (AHA)
AHA seperti asid glikolik dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru, membantu memudarkan jeragat.
Lakukan Rawatan Laser atau Peeling
Rawatan ini dapat membantu menghilangkan lapisan kulit yang terkena jeragat, merangsang pertumbuhan sel kulit baru, dan meningkatkan tona kulit.
Minum Air Secukupnya
Kehilangan kelembapan pada kulit boleh menonjolkan jeragat. Pastikan minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan kulit dari dalam.
Rutin Penjagaan Kulit Malam
Gunakan krim malam yang mengandungi bahan seperti retinol atau bakuchiol. Bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan jeragat dan memperbaiki tekstur kulit.
Elakkan Menggaru Jeragat
Menggaru jeragat boleh merenggangkan kulit dan meninggalkan parut. Hindari menggaru dan sentiasa gunakan cara yang lembut ketika membersihkan muka.
Apa yang penting anda perlu konsisten dengan rutin penjagaan wajah dan dapatkan konsultasi daripada pakar sekiranya masalah jeragat bertambah teruk.
Apa Itu Jeragat?
Jeragat atau nama lainnya, hiperpigmentasi.
Anda tidak perlu risau kerana gejala kulit ini tidak berbahaya.
Malangnya, kondisi kulit ini aan meninggalkan kesan tompokan gelap dan hitam sehingga kesan cela jelas kelihatan pada kulit wajah.
Kesan tompokan gelap ini sering terjadi di bahagian tepi wajah dan sekitar tulang pipi.
Terjadinya jeragat apabila kulit mengeluarkan lebihan pigmen gelap (melanin) sehingga terhasil dan membentuk di atas lapisan permukaan kulit wajah.
Apa Punca Jeragat Di Muka?
-
Genetik
Ada yang mempunyai tompokan jeragat sejak lahir lagi. Ini terjadi dari pecahan kromosom yang tertentu.
Jika anda mempunyai keluarga yang memiliki jeragat, hati-hati kerana mungkin akan berlaku pada anda. Lakukan pencegahan awal!
-
Sinaran UV Matahari
Ini adalah penyebab utama berlaku peningkatan melanin yang tidak sekata pada kulit sekaligus menghasilkan pigmen gelap atas dasar kulit.
Malah lampu kalimantang juga mempunyai UV yang boleh menyebabkan jeragat.
-
Faktor Usia
Peningkatan usia juga antara punca timbul masalah jeragat.
Bagi anda yang lambat menjaga kulit seperti pemakaian sunblock lebih berisiko untuk terdedah dengan pembentukan pigmentasi.
-
Perubahan hormon
Siapa sangka perubahan hormon boleh memberi kesan pada kulit wajah lebih lagi kepada jeragat.
Mengandung, melahirkan, pengambilan pil perancang dan tekanan boleh memberi kesan pada hormon terutamanya bagi wanita.
-
Kesan Produk Kosmetik Tidak Berkualiti
Biasa dengar dengan produk timbang kilo? Biasanya mengandungi bahan merbahaya dan rendah kualiti pada kulit.
Kononnya bertujuan untuk memberi hasil kulit cantik dengan cepat.
Malangnya, produk sebegini memberi kesan kulit semakin menipis dan seterusnya mengakibatkan tompokan jeragat atau hiperpigmentasi yang teruk.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Produk Krim Jeragat?
Salah satu kelebihan produk hilangkan jeragat ialah membantu menghilangkan jeragat dan menjadikan kulit lebih cerah.
Kandungan dalam produk ini juga mempunyai bahan-bahan yang boleh mengurangkan kadar melanin pada kulit dan melindungi kulit dari penuaan.
Selain itu, banyak produk krim hilangkan jeragat yang boleh membantu menjaga kelembapan kulit anda.
Produk krim hilangkan jeragat juga salah satu alternatif yang lebih murah dan mudah daripada rawatan laser.
Tapi kekurangan utama produk ini ialah memerlukan masa yang lama untuk memberikan kesan pada kulit dan anda juga perlu menggunakannya secara harian.
Walaupun produk ini membantu menghilangkan jeragat, tapi tidak ada jaminan akan berkesan pada semua jenis kulit.
Kulit sensitif juga akan mengalami tindak balas alahan disebabkan bahan-bahan tertentu dalam produk ini, jadi lakukan ujian kulit sebelum menggunakan produk pada muka atau badan.
Ada Berapa Jenis Jeragat?
Terdapat 3 jenis Jeragat:
Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun
Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat.
Combination– terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleeping mask.
Tip Pilih Krim Muka Jeragat
Untuk pengetahuan korang, tak semua kulit kita sama walaupu mempunyai masalah yang sama.
Jadi, sebelum membeli krim muka jeragat, sebaiknya ketahui dulu jenis kulit anda.
Jika tidak, bertambah teruk dan lebih menakutkan apabila kulit muka iritasi akibat tidak sesuai dengan krim.
Jom kita lihat tip pilih krim jeragat yang sesuai terutama bagi mereka yang mengandung dan sedang menyusu anak.
Artikel Berkaitan
- 12 Serum Terbaik Untuk Jeragat di Malaysia
- Halang Pembentukan Melanin Dengan 10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Jeragat
- 9 Bahan Semulajadi Mudah Didapati Untuk Menghilangkan Kesan Jerawat, Jeragat & Kulit Berbelak
- Panduan Lengkap: 13 Pencerah Kulit Untuk Menaikkan Kembali Seri Wajah
- 10 Serum Muka Terbaik di Watsons Malaysia 2024
- 12 Toner Terbaik untuk Jeragat di Malaysia 2024
- 14 Krim Malam Terbaik di Malaysia 2024
- 12 Produk Pencerah/Pemutih Kulit Wajah Terbaik Malaysia 2024
- 14 Sabun Mandi Untuk Kulit Bejerawat Terbaik di Malaysia 2024
- Moisturizer Hilangkan Jeragat Terbaik
Dr Aen Sa'ari
Punca sebenar jeragat adalah daripada cahaya matahari sebab cahaya matahari mempunyai sinaran UVA dan UVB.
Jadi kalau tidak menggunakan sunscreen maka ia akan hasilkan melanin yang lebih banyak dan ia akan menjadi punca kepada banyak darkspot pada kulit.
Selain itu, perempuan juga lebih mudah dapat jeragat sebab biasanya perempuan mempunyai melanin yang lebih aktif daripada lelaki.
Dan untuk yang berkulit lebih cerah, aktiviti melanin adalah lebih tinggi, jadi sebab itu lebih mudah untuk dapat jeragat.