Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Langsir Murah & Cantik Bawah RM30 Terbaik 2024

Serlahkan kediaman dengan pilihan langsir yang sesuai.

Pemilihan langsir amat penting dalam mencantikkan rumah terutama bahagian ruang tamu atau untuk nak nampakkan tingkap nako cantik.

Salah pilih warna langsir, habislah! Nampak caca marba.

Itu belum lagi kalau langsir singkat, aduhai! Macam mana nak bergaya macam hari-hari hari raya ni?

Jadi, apa kata beli langsir dekat kedai online ni.

Semua harga langsir bawah RM30 dan banyak pilihan warna langsir tekini, barulah tingkap rumah cantik!

Jangan risau, semua kedai kami senaraikan ini menjual langsir yang elegan dan ada juga design langsir simple tapi cantik

Nak jenis rod atau rel, semua ada. Tinggal nak pilih je!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Langsir Elegan Bawah RM30

Langsir murah terbaik secara keseluruhan (semua di bawah RM30)
KKC Sakura Semi Blackout Curtain
KKC Sakura Semi Blackout Curtain
From
RM19.90
Check KKC Sakura Semi Blackout Curtain price below:
add_circle Sesuai juga jadi langsir pintu
add_circle Percuma cangkuk langsir
add_circle 95-80% perlindungan cahaya matahari
remove_circle Perlu ukur kesesuaian labuh dan lebar

Sebab menjadi pilihan utama:

Tak perlu penat-penat sental langsir dengan tangan kerana langsir french pleated yang diperbuat daripada 100% premium polyster ini boleh dibasuh dengan mesin cuci.

Ciri-ciri:

Transformasikan ruang tamu rumah anda dengan warna langsir moden dan terkini keluaran KKC Sakura. 

Ini kerana langsir tingkap akan menjadi titik utama yang menjadi fokus setiap ruangan. 

Kedai langsir murah ini menawarkan anda tiga pilihan ukuran langsir dengan harga dari serendah RM15.90 hinggalah RM35.90 mengikut saiz.

Bagi jenis cara penggantungan, anda boleh pilih sama ada hook biasa atau rod ring.  

Antara pilihan warna yang ada ialah kelabu, perak, biru diraja, merah jambu lembut, hijau, putih dan biru kekelabuan. 

Memang sesuai sangat untuk ganti langsir lama sebelum hari perayaan penting menjelma. 

Review:

“Kain tebal, jahitan pun agak cantik & kemas. Pembelian memang puas hati. Labuh langsir pun cantik seperti yang diinginkan.”

Langsir putih tebal
IKEA LILL Sheer Tulle Curtain
Untuk yang berjiwa tradisional, langsir ini sesuai untuk anda
From
RM19.90
Check IKEA LILL Sheer Tulle Curtain price below:
add_circle Tak perlu guna cangkuk
add_circle Diperbuat dari fabrik jenis sheer
add_circle Harga mampu milik
add_circle Sesuai untuk tingkap & pintu kaca
remove_circle Perlu guna rod langsir
remove_circle Tidak boleh dicuci kering

Langsir jarang berwarna putih dari Ikea ini wajib dimiliki bagi mereka yang memilik kediaman yang mahukan sesuatu yang simple dan moden kerana tidak bercorak. 

Jadi, produk ini sesuai untuk pelbagai jenis tema bilik atau warna cat yang terang mahupun lembut.

Bagi rumah kayu pun sesuai guna langsir jenis ini. 

Tapi disebabkan nipis, langsir ini membenarkan cahaya matahari dan angin masuk ke dalam rumah melalui tingkap. 

Kesannya, anda boleh rasa suasana seperti di luar rumah tanpa meninggalkan kediaman. 

Ukuran langsir ini 250cm x 280 cm dan diperbuat daripada 100% polyester. 

Anda tak perlu risau, kain langsir boleh dipotong pada bahagian bawah jika tingkap anda rendah.

Langsir office
Ikea SCHOTTIS Pleated Blind (2 pilihan warna)
Sesuai untuk bilik darjah dan bilik pejabat
From
RM14.90
Check Ikea SCHOTTIS Pleated Blind (2 pilihan warna) price below:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Tak perlu drill dinding
add_circle Sesuai untuk pejabat & kelas
remove_circle Tidak boleh dibasuh dengan air

Bidai ini pula sesuai diletakkan di tingkap bilik atau pejabat kerana dapat mewujudkan suasana privasi.

Cara penjagaannya sangat ringkas kerana boleh dibersihkan sahaja dengan menggunakan bulu ayam atau vakum. 

Bahan asas produk dari IKEA ini juga diperbuat daripada 100% polyester yang dikitar semula. 

Memang bagus untuk anda yang ingin menjaga alam sekitar.

Malah boleh dipotong mengikut saiz yang anda mahukan.

Langsir tingkap dapur
Kitchen Curtain Blackout Window Short Curtain
Kitchen Curtain Blackout Window Short Curtain
From
RM7.40
Check Kitchen Curtain Blackout Window Short Curtain price below:
add_circle Tak halang cahaya semula jadi masuk
add_circle Sesuai untuk tutup kabinet yang tiada pintu
add_circle Harga murah
remove_circle Hanya ada saiz pendek

Memandangkan kebanyakan dapur di Malaysia ini selalunya bersaiz kecil, langsir pendek ini memang sesuai digayakan di ruang memasak. 

Mempunyai pelbagai jenis pilihan motif corak seperti daun, abstrak, flamingo dan haiwan. 

Warna langsir yang ada juga bermacam jenis, antaranya kuning, biru muda, hijau dan kelabu. 

Pilih saja mana yang berpadanan untuk dipasang mengikut warna dan corak tema dapur. 

Langsir dapur ini mempunyai ukuran lebih kurang 145x50cm dna diperbuat dari bahan yang lembut dan tidak kecut. 

Paling best, ia boleh digayakan di mana sahaja termasuklah di luar pintu tandas dan bilik mencuci.

Langsir sliding door terkini
Tulle Lace Day Curtain
Tulle Lace Day Curtain
From
RM24.00
Check Tulle Lace Day Curtain price below:
add_circle Bahan 100% premium polyester
add_circle Langsir bidang besar
add_circle Ada banyak pilihan saiz
add_circle Fabrik tak mudah koyak
remove_circle Perlu beli 2 keping untuk 2 panel tingkap

Rekaan langsir ini boleh dikatakan mengikut trend terkini kerana mempunyai corak berbunga dengan dua pilihan warna iaitu merah jambu dan biru. 

Jadi, boleh pilih warna mana yang sesuai untuk ruang yang ingin digantung langsir.

Kami dapati juga kain langsir ini dijahit oleh tukang jahit tempatan yang pakar, jadi memang patut dimiliki bagi menyokong barangan buatan Malaysia. 

Selain itu, langsir ini akan menjaga privasi anda kerana pada waktu siang, anda boleh lihat kawasan luar rumah.

Dalam masa yang sama orang di luar tidak boleh melihat keadaan dalam kediaman anda. 

Langsir ini dijual dengan harga yang berbeza-beza mengikut saiz dan jenis hook atau ring.

Jangan risau, boleh dapat harga serendah RM24 untuk langsir jenis cangkuk yang berukuran 90cm x 260cm.

Langsir hook atau ring
Aurora Thermal Insulated 90% Blackout Curtain
Aurora Thermal Insulated 90% Blackout Curtain
From
RM19.98
Check Aurora Thermal Insulated 90% Blackout Curtain price below:
add_circle Kain boleh basuh dengan mesin
add_circle Fabrik berkualiti tinggi
add_circle Kain tebal & berat
add_circle Menyejukkan ruangan
remove_circle Tidak sesuai untuk dapur

Bagi mereka yang inginkan langsir baru untuk ruang tamu, kami syorkan untuk dapatkan langsir jenama Aurora.

Langsir ini diperbuat daripada fabrik jenis blackout yang menghalang cahaya matahari daripada masuk melalui tingkap. 

Berukuran 100cmx260cm dan kainnya tidak mudah pudar atau mengecut. 

Terdapat beberapa pilihan warna elegan yang boleh dipilih iaitu kelabu gelap, emas, coklat dan perak. 

Menariknya lagi, dapat memerangkap gangguan bunyi dan jika anda membuat pembelian langsir Aurora jenis cangkuk, mereka memberi hook secara percuma. 

Selain sesuai dipasang di ruang tamu, langsir ini juga boleh digayakan di dalam bilik tidur, ruang makan, hotel dan di mana-mana.

Langsir tingkap panjang
3D Printed Curtains
3D Printed Curtains
From
RM11.99
Check 3D Printed Curtains price below:
add_circle Pelbagai pilihan corak berbunga
add_circle Fabrik tahan lama
add_circle Boleh dibasuh dengan mesin cuci
remove_circle Bukan untuk anda yang tak minat corak floral

Kain langsir murah dan cantik ini merupakan pilihan yang paling tepat untuk anda yang baru sahaja berpindah rumah. 

Ini kerana sudah siap dijahit dan boleh didapati dengan harga yang mampu milik mengikut saiz langsir. 

Paling bagus, curtain murah ini boleh dikeringkan menggunakan mesin, jadi anda tak perlu susah-susah keringkannya di luar rumah.

Diperbuat daripada bahan polyester dan boleh digantung pada pintu, tingkap atau tempat pameran di kedai atau gerai jualan sebagai hiasan. 

Antara pilihan warna yang tersedia ialah merah, hijau, biru, krim dan kelabu.

Anda juga boleh pilih sama ada nak langsir yang guna cangkuk atau cincin langsir.

Langsir moden
Ready Stock Langsir Full Blackout Curtain Size Tingkap 140X160CM / 100 x 130cm
Ready Stock Langsir Full Blackout Curtain Size Tingkap 140X160CM  100 x 130cm
From
RM9.70
Check Ready Stock Langsir Full Blackout Curtain Size Tingkap 140X160CM / 100 x 130cm price below:
add_circle Kain tebal
add_circle Kurangkan kemasukan cahaya matahari
remove_circle Rekaan langsir terlalu ringkas

Percaya tak ada langsir yang djiual dengan harga RM20 sahaja? Memang sesuai yang mempunyai bajet terhad untuk beli langsir baru untuk hari raya nanti. 

Tersedia dalam pelbagai pilihan warna menarik seperti maroon, perak, coklat gelap, merah jambu, hijau muda, biru dan kelabu. 

Warna nude pun ada jika anda gemar warna yang tidak begitu terang. 

Paling menarik, langsir jenis ini mempunyai cangkuk 2 dalam 1 di mana anda boleh pasangnya dengan menggunakan hook dan dawai. 

Produk ini terdapat 2 pilihan ukuran iaitu 140cm x160cm yang sesuai untuk tingkap nako.

Manakala 100cm x 130cm pula sesuai untuk tingkap yang kecil lebarnya. 

Langsir ruang tamu kecil
Dora Mill Semi Blackout Door Window Curtain
Dora Mill Semi Blackout Door Window Curtain
From
RM6.46
Check Dora Mill Semi Blackout Door Window Curtain price below:
add_circle Jahitan kema
add_circle Sesuai juga untuk ruang tamu & pintu bilik
add_circle Terdapat 2 pilihan saiz
remove_circle Langsir agak nipis
remove_circle Perlu digosok terlebih dahulu

Jangan abaikan pemasangan langsir pada tingkap dan pintu bilik anak kerana kanak-kanak juga perlu diajar tentang privasi sejak mereka kecil lagi. 

Terdapat pelbagai corak menarik dan riang seperti bintang, sayur-sayuran, ikan, hati, kucing, pokok dan dedaun.

Memang sesuai digayakan di bilik tidur atau bilik bermain anak. Barulah boleh membantu imaginasi anak agar lebih berkembang. 

Jangan risau jika tingkap rumah anda tidak tersedia rod langsir kerana langsir ini boleh dipasang menggunakan cangkuk, dawai dan rod. 

Pilihan warna yang ceria dan terang seperti merah jambu, hijau dan putih juga bakal mewujudkan ruang yang lebih berseni pada bilik anak. 

Langsir pendek
Skirting/Langsir kabinet dapur
SkirtingLangsir kabinet dapur
From
RM4.00
Check Skirting/Langsir kabinet dapur price below:
add_circle Jahitan kemas & cantik
add_circle Ringan
add_circle Mudah dibasuh
add_circle Fabrik beralun bila ditiup angin
add_circle Tak jarang
remove_circle Tiada corak

Jika bajet yang terhad menghalang anda untuk buat pintu kabinet dapur yang cantik, usah khuatir, guna sahaja langsir untuk kabinet dapur ini buat sementara waktu. 

Bukan apa, langsir ini oleh menutup ruang yang terbuka agar kelihatan lebih kemas. 

Harga pun murah, RM2.50 untuk 0.5 kaki kurang 30 inci. Harga yang ditawarkan ini untuk langsir kabinet mengikut kaki. 

Antara pilihan warna yang tersedia ialah hitam, putih, emas, coklat gelap, hijau emerald, kelabu dan hijau.

Cara nak pasang juga sangat mudah kerana hanya menggunakan tape velcro. 

Jadi, tak perlu guna cangkuk atau rod untuk pasang langsir cantik ini.

Langsir bilik air
Modern Printed PEVA Bathroom Curtain
Modern Printed PEVA Bathroom Curtain
From
RM3.90
Check Modern Printed PEVA Bathroom Curtain price below:
add_circle Kalis air
add_circle Tahan lasak
add_circle Boleh dibasuh guna tangan
remove_circle Tidak boleh basuh dengan peluntur

Tirai ini direka khas untuk bilik mandi agar lebih privasi ketika membersihkan diri. 

Air bilasan mandi juga tidak terpercik ke bahagian lantai atau dinding yang lain. 

Jangan risau, fabrik langsir ini kalis kulat dan terdapat beberapa corak langsir terkini beserta pilihan warna yang menarik untuk ruang bilik air. 

Produk ini memang mampu milik kerana boleh dibeli dengan harga bawah RM10 sahaja. 

Antaranya, motif petak, corak laut, floral dan tapak sulaiman. 

Saiz, langsir ini berukuran 178cm x195cm dan terdapat 12 biji cangkuk yang akan memudahkan anda untuk memasangnya.

Langsir pintu bilik
Hook Modern Curtain
Hook Modern Curtain
From
RM5.08
Check Hook Modern Curtain price below:
add_circle Jahitan kemas
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Kain boleh digosok
add_circle Sesuai juga untuk tingkap
remove_circle Kain langsir agak nipis

Walaupun setiap bilik tidur di kediaman kita sudah dilengkapi dengan pintu, namun jangan abaikan ruang privasi.

Jadi, segera dapatkan kain langsir terkini khas untuk pintu bilik. Jangan risau, dijual mengikut kepingan dan bukannya sepasang. 

Anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan rod, dawai atau cangkuk untuk memasang langsir murah ini. 

Terdapat dua pilihan ukuran langsir yang boleh dipilih iaitu pendek (120cmx160cm) dan panjang (120cmx210cm). 

Menariknya lagi, hook modern curtain merupakan langsir jenis semi blackout, jadi boleh menghalang kemasukan cahaya matahari yang menyilaukan masuk ke dalam rumah.

Langsir putih jarang
Sheer Curtain White Lace
Sheer Curtain White Lace
From
RM15.90
Check Sheer Curtain White Lace price below:
add_circle Boleh dicuci dengan mesin basuh
add_circle Sesuai pada tingkap & pintu gelongsor
add_circle Fabrik langsir jenis lembut
add_circle Sesuai juga jadi langsir pejabat
remove_circle Hanya ada warna putih

Produk jenis langsir nipis ini sesuai dijadikan lapisan kedua tirai pada tingkap atau sliding door kerana boleh menapis cahaya daripada masuk secara terus ke dalam rumah. 

Mempunyai 2 pilihan saiz iaitu 100cm x 260 cm dan 140cm x 260cm yang boleh dipasang dengan mudah menggunakan cangkuk atau lubang kecil. 

Jadi kami sarankan untuk membeli 1 keping langsir untuk pintu manakala untuk tingkap pula, dapatkan 1 keping langsir untuk setiap panel tingkap. 

Ini bermakna jika tingkap anda mempunyai 4 panel, anda perlu beli 4 keping langsir supaya tidak kelihatan seperti langsir pinjam. 

Boleh juga dijadikan sebagai langsir pemisah ruang antara dapur dan ruang tamu.

Langsir tingkap kecil panjang
PCdecor Langsir Dapur Short Curtain
PCdecor Langsir Dapur Short Curtain
From
RM15.90
Check PCdecor Langsir Dapur Short Curtain price below:
add_circle Kain tak mudah pudar
add_circle Langsir ada corak
add_circle Jahitan kemas
add_circle Sesuai digayakan sebagai pemisah ruangan
remove_circle Saiz kecil

Jika tingkap rumah anda lain dari yang lain kerana saiznya kecil, kami sarankan anda untuk dapatkan langsir pendek.

Langsir ini mempunyai 5 pilihan warna iaitu biru, merah jambu, coklat, hitam dan merah ini. 

Pasti akan kelihatan cantik jika dipasang pada bahagian dapur, pintu kaca dan di luar pintu bilik atau tandas. 

Jika nak jadikannya sebagai anak langsir juga dijamin akan tetap nampak menawan. 

Terdapat 2 pilihan langsir iaitu sama ada anda nak pilih jenis cincin rod atau cangkuk. 

Bagusnya lagi, fabrik langsir ini boleh dibasuh dengan tangan atau mesin cuci automatik.

Langsir tingkap 2 panel
LANGSIR L ( 120*210cm ) Hook & Rod Type 2 Features in 1 Curtain
langsir 2 panel
From
RM7.94
Check LANGSIR L ( 120*210cm ) Hook & Rod Type 2 Features in 1 Curtain price below:
add_circle Sesuai untuk tingkap 2 dan 3 panel
add_circle Jenis 2 dalam 1
add_circle Langsir semi blackout
remove_circle Perlu beli dua untuk 2 panel

Anda mahukan langsir yang boleh digunakan pada tingkap dua atau tiga panel anda? Bleh dapatkan langsir Hook & Rod Type 2-in-1 ini.

langsir ini diperbuat daripada bahan mikrofiber lembut yang memastikan rasa mewah dan ketahanan yang tahan lama.

Selain itu, langsir ini tersedia dalam pelbagai pilihan kuantiti untuk disesuaikan dengan saiz tingkap dan pintu yang berbeza.

Sama ada untuk tingkap satu panel atau penyediaan yang lebih besar, langsir ini memberikan kesesuaian yang sempurna. 

Setiap langsir dilengkapi dengan tiga cangkuk percuma untuk pemasangan yang mudah dan 

Boleh digunakan sama ada secara rod atau cangkuk.

Tambahan lagi, ciri semi-blackout memastikan privasi sambil membiarkan cahaya yang mencukupi, mewujudkan suasana yang selesa. 

Langsir ini mempunyai ukuran 120cm lebar dan 210cm tinggi, jadi pastikan anda ukur terlebih dahulu kesesuain langsir ini dengan ruang rumah atau tingkap anda.

Langsir pintu dapur
Langsir Pintu Dapur /Windproof Kitchen Curtain
From
RM29.00
Check Langsir Pintu Dapur /Windproof Kitchen Curtain price below:
add_circle Menghalang aircond masuk/keluar
add_circle Datang bersama magic tape
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Perlu ukur sebelum order

Bahagian dapur mungkin bahagian atau ruang yang sensitif untuk sesetengah orang kerana tidak suka orang luar untuk menerjah masuk ke dalam dapur.

Untuk menutupi ruangan dapur, anda boleh dapatkan langsir pintu dapur ini yang boleh menutup penuh.

Kelebihan langsir ini adalah ia dapat menutup penuh dan juga menghalang udara sejuk penghawa dingin daripada masuk ataupun keluar dari ruangan dapur.

Setiap pembelian akan hadir bersama dengan magic tape bagi memudahkan pemasangannya di rumah anda.

Bagaimanapun, anda perlu mengukurnya terlebih dahulu dengan bahagian pintu dapur anda agar ianya muat untuk dipasang.

Langsir pemisah ruang tamu dan dapur
White Lace Window Curtain Door Curtain Living Room Drapes Sperate Curtains Home Decor
From
RM20.00
Check White Lace Window Curtain Door Curtain Living Room Drapes Sperate Curtains Home Decor price below:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Pelbagai fungsi
add_circle Boleh basuh guna mesin basuh
remove_circle Tidak banyak pilihan corak/ warna

Langsir lace putih untuk memisahkan ruang tamu dan dapur ini diperbuat daripada bahan premium yang breathable, lembut, tidak berbulu, dan tahan lasak.

Langsir ini akan memastikan ketahanan jangka panjang. 

Selain itu, reka bentuk yang selesa dan terurai melembutkan ke bawah tanpa menghalang cahaya semula jadi ini menambahkan lagi sentuhan elegan.

Dengan reka bentuk yang elegan dan selesa, langsir ini juga mempunyai pelbagai fungsi.

Ia boleh digunakan sebagai langsir pintu, langsir tingkap, saringan tingkap, langsir mantel, langsir partition, langsir hiasan, dan juga langsir katil. 

Sementara itu, saiz poket rod pada langsir ini sesuai dengan kebanyakan batang langsir, menjadikannya mudah dipasang. 

Langsir ini juga cepat kering dan boleh dibasuh dengan mesin atau tangan.


Apa Fungsi Langsir Rumah? 

Tujuan utama kita pasang langsir adalah untuk melindungi rumah daripada dimasuki cahaya matahari yang terlalu terang.

Dalam masa yang sama, fabrik yang boleh menghias tingkap atau pintu bilik untuk menjadikan sesebuah ruang itu lebih cantik. 

Lagipun kalau pandai pilih warna langsir, boleh membuatkan bilik atau ruang tamu terasa lebih luas dan tinggi.

Paling penting, sangat berguna untuk memberi privasi kepada pemilik rumah agar pergerakan dalam rumah tidak kelihatan oleh orang luar.

Dalam masa yang sama, langsir mampu menghalang habuk daripada masuk ke dalam ruang rumah ketika tingkap ruangan tersebut dibuka.

Jadi, anda diingatkan untuk sentiasa membasuh langsir dengan kerap. 


Apakah Fabrik Langsir Terkini? 

Bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan padat, jarak antara rumah adalah sangat dekat. 

Jadi, perlukan privasi dalam rumah dan kami sarankan anda menggunakan fabrik jenis blackout iaitu kain jenis tebal dan berat.

Selalunya fabrik ini tidak mudah melayang-layang walaupun diitiup angin. 

Malah, cahaya matahari ketika siang hari tidak akan mampu untuk masuk sekaligus tidur juga jadi lebih nyenyak kerana tiada gangguan cahaya. 

Selain itu, ada juga kain ringan seperti organza, voiles dan sheer untuk bahagian lapisan kedua langsir mereka. 


Jenis Cangkuk Langsir Popular

Cangkuk langsir jenis rod merupakan antara cangkuk yang sangat popular untuk pasang langsir.

Ini kerana alat ini sangat mudah dipasang, hanya perlu masukkan cincin atau lubang dalam batang langsir. 

Tapi, cangkuk jenis besi juga masih lagi menjadi pilihan ramai.

Cuma, masa yang diambil untuk pasang langsir adalah lebih lama.

Bahagian cangkuk besi perlu dimasukkan satu persatu dalam pita lubang langsir berkenaan. 

Jenis gantung langsir menggunakan dawai mungkin sudah tidak digunakan lagi.


Cara Mudah Ukur Langsir Rumah 

Sebelum buat langsir baru, anda perlu ukur terlebih dahulu bahagian tingkap dan pintu yang mahu digantung langsir.

Apa yang anda harus lakukan adalah ukur dari hujung selusur (railing) kanan hingga ke hujung railing kiri. 

Ingin kami ingatkan, jika anda hanya ukur saiz pintu atau tingkap, langsir akan kelihatan tidak cantik apabila dipasang kerana saiz langsir kelihatan tegang atau kecil.

Seterusnya, anda perlu tahu juga berapa banyak kedut yang anda mahukan pada langsir.

Apa saranan kami, anda perlu darabkan berapa kali kedut yang anda mahu pada langsir dengan ukuran hujung ke hujung tadi. 

Angka yang anda dapat selepas didarab ialah lebar langsir yang perlu anda beli.

Dari segi panjang langsir pula, ukur sahaja ketinggian rail dari atas hingga ke bawah. 

Untuk langsir nampak cantik, pastikan labuh langsir sehingga paras atas lantai.

Jangan terlalu labuh atau terlampau pendek sebab akan menyebabkan ruangan kelihatan tidak elegan.

Selain itu, menurut laman web Impiana, ukuran panjang tadi harus anda campurkan dengan tambahan 5 inci lagi untuk lipatan atas (1 inci untuk jahitan tape langsir dan 4 inci selebihnya untuk lipatan tape) manakala 5 inci pula untuk kelim bahagian bawah. 

Apa-apa pun, pemilik kediaman perlu tahu berapa keping panel tingkap dan pintu gelongsor kaca anda,

Bukan apa, apabila membuat tempahan di kedai langsir, pekerja kedai akan potong mengikut saiz yang sesuai untuk setiap panel tingkap tersebut. 


Artikel Berkaitan

End of Article