Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
lampu solar panel terbaik .jpg

9 Lampu Solar Terbaik di Malaysia 2024 (Luar Rumah & Taman)

Rumah nampak lebih moden dan anda pula dapat berjimat!

Kini, sudah ramai menggunakan lampu solar untuk penjimatan elektrik yang berbaloi. 

Ini kerana lampu solar direka dengan panel suria yang akan memerangkap tenaga matahari dan menukarkan ia menjadi tenaga elektrik untuk menyalakan lampu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis lampu solar di pasaran seperti lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar kebun dan banyak lagi.

Harga lampu solar ada yang mampu milik dan anda boleh dapatkannya di kedai ataupun boleh beli lampu solar di Shopee. Cepat dan jimat!

Jom kami bantu anda senaraikan lampu solar terbaik untuk penjimatan elektrik yang lumayan!


Senarai 9 Lampu Solar Terbaik

Lampu solar terbaik secara keseluruhan
Lampu Solar IP65 Street Lighting
mulai
RM19.50
Semak Lampu Solar IP65 Street Lighting harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Kalis air
add_circle Ada 3 Intelligent Sensor mod
add_circle Ada remote control
remove_circle Satu warna sahaja - hitam

Sebab menjadi pilihan utama:

Lampu Solar IP65 Street Lighting ini tak memerlukan kabel elektrik untuk pemasangan dan dilengkapi dengan sensor untuk bezakan siang atau malam. 

Ciri-ciri:

Dilengkapi dengan 3 Intelligent Sensor Modes membolehkan anda membuat tetapan mod mengikut kehendak anda. 

Anda boleh menukar tetapan mod menggunakan remote control yang disediakan. 

3 mod tersebut adalah:

  • Mod 1: On/Off - Nyala bila ada orang dan padam bila tak ada orang (ketika suasana gelap)
  • Mod 2: Dim light mode - Nyala bila ada orang dan malap bila tak ada orang (ketika suasana gelap)
  • Mod 3: Steady on mode - lampu akan sentiasa menyala ketika suasana gelap

Selain itu, lampu solar ini juga waterproof bagi memastikan ia tetap berfungsi jika dipasang di kawasan luar rumah seperti pagar atau dinding luar rumah. 

Sensor lampu solar ini akan mengesan pergerakan berjarak 5 hingga 10 meter radius kawasan ia dipasang. 

IP65 lampu solar ini pula sesuai untuk anda pasangkan di ruangan taman rumah, halaman rumah, beranda dan jalan masuk rumah. 

Anda tak perlu risau, warna rangka lampu solar ini tak akan pudar kerana dilengkapi dengan teknologi UV protect ABS body.

Review: 

Lampu terang.. Mode 3, dim light pun dah terang.. Bila gelap automatik menyala sampai Subuh jam 6 pagi pun masih nyala..

Hiroshima 100W Durable and long lasting Solar Spotlight
mulai
RM299.00
Semak Hiroshima 100W Durable and long lasting Solar Spotlight harga dibawah:
add_circle Lampu besar & terang
add_circle Kalis air
add_circle Cahaya boleh di laras
remove_circle Harga mahal

Lampu solar Hiroshima 100W antara lampu solar yang popular di pasaran kerana cahaya LED lebih terang daripada lampu lain yang mempunyai nilai watt yang sama.

Selain itu, solar panel untuk lampu solar ini bersaiz besar dan sensitif membuatkan tetap caj walaupun hari mendung. Menarik kan? 

Anda akan dapat lebih penjimatan kerana bateri untuk lampu solar ini kerana tahan lama selama 12 jam.

Mempunyai ciri lain iaitu kalis air serta tahan panas. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia!

Jangan risau, pemasangan lampu solar ini sangat mudah, anda tak perlu buat wiring yang leceh dan pening kepala nak upah orang cuma tinggal tebuk dan skru saja. 

Paling penting, dilengkapi dengan remote control yang membolehkan anda adjust brightness lampu solar ini mengikut kesesuaian penggunaan anda. Sangat mudah! 

Jika anda mencari lampu 100 watt yang terang dan bajet tinggi, mungkin lampu solar Hiroshima ini sesuai untuk anda. 

Lampu solar tahan lama
120 LED COB Lampu Solar Outdoor
mulai
RM22.30
Semak 120 LED COB Lampu Solar Outdoor harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Gred IP65 waterproof
add_circle Lampu terang (COB)
remove_circle Wayar panel suria pendek

Lampu solar tahan lama ini mudah dipasang, anda hanya perlu tebuk dinding dan skru atau anda boleh gantungkannya di bahagian dinding luar rumah anda. 

Bahagian salutan luar lampu solar ini menggunakan gred IP65 membuatkan ia waterproof dan tahan lasak sesuai untuk diletakkan di kawasan luar rumah anda.

Walaupun sambungan panel surianya sedikit pendek, tapi teknologi Chips on Board (COB) akan terangkan kawasan yang dipasang 10 kali lebih terang daripada lampu biasa.

Automatik sensor lampu solar ini akan detect pergerakan dari jarak 5 hingga 8 meter dan akan menyala selama 20 hingga 30 saat selepas tiada pergerakan di kesan.

Jangan risau, saiz ukuran lampu ini cukup sesuai untuk anda pasang di ruangan parkir rumah, beranda, taman rumah dan lorong tepi rumah anda. 

LED Solar Sensor Firework Light Garden
mulai
RM15.90
Semak LED Solar Sensor Firework Light Garden harga dibawah:
add_circle Rekaan cantik
add_circle Terdapat 7 mod tetapan
add_circle Teknologi UV protect ABS body
remove_circle Perlu beli banyak untuk lebih cantik

Anda nak hiaskan laman rumah ala taman di iCity? Boleh! Dengan LED Solar Sensor Firework Light Garden anda boleh bentukkan lampu solar ini dengan mudah. 

Lampu hiasan solar ini boleh dibentuk menjadi seperti bunga api, bunga, bentuk hati dan sebagainya. Jadi, laman rumah anda akan kelihatan lebih menarik!

Ciri menarik lain, lampu hiasan solar ini akan menyala secara automatik dan boleh bertahan selama 8 hingga 10 jam jika di caj 6 hingga 8 jam. 

Anda perlu diingatkan, panel suria untuk lampu solar ini haruslah diletakkan di bawah kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari yang cukup.

Anda juga boleh sesuaikan cara ia menyala dengan memilih 7 mod tetapan yang disediakan seperti kekal menyala, berkelip, pergerakan ombak, fireflies flashing, dan sebagainya.

Lampu hiasan solar ini juga tahan lasak kerana ia gred IP65 membuatkannya tahan panas dan waterproof. Jadi anda tak perlu risau jika ia terkena hujan ribut!

Solar LED Lampu Outdoor Garden Palace
mulai
RM3.90
Semak Solar LED Lampu Outdoor Garden Palace harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Kalis air
add_circle Pelbagai warna
remove_circle Cahaya tak terang

Serikan taman halaman rumah anda dengan lampu solar ini yang boleh didapati dengan pelbagai pilihan seperti warna merah, jingga dan putih.

Lampu solar ini tahan lasak dan waterproof membuatkan ia sesuai dipasang di kawasan taman halaman rumah anda.

Pastikan anda menekan butang ON/OFF untuk mengaktifkan lampu solar ini supaya dapat menyerap tenaga matahari untuk digunakan untuk waktu malam. 

Lampu solar ini juga dilengkapi dengan sensor yang membolehkan lampu solar ini terpasang secara automatik pada waktu malam dan akan tutup sendiri pada waktu pagi. 

Cahaya lampu solar ini agak lembut berbanding lampu solar lain kerana direka khas untuk menghiasi taman halaman rumah.

Lampu solar dalam rumah
Solar Light Indoor Lamp 300W LED
mulai
RM15.90
Semak Solar Light Indoor Lamp 300W LED harga dibawah:
add_circle Terdapat remote control
add_circle Teknologi Intelligent Light-Controlled
add_circle Sensor malam automatik
add_circle Tahan 12 - 18 jam penggunaan
remove_circle Cahaya tak terang

Lampu solar untuk kegunaan dalam rumah ini dilengkapi dengan remote control yang akan memudahkan anda mengawal pencahayaan mengikut pilihan tetapan.

Dengan teknologi Intelligent Light-Controlled, sesuai untuk kegunaan malam dan ada 3 pilihan cahaya iaitu white light, neutral light and warm light

Lampu solar ini akan caj secara automatik di waktu siang dan akan automatically menyala pada waktu malam. Sangat mudah!

Lampu solar ini amat mudah untuk anda pasang dan ia akan bertahan selama 12 hingaa 18 jam sepanjang malam penggunaan.

Kemasan reka bentuk lampu solar bulat ini sangat bagus hinggakan moisture-proof atau kalis lembapan.

Anda tak perlu risau juga sesuai di pasang pada bahagian siling rumah dan bahagian dinding luar rumah tau. 

Solar Light Outdoor Lighting Home Outdoor Lampu Jalan
mulai
RM15.90
Semak Solar Light Outdoor Lighting Home Outdoor Lampu Jalan harga dibawah:
add_circle Ada sistem Intelligent Control
add_circle Kalis air
add_circle Ada remote control
remove_circle Saiz lampu solar kecil

Ada mencari lampu jalan solar untuk luar rumah? Mungkin ini boleh dijadikan satu pilihan anda kerana dilengkapi dengan sistem Intelligent Control.

Sistem ini akan memudahkan anda kerana akan menyala pada waktu senja dan tutup secara automatik pada waktu subuh. Mudah kan?

Lampu jalan solar ini akan menyala mod terang 100% dalam masa 2 saat selepas mengesan pergerakan di sekitarnya dan turun kepada 30% apabila orang berlalu pergi. 

Tambahan lagi, dilengkapi dengan mod masa oleh itu anda boleh set kekal menyala selama 3 jam, 5 jam atau 8 jam. 

Jangan risau, lampu jalan solar ini tahan lasak kerana ia gred waterproof IP67 membuatkannya tahan hujan ribut dan cuaca panas sehingga suhu 4℃ hingga 50℃. 

Selain ada remote control untuk memudahkan kawalan jarak jauh, boleh dipasang dengan dua cara iaitu pasang di tiang rumah dan dinding luar rumah anda. 

3 MODE LED Solar Light PIR Motion Sensor
mulai
RM7.99
Semak 3 MODE LED Solar Light PIR Motion Sensor harga dibawah:
add_circle Ada 3 mod tetapan
add_circle Kalis air
add_circle Tak mudah luntur
add_circle Ada teknologi Chips on Board
remove_circle Saiz lampu solar kecil

Lampu solar PIR Motion Sensor ini ada 3 mod tetapan untuk memudahkan anda set mod mengikut pilihan kegunaan. 

Antara 3 mod pilihan yang anda boleh tetapkan ialah:

  • Mod 1: Menyala apabila motion sensor detect pergerakan.
  • Mod 2: Menyala malap sepanjang malam dan menjadi terang apabila ada pergerakan.
  • Mod 3: Menyala malap sepanjang malam.

Selain itu, tahan lasak dan waterproof membolehkan tahan lebih lama dan boleh dipasang di kawasan luar rumah anda seperti laman rumah, taman dan beranda rumah.

Anda tak perlu risau untuk menukar lampu solar ini dengan kerap kerana dilengkapi dengan teknologi UV protect ABS body jadi warna rangka lampu solar ini tak akan pudar.

Paling menarik, menggunakan teknologi Chips on Board (COB) iaitu lampu solar LED ini boleh menerangkan kawasan 10 kali lebih terang. Hebat kan?

Lampu Pagar Electrify(230v)
mulai
RM29.00
Semak Lampu Pagar Electrify(230v) harga dibawah:
add_circle Rekaan cantik
add_circle Mudah dipasang
add_circle Ada smart light sensor
add_circle Ada dua pilihan warna lampu
remove_circle Harga mahal

Lampu pagar solar rekaan cantik ini 100% menggunakan sistem direct tenaga solar dan sangat mudah dipasang. Hanya perlukan skru sahaja!

Dilengkapi dengan teknologi smart light sensor, ia akan caj pada hari siang dan menyala secara automatik pada waktu malam. 

Ciri lain, iaitu tahan panas dan waterproof menjadikan sesuai untuk dipasang di anjung luar rumah anda, laluan masuk rumah, pagar luar rumah atau halaman rumah. 

Anda juga boleh pilih antara dua warna lampu iaitu warna putih dan jingga mengikut cita rasa dan kesesuaian tema rumah anda dengan hanya satu butang switch saja. Mudah!

Walaupun harganya mahal berbanding lampu solar lain, fungsi dan ciri yang ditawarkan sesuai dan berbaloi untuk dipasang pada pagar rumah. 


Kelebihan Lampu Solar

Sudah ramai menggunakan lampu solar di rumah dan ia kini dilihat menjadi satu kebiasaan dijadikan sebagai salah satu hiasan di taman luar sesebuah kediaman.

Anda pun nak tukar lampu rumah dengan lampu solar? Ini antara kelebihan dan manfaat yang anda perlu tahu sebelum menggunakannya.

  • Jimat 

Lampu solar menggunakan tenaga matahari sebagai sumber tenaga yang tak memerlukan jaringan elektrik utama.

Dengan tenaga matahari, anda dapat penjimatan yang banyak apabila menggunakan lampu solar ini. 

  • Mudah Dipasang: 

Lampu solar sangat mudah dipasang dan tak memerlukan kabel elektrik yang rumit atau memerlukan bantuan electrician untuk pemasangan. 

Setiap pembelian lampu solar akan dilengkapi dengan kertas arahan yang mudah untuk diikuti. Semudah ABC! 

  • Tahan Cuaca: 

Lampu solar direka tahan cuaca sehinggakan dapat berfungsi dengan baik di bawah sinar matahari yang terik, hujan lebat dan angin kencang.

  • Lebih terang: 

Pemasangan lampu solar di luar rumah anda atau apa-apa bangunan akan membuatkan rumah anda lebih terang dan jelas ketika waktu malam. 

  • Fleksibilitas: 

Lampu solar boleh dipasang di lokasi yang mungkin sukar untuk mendapat jaringan elektrik  utama seperti di pedalaman atau daerah terpencil.

Untuk bahagian yang kecil atau tersorok dalam rumah seperti anak tangga atau ruangan kecil, anda boleh memasang lampu solar kerana ia tak memerlukan kabel elektrik.


Artikel Berkaitan

End of Article