Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Cat Rumah Cantik, Terkini & Moden 2024 (Jenama Bagus)

Hilang rasa penat bila tengok hasil cat rumah cantik dan kemas!

Rumahku Syurgaku, pastinya kita inginkan suasana rumah yang kemas, aman dan selesa betul tak?

Jadi, penggunaan jenama cat rumah yang bagus sangat penting dan ada banyak cat rumah yang menarik dengan warna cat rumah terkini, berkualiti dan cantik di pasaran.

Bukan apa, bayangkan dari pejabat, penat dengan kerja, bila balik tengok cat dinding cantik, serba sedikit mesti rasa kurang rasa penat badan tu.

Tapi macam mana nak tahu brand dan jenis cat apa yang bagus dan berkualiti terutama bahagian ruang tamu, dapur dan luar rumah? 

Harga cat rumah juga tidaklah murah, terutamanya untuk cat rumah moden atau cat rumah terkini dengan teknologi baru.

Kita mestilah nak pilih cat rumah cantik dengan pilihan warna cat luar rumah atau dalam, dan pastinya jenis cat rumah yang betul.

Jom kita tengok senarai cat rumah terkini dan cat paling bagus yang sesuai untuk jenis setiap ruang kediaman anda.


Senarai 15 Jenama Cat Rumah Cantik Terkini

Cat rumah moden
JOTUN
JOTUN Majestic True Beauty Matt
mulai
RM144.90
Semak JOTUN Majestic True Beauty Matt harga dibawah:
add_circle Water based
add_circle Anti kulat dan kuman
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

JOTUN Majestic True Beauty Matt mampu menjadikan ruang dalaman rumah anda kelihatan eksklusif serta mewah.

Ciri-ciri:

Cat ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang boleh berikan sentuhan kemewahan pada ruang dalaman rumah anda. 

Dengan palet yang luas, mengandungi warna-warna yang kaya dan cerah, cat premium ini pasti membuatkan anda terasa seperti tinggal dalam tempat mewah.

Antara kelebihan cat ini adalah ia mempunyai komponen yang bertindak sebagai anti kulat dan bakteria, menjadikan kerja pembersihan dinding rumah menjadi mudah.

Cat dari JOTUN ini menggabungkan teknologi eksklusif TrueColour, iaitu formulas unik dari bahan berkualiti tinggi yang menjamin warna yang tepat, konsisten, dan tahan lama.

Review:

Cat yang baik, tidak cair dan tidak terlalu pekat, dan tidak berbau. Keluarga sangat suka, termasuk jiran pun suka. Warna menyejukkan mata, nanti boleh repeat lagi.”

mulai
RM28.00
Semak MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L) harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Anti fugus
remove_circle Hanya untuk kayu

Jika anda ingin mengekalkan warna dinding kayu untuk rumah kampung, sebaiknya gunakan cat varnish yang berona kekayuan.

Bukan apa, cat ini dapat menjaga kualiti kayu berbanding anda menggunakan cat dinding biasa yang mungkin akan menampakkan kayu anda kelihatan pelik.

Cat ini mempunyai cirinya tersendiri antaranya kalis air dan juga anti-fungus.

Jadi, rumah kayu anda akan tahan lebih lama dan kelihatan seperti baru.

mulai
RM30.96
Semak Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior - Storm Cloud (1L) harga dibawah:
add_circle Anti fugus
add_circle Boleh dilap
add_circle Kurang berbau
remove_circle Mudah pudar

Jika anda sukakan ruang estetika yang sejuk, minimalis, segar dan ringkas.

Tapi tidak ingin kelihatan kosong, warna Storm Cloud daripada Colorland ini adalah pilihan yang tepat.

Jangan risau, besar mana pun sesuatu ruang tersebut, warna memang sesuai untuk seluruh ruangan kerana warna cat ini akan menjadikan ruang tersebut terasa nyaman.

Cat ini seperti cat mahal yang lain kerana mempunyai ciri anti-fungus, boleh dicuci dan dilap, kurang berbau dan mempunyai kemasan sheen yang menjadikan warna mewah.

Cat rumah murah dan berkualiti
Dulux
ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints
mulai
RM21.03
Semak ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints harga dibawah:
add_circle Kurang bau
add_circle Warna bersinar
remove_circle Lambat untuk kering

Dulux Inspire Interior merupakan cat yang berkualiti tinggi dan tahan lama kerana menggunakan teknologi Chroma Brite.

Dimana teknologi ini untuk memastikan rumah anda kelihatan baru dan lebih segar untuk masa yang lebih lama.

Cat ini memberi kemasan kilauan yang licin dan memberi selaput permukaan yang baik.

Malah melalui teknologi yang digunakan, warna cat ini jauh lebih cerah berbanding cat biasa.

Antara kelebihan cat ini adalah bau yang tidak kuat jadi tak perlu pening ketika mengecat rumah.

Cat rumah yang tidak berbau
Jotun
mulai
RM117.30
Semak Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L) harga dibawah:
add_circle Tidak berbau
add_circle Boleh dilap
add_circle Tidak mudah luntur
remove_circle Harga mahal

Cat rumah jenis Jotun Essence Easy Clean For Interior Use ini mengandungi COV (Volatile Organic Compound) yang rendah menjadikan cat ini tidak mesra alam dan tidak mengeluarkan bau yang kuat.

Sesuai bagi mereka yang mempunyai anak kecil kerana tidak terdedah dengan bahan kimia merbahaya.

Selain itu, cat ini juga mudah dikendalikan jika si kecil menconteng dinding. Hanya padam menggunakan kain basah saja.

Jangan risau, warna cat ini tidak akan luntur dan terkopek apabila dibersihkan. 

mulai
RM140.00
Semak KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L) harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelbagai pilihan warna
add_circle Boleh dilap
add_circle Anti bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk cat outdoor

Cat ini mempunyai lebih 80 pilihan warna dan anda pasti menjumpai warna sesuai dan menarik untuk ruang rumah.

Cat ini berasaskan air dan jika mempunyai kotoran seperti diconteng dengan anak kecil, lap saja dengan air.

Jangan risau, warna cat tidak akan luntur atau terkopek. 

Selain itu, cat ini kurang berbau kerana tidak mengandungi lead dan merkuri. Paling penting, anti bakteria.

SANCORA Silverlite
mulai
RM38.00
Semak Sancora Silverlite Wall Emulsion Paint (7L) harga dibawah:
add_circle Anti kulat
add_circle Bersaiz besar
remove_circle Tekstur agak kasar

Cat dinding dari jenama Sancora ini mempunyai tekstur untuk dinding rumah bahagian dalam kerana mempunyai beberapa ciri yang khas.

Antaranya mempunyai cairan yang mudah melekat secara menyeluruh pada permukaan dinding.

Anda juga tak perlu risau jika cat dinding ini tidak bertukar setiap tahun kerana bersifat anti kulat.

Paling penting, cat Sancora Silverlite Wall Emulsion Paint ini mempunyai wangian lemon jadi tidak perlu lagi pewangi rumah kerana cat dinding anda mengeluarkan bau tersebut.

Cat tembok rumah
Colourland
Colourland Paint
mulai
RM69.89
Semak Colourland Weatherflex Outdoor Paint 5L harga dibawah:
add_circle Tidak mudah pudar
add_circle Tahan lasak
remove_circle Tidak sesuai untuk indoor

Bagi yang menginap rumah yang mempunyai beranda, yard atau garaj pasti memerlukan cat tahan lasak supaya warnanya tidak mudah pudar.

Kami cadangkan, cat Colourland Wheatherflex Outdoor ini kerana ciri teksturnya sangat sesuai untuk kawasan yang terdedah dengan matahari dan hujan.

Menariknya lagi, cat ini boleh dilap jika terdapat kotoran pada permukaan dinding jadi, warna cat akan kekal bersih dan cantik.

Cat dinding dalam rumah/interior
KCC
kcc vinyl
mulai
RM111.00
Semak KCC Vinyl Glow (5L) harga dibawah:
add_circle Kelihatan bersinar
add_circle Tiada campuran plumbum dan merkuri
add_circle Boleh dilap
remove_circle Harga mahal

Tekstur cat Vinyl Glow dari KCC seperti mutiara dan secara tidak langsung apabila cat ini disapu pada dinding, ruangan rumah anda kelihatan berkilau dan berseri.

Cat ini berbeza dengan cat rumah yang lain kerana tiada campuran bahan merkuri atau plumbum tapi jangan risau, cat KCC jenis ini tidak mengeluarkan bau yang busuk.

Paling penting, cat ini boleh dilap atau dipadam jika si kecil conteng atas permukaan cat.

Anda tak perlu risau untuk membilas cat lagi untuk menutup kesan conteng.

economy undercoat
mulai
RM62.00
Semak Nippon Paint 5L Economy Undercoat (White) For Wood & Metal harga dibawah:
add_circle Mudah kering
add_circle Tiada campuran plumbum dan merkuri
remove_circle Hanya untuk cat perabot saja

Bagi yang tidak tahu, cat Economy Undercoat merupakan bilasan cat sebelum membilas warna cat yang lain. 

Tekstur cat jenama Nippon Paint Economy Undercoat ini berasaskan alkali dan diubah suai kepada tekstur minyak bagi memudahkan proses pengeringan.

Jangan risau, cat ini tidak mempunyai campuran plumbum atau merkuri dan tahan lama.

Cat ini khas untuk mengecat perabot dan kayu.

Tempoh masa cat ini untuk kering sebelum membilas warna cat yang baru adalah 4 jam.

mulai
RM89.00
Semak KCC Paint Interior Koreton Pro Emulsion Matt Finish - GREEN 2565-G KC ( 5L ) harga dibawah:
add_circle Mudah dicat
add_circle Dapat meluaskan ruang rumah
remove_circle Warna terlalu lembut

Cat dari jenama KCC Paint Koreton Pro merupakan jenis latex emulsion dimana tekstur matt licin yang sangat mudah untuk dicat.

Cat jenis ini sesuai untuk ruang dalaman rumah dan paling penting cat ini anti kulat.

Rona hijau sesuai untuk ruang yang menjadi tumpuan utama.

Ditambah pula frame yang bercorak tropikal dan perabot bewarna coklat menjadikan ruang tersebut naik dan berseri.

mulai
RM449.99
Semak Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base - 6009W (5kg) harga dibawah:
add_circle Kalis api
add_circle Warna cantik
remove_circle Harga mahal

Selalunya cat ini digunakan pada banggunan yang besar dan tinggi bagi mengelakkan daripada kebakaran yang teruk.

Tapi jika anda mementingkan keselamatan rumah, cat Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base adalah pilihan yang terbaik.

Cuma jangan salah faham, cat ini hanya mengurangkan rumah anda terjejas dari terbakar, bukan menghalang dari tidak terbakar.

Apabila dinding rumah terdedah dengan api, anda akan dapat lihat bahagian cat ini mengeluarkan buih karbon mikro dimana akan bertindak mengurangkan rumah terbakar teruk.

Cat rumah untuk depan
Nippon Paint
Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion
mulai
RM25.99
Semak Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion harga dibawah:
add_circle Hasil cat yang cantik
add_circle Harga murah
add_circle Kurang berbau
remove_circle Kurang pilihan warna terang

Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion merupakan pilihan terbaik anda untuk cat rumah yang berkualiti tinggi dengan harga murah.

Cat ini dirumus khas untuk meningkatkan dan melindungi pelbagai permukaan, termasuk dinding batu, siling, dan papan gentian.

Selain itu, cat ini mudah digunakan dan akan memberikan anda hasil cat yang cantik dan menyeluruh.

Cat jenama Nippon Paint ini memberikan hasil yang memuaskan tanpa membebankan anda, menjadikannya pilihan terbaik.

Cat rumah untuk ruang tamu kecil
Seamaster
SYK Seamaster Wall-Tex
mulai
RM35.00
Semak SYK Seamaster Wall-Tex harga dibawah:
add_circle Anti kulat dan alga
add_circle Boleh guna pada dinding kayu
add_circle Kemasan matte yang cantik
remove_circle Mungkin memerlukan primer

SYK Seamaster Wall-Tex boleh jadi pilihan utama anda untuk mendapatkan kemasan matte yang menakjubkan pada dinding dalaman rumah anda. 

Cat dari Seamaster ini bukan sahaja direka berkualiti tinggi, tetapi cat ini juga tidak akan membebankan anda kerana harganya murah.

Selain itu, cat ini juga boleh menghalang kulat dan alga dari naik ke permukaan dinding rumah anda.

Jika anda mahu mengecat dinding rumah kayu, anda boleh gunakan cat Seamaster ini kerana ia turut sesuai digunakan pada permukaan kayu.

Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan primer untuk kesan yang lebih optimum.

Cat luar rumah/outdoor/exterior
JOTUN
mulai
RM35.99
Semak JOTUN Jotaplast Max harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rumah baru
add_circle Tanpa bahan kimia berbahaya
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Pilihan kemasan yang terhad

JOTUN Jotaplast Max boleh dikatakan sebagai cat serbaguna yang menawarkan pilihan warna menarik.

Cat ini mampu untuk menyembunyikan sebarang kesan calar atau kecacatan pada dinding dengan baik bagi memastikan permukaan dinding nampak sempurna.

Cat jenama JOTUN ini juga boleh meliputi kawasan permukaan yang lebih luas dengan penggunaan cat yang sedikit, menjadikannya pilihan yang cekap dan menjimatkan.

Selain itu, ia juga mudah digunakan dan sesuai digunakan bagi anda yang baru membeli rumah dan mahu mencantikkan ‘casa impian’ anda.


4 Jenis Cat Yang Anda Perlu Tahu

Apabila ingin memulakan sesi mengecat dinding rumah, paling utama adalah anda perlu tahu jenis cat supaya hasil cat tidak berbelak.

Jenis-jenis cat ini ada tugasannya tersendiri dan perlulah digunakan mengikut peringkat.

Jumlah jenis cat adalah 4 iaitu cat primer, cat undercoat, cat akhir dan cat top coat.

  • Cat primer:

Cat ini memberikan daya lekat yang baik.

Jadi sebelum membilas cat yang diingini, bilas cat primer ini terlebih dahulu sebelum memulakan cat yang seterusnya. Cat ini digunakan pada permukaan besi, kayu atau plester.

  • Cat undercot:

Cat undercoat atau cat dasar selalunya memiliki tekstur berminyak dan akan dibilas di atas cat primer.

Fungsi jenis cat ini menghaluskan permukaan cat primer serta melindungi cat primer terdedah dengan sinar UV.

  • Cat akhir: 

Cat akhir atau cat finishing dicat pada proses yang terakhir selepas cat undercoat.

Cat ini berfungsi untuk mencantikkan lagi serta menaikkan seri ruang. Bahagian ini selalunya digunakan pada dinding atau siling atas.

  • Cat top coat:

Cat ini paling akhir dibilas kerana mempunyai sistem metalik.

Fungsi top coat ini beri warna cat dinding lebih berkilat dan segar.

Jadi bagi mereka yang inginkan mengecat rumah apa kata tonton dulu video ini dulu untuk mengetahui cara mudah cat dengan betul.


Cara Pilih Cat Rumah 

Dengan pemilihan cat yang terbaik, rumah anda akan menjadi lebih menarik dan selesa untuk didiami.

Namun, dengan begitu banyak jenis cat di pasaran, sukar untuk memilih yang terbaik untuk keperluan kita.

Jangan risau, kami akan bantu anda memilih cat yang terbaik untuk rumah anda.

  • Perhatikan kualiti cat

Jika anda ingin memastikan cat rumah anda tahan lama dan mempunyai kemasan yang baik, pastikan anda memilih cat yang berkualiti tinggi.

Jangan terlalu fokus pada harga yang murah kerana biasanya cat yang murah tidak tahan lama dan warnanya cepat pudar.

Oleh itu, pilih cat daripada jenama terbaik pada harga yang berpatutan dan pastikan ia tahan lama.

Dengan cara ini, anda tidak perlu menghabiskan wang dengan mengecat semula rumah anda.

  • Jenis permukaan

Sebelum memilih cat rumah, pastikan anda mengetahui jenis permukaan rumah anda kerana jenis permukaan akan mempengaruhi jenis cat yang sesuai digunakan.

Terdapat beberapa jenis cat iaitu cat berasaskan air, cat minyak, cat epoksi dan banyak lagi. 

Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat daripada penjual cat rumah.

  • Warna cat

Warna cat rumah anda boleh memberi impak yang besar kepada suasana rumah.

Anda boleh memilih warna yang sepadan dengan tema, hiasan atau suasana di dalam rumah yang ingin anda cipta.

Tambah lagi, pilih cat yang mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia atau toksik yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.

  • Kegunaan

Jika anda ingin mengecat dinding luar rumah, pastikan cat luar rumah yang anda pilih tahan cuaca hujan dan panas dan biasanya cat jenis ini lebih mahal berbanding cat biasa.

Sebaliknya, jika anda ingin mengecat bahagian dalam rumah, pilih cat dengan kemasan akhir yang menarik dan ciri teknologi anti stain, jadi si ibu mudah membersihkan kesan contengan anak-anak mereka. 

Pilih cat rumah yang mudah digunakan, tidak menyebabkan masalah semasa aplikasi, mudah kering dan tidak meninggalkan kesan berkilat.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Cat Rumah?

Antara kelebihan cat rumah ialah produk ini boleh memperbaiki penampilan rumah.

Dengan cat rumah yang betul, rumah anda akan kelihatan lebih menarik dan nampak selesa.

Anda boleh memilih daripada pelbagai warna dan tekstur untuk mencipta suasana yang sempurna untuk anda dan personaliti anda.

Selain itu, anda boleh ubahsuai rumah dengan kos yang rendah dan mengecat rumah adalah salah satu cara termudah untuk upgrade rupa rumah anda.

Jika anda bosan dengan warna lama atau ingin memberikan dinding anda rupa baru, mengecat rumah boleh memberi impak besar dan menjadikan rumah lebih menarik.

Cat rumah juga membantu melindungi dinding rumah anda mudah rosak akibat hujan dan cuaca panas yang teruk.

Sekaligus, mengelakkan kerosakan pada permukaan rumah anda dan memastikan ia bertahan lebih lama.

Salah satu kelemahan utama cat rumah ialah harga cat rumah yang tinggi, terutamanya cat rumah yang berkualiti tinggi. 

Anda juga perlu mempertimbangkan kos pekerja yang terlibat jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk melakukannya sendiri.

Cat rumah boleh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, jadi penting untuk memilih cat yang sesuai untuk bahagian rumah anda.


Tips Memilih Warna Cat

Sebelum anda membuat pembelian cat rumah, anda boleh lihat dahulu tips memilih warna cat yang sesuai dengan rumah atau tema rumah anda.

  • Perhatikan pencahayaan rumah anda

Pertimbangkan cahaya yang masuk ke dalam ruangan rumah anda. Warna cat akan terlihat berbeza dalam cahaya yang berbeza, jadi uji dahulu warna pada dinding dalam keadaan cahaya seperti di rumah anda.

  • Tetapkan tema rumah

Pilih warna yang mencerminkan gaya dan keperibadian anda. Apakah Anda suka penampilan atau mood yang tenang, atau lebih suka warna-warna yang cerah dan berani?

  • Selaraskan dengan dekorasi rumah

Pastikan warna cat sesuai dengan perabut dan dekorasi rumah anda agar setiap ruang rumah anda tidak kelihatan janggal atau tidak blend dengan warna dinding.

  • Pilih Sampel Warna

Sebelum membeli cat dalam jumlah besar, beli dahulu sampel cat kecil untuk dicuba dahulu di dinding. Ini membantu untuk melihat bagaimana warna sebenar dalam konteks rumah anda.

Akhir sekali, jika masih tidak tahu atau keliru untuk memilih warna yang sesuai, anda boleh dapatkan pandangan daripada interior designer yang boleh beri nasihat lebih mendalam terhadap pemilihan cat warna yang sesuai.


Artikel Berkaitan

End of Article