Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Checklist Barangan Wajib Ada Untuk Memudahkan Kerja Rumah!

Mudahkan kehidupan harian anda dengan barangan ini.

Pensonic merupakan sebuah jenama tempatan yang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasaran barangan elektrik lebih-lebih lagi barangan dapur. Jenama ini mempunyai design dan kualiti yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti Panasonic dan Philips. Anda skeptikal dengan kualiti barangan tempatan? Di sini kami sediakan review untuk membantu anda membuat keputusan:

Pensonic Electric Oven (23L) PEO-2305
Pensonic
mulai
RM148.99
Semak Pensonic Electric Oven (23L) PEO-2305 harga dibawah:
add_circle Fungsi pemanas bawah, atas & kedua-dua
add_circle Kapasiti 23L
add_circle Pemasa 60 minit dengan loceng
add_circle Kawalan suhu boleh laras sehingga 250 ℃
remove_circle Saiz agak kecil

Bagi penggemar ayam panggang diluar sana, pastinya stress bukan kalau sesekali mengidam ayam panggang diwaktu malam, kedai tak tahu mana yang buka, nak buat sendiri pula tiada peralatan. Apa tunggu lagi, dapatkan peralatan yang paling penting untuk memanggang ayam, Oven Pensonic PEO-2305!

Oven ini mempunyai timer sehingga 60 minit sahaja, dimana kebiasaannya proses pemanggangan ayam mengambil masa dari 1 jam 20 minit sehingga 1 jam setengah, jadi apa nak buat selepas 60 minit? Anda boleh pilih untuk terus tambahkan masa ataupun sesetengah chef akan ‘glaze’ ayam mereka dengan sos istimewa mengikut citarasa masing-masing. Ia dihadkan untuk padam secara automatik pada minit ke-60 untuk megelakkan makanan anda terlebih hangit ataupun terbakar sekiranya anda terlupa menutupnya.

Ia juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie, fungsi ini sangat sesuai bagi penggemar ayam panggang ala-ala Kenny Rogers. Teknik masakan rotisserie ini masih digunakan sehingga kini kerana teknik masakannya yang membolehkan ayam anda masak secara keseluruhan dan sekata tanpa perlu bersusah payah menterbalikkan ayam dan sebagainya. 

Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201
mulai
RM333.00
Semak Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201 harga dibawah:

Pensonic Chef's Like Air Fryer PDF-2201 adalah sesuai bagi mereka yang bujang dan hanya ingin menyediakan makanan dalam kuantiti yang kecil dan mengelakkan pembaziran. Ia dapat memasak pada suhu 80 hingga 200 degree Celsius dan mempunyai timer yang boleh diselaraskan sehingga 30 minit. Dari sudut keselamatan, air fryer ini didatangkan dengan fungsi auto shut off untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini jika dibiarkan terpasang. Material cool-touch nya mengelakkan bahagian luarnya daripada menjadi panas dan mengelakkan kulit melecur jika terlupa.

Spesifikasi

Tenaga

-

Saiz/Kapasiti

2.2L

Butang

Knob control

Warna

Putih & Ungu

Feature Tambahan

Timer 30 min dengan Auto shut off & bunyi
Shu boleh laras 80°C - 200°C untuk membolehkan ia disesuaikan dengan pelbagai jenis makanan
Element pemanas stainless steel
Material bersifat cool touch & anti-slip



Pensonic PVC-22B
mulai
RM159.00
Semak Pensonic PVC-22B harga dibawah:

Saiznya yang kecil memudahkan penyimpanan dan agak portable untuk di bawa bersama.  Dengan saiz sekecil itu, pengguna dapat menjimatkan ruang penyimpanan mereka, malah boleh diletakkan di bawah katil tanpa masalah. Ia mempunyai kabel sehingga 5 meter sesuai untuk membersihkan rumah walaupun pada jarak soket yang jauh.Mempunyai 5 layer penapisan untuk meningkatkan kadar pembersihan dan mengelakkan daripada bag habuk mudah rosak. Terdapat 2 beg habuk disediakan secara percuma kepada pengguna bagi satu pembelian.  Juga terdapat ciri keselamatan seperti  Dust Bag Indicator yang akan bertindak apabila beg habuk sudah penuh.

Pensonic Personal Blender PB-4004V
Blender terbaik untuk buah dan sayuran
mulai
RM77.00
Semak Pensonic Personal Blender PB-4004V harga dibawah:
add_circle Kaki pengisar tak mudah tergelincir
add_circle Bilah stainless steel
add_circle Ringan
remove_circle Kapasiti sedikit, hanya 600ml

Blender dengan kelajuan kuasa 250Watt ini mengisar makanan sehingga menjadi lumat dan semestinya menjadikan minuman buah-buahan anda lebih sedap. Setiap bahan yang dikisar ia memastikan kisaran yang halus dan pengisarnya diperbuat daripada keluli tahan karat. Datang dengan botol yang selamat untuk digunakan, iaitu bebas BPA dan pastinya berciri keselamatan yang cekap.

Pensonic Bread Maker (PBM2000)
Pensonic
mulai
RM205.00
Semak Pensonic Bread Maker (PBM2000) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai 19 pilihan set menu
add_circle Didatangi dengan aksesori memasak

Istimewa pembuat roti dari jenama Pensonic ini ialah ianya lengkap dengan 19 pre-set menu program yang boleh anda pilih jika ingin membuat roti kegemaran anda. Saiz loaf roti anda juga boleh dipilih samada 1.0lb, 1.5lb atau 2.0lb. Material pan pembuat roti ini diperbuat daripada bahan non-stick agar ianya mudah untuk dibersihkan.

Promosi Pensonic di Lazada

Diskaun sehingga 58% storewide hanya pada Sale 11.11 ini. Berbelanja minimum RM1500 dan dapatkan Toush Home Sensor Kit PERCUMA. Hanya sah untuk pembelian dari 12 malam sehingga 2 pagi pada 11.11.2020 sahaja. 

Bukan itu sahaja! Cepat-cepat masukkan peralatan idaman anda ke dalam cart dan check out pada 11.11.2020 ini dari 12 malam – 2 pagi untuk mendapatkan:
  • Pensonic Jug Kettle PAB-19 PERCUMA bernilai RM51.
  • Penghantaran percuma
  • Dan nikmati sehingga diskaun sehingga 1𝟮% disamping harga promosi pada 11.11 ini
  • Untuk lebih banyak promosi klik di sini

Mengenai Pensonic

Pensonic merupakah sebuah syarikat peralatan elektrik yang diasaskan oleh Chew Weng Khak, yang bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia di bawah nama Keat Radio Co. pada tahun 1965. Pada tahun 1982, Chew mengasaskan jenama Pensonic bertujuan untuk mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya.

Nama “Pensonic” direka dengan menggabungkan “Pen” dan “sonic” yang bermaksud "Bunyi Pulau Pinang" (Sound of Penang). Sejak itu, Pensonic berkembang sebagai jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.

Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.

End of Article