Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tisu dapur

10 Tisu Dapur Terbaik di Malaysia 2024 (Tisu Gulung & Basah)

Pastikan dapur korang ada tisu dapur supaya kerja pembersihan menjadi lebih mudah dan senang.

Bagi memastikan kerja-kerja pembersihan di dapur mudah, perkara utama adalah sentiasa bersihkan permukaan yang kotor supaya kotoran mudah disental.

Selain itu, penggunaan barang dan bahan cucian juga main peranan bagi proses membersihkan dapur terutama kawasan yang berminyak.

Antaranya kain, sabun dan tisu dapur jadi kami bantu anda menyenaraikan jenama tisu dapur serap minyak yang dapat mudahkan kerja pembersihan.

Lepas ni tak perlu lagilah susah-susah lap minyak bahagian dapur dengan kain kemudian, cuci dengan sabun pula, alahai banyak kerja!

Jom lihat senarai tisu gulung dapur yang best untuk anda guna di dapur.


Senarai 10 Jenama Tisu Dapur Serap Minyak

Tisu dapur scott
Scott Multi Purpose Kitchen Towel (60's x 6)
Scott Multi Purpose Kitchen Towel (60's x 6)
mulai
RM12.70
Semak Scott Multi Purpose Kitchen Towel (60's x 6) harga dibawah:
add_circle Serap air dengan baik
add_circle Tidak mudah koyak
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Tebal
remove_circle Perlu ditempatkan di tempat khas

Sebab menjadi pilihan utama:

Tisu ini merupakan jenis tisu serbaguna dan keberkesanan penyerapan secepat 1 saat.

Ciri-ciri:

Bagi mereka yang ada anak kecil, boleh gunakan tisu ini sebagai tisu utama di rumah dan di dapur kerana sangat bagus dalam penyerapan.

Apa yang lagi bagus, walaupun tisu ini sudah menyerap cecair kotoran tapi tisu tidak terlerai.

Malah, boleh diperah dan di lap lagi sekali untuk proses penyerapan. Jika anak kecil tumpahkan apa-apa, tidak menjadi masalah dengan tisu ini.

Tisu ini juga mampu membersihkan bahagian sisa kotoran berminyak di dapur dan paling penting, tidak mengeluarkan habuk tisu.

Percayalah, anda akan berterima kasih dengan kami di kemudian hari.

Review:

“Suka beli tisu Scott ada gambar gajah ni sebab bagus. Nak lap air tumpah pun senang je sebab tebal. Bila basah pun tisu tak hancur.”

Tisu dapur boleh basuh
50 pieces Roll Cleaning Cloths Lazy Rags Dry Washable
50 pieces Roll Cleaning Cloths Lazy Rags Dry Washable
mulai
RM2.44
Semak 50 pieces Roll Cleaning Cloths Lazy Rags Dry Washable harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Boleh lap air sayur
add_circle Tisu pelbagai warna
add_circle Boleh lap kotoran singki
remove_circle Tisu nipis

Walaupun harganya murah tapi tisu ini boleh dikatakan sangat bagus untuk apa jua kegunaan.

Boleh lap air buah atau sayur, cecair kotoran kerana penyerapannya sangat bagus.

Dalam masa yang sama, tisu ini juga mampu lap bahagian berminyak cuma disebabkan nipis, memerlukan tisu yang banyak untuk lap kawasan berminyak.

Tapi itu tidak menjadi masalah kerana tisu ini boleh juga dibuat untuk lap tangan, lap singki, lap pinggan mangkuk yang basah dan banyak lagi.

Bagi yang sukakan bahagian dapur kelihatan ceria, anda boleh beli tisu ini kerana terdapat pelbagai warna yang boleh dipilih.

Tisu dapur Vinda
VINDA Deluxe Kitchen Wipes (2 x 40's)
VINDA Deluxe Kitchen Wipes (2 x 40's)
mulai
RM17.90
Semak VINDA Deluxe Kitchen Wipes (2 x 40's) harga dibawah:
add_circle Boleh lap minyak dengan berkesan
add_circle Tidak mudah koyak
add_circle Mudah disimpan
remove_circle Tidak boleh dibilas

Dengan ciri tisu dapur Vinda ini, anda tidak perlu bilas kain banyak kali dengan sabun untuk memastikan dapur kelihatan bersih dari minyak.

Ini kerana, tisu dapur ini dapat menghilangkan kotoran bahagian berminyak dengan efektif.

Paling best, walaupun tisu ini basah tapi untuk menyerap cecair kotoran sangat bagus. 

Malah bukan saja boleh bersihkan bahagian minyak tapi bahagian kotoran pintu peti ais, hood, ketuhar atau lap meja yang kotor dengan sisa makanan.

Jangan risau, tisu ini bebas alkohol dan dijamin selamat kerana sudah di uji oleh ahli dermatologi.

Tidak perlu pening mencari bekas simpan tisu dapur Vinda ini kerana bekas yang dibungkus sudah cukup kemas untuk diletakkan di atas meja atau dalam laci.

Tisu dapur gulung
50Pcs Lazy Rags Dry Washable Kitchen Cloth
50Pcs Lazy Rags Dry Washable Kitchen Cloth
mulai
RM2.20
Semak 50Pcs Lazy Rags Dry Washable Kitchen Cloth harga dibawah:
add_circle 3x ganda penyerapan
add_circle Boleh dicuci seperti kain
add_circle Tidak mudah koyak
remove_circle Perlu ditempatkan di tempat khas

Jangan sangkakan harga murah barang dihasilkan tidak berkualiti. Tidak semua ye!

Lihat sajalah tisu dapur gulung ini, kemampuannya mampu menyerap air dan minyak tanpa meninggalkan sisa kotoran lain.

Malah tiada proses pembiakan bakteria pada tisu kerana selepas digunakan anda boleh terus buang cuma jangan amalkan konsep pembaziran.

Maksudnya, disebabkan tisu ini boleh dibilas dan digunakan semula cukup gunakan sehari satu helai tisu untuk proses mencuci dapur.

Kemudian esoknya anda gunakan tisu baru untuk proses pencucian dapur lagi. 

Jadi, tisu ini boleh tahan selama 50 hari kerana terdapat 50 helai dalam setiap gulung.

Ini kerana tisu ini diperbuat daripada pulpa kayu dan PP menjadikan tisu ini seperti tuala.

Selain daripada boleh mengelap minyak, tisu ini juga boleh digunakan untuk membersihkan bahagian lain seperti sisa kotoran di meja, lap pinggan mangkuk yang basah dan lain-lain lagi.

Tisu dapur royal gold
Royal Gold Kitchen Towel 8 rolls x 55s
Royal Gold Kitchen Towel 8 rolls x 55s
mulai
RM15.49
Semak Royal Gold Kitchen Towel 8 rolls x 55s harga dibawah:
add_circle Tebal
add_circle Sukar koyak
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Penyerapan bagus
add_circle Tidak mengeluarkan habuk tisu
remove_circle Perlu ditempatkan di tempat khas
remove_circle Harga mahal

Padan dengan harga kerana tisu ini sangat bagus tapi ciri-cirinya sama seperti tisu dapur lain cuma lebih tebal dan kasar.

Keistimewaan dua ini menjadikan tisu dapur Royal sangat bagus untuk proses mengelap barangan bayi.

Lagipun tisu ini tidak mengeluarkan habuk tisu yang boleh menyebabkan seseorang bersin kerana alergi.

Apa yang lagi bagus, walaupun tisu ini sudah menyerap cecair kotoran tapi tisu tidak terlerai.

Malah, boleh diperah dan di lap lagi sekali untuk proses penyerapan. Jika anak kecil tumpahkan apa-apa, tidak menjadi masalah dengan tisu ini.

Tisu ini juga mampu membersihkan bahagian sisa kotoran berminyak di dapur dan menyerap minyak dari hasil gorengan.

Tisu dapur serap minyak
Kitchen Cleaning Wipes 80PCS Disposable Kitchen Wet Tissue
Kitchen Cleaning Wipes 80PCS Disposable Kitchen Wet Tissue
mulai
RM5.90
Semak Kitchen Cleaning Wipes 80PCS Disposable Kitchen Wet Tissue harga dibawah:
add_circle Boleh lap minyak dengan berkesan
add_circle Tidak mudah koyak
add_circle Mudah disimpan
add_circle Kuantiti banyak
remove_circle Tidak tebal

Sama seperti tisu dapur basah jenama lain dimana boleh lap bahagian kering, berminyak dan gris tanpa meninggalkan sisa.

Malah bukan saja boleh bersihkan bahagian minyak tapi bahagian kotoran pintu peti ais, hood, ketuhar atau lap meja yang kotor dengan sisa makanan.

Ini kerana rekaan tisu ini 3D dimensi dengan berbentuk pearl menjadikan tisu ini mampu menanggalkan kotoran dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama tisu ini dapat menanggalkan gris dan kotoran makanan di kualo atau pinggan dengan efektif.

Apa yang lebih menarik tisu ini mengandungi bauan lemon dan APG decontamination factor.

Maksudnya terdapat buih kecil terhasil ketika anda gunakan tapi jangan risau tidak mengandungi toksik, tidak berbahaya dan tidak akan membuatkan kulit iritasi.

Tisu dapur premier
Premier kitchen towel (6rolls x 2ply x 60sheets)
Premier kitchen towel (6rolls x 2ply x 60sheets)
mulai
RM16.90
Semak Premier kitchen towel (6rolls x 2ply x 60sheets) harga dibawah:
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Menggunakan revolusi baru
add_circle Boleh lap permukaan kering
remove_circle Mengeluarkan habuk tisu

Kalau anda nak tahu, terdapat revolusi baru iaitu ‘poket udara’ diantara dua lapisan kertas untuk penyerapan maksimum.

Malah sangat bagus dan pantas dalam penyerapan tidak kira minyak atau cecair tanpa meninggalkan kesan.

Walaupun tekstur tisu sedikit terjejas apabila menyerap terlalu banyak air tapi kemampuan pembersihan permukaan mencapai 90%.

Tisu ini juga mampu membersihkan bahagian sisa kotoran berminyak di dapur dan menyerap minyak dari hasil gorengan.

Sangat sesuai untuk pembersihan harian di bahagian dapur dan bahagian rumah yang lain.

Tisu dapur lembab
Locaupin 50pcs Kitchen Degreasing Wipes Kitchen Cleaning
Locaupin
Locaupin 50pcs Kitchen Degreasing Wipes Kitchen Cleaning
mulai
RM7.70
Semak Locaupin 50pcs Kitchen Degreasing Wipes Kitchen Cleaning harga dibawah:
add_circle Bau tisu wangian sitrus
add_circle Boleh lap permukaan kering
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Tebal
remove_circle Sedikit melekit

Tisu direka dengan rekaan 3D dimensi dengan berbentuk pearl menjadikan tisu ini mampu menanggalkan kotoran dengan lebih berkesan.

Boleh juga lap pada permukaan kering seperti oven, peti sejuk, lantai, perabot dan lain-lain untuk proses pembersihan.

Tambah pula dengan wangian sitrus menjadikan dapur anda akan berbau wangi selepas lap menggunakan tisu ini.

Jadi, bau campuran makanan yang tidak menyenangkan dapat dinyahkan hanya dengan penggunaan tisu ini.

Jangan risau, bahan yang digunakan pada tisu ini antibakteria dan tidak memberi kesan merengsa pada kulit.

Tisu dapur basah
Alcosm Multipurpose Kitchen Cleaner Wet Wipes
Alcosm Multipurpose Kitchen Cleaner Wet Wipes
mulai
RM31.50
Semak Alcosm Multipurpose Kitchen Cleaner Wet Wipes harga dibawah:
add_circle 3x lebih efektif
add_circle Mudah disimpan
add_circle Boleh lap minyak
add_circle Mengandungi ekstrak tumbuhan
remove_circle Harga mahal

Dengan harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi bila dilihat dari ciri-cirinya.

Ini kerana tisu ini diformulasi dengan ekstrak tumbuhan APG untuk membersihkan setiap inci kotoran degil pada bahagian dapur anda.

Malah dengan saiz tisu besar menjadikan tisu ini mampu bertindak 3x lebih efektif dalam menyingkirkan kotoran dan minyak.

Tisu ini juga boleh digunakan untuk lap perkakas dapur yang lain juga misalnya hood, ketuhar, peti sejuk, singki, cecair kotor dan banyak lagi.

Jangan risau, bahan yang digunakan pada tisu ini tidak memberi kesan merengsa pada kulit.

Tisu dapur lotus
Lotus's Kitchen Towel 70 Sheets x 6 Rolls
Lotus's
Lotus's Kitchen Towel 70 Sheets x 6 Rolls
mulai
RM11.99
Semak Lotus's Kitchen Towel 70 Sheets x 6 Rolls harga dibawah:
add_circle Penyerapan bagus
add_circle Tidak mudah terkoyak
remove_circle Nipis
remove_circle Mengeluarkan habuk tisu

Walaupun tisu Lotus ini nipis tapi kuasa penyerapannya sangat bagus dan efektif.

Lap la air banyak mana pun tapi tekstur tisu ini tidak akan terjejas sekaligus mudah untuk anda melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sesuai untuk lap pinggan mangkuk, cecair kotor, minyak, tangan yang basah dan lain-lain lagi.

Satu bungkusan terdapat 6 gulungan tisu jadi anda boleh guna dalam tempoh yang lama.

Apa Kegunaan Tisu Dapur?

Kami yakin, setiap dapur ada tisu yang dikhaskan di bahagian dapur untuk kegunaan membersihkan minyak, lap cecair kotoran atau benda kering.

Malah, tisu dapur ini juga dapat membantu makanan yang telah digoreng menyerap baki minyak menjadikan makanan kurang berminyak.

Disebabkan kemampuan tsu dapur sangat bagus dalam penyerapan minyak, jadi boleh membersihkan bahagian dapur masak atau kuali yang berminyak.

Tisu dapur juga digunakan untuk dilapik dalam bekas penyimpanan sayur atau buah di dalam bekas yang disimpan di dalam peti ais supaya lambat membusuk.

Selain itu, tisu dapur juga boleh digunakan untuk lap barangan peralatan bayi atau pinggan mangkuk kerana tidak meninggalkan habuk tisu.

Boleh dikatakan banyak sebenarnya kegunaan tisu dapur ini jadi pastikan setiap rumah ada tisu dapur terbaik okay?

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana cara menggunakan tisu dapur dengan betul.

Artikel Berkaitan

End of Article