Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
lesung batu

7 Jenis Lesung Batu Moden (Penumbuk) Terbaik 2024

Dengan pilihan lesung batu yang betul, tugas menumbuk lebih mudah.

Lesung batu merupakan peralatan wajib ada di setiap dapur rumah kerana digunakan untuk menumbuk bahan seperti bawang, cili, serai, lada hitam atau sambal belacan.

Lagipun batu tumbuk ini sangat popular digunakan di seluruh Asia Tenggara dan Barat.

Cuma, terdapat pelbagai jenis batu yang boleh digunakan untuk membuat lesung batu, seperti batu marmar dan batu granit.

Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tapi saiz dan reka bentuknya hampir sama.

Bagi anda yang tidak tahu mana satu nak pilih penumbuk lesung batu untuk kegunaan dapur, jom lihat senarai lesung batu di bawah.


Senarai 7 Lesung Batu Terbaik Di Pasaran

Lesung batu terbaik secara keseluruhan
Stone Mortar And Pestle Set 14.5CM16CM17.5CM19CM
mulai
RM20.90
Semak Stone Mortar And Pestle Set 14.5CM/16CM/17.5CM/19CM harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelbagai saiz
add_circle Tahan lama
remove_circle Sedikit berat

Sebab menjadi pilihan utama:

Kalau anda nak menumbuk bawang atau campurkan sos dan pes masakan, guna sahaja lesung ini kerana lebih mudah dan cepat.

Ciri-ciri:

Lesung batu diperbuat dari bahan batu granit semulajadi yang kuat dan tahan lama.

Permukaannya yang kasar menghalang bahan kecil dari melantun keluar ketika ditumbuk dengan penumbuk lesung batu.

Dengan menggunakan lesung batu ini, anda dapat menyediakan guacamole (hidangan Mexico), salsa, dan sambal asli dengan mudah.

Bukan itu sahaja, lesung batu ini juga sesuai untuk menumbuk cili, kacang, bijirin, rempah ratus, dan herba lainnya. 

Cuma ingin diingatkan ketika menggunakan lesung batu ini,gunakan alas lesung batu dengan kain supaya bahagian permukaan anda tidak pecah atau berbunyi bising.

Jangan risau, lesung batu ini akan dibalut dengan kemas dan menggunakan kotak untuk memastikan sampai ke tangan anda dengan selamat.

Review:

“Beli yang besar senang nak tumbuk byk2. Tak melimpah sgt. Dalam lesung ni. Boleh laa tumbuk benda² simple kekadang malas nak guna blend,...”

SUPERSAVE Mini Stone Mortar and Pestle
mulai
RM18.40
Semak Supersave Mini Stone Mortar and Pestle harga dibawah:
add_circle Reka bentuk moden
add_circle Tidak mudah retak
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Lesung batu ini diperbuat daripada jenis batu granit semulajadi yang berkualiti tinggi. 

Sesuai dan selamat digunakan untuk menumbuk bahan masakan seperti cili, bawang dan lain-lain.

Reka bentuk pada ruangan dalam lebar dimana memudahkan tugas menumbuk dan bahan tidak mudah terkeluar.

Manakala bahagian luar lesung batu sangat kelihatan moden kerana digilap sehingga kelihatan seakan-akan marble.

Jangan risau, tapak lesung berat dan kukuh jadi ketika anda menumbuk lesung batu tidak akan bergerak dari tapak atau pecah.

Lesung somtam
LESUNG KAYU
mulai
RM110.00
Semak Lesung Kayu harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelbagai saiz
add_circle Sesuai untuk masakan Thai
remove_circle Harga mahal

Jika anda suka memasak masakan Thai seperti somtam atau kerabu mangga, lesung kayu ini pilihan terbaik.

Malah bukan saja boleh digunakan untuk buat ulam-ulam Thai je tapi sangat function ketika hari raya.

Anda boleh tumbuk kacang untuk kuah kacang dan tumbuk kelapa goreng untuk dibuat kerisik.

Bukan itu sahaja, lesung batu ini juga sesuai untuk menumbuk cili kering, kacang, bijirin, rempah ratus, dan herba lainnya.

Lagi menarik, lesung kayu ini boleh dijadikan hiasan untuk menaikkan seri kawasan dapur.

Pestle and Mortar ABS Material Clean
mulai
RM7.70
Semak Pestle and Mortar ABS Material Clean harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Warna menarik
add_circle Penumbuk mudah dipegang
add_circle Sesuai untuk kegunaan dapur dan luar rumah
remove_circle Perlu cuci dengan betul

Walaupun tekstur lesung ini jenis kayu tapi sesuai untuk menumbuk bawang putih, halia, cili, biji lada hitam dan sebagainya. 

Ini kerana bahagian luar lesung kayu ini licin dan bagian dalam yang kasar yang sesuai untuk menghancurkan bahan masakan yang keras. 

Menariknya lagi, pemegang lesung kayu ini dilengkapi dengan pemegang ergonomik. 

Jadi anda dapat menumbuk dengan lebih lama tanpa tergelincir cuma ingin diingatkan anda perlu cuci lesung batu ini dengan betul supaya tidak berkulat.

mulai
RM8.50
Semak SUPERSAVE Mini Kitchen Mortar and Pestle Garlic Press ABS Light Weight harga dibawah:
add_circle Mudah dipegang
add_circle Tahan lama
add_circle Kecil
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Lesung batu ini anda boleh gunakan untuk menumbuk rempah, bawang putih, belacan dan cili.

Tidak berat seperti lesung batu lain jadi sesuai untuk kegunaan rumah yang ada anak kecil.

Diperbuat dari Plastik Berkualiti Tinggi (ABS), menjadikan lesung ini lebih tahan lama dan tidak mudah pecah.

Permukaan lesung yang senang dibersihkan dan tahan calar. Paling penting, bunyi ketika menumbuk tidak terlalu kuat.

Dengan saiz lesung yang hanya 11 cm, memudahkan lesung ini dibawa ke mana-mana tempat seperti pergi berkhemah.

Cobek Batu Ayam Penyek
mulai
RM35.00
Semak Cobek Batu Ayam Penyek harga dibawah:
add_circle Rekaan unik
add_circle Tidak bising
add_circle Pemegang mudah dipegang
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat

Nak cari lesung batu sesuai untuk buat sambal ayam geprek atau ayam penyek? 

Lesung batu ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang suka memasak pelbagai jenis sambal yang menggunakan cili.

Penumbuk lesung batu ini dipanggil sebagai “ulek” kerana perlu ditenyeh-tenyeh untuk menghancurkan bahan.

Rekaannya sedikit berbeza dari penumbuk lesung batu di Malaysia. Kalau tak biasa hancurkan cili guna lesung batu ini, tangan akan rasa pijar.

Uniknya, lesung batu dari Indonesia ini mempunyai rekaan yang sangat menarik seperti bentuk kartun Doraemon, Kitty, buah-buahan, love dan banyak lagi.

mulai
RM68.31
Semak Ikea ORIGINAL ÄDELSTEN Hard Marble Pestle & Mortar Mixing Grinding Bowl (Black) harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Lesung batu boleh diterbalikkan
add_circle Dua saiz dalam satu lesung
remove_circle Harga mahal
remove_circle Penghujung penumbuk lesung batu licin

Set lesung batu ini direka untuk memudahkan anda menumbuk bawang dan segala rempah sehingga lumat.

Disebabkan harganya mahal jadi kualitinya sangat baik dimana tahan lama dan kuat daripada lesung batu lain. 

Bahagian dalam lesung batu juga tidak digilap sepenuhnya jadi bahan ditumbuk lagi mudah dihancurkan dan tidak mudah terkeluar.

Diperbuat daripada marmar keras menjadikan mudah dibersihkan dan sukar untuk tumbuh kulat jika tidak digunakan dalam tempoh yang lama. 

Menariknya, lesung batu ini boleh diterbalikkan, jadi anda boleh menggunakan dua sisi yang berbeza untuk menghancurkan rempah. 


Cara Basuh Lesung Batu Baru

Kita tahu semua orang guna lesung batu apabila memasak, tapi tahukah korang cara nak bersihkan lesung batu baru dengan betul?

Ada orang kata kena rendam dulu dalam air semalaman sebab lesung batu akan menyerap air, dan cara ni akan buat lesung batu kita tahan lebih lama.

Tapi kami ada cara lebih terperinci untuk anda ikut. Jom lihat langkah di bawah.

  1. Rendam dulu lesung batu dalam air selama semalaman bagi mengeluarkan segala kotoran yang mungkin masih ada di dalam lesung batu.
  2. Sebelum pakai lesung batu yang baru beli, tumbuk segenggam beras putih dalam lesung tu dulu bagi membersihkan sebarang sisa debu yang ada dalam lesung itu.
  3. Kemudian, bilas dengan air suam. Jangan lupa, saiz lesung batu tu kena sesuai dengan jumlah bahan yang anda nak ditumbuk.
  4. Lepas guna, cucilah bersih lesung tu bagi hilangkan bau, warna, dan rasa yang melekat.
  5. Bersihkan lesung dengan bahan berasid limau, asam jawa, atau lemon. 
  6. Simpan dekat tempat kering yang tak menyebabkan pertumbuhan kulat dekat permukaan atau dalam lesung tu. 

Ingin diingatkan, sebelum menumbuk, basuh dulu lesung tu ya.

Oh ye, petua lainnya, tumbuk garam kasar dalam lesung tu. Ini bantu rata kan batu lesung tu. Nanti mudah nak menumbuk bahan-bahan lain.

Itu saja beberapa tip mudah nak bersihkan lesung batu baru. Semoga bermanfaat ya!

Apa-apa pun, jom lihat cara menumbuk menggunakan batu lesung. 


Artikel Berkaitan

End of Article