Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Hamper hadiah raya terbaik

10 Hadiah & Hamper Hari Raya Online di Malaysia 2024

Jom hadiahkan kesayangan anda hadiah raya!

Apabila tiba musim raya, pasti kita dapat melihat kedai ataupun pasar raya yang menyediakan hamper kuih raya untuk sambutan raya.

Buah tangan dalam bentuk hamper ini sangat sesuai dijadikan hadiah hari raya untuk diberikan kepada ahli keluarga, rakan taulan, jiran tetangga ataupun rakan sekerja.

Tidak salah untuk membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberikan hadiah hari raya Aidilfitri atau hamper raya eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada insan yang anda hargai.

Terdapat pelbagai contoh hamper raya yang boleh didapati di pasaran, anda sebutkan sahaja jenis hamper ataupun hadiah untuk hari raya yang anda mahukan, pasti pihak kedai dapat turuti permintaan anda.

Dengan adanya platform jualan secara online pada zaman sekarang, anda tidak perlu bersusah untuk ke kedai lagi dan boleh beli hamper online

Hanya satu klik di hujung jari, anda boleh lihat harga hamper dan terus buat pembelian. 

Jom kita lihat senarai hamper hari raya Aidilfitri dan hadiah raya terbaik untuk dikongsi bersama yang tersayang, boleh juga cari idea hamper raya.


10 Hamper Raya & Hadiah Raya Terbaik

Hari Raya Gift Set
mulai
RM30.00
Semak Hari Raya Gift Set Universal Celebration harga dibawah:

Tahun ini boleh juga hadiahkan pada rakan-rakan sekerja atau jiran anda yang paling baik dengan hadiah hamper mini ini.

Apa yang menarik, anda boleh pilih barangan yang sesuai untuk diberikan, jadi tidak terikat dengan hanya satu jenis barang sahaja semasa pembelian.

Harganya juga tidak terlalu mahal, bermula dengan RM30 hingga RM90, boleh pilih hamper yang bersesuaian dengan bajet anda.

Gift Hamper Makanan Biskut Hamper Hari Raya 2024
mulai
RM32.00
Semak Gift Hamper Makanan Biskut Hamper Hari Raya 2024 harga dibawah:

Bukan selalu kita berikan hamper untuk rakan-rakan atau jiran tetangga kita, maka boleh jadikan Hari Raya tahun ini sebagai permulaan merapatkan ukhuwah bersama.

Anda boleh beli hamper makanan biskut raya ini pada harga yang sangat murah, jadi ia tidak membebankan anda.

Dalam hamper ini anda akan dapat Super star triple chocolate sensation (108g), Nabati (50g), Love letters 50g, Yimu dark chocolate, Tasty bites chocolate chip raisin cookies (105g), dan Yimu oat cookies with black sesame (41kcal).

Dapatka sekarang sementara stok masih ada!

Cubiloxe Raya Aidilfitri Gift Set
mulai
RM50.00
Semak Cubiloxe Raya Aidilfitri Gift Set 2024 - Raya Mesra Hadiah Hari Raya harga dibawah:

Anda mahukan hamper yang nampak mahal tapi bajet tak cukup banyak untuk tahun ini? Jangan risau, anda boleh pilih hamper dari Cubiloxe ini.

Dengan bajet tidak lebih daripada RM50, anda akan dapat sebuah kotak hamper kecil yang cantik dan berisi 1x Handmade BirdNest Dodol By Kak Suria, 1x Kad Ucapan Hari Raya, 1x Lampu LED dan 1x Hiasan Bunga.

Cukup menarik walaupun dengan bajet yang sedikit, pasti anda dapat jimat poket dan mengukir senyuman teman-teman di Hari Raya tahun ini.

Bagaimanapun, diingatkan pembelian ini adalah pre-order, jadi anda perlu rancang bila anda mahu berikan hadiah hamper ini.

Cubiloxe Raya Aidilfitri Gift Set 2024 - Raya Muhibbah Hadiah Hari Raya
mulai
RM135.00
Semak Cubiloxe Raya Aidilfitri Gift Set 2024 - Raya Muhibbah Hadiah Hari Raya harga dibawah:

Pasti kita mahukan hadiah yang terbaik dan eksklusif buat teman rapat atau jiran kita yang paling baik, jadi boleh hadiahkan hamper raya eksklusif ini dari Cubiloxe.

Dalam hamper ini ada 1x Bird's Nest Yogurt Cube (Chile Strawberry / Belgium Chocolate), 1x Honey Lemon Passion Fruit Bird's Nest Beverage, 1x Crystal Glass Container (S), 1x Batu Seremban, 1x Kad Ucapan Hari Raya, 1x Lampu LED dan 1x Hiasan Bunga.

Menarik bukan?

Selain itu, corak hamper ini juga cukup cantik dan nampak mahal seperti beli dari kedai mewah di Pavillion. 

Pasti hadiah hamper ini akan membuatkan Hari Raya teman rapat, rakan sekerja atau jiran anda lebih bermakna.

Bagaimanapun, diingatkan pembelian ini adalah pre-order dan akan mula dihantar bermula 20 mac 2024, jadi anda perlu rancang bila anda mahu berikan hadiah hamper ini.

Set 9 Hamper Hari Raya Aidilfitri - Kaya dengan aroma kopi
mulai
RM46.44
Semak Set 9 Hamper Hari Raya Aidilfitri - Kaya Dengan Aroma Kopi harga dibawah:

Anda mempunyai rakan atau jiran gemar minum kopi? Apa kata anda hadiahkan hamper sachet kopi ini.

Dalam hamper ini terdapat White Coffee, Cappuccino, Original White Coffee dan juga Freeze Dried Americano Coffee yang semuanya mudah serta enak dibancuh dengan air.

Ia tentu satu hadiah sempena Hari raya Aidilfitri yang sangat ideal dan berbaloi walaupun nampak simple, bolehlah rapatkan lagi ukhuwah bersama.

Hamper raya murah untuk budget bawah RM200
Hari Raya Pyramid Tower
mulai
RM120.00
Semak Hari Raya Pyramid Tower harga dibawah:

Hari Raya Pyramid Tower ini sesuai jika anda mempunyai had budget anda sendiri. 

Dengan harga kurang daripada RM 200, anda boleh dapat pelbagai jenis hadiah seperti sparkling fruit juice, pelbagai jenis cookies dan makanan ringan. 

Belum terlambat lagi menghadiahkan ahli keluarga serta sahabat karib anda.

Gift box coklat untuk Hari Raya
MOONAZ.OS Giftbox Set Coklat
mulai
RM69.00
Semak MOONAZ.OS Giftbox Set Coklat harga dibawah:

Jika anda ingin menghadiahkan gift box raya yang berisi coklat, set ini pilihan tepat!

Set gift box coklat ini mempunyai pelbagai jenis coklat.

Bayangkan, coklat yang berkualiti dan diletakkan dalam kotak eksklusif. Sangat cantik!

Gift box kerepek/kuih raya tradisional
Gift Box Bundle Raya
mulai
RM120.00
Semak Gift Box Bundle Raya harga dibawah:

Nak hadiahkan kerepek dan kuih raya tradisional untuk ahli keluarga dan sahabat? 

Gift box bundle raya ini pasti dapat menceriakan mereka! Imbau kenangan zaman dahulu.

Set gift box ini terdapat pelbagai jenis kerepek dan kuih tradisional. 

Anda boleh memilih jenis kuih raya dan kerepek yang anda inginkan. 

Kad ucapan serta sampul raya diberikan secara percuma untuk setiap pembelian. 

Hamper kuih dan biskut raya
Belludra
Hamper kuih raya dan biksut raya
mulai
RM99.00
Semak Hampers Raya / Gift Set Raya Budget harga dibawah:

Set Hamper Raya khas daripada Belludra ini berkualiti tinggi kerana kuih raya 100% homemade.

Terdapat pelbagai jenis antaranya butter cookies, kuih bangkit, pelbagai jenis kerepek dan kuih kapit.

Diletakkan dalam bakul anyaman dan dibalut dengan fabrik net dan dihiasi dengan reben.

Harga set hamper ini sangat berpatutan dengan barangan yang disediakan. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hamper ini sebelum tempahan ditutup!

Gift box tudung
mulai
RM40.00
Semak Raya Bawal Tudung Cotton harga dibawah:

Mahu tampil dengan hadiah/hamper yang berbeza pada hari raya tahun ini? 

Hadiahkan sahabat atau ahli keluarga anda dengan gift box tudung bawal ini!

Set ini termasuk 2 helai tudung bawal berkualiti tinggi yang diletakkan dalam kotak. 

Harganya pula berpatutan jika anda tidak mempunyai bajet yang besar.


Apakah Tujuan Memberi Hamper?

Apa jua jenis perayaan di Malaysia, tentu pemberian hamper menjadi satu hadiah yang wajib bagi memeriahkan lagi suasana hari perayaan tersebut.

Tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, mahupun Deepavali, tentu rakan-rakan rapat kita atau rakan sekerja akan memberikan hamper sebagai hadiah atau buah tangan untuk menyambut perayaan tersebut.

Tapi apa tujuan kita memberikan hamper? 

Pemberian ini lebih kepada untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama sahabat handai atau rakan-rakan sekerja, dan ia sudah menjadi amalan di negara kita ini.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sesetengah organisasi tidak membenarkan sebarang pemberian hamper kerana berkemungkinan terdapat unsur rasuah. 

Tapi pemberian hamper tentu sekali tidak menjadi masalah untuk diberikan kepada jiran tetangga atau sahabat karib anda sebagai tanda penghargaan atau untuk memeriahkan lagi suasana musim perayaan.


Artikel Berkaitan

End of Article