Tahun ini kita semua sudah masuk dalam fasa endemik COVID-19, kami yakin Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih meriah.
Persiapan raya mesti bermacam nak tukar. Antaranya bekas kuih raya untuk menjamu kuih raya pada tetamu yang datang mengunjung.
Tapi kami sarankan daripada bersesak di kedai jual balang kuih raya, apa kata anda pilih bekas biskut raya terkini yang kami senaraikan ini.
Isi Kandungan
- Senarai 10 Bekas Kuih Raya Terbaik
- Apakah Jenis Bekas Kuih Raya Yang Tahan Lama Dan Tidak Mudah Pecah?
- Artikel Berkaitan
10 Balang Biskut Raya Untuk Pamerkan Kuih Raya
- IKEA KORKEN Jar with lid
- Tupperware Royale Bloom Gold
- Set Bekas Kuih Raya Elianware
- Lotus Shaped Food Container
- Cocostar Multifunctional Double Layer Sealable Rotating Snack Box
- Queens Porcelain CX 7pcs Food Warmer with Gold Rack Set with Candle Holder - Gold (Buffet Set)
- Balang kuih acrylic
- Elianware BPA FREE 6 Compartments Colourful Candy Tray
- Balang Kuih Raya Berpenutup merah
- Balang kuih raya ala Vintage Begonia
Table of Contents

Binaan balang ini dijamin kedap udara dan mampu mengelakkan dari kuih raya jadi cepat lemau.
Balang ini turut dilindungi dengan gasket getah di bahagian penutup bagi menghalang udara masuk
Tambahan lagi dengan reka bentuk balang yang menarik serta dinding balang yang transparent pastinya menyerlahkan lagi dengan pelbagai aneka kuih raya sekaligus menambah keceriaan dan kemeriahan di hari raya
Selain dari menjadi bekas kuih raya pilihan, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis makanan selepas musim perayaan

Bagi yang mementingkan kualiti bekas kuih raya tapi berciri hiasan yang eksklusif di hari raya, Tupperware Royale Bloom Gold antara pilihan terbaik.
Lagipun, sebut saja jenama Tupperware siapa saja tak kenal, jenama yang sentiasa menjadi bualan ramai.
Kelebihan bekas ini adalah memastikan kuih raya anda tahan lama dengan sifat kedap udara dan kedap air.
Jangan risau, bahan plastiknya bebas dari bahan kimia bisphenol yang kebiasaannya digunakan untuk membuat plastik.
Jadi kuih yang disimpan tidak terdedah dengan bahan kimia.

Inginkan penjimatan dengan satu harga yang murah, anda boleh memilih set bekas kuih raya Elianware dengan pakej set enam buah balang pada satu harga.
Malah, setiap pembelian terdapat sekali dengan tray untuk meletak set enam balang tersebut.
Walaupun harganya murah tapi kualiti plastik menggunakan bahan Polypropylene yang merupakan plastik gred tinggi dalam pembuatan bekas makanan.
Bekas plastik bercirikan bebas BPA, kurang berbau, tahan lasak, mempunyai pesongan haba yang baik serta boleh digunakan dalam microwave.

Jikan anda mempunyai ruangan yang terhad atau ingin menjimatkan ruang meja tamu, bekas kuih raya berbentuk Lotus adalah pilihan yang sesuai.
Ini kerana bekas ini mempunyai tujuh compartment dalam satu bekas untuk memuatkan aneka kuih raya sekaligus membuatkan hiasan meja nampak lebih kemas dan tersusun
Harga pun tidak terlalu mahal dan kualiti material pun baik kerana menggunakan material plastik ABS.
Lagipun, selain dari menyimpan kuih raya, bekas kuih raya bentuk Lotus ini juga boleh digunakan untuk meletak makanan lain.

Jika inginkan ruang penyimpanan yang banyak tapi masih ingin menjimatkan ruangan meja, bekas double layer dari Cocostar ini pilihan terbaik.
Jika dilihat dari reka bentuknya, bekas kuih raya ini mempunyai dua tingkat dengan 10 compartment.
Bayangkan, meja anda terdapat 10 jenis kuih raya, meriah!
Bukan itu saja, bekas ini mempunyai tangkai untuk anda bawa kemana saja dan juga mempunyai penutup seal untuk menutup rapat.
Tambahan lagi, bekasnya boleh dipusing, jadi tetamu tidak perlu bangun dari tempat duduk untuk memilih kuih atau juadah.
Cara penggunaan
- Buka butang seal.
- Pusingkan inner cover untuk pusing bahagian bawah keluar.
- Anda juga boleh menggunakan jari untuk memusingkan bahagian bawah keluar.

Sekiranya anda ingin hiasan dekorasi kayangan pada hari raya, Queen Porcelain adalah pilihan yang tepat.
Mempunyai reka bentuk agak mewah dan bahan penbuatan bekas boleh dikatakan berkualiti tinggi setara dengan harganya.
Tapi, apa yang paling penting balang kuih raya eksklusif ini boleh bertahan dalam microwave.

Balang kuih jenis acrylic adalah alternatif bagi mereka yang inginkan balang kelihatan seperti kaca tetapi bimbang mudah pecah.
Ini kerana kelihatan seakaan bekas yang diperbuat dari kaca dan kristal.
Selain rupa yang cantik, bekas ini juga kedap udara sekaligus kuih raya tidak akan cepat lemau.

Sekiranya anda mementingkan kemudahan dan penjimatan berbanding dengan dekorasi, Elianware enam compartment pilihan bekas kuih raya yang ideal.
Walaupun murah, produk dari Elianware menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
Jangan risau, bekas ini mempunyai tangkai pemegang untuk memudahkan anda membawa kemana saja.

Kalau dahulu, balang jenis ini terkenal dengan balang penutup merah tapi pada zaman sekarang terdapat pelbagai warna penutup.
Reka bentuk balang yang simple, harga yang murah dan terdapat pelbagai saiz.
Tapi kebiasaannya menjadi pilihan untuk mereka yang berniaga kuih raya.
Selain berniaga, balang kuih raya ini boleh digunakan untuk penyimpanan kuih raya di dapur sebelum anda hidang ke bekas lain.
Bagi yang jenis suka berjimat dan dalam masa yang sama mempunyai daya kreativiti, anda boleh juga menghias balang ini dengan pelbagai cara.

Balang jenis ini sangat sesuai untuk anda yang gemarkan ciri-ciri vintage.
Rekaan corak ukiran flora klasik yang anggun pada balang ditambah dengan material jenis kaca menjadikan rekaannya cantik.
Malah, disertakan dengan penutup kayu buluh atau akasia lebih menampakkan lagi ciri klasik, mewah dan eksklusif.
Apakah Jenis Bekas Kuih Raya Yang Tahan Lama & Tidak Mudah Pecah?
Perkara paling penting sebelum membeli bekas kuih raya adalah memastikan penutup bekas kuih kedap udara atau tidak.
Cara mengetahui ciri bekas kuih raya yang berkualiti, mudah saja.
Lihat bahagian penutup bekas kuih raya ada atau tidak seal getah kerana ciri ini yang menjadikan sesebuah bekas bercirikan kedap udara supaya kuih tidak cepat lemau.
Seterusnya, jika anda inginkan bekas kuih raya tidak mudah pecah dan tahan lama, sebaiknya pilih bekas dari bahan pembuatan plastik.
Misalnya polikarbonat yang boleh di dapati pada bekas jenama Tupperware ataupun jenis acrylic.
Bagaimanapun pemilihan semua bekas ini tidak menjamin ketahanan biskut kuih raya kerana bergantung jenis kuih dan cara anda menutup bekas kuih raya.
Tapi terdapat tip yang boleh anda ikut agar kuih tahan lama;
- Pastikan kek atau biskut betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
- Pilih bekas mempunyai ciri kedap udara.
- Pastikan bahagian dalam bekas kuih telah dilap dengan kering.
- Alaskan dasar bekas dengan kertas minyak.
- Asingkan setiap jenis biskut dalam bekas berlainan.
Selain untuk penyimpanan, anda juga boleh memilih bekas yang mempunyai ciri dekorasi untuk tujuan hidangan sahaja.
Erti kata mudah simpan kat dapur guna bekas kedap udara, waktu nak hidang, guna set mewah, gitchew!
Apa pun jika anda ingin menghias sendiri balang atau bekas kuih raya, jom tonton video dibawah.
Artikel Berkaitan
- Sediakan ‘Checklist’ 10 Peralatan Perlu Ada Semasa Membuat Kuih Raya
- Mulakan Buka Puasa Anda Dengan 14 Kurma Terbaik Ketika Ramadan Kareem Ini
- 10 Hamper Raya untuk Pemberian Seikhlas Hati Bersempena Aidilfitri Ini
- 13 Jenis Kurma Terbaik di Malaysia 2023 (Sedap & Berkhasiat)
- 15 Langsir Murah & Cantik Bawah RM30 Terbaik 2023