Product in this article
Ketika di bulan Ramadan, salah satu makanan yang paling diingini oleh setiap orang yang bergelar Muslim ialah mendapatkan kurma. Kurma telah menjadi satu kewajipan untuk berbuka puasa seperti Rasulullah SAW memakannya ketika berbuka puasa, maka ianya telah menjadi sunnah. Kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan nutrisi, ia juga mampu melapik perut seketika sebelum melakukan ibadah Maghrib.
Apakah kebaikan makan kurma?
Kurma mempunyai pelbagai kebaikan kerana ia adalah sumber antioksidan tidak kira samada kurma segar atau kering. Kurma sangat baik untuk keseimbangan gula dalam darah dan terbaik buat pesakit diabetes. Ujian secara klinikal telah menunjukkan bahawa kurma mempunyai kesan glisemik yang rendah. Kurma dapat membantu mengurangkan tekanan darah kerana ianya mengandungi penggalak otak dan membantu mengekalkan jisim tulang.
14 Kurma Terbaik Untuk Ramadhan Tahun Ini

Kurma Masafii Rabbe ini mempunyai warna coklat berbentuk bujur dan bertekstur separa kering. Kurma ini sangat sesuai untuk mereka yang lebih suka rasa yang kurang manis. Kurma yang berasal daripada United Arab Emirates ini merupakan kurma yang sangat bermutu dan berkualiti. Ianya merupakan kurma pilihan yang lebih sihat dan seimbang untuk pemakanan.

Kurma Mazafati ini dianggap sebagai kurma paling lazat di dunia serta mempunyai warna hitam yang menarik berbanding dengan jenis buah kurma popular lain. Di Malaysia, buah kurma Mazafati ini lebih dikenali sebagai kurma kimia dan kurma bam serta ianya juga digelar kurma madu.
Buah kurma ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis buah kurma yang berasal dari Iran. Ianya juga merupakan jenis kurma yang paling popular dan terkenal di Malaysia.

Kurma Mariami lembut ini bukan jenis basah atau kering tetapi ianya mempunyai kadar kelembapan 15% yang menjadikannya tekstur buah ini digemari ramai. Buah kurma ini tidak mempunyai kolestrol dan kandungan gulanya mudah diserap badan serta memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

Kurma madu ini memberi rasa manis yang natural seperti rasa madu lebah. Kandungan gulanya sangat tinggi, maka rasa kurma ini sangat manis tetapi berpadalah 1 – 2 biji setiap kali berbuka sahaja. Satu hidangan kurma bersamaan 5-6 biji kurma atau ¼ - ½ cawan madu. Boleh makan kurma ni secara berkala.

Kurma ini adalah jenis separuh kering, berkulit tipis dengan rasa yang unik dan ia berbentuk panjang serta bujur, bersaiz dalam 2 – 5cm. Kurma Sayer pada mulanya berwarna kuning, kemudian beralih menjadi kuning gelap. Selepas itu, ianya akan bertukar warna menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak.
Ianya juga dikenali sebagai kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun yang merupakan salah satu jenis kurma lazat dan sedap.

Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma dan nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria dan ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran.
Buah kurma tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, ciri-ciri ini yang membezakan ianya daripada kurma lain. Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai.

Kurma boleh dimakan untuk tujuan yang berbeza samada sebagai makanan ringan bersama dengan bijirin, yogurt, gula-gula atau pastri. Ia juga bagus untuk tujuan membakar dan memasak. Sirap kurma adalah minuman sihat, sesuai untuk sarapan pagi dan juga sebagai permulaan sihat untuk hari yang bertenaga.
Kurma ini mengandungi pelbagai kebaikan nutrisi seperti, zat besi, kalsium, fosforus, potassium dan sodium yang menyihatkan tubuh badan.

Kurma Zahedi atau Zahidi adalah kurma yang mempunyai saiz tebal, kecil, berbentuk bujur, kira-kira 3.5 cm dalam saiz. Kurma Zahidi ini mempunyai penampilan yang tersendiri, ianya buah jenis keras, berkilat dan kering. Kadangkala kulitnya melekat pada isi buah tetapi keadaan buah juga bergantung kepada cuaca.
Warna kurma Zahidi ini pada asalnya bermula dari kuning ke coklat muda bergantung kepada kematangan.

Kurma ini mempunyai tesktur lembut, basah, bersirap dengan warna coklat gelap dan lebih panjang daripada jenis kurma yang lain. Ia merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran. Kurma ini juga popular di pasaran Malaysia ini kerana mempunyai tekstur yang halus dan lembut serta berkulit keras. Ianya popular kerana rasa yang lazat, manis seperti sirap.

Kurma ini berbentuk bulat dan mempunyai warna hitam dan coklat, sering dianggap paling sedap berbanding dengan kurma separuh kering yang lain. Kurma Piarom, juga dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’.
Ianya merupakan kurma jenis panjang, kurus, berbentuk bujur dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluarannya ekslusif di Hajiabad.

Kurma Mabroom yang berasal dari Madinah, Arab Saudi ini merupakan salah satu jenis kurma kering yang dijual dalam kuantiti yang besar pada bulan Ramadhan. Buahnya bersaiz besar dan panjang sesuai dijadikan hamper atau hadiah menjelang Ramadhan. Ianya juga merupakan kurma eksklusif jenis premium.
Tidak mengandungi sodium, kurma ini selamat diambil oleh pesakit tekanan darah tinggi. Kurma jenis ini mengandungi kandungan Potassium 2 kali ganda lebih dari pisang.

Kurma Safawi adalah sejenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi. Ianya adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering serta mudah dikenali dari warnanya yang hitam, panjang dan bersaiz sederhana. Ia mempunyai persamaan dari segi rasa dengan kurma Ajwa tetapi ia berbentuk lebih oblong berbanding dengan kurma Ajwa.

Kurma ini mempunyai warna lebih gelap, saiznya lebih kecil dan isi pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma yang lain. Sekali pandang, kurma Ajwa ini kelihatan seperti kurma yang lain, namun ianya memiliki kandungan khasiat yang unik kaya dengan zat magnesium yang merupakan mineral penting sebagai anti-radang.

Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal kerana saiz yang lebih besar, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa sangat manis. Rasa manis kurma ini ada rasa seakan rasa karamel.
Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ianya dikeringkan. Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini. Harganya juga sedikit ‘ekstra’ berbanding kurma lain.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!