Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Madu terbaik

9 Jenis Madu Terbaik & Berkualiti di Malalaysia 2024

Pastikan madu itu original, barulah beli!

Terdapat pelbagai jenis madu lebah yang anda boleh beli di pasaraya dan madu yang terbaik sentiasa menjadi pilihan utama pengguna.

Salah satu madu terbaik dunia ialah madu Manuka dari New Zealand, madu Sidr dari Yaman, dan madu tualang dari Malaysia. 

Jenis madu yang disenaraikan di atas mempunyai rasa manis, warna yang cerah dan bau yang unik.

Anda boleh dapatkannya dengan harga madu asli yang berbaloi tau!

Jika anda nak cari jenama madu asli di pasaran, jom kami kongsikan pilihan madu terbaik di bawah!


Senarai 9 Madu Yang Terbaik

Madu terbaik secara keseluruhan
Madu tualang asli Al-Buruj
Al Buruj
Madu Tualang Asli Al Buruj
mulai
RM96.20
Semak Madu tualang asli Al-Buruj harga dibawah:
add_circle Diluluskan oleh makmal Institut GENOM Malaysia
add_circle Tekstur cair
add_circle Ada QR kod pada botol
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan:

Madu tualang asli Al-Buruj antara produk madu pertama di Malaysia yang digitalkan info makmal melalui QR kod pada botol.

Ciri-ciri:

Bagi anda yang ingin mencari madu asli, kami cadangkan anda membeli madu tualang ini.

Proses penyediaan madu ini menggunakan proses yang mengikut undang-undang di dalam penyediaan madu.

Warna madu tualang ini merah gelap dan telah diluluskan oleh makmal Institut GENOM Malaysia. 

Paling penting, kandungannya juga asli tanpa sebarang campuran bahan lain. 

Sifat madu ini adalah cair, berbuih fermentasi dan berpotensi berbunyi 'pop' apabila dibuka terutama pada botol kaca. 

Madu asli ini juga dikutip oleh orang Islam dengan menepati fekah mazhab Imam As-Syafie.

Review:

“Sedap. Ada manis dan sedikit masam. Kali kelapan rasanya beli madu ni. 

Madu memang asli. Kali ni gas terlampau kuat. Meletup sampai melimpah. Walaupun dah simpan banyak hari sebelum buka…”

Madu asli
1kg Madu Tualang Hutan
1kg Madu Tualang Hutan
mulai
RM43.34
Semak 1kg Madu Tualang Hutan harga dibawah:
add_circle Tambah stamina dan kekal bertenaga
add_circle Lancarkan peredaran darah
add_circle Diiktiraf Mardi
remove_circle Penutup botol mudah terbuka

Madu tualang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia.

Khasiat tadi akan bantu memperkuat sistem imun badan, meningkatkan kecantikan kulit, membekalkan sumber tenaga dan membantu melawan penyakit. 

Bukan itu sahaja, madu asli tualang ini juga memiliki sifat anti-bakteria dan anti-radang yang dapat membantu proses penyembuhan dan memperbaiki kesihatan anda secara menyeluruh. 

Untuk wanita yang mempunyai masalah haid, resdung, jerawat, rambut gugur atau kulit tidak berseri, anda boleh cuba amalkan madu asli tualang ini setiap hari.

Madu kelulut
Madu Kelulut Original
Madu Kelulut Original
mulai
RM10.00
Semak Madu Kelulut Original harga dibawah:
add_circle 100% homemade
add_circle Menyihatkan jantung
add_circle Mencantikkan wajah
add_circle Membantu masalah lelaki dan perempuan
remove_circle Madu cair

Madu kelulut original ini 100% dibuat cara orang kampung dan madu ini dihasilkan oleh lebah kelulut tempatan secara tradisional. 

Madu kelulur ini adalah madu yang benar-benar organik, tidak mengandungi bahan kimia atau pengawet dan diproses dengan teliti untuk kualiti yang terbaik. 

Bukana sahaja bantu menyihatkan jantung, malah dapat mencantikkan wajah, melancarkan peredaran dara, mempercepatkan proses luka sembuh dan banyak lagi.

Dengan pengambilan madu ini secara konsisten, anda dapat meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan secara semula jadi! 

Madu tualang
Madu Tualang Ar-Riaz Rania
Madu Tualang Ar-Riaz Rania
mulai
RM38.00
Semak Madu Tualang Ar-Riaz Rania harga dibawah:
add_circle Bebas “sugar feeding” (lebah diberi gula)
add_circle 4 in 1 (royal jelly, bee pollen, propolis & madu)
add_circle Kadar antioksidan tinggi
add_circle Diiktiraf Makmal Institut Genome Malaysia
remove_circle Botol plastik

Adakah anda mencari madu dengan kualiti dan manfaat yang tiada bandingan? Jika ya, anda boleh cuba Madu Tualang ArRiaz Rania. 

Madu ini dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau yang dikenal juga sebagai "Lebah Gergasi" yang hidup di pokok tualang yang tinggi.

Tambah lagi, madu ini merupakan ‘raw honey’ yang dikumpulkan oleh pemburu bumiputera dan Muslim.

Jadi anda boleh gunakan produk ini dengan keyakinan sepenuh hati. 

Plaing penting, madu ini bebas dari "sugar feeding" atau memberi lebah gula tambahan. 

Produk ini merupakan kombinasi dari 4 bahan iaitu royal jelly, bee pollen, propolis, dan madu itu sendiri. 

Memiliki kadar antioksidan yang tinggi dan kaya dengan enzim untuk manfaat kesihatan.

Diperakui kualiti keasliannya dan telah diuji oleh beberapa institusi terkemuka seperti Makmal Institut Genome Malaysia, Makmal UKM UNIPEQ dan Makmal UiTM Puncak Alam.

Madu masakan
Molek Pure Honey Madu Molek
Molek Pure Honey Madu Molek
mulai
RM7.45
Semak Molek Pure Honey Madu Molek harga dibawah:
add_circle Rasa manis dan aroma kaya
add_circle Tanpa tambahan bahan lain
add_circle Sesuai untuk campur dalam makanan atau minuman
remove_circle Tekstur pekat

Diperbuat dengan teliti daripada sarang madu lebah berkualiti di Malaysia dengan proses pengeluaran yang terjamin. 

Rasa manis dan aromanya berasal daripada nektar bunga yang dikumpul oleh lebah daripada pelbagai jenis bunga. 

Paling penting, madu ini bebas tambahan pemanis tiruan atau bahan kimia lain.

Anda boleh menggunakan madu ini dalam pelbagai cara seperti mencampurnya ke dalam sos BBQ, minuman, atau jem untuk roti. 

Contohnya tambahkan dua sudu teh madu ini ke dalam segelas air dan setiap tegukan minuman madu ini akan menyihatkan dan menyegarkan badan anda.

Harganya juga sangat berpatutan, jadi tidak akan membebankan dompet anda dengan tiga pilihan berat iaitu 375gm, 500gm, dan 1kg. 

Madu Yaman
Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli
Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli
mulai
RM64.00
Semak Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli harga dibawah:
add_circle Diuji oleh makmal UKM (UNIPEQ)
add_circle Menguatkan badan dan tambah tenaga
add_circle Sesuai untuk ibu hamil
remove_circle Harga mahal

Madu yaman merupakan salah satu jenis madu yang terbaik di dunia yang telah diuji secara makmal oleh UKM (UNIPEQ). 

Dipilih dengan teliti dari ladang-ladang madu di Hadramout, Yaman, tempat yang terkenal dengan penghasilan madu berkualiti tinggi. 

Antara khasiat madu yaman ialah kuatkan tubuh, memberikan tenaga sepanjang hari dan memberikan kestabilan serta kecergasan yang luar biasa. 

Sangat baik untuk ibu hamil dan akan memberi nutrisi tambahan yang baik kepada janin. 

Selain daripada itu, membantu merawat penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi jika diamalkan setiap pagi. 

Turut menjadi penawar bagi pelbagai penyakit seperti sakit tekak, masalah kulit, selesema, memperkuatkan jantung dan banyak lagi. 

Tambah lagi, madu ini boleh menguatkan sistem saraf, membantu merawat migrain ringan dan insomnia.

Madu propolis
Madu Propolis Honey Giant B
Madu Propolis Honey Giant B
mulai
RM55.00
Semak Madu Propolis Honey Giant B harga dibawah:
add_circle Tidak perlu simpan dalam peti sejuk
add_circle Bagus untuk batuk, lelah & asma
add_circle Kuatkan imunisasi badan
remove_circle Boleh menyebabkan alahan

Apa itu propolis sebenarnya? 

Propolis adalah resin yang dihasilkan oleh beberapa jenis pokok dan digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka daripada serangan bakteria dan virus. 

Lebah akan mengumpulkan propolis dan menggunakannya untuk melapisi bahagian dalam sarang. 

Selain membantu menguatkan sistem imun, madu ini juga boleh mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti batuk, asma, selsema, sakit tekak, sakit perut dan lain-lain lagi.

Madu propolis boleh merangsang sel darah putih, mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan virus, menggalakkan penyembuhan kudis dan masalah kulit ringan.

Tapi produk lebah ini boleh menyebabkan alahan pada sesetengah individu.

Madu stick
[MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick
[MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick
mulai
RM4.00
Semak [MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick harga dibawah:
add_circle Membantu meningkatkan stamina dan kekebalan tubuh
add_circle Menyihatkan kulit
add_circle 4 pilihan perisa
remove_circle Tidak sesuai untuk anak berumur di bawah usia 1 tahun

Produk madu lebah pertama di Malaysia iaitu jenama Pak Long.

Madu ini telah diiktiraf keasliannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat pengesahan dari Halal, MeSTI, dan One Best FAMA.

Selain membantu meningkatkan stamina dan kekebalan tubuh, madu ini juga boleh meningkatkan nafsu makan, menyihatkan kulit dan menyembuhkan luka.

Produk madu ini juga dalam bentuk stick yang mudah disimpan dan dimakan tanpa perlu menggunakan sudu.

Dengan 4 pilihan perisa seperti madu asli, madu mangga, madu strawberi dan madu anggur, anak anda pasti akan menyukainya!

Madu kualiti tinggi
New Zealand Raw Unblended Manuka Honey
mulai
RM85.50
Semak New Zealand Raw Unblended Manuka Honey harga dibawah:
add_circle Madu asli, tidak di proses
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Diambil direct dari bunga manuka
remove_circle Harga mahal

Madu Manuka New Zealand ini diambil terus dari pokok bunga Manuka yang terletak di hutan simpan New Zealand.

Madu manuka ini mengandungi  semua nutrisi terbaik yang mampu memberikan tenaga dan bantu menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, madu ini juga mempunyai anti bakteria unik yang membantu memulihkan luka, menyihatkan sistem penghadaman dan bagus untuk sakit tekak.

Anda boleh mengambil madu ini sebagai suplemen tambahan, hanya ambil 1 atau 2 sudu kecil madu sehari dan boleh dicampur dalam air. 

Walaupun harganya mahal, namun kualiti madu ini tidak diragui dan khasiat yang diberikan sangat bagus.


Madu Tualang Vs Madu Kelulut

Madu tualang dan madu kelulut antara madu paling popular di Malaysia. Tapi apakah perbezaan antara madu tualang dan madu kelulut.

Madu tualang dikumpul daripada sarang lebah tualang yang biasa ditemui pada pokok tualang yang tinggi. 

Lebah tualang adalah sejenis lebah yang bersaiz besar yang hidup dalam koloni besar.

Sarang mereka seperti bangunan besar yang menempel pada pokok untuk memberikan lebah tahap kestabilan dan perlindungan yang tinggi. 

Madu tualang dikatakan sifat antibakteria yang kuat dan kaya dengan enzim dan nutrien.

Kandungan gulanya juga lebih tinggi berbanding madu kelulut.

Sebaliknya, madu kelulut diperoleh daripada sarang lebah kelulut. 

Lebah ini lebih kecil dan hidup dalam kelompok kecil dalam sarang yang boleh didapati di pelbagai kawasan tersembunyi seperti tanah dan batang pokok. 

Madu kelulut mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan kandungan nutrien yang baik serta mengandungi kurang gula berbanding madu tualang. 

Tapi kedua-duanya mempunyai kebaikan kesihatan yang sama. 

Antaranya membantu meningkatkan sistem imun, mempunyai sifat anti-radang, dan memperbaiki kesihatan pencernaan. 

Kandungan enzim dan nutrien dalam kedua-dua jenis madu ini juga memberikan manfaat untuk sistem pernafasan dan kesihatan kulit.

Jika anda mencari madu dengan sifat antibakteria dan kandungan nutrisi yang tinggi, dapatkan madu tualang. 

Tapi jika anda mencari kandungan gula yang lebih rendah, madu kelulut adalah pilihan yang paling sesuai. 

Jangan risau, kedua-duannya juga mudah didapati di pasaraya terdekat dengan harga berpatutan.

Anda nak tahu perbezaan madu asli dan madu tiruan? Anda boleh lihat video di bawah.



Khasiat Madu 

Selain menjadi pemanis semulajadi, madu juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Antara khasiat madu ialah;

  • Sumber tenaga semulajadi

Madu mengandungi fruktosa dan glukosa, dua jenis gula yang mudah diserap oleh tubuh manusia. 

Gula daripada madu boleh memberikan tenaga segera untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental. 

Selain itu, madu juga pilihan yang lebih sihat untuk tenaga semula jadi berbanding minuman berkafein atau gula yang diproses.  

Pengambilan madu sebelum bersenam atau apabila rasa letih boleh memberikan rangsangan semula jadi untuk kecergasan sepanjang hari.

  • Penguat sistam imunisasi tubuh

Madu mempunyai sifat anti-virus, anti-bakteria, dan anti-radang. 

Ciri-ciri ini membantu melawan jangkitan dan melindungi badan kita daripada penyakit. 

Tambah lagi, pengambilan madu secara konsisten boleh membantu meningkatkan sistem imun, jadi anda lebih kuat dan mampu menentang penyakit.

Jika anda menyapu madu pada luka juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

  • Merawat batuk dan selsema

Madu bertindak sebagai antitusif semula jadi kerana sifat antibakterianya dan boleh mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan. 

Madu boleh dimakan terus, dicampur dengan air suam atau jus lemon untuk mengurangkan gejala batuk dan selsema. 

Tapi, kami nasihatkan anda untuk tidak memberi madu kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun mengelakkan kemungkinan botulisme.

  • Membantu masalah pencernaan

Madu boleh mengurangkan masalah pencernaan kerana sifat antimikrobnya yang meningkatkan keseimbangan bakteria dalam sistem pencernaan. 

Bukan itu sahaja, madu juga melegakan dan melindungi saluran gastrousus. 

Pengambilan madu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi boleh merangsang sistem penghadaman dan merawat masalah seperti sakit perut, sembelit dan gastrik. 

Tapi, jangan mengambil terlalu banyak madu kerana boleh membawa kepada kesan julap yang tidak diingini.

  • Menjaga kesihatan kulit secara semula jadi

Madu bukan hanya bermanfaat untuk kesihatan dalaman, tapi juga memberikan kesan yang luar biasa untuk kulit kita. 

Sifat pelembap semulajadi dan kandungan antioksidan dalam madu membantu melawan tanda-tanda penuaan dan menjaga kelembapan kulit. 

Selain itu, madu juga boleh menghilangkan bintik hitam, mengurangkan jerawat, dan memberikan kilauan semulajadi pada kulit.


Artikel Berkaitan

End of Article