Anda mungkin pernah merasa sos ikan dalam kebanyakan masakan tempatan atau makanan Thai, Vietnam dan lain-lain lagi. Rasanya yang menambah kemasinan dan sedikit lemak menjadikan ia salah satu barang ‘bantuan’masakan yang perlu ada di setiap ceruk dapur sebagai penambah rasa.
Apakah masakan yang sesuai yang boleh disediakan dengan menggunakan sos ikan?
Resepi yang mengandungi sos ikan sekarang semakin diminati ramai, dan kebanyakan masakan terutamanya makanan Melayu dan Thai banyak menggunakan sos ikan. Antara makanan yang popular menggunakan sos ikan ialah Pad Thai, makanan ruji dari Thailand itu.
Selain daripada sebagai penambah perisa, sos ikan juga banyak digunakan untuk memerap daging atau ikan, semasa penyediaan salad dan juga penambah perisa di dalam masakan seperti sup, rebusan mahupun stim.
Jika anda mahukan sedikit kelainan dalam menyediakan makanan-makanan yang berkenaan, di sini kami senaraikan jenis-jenis sos ikan yang boleh menaikkan rasa masakan anda sebagai pilihan.
10 Sos Ikan Halal Terbaik di Malaysia
Table of Contents

Sos ikan cap Ketereh ini dibuat dan dikilangkan di Tumpat, Kelantan dengan menggunakan ikan bilis sebagai bahan asasnya. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan hanya di ruang dapur pada tahun 1978, pengeluar sos ikan kini antara pengeluar sos ikan terbesar di Malaysia.
Sos ikan Cap Ketereh ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan serta mendapat sijil halal dari JAKIM. Selain menjadi penambah perasa di dalam makanan, sos ikan Cap Ketereh ini juga sedap apabila dicampurkan di dalam kerabu dan ulam-ulaman.

Ada banyak sos ikan yang diimport dari Thailand ke negara kita. Antara jenama yang terkenal ialah sos ikan Tiparod. Ianya mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama Islam di Thailand, The Central Islamic Committee. Kilang yang membuat sos ikan Tiparod ini pula telah menghasilkan sos ikan semenjak tahun 1919.
Dihasilkan daripada 65% ikan Plahkat, 30% air garam, 5% gula dan juga 2mg/l iodin, sos ini sedap digunakan dalam segala masakan. Jika anda ingin makan begitu sahaja, ianya boleh juga dijadikan sebagai sos untuk mencicah dumpling dan sebagainya.

Sos ikan jenama Knife ini menggunakan ikan bilis sebagai kandungan utama sos. Hanya menggunakan ikan, garam dan gula, sos ikan Knife tidak menggunakan sebarang pengawet dan pewarna tambahan. Keaslian sos ikan Knife ini ternyata membuatkan setiap makanan menjadi lebih sedap apabila digunakan.
Sos ikan ini boleh digunakan sebagai alternatif kicap, malahan enak digunakan sebagai agen perapan untuk anda yang ingin menambah lebih perisa dalam resepi ikan bakar anda.

Kalau anda penggemar masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya, cubalah menggunakan masakan nasi goreng kegemaran anda dengan sos ikan Puteri Fresh Squid ini.
Walaupun ia menggunakan perisa tambahan seperti sodium benzoate, pewarna karamel dan sos tambahan perisa ikan di samping kandungan asas ikan, garam dan gula, sos Puteri Fresh Squid ini mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM dan selamat serta baik untuk dimakan.

Terasa hendak menghidangkan sesuatu yang istimewa untuk keluarga tercinta di hujung minggu ini? Apa kata cuba menu mudah tetapi tampak seperti masakan chef restoran lima bintang, iaitu ikan masak stim? Dengan menggunakan sos ikan Taste-me ini, anda tidak perlu bahan-bahan tambahan lain.
Hanya dengan beberapa sudu sos ikan & seafood stim Taste-me ini mampu membuatkan makanan anda lebih berasa dan sedap. Tambahkan sahaja bahan-bahan seperti hirisan tomato, halia, bawang dan daun limau perut untuk membuatkan hidangan lebih menyelerakan.

Sos premium Megachef ini menggunakan ikan bilis dan garam laut yang berkuali tinggi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan hanya menggunakan proses pengawetan semulajadi yang mengambil masa sehingga 2 tahun untuk mendapatkan rasa masin sekata dan berlemak sementara mengekalkan khasiat protein daripada ikan bilis.
Ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu sehingga 3gram pada setiap hidangan. Sos ikan Megachef ini juga mengandungi rendah histamine dan tyramine.

Selain sedap digunakan untuk menggoreng sayur, sos ikan juga sedap digunakan untuk masakan bersup. Antara sos ikan yang sedap digunakan untuk membuat sup ialah sos ikan Chinsu Nam Ngu. Sos ikan Chinsu Nam Ngu ini adalah sos yang juga mendapat pelbagai pensijilan daripada FDA, HACCP, ISO dan Halal.
Sos ini menggunakan penambah dan pewarna perisa yang dibenarkan serta selamat untuk digunakan. Ia menggunakan asas ekstrak ikan bilis dan salmon.

Sos ikan ini diimport dari Vietnam dan mendapat pelbagai pegesahan dan sijil seperti Halal Jakim Malaysia, FDA, ISO dan Food Safety Certificate. Ianya menggunakan 45% ekstrak ikan bilis yang membuatkan sesuai untuk penyedian salmon kerana rasa ikan bilis yang tidak terlalu kuat dan secukup rasa.
Cara penyedian sos ikan Lien Thang ini masih lagi menggunakan cara tradisi turun-menurun yang memberi keunikan pada rasa sos ikan ini.

Menghasilkan dan mengekalkan rasa asli sos ikan, sos ikan Keto ini tidak menggunakan sebarang pengawet, MSG, gula, air garam dan pewarna tambahan. Ikan bilisnya diperap selama 2 bulan bagi hasilnya menyelerakan. Ia mengandungi karbohidrat yang rendah serta tinggi protein.
Sos ikan Keto ini sudah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu dan selamat untuk digunakan serta baik untuk kesihatan.

Sos Ikan CJ antara sos dari Korea yang juga mendapat sijil Halal dari JAKIM sejak 2013. Sos ikan ini antara sos wajib ada di Korea Selatan dan mempunyai rasa yang enak serta tidak begitu tajam. Sos CJ menggunakan ikan bilis dan ikan yuji untuk menghasilkan sosnya yang enak.
Sepadan dengan tempat asal sos ini diinspirasi, ianya sangat sedap jika anda seorang penggemar kimchi dan ingin membuat kimchi dari air tangan sendiri.