Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

15 Biskut Dan Kuih Raya Yang Boleh Dibeli Online Dengan Kualiti Terjamin

Manis, rangup…semuanya ada!

cover image

Hari Raya ialah hari yang amat sinonim buat semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Semestinya pada waktu inilah semua rakan-rakan dan ahli keluarga akan dijemput untuk memeriahkan hari istimewa ini setelah sebulan berpuasa. Dah bersedia untuk menerima tetamu? Apakah kuih raya yang wajib terhidang nanti? Pasti itu yang selalu menjadi kebuntuan menghidang kuih atau biskut untuk dijamu buat para tetamu.

Nak beli di kedai, sudah kesuntukan masa. Penjual kuih kebanyakannya sudah tidak menerima tempahan ekstra. Almaklumlah, hendak habiskan tempahan yang panjang berjela dalam list itu.

Usah risau lagi! Kini, kuih raya juga boleh dibeli dengan mudah melalui online. Jom lihat senarai kuih atau biskut raya dibawah ini dengan harga dan kualitinya terjamin;

1. Homemade Raya Biskut Makmur
Updated on 13th April 2021
Semak Homemade Raya Biskut Makmur harga dibawah:

Biskut Makmur ini adalah salah satu jenis kuih yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Luarannya yang lembut dan bergula serta kekacang didalam membuatkannya enak untuk dijamah sebagai kudapan. Mudah cair di dalam mulut, pasti membuatkan anda sukakannya.

Semak Homemade Dodol Durian, Coconut & Pandan Flavor in 1 Pack harga dibawah:

Mahu jimatkan masa dan keringat? Jangan susah-susah. Beli sahaja dodol yang sudah tersedia ini supaya dapat memudahkan menjamu tetamu anda nanti. Bukan sahaja dapat menikmati juadah tradisional malah dapat merasa perisa pandan dan coffee sekali. Kanak-kanak pun boleh dijamu juga dengan dodol ini. 

NZ CRUNCHIES Viralicious Popia Salted Egg
Semak NZ CRUNCHIES Viralicious Popia Salted Egg harga dibawah:

Kebanyakan kuih raya sememangnya manis-manis belaka. Tapi, ada antaranya yang lebih gemarkan kuih yang pedas sedikit rasanya. Jadi, apa kata cubalah Popiah Salted Egg ini, yang rasanya pedas-pedas masin dan juga rangup untuk dikunyah.

4. Cornflakes Cookies
Updated on 13th April 2021
Semak Cornflakes Cookies harga dibawah:

Penggemar cornflakes pasti ternanti-nantikan kuih kegemaran mereka ini. Rasanya yang manis dan crunchy akan membuatkan sesiapa sahaja terpikat dengan rasanya. Dengan harga kurang dari RM50, anda boleh dapatkan kuih ini secara online tanpa perlu ke kedai. Berbaloi bukan?

Semak Kerepek Kuih Tiram / Lidah Buaya (500g) harga dibawah:

Mesti ada antara anda yang tidak pernah mendengar akan kuih ini, kan? Ia merupakan sejenis kerepek yang digoreng dan disalut gula halus diluarnya. Rasanya manis dan amat digemari kanak-kanak. Sangat rapuh kulitnya, sekali gigit sahaja sudah mencair di dalam mulut. 

6. Homemade Pineapple Tarts (50pcs)
Updated on 13th April 2021
Semak Homemade Pineapple Tarts (50pcs) harga dibawah:

Salah satu kuih yang wajib dihidang pada Hari Raya ialah sudah tentu tart nanas. Teksturnya yang lembut dan inti yang manis memang akan manambat hati semua tetamu yang hadir. Tak sah berkunjung ke rumah jiran tetangga atau sanak-saudara kalau tidak dijamu dengan kuih ini. Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkannya.

7. Kuih Bangkit
Updated on 13th April 2021
Semak Kuih Bangkit harga dibawah:

Keenakan kuih bangkit tidak dapat disangkal lagi. Kuih ini juga adalah salah satu yang utama akan dihidangkan kepada para tamu. Biskut berwarna putih suci ini ada kombinasi rasa kelapa dan pandan yang memberikannya rasa yang enak dan unik. Kini, viral di sosial media mengenai kuih bangkit yang dicampur dengan cheese untuk menambahkan rasa lemaknya. Cubalah sekarang! 

8. Kuih Siput
Updated on 13th April 2021
Semak Kuih Siput harga dibawah:

Kuih siput adalah sejenis kuih yang dibentuk satu persatu dalam bentuk cangkerang siput yang kecil dan digoreng bagi mendapatkan rasa rangupnya. Kuih ini juga mempunyai rasa yang unik disebabkan oleh rasa kari yang terdapat didalanmya. Jika anda belum pernah cuba, inilah masanya untuk mencuba kuih tradisional ini. 

Baca lagi: 10 Perkakas Wajib Dimiliki Untuk Membuat Kuih dan Biskut Raya

9. Popia Nestum
Updated on 13th April 2021
Semak Popia Nestum harga dibawah:

Kebiasaannya, popia akan berperisa pedas namun, popia ini disalut oleh serbuk nestum yang membuatkannya rasa manis. Biskut Raya ini sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang mahukan pemanis mulut. Berikan kelainan pada seleksi kuih raya anda tahun ini.

10. Almond London
Updated on 13th April 2021
Semak Almond London harga dibawah:

Ingatkah anda pada kuih ini? Sudah tentulah kuih Almond London ini tidak akan dilupakan. Keunikan kombinasi rasa coklat yang enak amat sesuai dipadankan dengan biskut ranggup beserta kacang didalamnya.

11. Semperit
Updated on 13th April 2021
Semak Semperit harga dibawah:

Semua orang pasti menyukai kelembutan dan kehalusan kuih samperit. Tambahan pula jenis yang homemade. Kuih samperit ini amat lembut sehingga boleh cair sahaja didalam mulut anda. Jangan lupa untuk beli dan mencubanya, tau! 

12. Kuih Kapit Berinti
Updated on 13th April 2021
Semak Kuih Kapit Berinti harga dibawah:

Biasanya, kuih kapit ini hanyalah yang jenis kosong dan biasa, kan? Ini adalah kuih kapit yang luar biasa kerana diapit dengan coklat didalamnya. Bayangkan rasa kuih kapit yang rangup bersama rasa coklat enak. Anda pasti tidak mahu lepaskan yang ini! 

13. Brownies Cookies
Updated on 13th April 2021
Semak Brownies Cookies harga dibawah:

Siapa kata brownies hanya ada dalam bentuk kek? Kini ianya dah dijadikan sebagai biskut pula. Untuk kelainan di Hari Raya, anda bolehlah dapatkan biskut brownies ini untuk dijamu kepada tetamun yang hadir. Sudah tentu tidak akan ditolak.

14. Biskut Raya Snow Almond
Updated on 13th April 2021
Semak Biskut Raya Snow Almond harga dibawah:

Anda pencinta coklat? Biskut ini pasti menjadi pilihan anda. Rasa biskut yang penuh dengan coklat dan ditaburkan kekacang almond diluarnya membuahkan rasa yang amat enak. Biskut ini sesuai dengan citarasa mereka yang sukakan rasa manis.

15. Biskut Raya Florentine
Updated on 13th April 2021
Semak Biskut Raya Florentine harga dibawah:

Biskut ini ditabur dengan kekacang seperti badam, pistachio, biji labu, bijan dan kuaci untuk menambahkan lagi kerangupannya. Rasanya sangat enak bagi penggemar kekacang ditambah pula dengan madu diatasnya, pasti membuatkan anda tidak berhenti mengunyah. Hidangkan satu kelainan buat para tetamu agar mereka tidak lagi berkata “ah, kuih yang sama je”.


Kandungan Berkaitan

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article