Kalau korang nak up sikit bajet beli smartphone gaming terbaik, sebenarnya ada je yang jual smartphone gaming midrange harga murah bawah RM2,000.
Walaupun murah tapi handphone gaming ini masih dapat beri kepuasan kerana kualiti dan spesifikasi yang khas untuk bermain game.
Mungkin phone gaming midrange ni lebih baik dari segi prestasi berbanding dengan telefon gaming bajet bawah RM1,000.
Tak perlu pening kepala lagi mana nak cari smartphone gaming midrange terbaik dan murah, jom lihat senarai di bawah.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
6 Smartphone Gaming Murah Bawah RM2000 Terbaik

- Chipset: Mediatek Dimensity 8300 Ultra
- OS: Android 14, HyperOS
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch
- Resolusi: 1220 x 2712 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
Poco X6 Pro menjadi pilihan utama dengan prestasi hebat daripada cip Dimensity 8300 Ultra dan RAM 8GB/12GB.
Paparan AMOLED 6.67 inci 120Hz dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 67W menjamin pengalaman gaming yang lancar.
Kamera 64MP pula menghasilkan gambar berkualiti tinggi, menjadikannya pilihan smartphone gaming midrange murah terbaik.
Ciri-ciri:
Poco X6 Pro dipacu oleh cip Dimensity 8300 Ultra 4nm, serta RAM LPDDR5X 8GB dan storan UFS 4.0 256GB yang pantas, telefon ini menawarkan prestasi luar biasa.
Untuk memastikan prestasi kekal tinggi, Poco X6 Pro dilengkapi dengan teknologi LiquidCool 2.0 dan Vapor Chamber seluas 5,000mm2 untuk penyejukan yang efisien.
Kualiti paparan juga adalah yang terbaik dengan skrin AMOLED 6.67 inci dan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits memastikan paparan yang jelas dan terang.
Tambahan lagi, bahagian skrin turut dilindungi oleh kaca Corning Gorilla 5 yang tahan lasak.
Bateri pula mempunyai kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.
Dengan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14, telefon ini menawarkan pengalaman pengguna yang lancar.
Untuk bahagian kamera, ia dilengkapi dengan tiga kamera belakang, iaitu; kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera makro 2MP.
Review:
"Poco X6 Pro memang hebat! Prestasi laju, paparan AMOLED dan kamera 64MP pun best. Bateri 5000mAh dia tahan lama, sesuai untuk gaming dan penggunaan harian. Memang berbaloi dengan harga!"

- Cipset: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
- OS: Android 15, Realme UI 6.0
- RAM: 12GB + hingga 14GB RAM tambahan
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.673 inci AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (belakang) 16MP (swafoto)
Cipset Snapdragon 6 Gen 4 (4nm) bukan sekadar cukup, ia direka untuk memberi prestasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih efisien.
Selain itu, dengan GT Mode, segala sumber sistem akan difokuskan sepenuhnya untuk gaming tanpa gangguan.
Realme 14 5G direka bukan untuk peminat fotografi, tetapi untuk mereka yang lebih gemar bermain game di telefon.
Dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4 dan mod khas GT Mode, telefon ini mampu menjalankan game popular dengan lancar dan stabil.
Skrin AMOLED 120Hz pula menambah kelancaran semasa bermain dan menonton video.
Bateri pula, 6000mAh memastikan pengalaman gaming lebih lama tanpa perlu kerap dicas.
Bagaimanapun, kamera pada telefon ini biasa-biasa je – cukup untuk kegunaan ambil gambar secara santai, tetapi bukan untuk pengguna yang gemar fotografi.
Jika mahu telefon dengan kamera lebih mantap, Realme 14 Pro+ 5G adalah pilihan yang lebih sesuai.
Tapi kalau mahu fokus mobile gaming, Realme 14 sudah memadai.

- Cipset: Exynos 1480 (4 nm)
- OS: Android 14, One UI 6.1
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: Super AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
- Resolusi: 1080 x 2400 (~386 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar) 12MP (ultra lebar) 5MP (macro)
Samsung Galaxy A55 5G adalah pilihan smartphone gaming murah 5G yang menawarkan prestasi hebat tanpa perlu membayar harga premium.
Ditenagai oleh cip Exynos 1480 (4nm) dan dipadankan dengan 12GB RAM serta 256GB storan, telefon ini memberikan kelancaran gaming yang tiada tandingan.
Paparan 6.6 inci FHD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1000 nits memastikan pengalaman visual yang terang dan lancar, sesuai untuk gaming dan multimedia.
Dilengkapi dengan kamera belakang 50MP, 12MP Ultra Wide, dan 5MP Macro, serta kamera depan 32MP, Galaxy A55 5G juga menyediakan gambar dan video berkualiti tinggi untuk semua keperluan korang.
Bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W memberikan sokongan sepanjang hari, memudahkan sesi gaming panjang tanpa gangguan.
Dengan sokongan 5G, WiFi, Bluetooth v5.3 dan NFC, telefon ini juga menawarkan kemudahan untuk aplikasi harian dan permainan online.
Disamping itu, ia juga dilindungi dengan penarafan IP67, menjadikannya tahan lasak terhadap air dan debu, sesuai untuk penggunaan di luar rumah.
Galaxy A55 5G adalah pilihan tepat untuk gamers yang mencari peranti berkuasa dengan harga yang berpatutan.

- Cipset: Mediatek Dimensity 8350 Ultimate
- OS: Android 15, XOS 15
- RAM: 24GB (12+12GB dinamik)
- Storage: 256GB / 512GB
- Paparan: AMOLED, 144Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 (~387 ppi)
- Kamera: 108MP (lebar), 2MP (makro), 2MP (kedalaman), 13MP (swafoto)
Infinix GT 30 Pro 5G adalah smartphone gaming bawah RM1500 yang menawarkan prestasi luar biasa tanpa membebankan bajet korang.
Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 8350 Ultimate, telefon ini hadir dengan RAM 24GB (12GB + 12GB dinamik) yang memberikan prestasi pantas dan lancar untuk gaming berat.
Paparan FHD+ AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz menjanjikan pengalaman visual yang memukau, memberikan keseronokan bermain game tanpa gangguan.
Kamera belakang 108MP memastikan setiap gambar yang diambil terperinci dan jelas, manakala kamera depan 13MP menawarkan selfie yang terang dan tajam.
Dengan bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 45W, anda tidak perlu risau tentang kehabisan bateri semasa sesi permainan yang panjang.
Selain itu, sokongan NFC dan perlindungan IP64 menjadikan telefon ini lebih praktikal untuk penggunaan harian.
Infinix GT 30 Pro 5G adalah pilihan hebat untuk gamers yang mencari telefon dengan prestasi tinggi pada harga mampu milik.

- Cipset: Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3
- OS: Android 15, Funtouch OS 14
- RAM: 12GB + 12GB dinamik
- Storage: 256GB / 512GB
- Paparan: AMOLED, 120Hz, 1600 nits puncak
- Resolusi: 2800 x 1260 (~460 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar) + 50MP (ultra-lebar) + 12MP (swafoto)
vivo V40 5G adalah pilihan tepat untuk korang yang mencari smartphone gaming midrange murah dengan kamera terbaik.
Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3, telefon ini menawarkan prestasi lancar untuk sesi gaming tanpa gangguan.
Paparan 6.78 inci AMOLED dengan resolusi tinggi 2800 x 1260 memberikan visual yang tajam dan sokongan 120Hz menjamin pengalaman gaming yang lebih responsif.
Kamera utama 50MP ZEISS dilengkapi dengan penstabilan imej OIS dan EIS untuk rakaman video yang stabil dan jelas, manakala kamera depan 50MP membolehkan selfie yang terang dan cantik.
Bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas 80W memberikan kuasa sepanjang sesi gaming tanpa perlu bimbang kehabisan bateri denga cepat.
Dengan kapasiti RAM 12GB dan storan 256GB/512GB, vivo V40 5G memastikan prestasi optimum walaupun untuk permainan berat.
Direka dengan IP68 dan IP69, telefon ini juga kalis air dan debu, menjadikannya pilihan terbaik untuk gaming di mana-mana sahaja.
vivo V40 5G adalah gabungan prestasi dan kamera yang hebat pada harga yang berbaloi.

- Cipset: Snapdragon® 8s Gen 4
- OS: Android 15, Funtouch OS 15
- RAM: 12GB + 12GB Dinamik
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 144Hz, 2000 nits puncak
- Resolusi: 1080 x 2400 (~388 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro)
iQOO Neo 10 5G hadir dengan spesifikasi yang mengagumkan untuk pengalaman gaming yang lancar dan berprestasi tinggi.
Ditenagai oleh cip Snapdragon® 8s Gen 4 dan dilengkapi dengan 12GB RAM, ia mampu menangani permainan berat dan aplikasi intensif dengan mudah.
Paparan 6.78 inci AMOLED 144Hz memberikan visual yang tajam dan responsif, menjadikan permainan lebih realistik dan menyeronokkan.
Dengan bateri 7000mAh yang tahan lama dan pengecasan pantas 120W, anda boleh menikmati sesi permainan tanpa gangguan.
Ditambah dengan sistem penyejukan VC 7000mm², telefon ini memastikan suhu tetap terkawal walaupun semasa sesi gaming yang panjang.
Dengan harga yang berpatutan, iQOO Neo 10 5G adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari smartphone gaming midrange murah dengan RAM besar.
Ciri-ciri Smartphone Terbaik dan Murah Untuk Gaming
Sekarang, gaming lebih mudah dengan smartphone, tetapi tidak semua telefon sesuai untuk gaming.
Beberapa telefon bukan gaming boleh mengalami lagging dan paparan kurang menarik.
Smartphone gaming terbaik seperti Nubia, ROG Phone 2, Red Magic 5G, dan Black Shark 3 Pro biasanya dilengkapi spesifikasi tinggi tetapi harga mahal (RM3,000-RM4,000).
Untuk harga midrange bawah RM2000, jenama seperti POCO, iQOO dan Honor menawarkan smartphone dengan spesifikasi gaming terbaik, meskipun kualiti kamera tidak begitu tinggi.
Pilih telefon dengan bateri tahan lama dan prestasi gaming yang kuat, tanpa perlu terlalu fokus pada kamera.
Tips Beli Gaming Smartphone Terbaik
Bagi kaki gaming, penting untuk pilih smartphone terbaik dengan spesifikasi yang sesuai agar pengalaman bermain game lancar tanpa gangguan.
Pertama, fokus pada CPU kerana ia adalah komponen utama yang memastikan prestasi baik semasa bermain game.
Pilih CPU berprestasi tinggi seperti Kirin 980 untuk kelancaran.
Selain CPU, GPU juga penting untuk mengendalikan visual game.
Pilih GPU dengan sokongan seperti GPU Turbo 2.0 untuk grafik yang lebih baik dan lancar.
Pastikan juga smartphone dilengkapi dengan sistem penyejukan yang baik, seperti Supercool untuk mengelakkan telefon menjadi panas.
Akhir sekali, pilih telefon dengan kapasiti bateri besar untuk sesi gaming yang lebih lama tanpa gangguan pengecasan.