Teknologi

5 TV Resolusi 8K Terbaik Untuk Tahun 2026

TV 8K memberi perincian skrin yang lebih jelas, sesuai untuk anda nikmati tontonan berkualiti seperti di wayang. Ketahui jenama TV 8K terbaik serta harga sini.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

5 TV Resolusi 8K Terbaik Untuk Tahun 2026

Televisyen merupakan salah satu alat teknologi yang berkembang mengikut peredaran zaman. Lihat sajalah, TV kini sudah mempunyai saiz skrin seakan-akan panggung wayang.

Belum lagi jika sesebuah TV menggunakan teknologi OLED (Organic Light-Emitting Diode LED) atau QLED (Quantum dots) untuk meningkatkan lagi kualiti skrin.

Kandungan

Tidak hairanlah kini, ramai yang mencari TV beresolusi 8K yang mana 4 kali lebih tinggi dari TV UHD 4K, dan 16 kali lebih tinggi dari TV Full HD. Canggih bukan?

Jadi, jom lihat jenama TV yang mempunyai resolusi 8K.


Isi kandungan

  • 5 Senarai TV Resolusi 8K
  • Apa Itu TV 8K?
  • Artikel Berkaitan

5 Senarai TV Resolusi 8K

Hisense ULED Android TV U900KF
TV 8K terbaik dengan 120Hz 1 daripada 5
Hisense ULED Android TV U900KF
Partnership with Hisense
Dari RM19,049
Resolusi 8K
Skrin anti silau
Harga terlalu mahal
3 lagi
Ada mod khas untuk main game
Menyokong Bluetooth, Netflix
Ada teknologi AI Picture Optimization untuk gambar lebih jelas

Skrin Hisense U900KF 8K Android TV berukuran 75’ dan mempunyai teknologi Quantum Dot Colour pada resolusi 8K dimana dapat memaparkan sehingga 1 bilion warna dan lengkap dengan sokongan HDR Dolby Vision. 

Dengan teknologi tersebut, Android TV ini sesuai untuk tontonan sukan bola kerana mempunyai Sports Mode yang mengurangkan kabur pada pergerakan. 

Selain itu, skrin TV ini 120Hz menerusi sambungan HDMI 2.1. Ini bermakna konsol Xbox Series X boleh disambungkan tanpa masalah. 

Dari segi audio pula terdapat sokongan Dolby Atmos kerana TV ini menggunakan sistem operasi Android TV. Jadi, tiada masalah mencari aplikasi menerusi Play Store.

Samsung Smart TV Q800T
TV 8k terbaik dengan 3D 2 daripada 5
Samsung Smart TV Q800T
Partnership with Samsung
Dari RM17,100
Menggunakan teknologi Direct Full Array 32x
Color Volume mengikut standard DCI-P3
8K AI Upscaling bukan untuk mod gaming

Fungsi Samsung Smart TV model Q800T ini lebih kurang sama seperti Samsung Smart TV model Q950TS pada senarai produk terakhir.

Cuma, apa yang membezakan dua Smart TV ini adalah features skrin dimana Smart TV model Q800T menggunakan HD Guru yang memberi kesan warna skrin lebih terang serta memberi effect 3D bahagian latar belakang.

Selain itu, model TV ini menggunakan teknologi Direct Full Array 32x yang berfungsi untuk memberi kepuasan brightness tidak kira ketika menonton ketika suasana gelap atau terang.

Sharp AQUOS Android TV 8TC60DW1X
TV 8K terbaik untuk Netflix 3 daripada 5
Sharp AQUOS Android TV 8TC60DW1X
Partnership with Sharp
Dari RM9,999
Menggunakan sound system OPSODIS
Noise dapat dikurangkan

Dengan penggunaan Deep Chroma Display Pro pada Sharp AQUOS Android TV model 8TC60DW1X ini dapat menjadikan ruang tamu anda seperti berada dalam ruangan teater.

Bahagian skrin pula terdapat 4 lapisan yang berfungsi untuk mencapai 100% kecerahan gamut warna pada skrin TV berbanding model lain. Maksudnya, gambaran lebih terang dan jelas.

Ditambah pula dengan panel processor baru; Z2 Revelation Processor yang mana dapat memberi kepantasan sebanyak 56% pada grafik dan prestasi CPU 20% lebih cepat sekaligus memberi keselesaan ketika menonton TV.

Bahagian audio pula, Android TV ini menggunakan teknologi sistem baru iaitu OPSODIS yang dapat menghasilkan bunyi 360 darjah untuk semua rancangan yang dimainkan.

Menariknya lagi, TV dari Sharp AQUOS ini saja yang menggunakan sound system OPSODIS.

LG NANO95 Nanocell All ThinkQ
TV 8K terbaik dengan Dolby Vision 4 daripada 5
LG NANO95 Nanocell All ThinkQ
Partnership with LG
Dari RM9,999
Tidak mempunyai photobiological LED Hazard
Boleh kawal menggunakan suara
1 lagi
Mempunyai sistem Bluetooth

Smart TV LG NANO95 8K Nanocell All ThinkQ 65’ keluaran 2020 ini boleh dikawal menggunakan suara tanpa alat kawalan jauh kerana mempunyai teknologi intelligent ThinQ AI.

Bagi yang sukakan sukan, model TV 8K LG ini dapat menjadi ‘rakan baik’ anda kerana mempunyai sistem Sport Alert.

Fungsi sistem ini akan mengingatkan anda rancangan sukan kegemaran sebelum, semasa dan selepas dimainkan walaupun anda sedang menonton rancangan lain. Menarik bukan?

Bahagian audio pula, jangan risau kerana menggunakan Dolby Vision IQ dan Dolby Atmos dimana dapat memberikan kesan bunyi seakan-akan berada di panggung wayang.

Lebih mengagumkan lagi, Smart TV 8K ini sudah diuji lima standard; blue light, actinic UV, near UV, IR radiation dan retinal thermal bagi mengukur kesan LED terhadap tubuh manusia.

Hasilnya, TV 8K dari LG melebihi setiap standard piawaian antarabangsa (IEC).

Samsung Smart TV Q950T
TV 8k terbaik untuk gaming 5 daripada 5
Samsung Smart TV Q950TS
Partnership with Samsung
Dari RM26,999
Menggunakan teknologi baru QLED
Mempunyai Ultra Viewing Angle
8K AI Upscaling bukan untuk mod gaming
2 lagi
Menggunakan Real Game Enhancer+
Tidak boleh gantung di dinding

Smart TV Samsung Q950TS keluaran 2020 ini mempunyai 3 jenis saiz; 65’, 75’ dan 85’. Setiap saiz harganya berbeza walaupun features smart TV ini sama.

TV 8K dari Samsung ini mempunyai teknologi 8K AI Upscaling dimana dapat memberi gambaran pada skrin yang lebih smooth, realistik dan bintik piksel kurang untuk beri kesempurnaan gambaran pada skrin.

Walaupun 8K AI Upscaling bukan untuk mod gaming ini tidak direka untuk mod gaming tapi dengan adanya teknologi Real Game Enhancer+ TV 8K Samsung ini sesuai untuk gamers.

Jadi anda akan dapat merasai kelancaran gerakan animasi, skrin tidak kabur malah jika bermain dalam keadaan gelap sekalipun skrin tetap kelihatan jelas dan terang.

Selain itu, audio Samsung Q950TS juga direka khas untuk bermain game kerana menggunakan AMD FreeSync dimana audio tidak pecah atau terganggu walaupun bunyi berada di tahap maksimum.


Apa itu TV 8K?

TV 8K merupakan televisyen baru dalam era 2020 dan mempunyai ciri yang menakjubkan kerana menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Televisyen beresolusi 8K ini mempunyai umlah piksel 7680 x 4320 dimana dapat dapat memberi kualiti perincian pada gambar lebih tinggi, tajam dan jelas.

Erti kata lain, apabila anda menonton televisyen beresolusi 8K, skrin pada gambar seakan-akan hidup dan kelancaran pergerakan kelihatan lebih smooth.

Ini kerana teknologi yang digunakan pada televisyen ini empat kali lebih tinggi berbanding TV resolusi 4K. Itulah secara ringkasnya TV 8K.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation