Terdahulu pernah timbul isu termometer kononnya memancarkan radiasi berbahaya terhadap tubuh badan jika kerap 'ditembak' pada bahagian dahi untuk mengukur suhu individu.
Namun, dalam satu sidang media, termometer inframerah tanpa sentuh bukan alat penembak dan sama sekali tidak memancarkan radiasi tapi untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.
Sebenarnya alat ini selamat digunakan, dan untuk anda yang mempunyai anak kecil di rumah wajib ada termometer inframerah atau jenis thermometer digital.
Ini senarai harga termometer dahi yang anda boleh dapatkan pada harga berbaloi, dan ada yang mempunyai warranty sehingga 3 tahun.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 9 Termometer Dahi Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Termometer Biocare ini menggunakan sensor infrared yang berketepatan tinggi, di mana suhu dapat diukur dengan cepat walaupun tanpa menyentuh anggota badan secara direct, jadi bacaan suhu tubuh si manja anda dijamin tepat dan tidak mengganggu si manja terutamanya ketika tidur.
Ciri-ciri:
Skrin LCD pada termometer ini cukup besar dan sangat jelas untuk di baca selepas anda selesai menggunakannya.
Direka dengan ciri Triple Backlight di mana lampu skrin akan bertukar oren jika suhu agak tinggi (37.6°C-37.9°C), manakala akan menjadi merah jika suhu 38°C ke atas.
Untuk suhu sekitar 32°C-37.5°C pula, skrin akan bertukar warna hijau yang menandakan suhu badan adalah normal.
Jangan lupa pegang termometer ini pada sudut 45° untuk dapatkan bacaan tepat.
Review:
"Kualiti bagus, bunyi beep pun tak kuat. Screen mudah baca. Legit punya sebab ada certificate, berdaftar dengan MDA. Dah test dengan hospital punya memang result sama. Nak beli dekat farmasi tapi semua harga RM100 ke atas. Ni dapat RM50+ kira ok dah."
Apa yang menarik tentang termometer Omron ini ialah selain boleh mengukur suhu badan, juga boleh menyukat suhu susu atau sebarang objek.
Ini kerana mempunyai ciri Surface Measurement Mode yang senang detect suhu yang anda mahukan.
Anda hanya perlu pegang termometer 1cm dari botol susu untuk ketahui sama ada susu sudah selamat diminum oleh bayi atau belum.
Menariknya, termometer ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga daripada yang dewasa, bayi dan kanak-kanak.
Yang penting, alat ini tidak akan mengganggu tidur anak kerana boleh mengukur suhu badan walaupun kedudukannya tidak dirapatkan pada kulit.
Pengimbas suhu jenama Orbdirtt ini menggunakan bateri 2x AAA dan mampu mengeluarkan tiga jenis warna iaitu hijau, kuning dan merah untuk memaparkan suhu badan yang berbeza.
Termometer digital ini boleh mengukur suhu dalam masa 1 saat walaupun screening suhu dengan jarak sejauh 5 sehingga 15cm.
Reka bentuknya juga ergonomik dan mudah digunakan kerana boleh mengukur suhu tanpa perlu sentuhan fizikal, dan ia menggunakan medical standard untuk bacaan yang lebih tepat.
Terdapat 2 warna backlight yang akan menunjukkan warna merah sekiranya suhu tinggi dan warna hijau untuk suhu badan normal, jadi mudah sebagai indicator untuk anda.
Termometer digital ini boleh membaca suhu dengan jarak 1-3cm dengan menembak tepat bahagian dahi dan mempunyai chip memori yang mampu menyimpan 50 bacaan suhu.
Menarik tentang termometer ini adalah boleh mengeluarkan suara untuk memberitahu berapa bacaan suhu anda dan anda juga boleh setting silent mode untuk memadam suara.
Selain itu, ia juga mempunyai Tri-colour backlight untuk memudahkan anda melihat bacaan suhu tidak kira dalam keadaan cerah ataupun gelap.
Setiap pembelian anda akan dapat sekali sepasang bateri yang boleh digunakan terus, jadi tidak perlu beli bateri secara berasingan.
Pada jarak 1 inci pun anda sudah boleh scan suhu badan anda dan hanya memerlukan masa 1 saat sahaja, semua ini boleh dilakukan dengan termometer digital dari Xiaomi ini.
Termometer ini menggunakan sensor canggih German Heimann untuk memastikan anda sentiasa dapat bacaan yang tepat, jadi tidak perlu ragu dengan bacaan suhu pada termometer ini.
Dengan paparan digital LED, anda akan dapat melihat bacaan suhu dengan jelas, dan termometer ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
Pada bahagian bateri pula, ia menggunakan bateri saiz AAA, jadi mudah untuk anda mencari bateri ini di kedai dan menukarnya sendiri.
Termometer dari jenama Ouson ini tidak memerlukan anda untuk meletakkannya dekat pada dahi untuk check suhu badan, cukup pada jarak 3cm sahaja.
Selain suhu badan, termometer ini juga mampu untuk membaca suhu pada permukaan objek, dan boleh membaca sehingga bacaan 95 darjah celcius pada permukaan objek.
Bukan sekadar sesuai untuk orang dewasa, bayi dan juga kanak-kanak sesuai menggunakan termometer ini dan ia dijamin selamat serta menghindari penyebaran bersilang.
Untuk menjimatkan bateri, termometer ini turut mempunyai ciri automatic power off setelah tidak digunakan bagi tempoh 30 saat.
Harganya mungkin sedikit mahal, tetapi ia satu pembelian yang berbaloi kerana anda akan dapat warranty selama 2 tahun untuk termometer ini.
Bagi keluarga yang belum mempunyai termometer di rumah, beli je termometer infrared Medisana.
Selain mengukur suhu badan di dahi dan dalam telinga, pengguna boleh mengukur suhu air panas dan objek lain dalam beberapa saat.
Terdapat paparan tarikh, masa dan suhu yang boleh dipilih dalam unit °C atau 'F, isyarat akustik pada awal dan akhir bacaan suhu.
Tambahan pula, boleh menyimpan 30 hasil pengukuran terakhir secara automatik.
Jika suhu terlalu tinggi, penggera deman akan berbunyi dan lampu LED termometer akan berubah menjadi merah.
Percuma beg penyimpanan dan 2 biji bateri.
Termometer Beurer salah satu pilihan terbaik untuk mengukur suhu badan dan permukaan dengan pantas.
Ciri-ciri tambahan lain termasuk mempunyai paparan besar, penggera suhu, automatic switch-off, paparan tarikh dan masa serta mudah digunakan.
Dilengkapi dengan penggera suhu LED yang bertukar menjadi merah apabila suhu melebihi 38°C dan kapasiti memori sehingga 10 ukuran.
Peranti perubatan ini tiada merkuri, tanpa kaca dan boleh disinfeksi untuk perlindungan dari kuman berbahaya.
Termometer Autumnz direka untuk mengukur suhu dahi menggunakan mod dahi tanpa mengganggu tidur bayi.
Boleh digunakan untuk mengukur suhu permukaan objek dengan hanya beralih ke mod objek.
Menariknya, termometer ini dilengkapi dengan ikon muka gembira dan sedih yang mewakili keadaan suhu badan.
Jika seseorang deman atau suhu badan melebihi 37.8°C, termometer akan menghasilkan satu bunyi bip panjang diikuti oleh tiga bunyi bip pendek.
Skrin jumbo dengan paparan LCD memberikan bacaan pantas dalam masa 3 saat dengan bunyi bip akhir apabila pengukuran selesai.
Ciri-ciri lain termasuk mempunyai 10 set memori, kalis air, mudah dibersihkan, dimatikan secara automatik selepas 1 minit dan tidak memerlukan penutup probe.
Percuma bateri dan kantung lembut untuk penyimpanan kebersihan.
Kenapa Kita Perlukan Termometer Dahi?
Secara amnya, termometer digunakan dalam dunia perubatan tapi disebabkan serangan wabak berbahaya, COVID-19 termometer kini sudah menjadi barang wajib perlu ada pada setiap rumah bagi memantau suhu badan.
Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil, sudah pasti kita perlukan termometer terbaik.
Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Bacaan Termometer Dahi?
Berikut faktor yang boleh mempengaruhi ketepatan bacaan termometer dahi:
- Keadaan persekitaran
Elakkan sebarang faktor luaran yang boleh menjejaskan suhu dahi atau termometer seperti cahaya matahari langsung atau sumber haba sekeliling.
- Faktor peribadi
Sebagai contoh, baru melakukan aktiviti fizikal, memakai penutup kepala, berpeluh, atau kotoran di dahi boleh mengganggu sensor inframerah termometer.
Bersihkan dahi, lap peluh dan sensor termometer sebelum digunakan.
- Teknik pengguna
Elakkan memegang termometer terlalu jauh dari dahi atau menggunakan jenis termometer yang salah untuk kumpulan umur. Letakkan termometer dengan betul di dahi.
Bandingkan bacaan dengan kaedah pengukuran suhu lain, seperti termometer biasa, rektum, atau telinga.
Bagaimana Untuk Bersihkan Dan Penjagaan Termometer Dahi?
Termometer dahi perlu dibersihkan sebelum dan sesudah setiap penggunaan untuk mencegah penyebaran kuman.
Berikut adalah langkah-langkah pembersihan dan penjagaan termometer dahi yang boleh diikuti:
- Lap permukaan luar termometer menggunakan kain microfiber basah atau kapas yang dicelup dengan alkohol pembersihan untuk membersihkan permukaan di bahagian permukaan sensor termometer.
- Jangan gosok terlalu kuat dan elakkan menggores skrin LCD.
- Biarkan termometer kering dengan sendirinya sebelum digunakan atau disimpan.
- Jangan celup atau sembur sebarang bahan kimia atau antibakteria kerana ia boleh merosakkan termometer.
- Sentiasa pastikan bateri berada pada tahap optimum dan tukar bateri jika ia lemah.
- Simpan termometer pada suhu bilik biasa dan tempat yang kering, jauh dari haba atau cahaya matahari.
- Jangan jatuhkan atau hentak termometer kerana ia mudah rosak.
Apakah Suhu Normal Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak Pada Termometer Dahi Ini?
Terdapat sedikit perbezaan suhu antara dewasa dan kanak-kanak.
- Orang dewasa
Suhu normal individu dewasa antara 36.4 hingga 37.5 °C.
Jika bacaan melebihi dari suhu normal, individu tersebut demam.
- Kanak-kanak
Suhu normal kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun adalah antara 35.5 hingga 37.5°C.
Sekiranya melebihi 38°C dianggap demam.
- Bayi
Julat suhu normal bayi berumur 0 hingga 2 tahun adalah antara 36.6 hingga 38°C.
Suhu badan bayi yang baru lahir pula adalah sekitar 37.5°C.
Sekiranya bacaan bayi lebih daripada itu, ibu bapa jangan ambil mudah.
Artikel berkaitan
- 11 Jenis Termometer Suhu Terbaik di Malaysia 2024
- 12 Brand Pulse Oximeter Ini Telah Diluluskan Pihak MDA
- Sebelum Kena Kuarantin Kendiri, Pastikan Korang Sedia 7 Barang Keperluan Ni
- Virus COVID-19 Makin Mudah Dijangkiti! Ini Mask Yang Sesuai
- 7 Servis Disinfeksi Rumah & Pejabat Untuk Hapuskan Bakteria
- Hidup Bebas Virus. Tangani Bakteria dengan 10 Hand Sanitizer Ini