Jawapan ringkas: laptop gaming sebenar (kad grafik berasingan) yang baharu bawah RM2000 sukar dicari di Malaysia, AI Overview Google turut mengesahkan perkara ini. Pilihan terbaik keseluruhan untuk pelajar dan pekerja ialah Acer Aspire 3 A315-24P (Ryzen 5, 8GB, 512GB SSD), RM1,999.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 20 September 2026), yang mampu handle gaming ringan seperti Valorant dan Mobile Legends pada tetapan rendah. Jika bajet lebih ketat, CHUWI LapBook Air (refurbished) pada RM1,152.00 turut menjadi pilihan popular.
Kini, laptop yang bagus merupakan keperluan untuk mereka yang bekerja atau pelajar sekolah mahupun universiti.
Kandungan
- Senarai 8 Laptop Murah Di Bawah RM2,000
- Terbaik Untuk Kerja Harian: Asus Vivobook Go 15 E510K
- Asus Vivobook Go 15 E510K
- Terbaik Keseluruhan: Acer Aspire 3 A315-24P
- HP 14s-Cf2000TU
- Terbaik Untuk Bajet Paling Rendah: CHUWI LapBook Air 14.1
- Lenovo ThinkPad X13 (Ryzen Pro, Refurbished)
- Terbaik Jenama Dell: DELL Inspiron 15 3510
- Acer Aspire 3 A315-35 (Celeron N4500)
- Terbaik Untuk Mudah Alih: Asus VivoBook Go 14 E1404G
- CHUWI LapBook Air 14.1 (Refurbished)
- Terbaik Untuk Kerja Asas: HP 14s-Cf2000TU
- Asus VivoBook Go 14 E1404G
- Terbaik Untuk Pelajar: Acer Aspire 3 A315-35
- DELL Inspiron 15 3510
- Terbaik Untuk Ketahanan Perniagaan: Lenovo ThinkPad X13
- Acer Aspire 3 A315-24P (Ryzen 5)
- Bagaimana Cara Dapatkan Laptop Berkualiti Dengan Harga Yang Murah?
- Panduan & Tips Beli Laptop Untuk Student
- Jadual Perbandingan Laptop Bawah RM2000
- Cara Kami Memilih Laptop Ini
- Soalan Lazim
- Artikel berkaitan
- Panduan berkaitan
Tambah pula sekarang ramai boleh bekerja di rumah atau di mana-mana sahaja, membuatkan memiliki laptop yang sesuai untuk pelajar atau pekerja itu satu kemudahan untuk selesaikan kerja dengan mudah dan cepat.
Jadi, mencari jenama laptop terbaik dan murah dengan spesifikasi yang bagus serta berkualiti adalah satu tugas yang penting.
Lagi-lagi untuk pelajar yang mahukan harga laptop murah untuk pelajar sebab nak guna laptop tersebut sepanjang tempoh pembelajaran.
Cuma tidak dinafikan, nak cari laptop bawah RM2000 dengan kualiti terjamin itu agak sukar.
Jom lihat senarai laptop terbaik bawah RM2000 yang sesuai untuk pelajar dan pengguna yang mencari harga berbaloi.
HP 14s-Cf2000TURM1,699Shopee
Acer Aspire 3 A315-35RM1,250Shopee
Lenovo ThinkPad X13RM950Shopee
Asus VivoBook Go 14 E1404GRM1,998.89Shopee
DELL Inspiron 15 3510RM1,399Shopee
CHUWI LapBook Air 14.1RM1,152Shopee
Acer Aspire 3 A315-24PRM1,999Shopee
Asus Vivobook Go 15 E510KRM1,598.89Shopee
Senarai 8 Laptop Murah Di Bawah RM2,000
Terbaik Untuk Kerja Harian: Asus Vivobook Go 15 E510K
1 lagi
- OS: Windows 11 Home
- Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- RAM: 8GB LPDDR5 on board
- Storage: 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
- Skrin: 15.6”
- CPU: AMD Ryzen™ 3 7320U Mobile Processor 2.4GHz
Sebab menjadi pilihan utama:
Laptop ini menggunakan CPU AMD Ryzen 3 yang dijamin dapat memberikan kelancaran laptop kepada pengguna, jadi anda boleh melakukan kerja editing, menonton video dan juga bermain game dengan lancar.
Ciri-ciri:
Berbekalkan RAM sebesar 8GB LPDDR5 serta ruang simpanan sebesar 512GB SSD, laptop ini dijamin mampu memberi masa loading yang singkat.
Skrin seluas 15.6” pada laptop ini ialah jenis LED Backlit yang akan memberi paparan yang sangat jelas kepada pengguna ditambah pula grafik yang digunakan ialah AMD Radeon Graphic.
Skrin laptop ini juga turut mempunyai TÜV Rheinland-certified yang akan melindungi mata anda semas anda menggunakannya dalam gelap.
Selain melakukan kerja editing, anda nak main game pun boleh sebab pemproses dia menjanjikan kelancaran terbaik untuk pengguna.
Review:
"Design laptop ni memang cantik, kualiti skrin pun terang je. Performance laptop agak laju walaupun harga tak begitu mahal. Nak angkat bawa pergi mana-mana pun tak berat, ringan je."
Terbaik Keseluruhan: Acer Aspire 3 A315-24P
1 lagi
- OS: Window 10 Home
- Grafik: AMD Radeon Graphic
- RAM: 4GB DDR4
- Storage: 128gb eMMC
- Skrin: 14 inci
- CPU: AMD 300 Series Processor
Model siri 14s direka khas untuk mereka yang bekerja kerana produk ini memberikan spesifikasi dan prestasi yang memuaskan.
Dengan paparan skrin seluas 14 inci, produk ini dijamin mampu memberikan kepuasan jika anda ingin menonton movie atau video kerana sangat jelas dan terang.
Selain itu, produk ini mempunyai Graphic Card AMD Radeon dan sesuai sekiranya anda ingin bermain game yang tidak terlampau tinggi seperti Valorant.
Memang sesuai jika anda ingin mencari hiburan selepas tertekan dengan kerja yang banyak.
Laptop ini hadir dengan 2 port USB 2.0 Type A, USB 3.0 Type C, HDMI Port, Slot memori pelbagai, 3.5MM Jack Combo.
Jangan risau, kepada pelajar yang ingin menggunakan laptop model ini, boleh saja memandangkan laptop ini mudah dibawa kemana saja.
Terbaik Untuk Bajet Paling Rendah: CHUWI LapBook Air 14.1
- OS: Window 10 Home
- Grafik: Intel UHD520
- RAM: 8GB
- Storage: 256 SDD
- Skrin: 12.5 inch
- CPU: Intel Core i5
Jenama yang tidak lekang dari telinga apabila ditanya laptop mana yang tahan lasak untuk digunakan beberapa tahun akan datang dengan bajet yang terhad.
Laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i5 ini sudah cukup untuk anda melakukan kerja secara smooth walaupun laptop ini agak lama sejak dikeluarkan.
Ditambah pula dengan 256GB SSD menjadikan laptop ini memberikan kelebihan dari segi performance.
Skrin seluas 12.5 inch agak kecil untuk laptop pada masa kini namun tidak menjadi masalah jika anda mengidamkan sesuatu yang mudah dibawa kemana-mana.
Ini kerana bateri pada laptop ini agak tahan lama berbanding laptop yang lain.
Graphic card yang terdapat pada laptop ini iaitu Intel UHD520 memberikan paparan 1080hp tanpa masalah lagging.
Jika anda mencari laptop yang tahan lama serta lasak dengan bajet yang terhad, laptop ini amat sesuai untuk anda.
Terbaik Jenama Dell: DELL Inspiron 15 3510
- OS: Window 10
- Grafik: Intel UHD Graphic 615
- RAM: 4GB
- Storage: 256 SDD
- Skrin: 15.6 inch
- CPU: Intel Pentium Silver N600
Laptop Acer model Aspire 3 A315-35-P5JS memperkenalkan sedikit kelainan iaitu dengan menambah SDD dalam model mereka kali ini.
Sudah kita tahu bahawa SDD lebih baik berbanding HDD dari segi performance walaupun simpanan agak kecil. Namun itu tidak bukan isu penting. Oleh itu, Acer menambahkannya sebagai strategi mereka untuk menarik lebih ramai pengguna.
Paparan skrin yang lebih luas berbanding laptop lain pada harga yang mampu milik adalah amat sukar untuk dicari.
Jadi pihak Acer dengan murah hati meletakkan skrin seluas 15.6’ untuk produk mereka yang mampu milik ini.
Terbaik Untuk Mudah Alih: Asus VivoBook Go 14 E1404G
2 lagi
- OS: Windows 10 Home Edition
- Grafik: Intel UHD
- RAM: 8GB
- Storage: 256GB
- Skrin: 14 inci
- CPU: Intel Core i3-1005G1 (10th Gen)
Infinix Inbook X1 adalah sebuah laptop yang mempunyai prestasi yang cukup baik dengan pemprosesan Intel Core i3 dan RAM 8GB, serta storan SSD 256GB.
Laptop ini dilengkapi dengan pelbagai jenis port seperti USB-C, HDMI, WiFi 6.0, Bluetooth 5.1 dan jack headset serta mikrofon.
Ini menjadikannya sebuah laptop terbaik serba guna dan sesuai digunakan untuk kerja harian.
Manakala saiz skrin 14-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixels pada laptop ini sesuai untuk tujuan kerja dan juga hiburan seperti menonton video atau movie.
Bateri dengan kapasiti 55 Wh membolehkan anda menggunakan laptop ini selama 6 hingga 7 jam.
Bagaimanapun, laptop ini mungkin kurang sesuai untuk kerja berat seperti edit video atau untuk main game terkini.
Ini kerana tiada GPU tersendiri yang boleh menawarkan prestasi grafik yang lebih baik.
Terbaik Untuk Kerja Asas: HP 14s-Cf2000TU
1 lagi
- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Intel Graphics
- RAM: 8GB DDR4
- Storage: 256GB M.2 NVMe SSD
- Skrin: 14 inci
- CPU: Intel Celeron Processor
ASUS VivoBook Go 14 merupakan sebuah laptop yang boleh dipercayai dengan harga berpatutan jadi sangat sesuai untuk pelajar bagi penggunaan harian.
Dikuasakan dengan pemproses Intel Celeron dengan kelajuan maksimum sehingga 2.8 GHz dan 2 teras, laptop ini memberikan prestasi lancar untuk tugasan harian.
RAM 8GB DDR4 pula memastikan multitask dapat dijalankan dengan cekap, manakala penyimpanan 256GB SSD menyediakan ruang storan yang mencukupi.
Paparan skrin Full HD 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel pasti menambahkan lagi kepuasan anda menonton video atau movie.
Grafik Intel memancarkan grafik yang tajam untuk multimedia atau bermain game secara casual.
Dengan reka bentuk yang ringan, berat hanya 1.30 kg, ASUS VivoBook Go 14 amat mudah dibawa ke mana sahaja.
Ini menjadikannya sesuai untuk pelajar yang perlu membawa laptop ke kelas atau sesi pengajian.
Terbaik Untuk Pelajar: Acer Aspire 3 A315-35
2 lagi
- OS: Windows 10 Home (64bit)
- Grafik: Intel® UHD Graphics 600
- RAM: 4GB, 1x4GB, DDR4, 2400MHz
- Storage: 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
- Skrin: 15.6”
- CPU: Intel® Celeron® Processor N4020
Laptop Dell ini menggunakan sistem operasi Windows 10 Home, namun masih lagi mengekalkan prestasi penggunaan terbaik dengan kemas kini keselamatan secara berkala.
Dengan RAM 4G dan juga storan dalaman 256GB, cukup untuk penggunaan yang sederhana dan juga untuk bisnes.
Selain itu, mempunyai numeric pad bagi memudahkan anda memasukkan segala nombor dengan pantas dan mudah.
Paling bagus, harga laptop ini juga sangat murah dan tidak sampai RM2,000, jadi memang sesuai sekiranya anda baru nak mulakan bisnes.
Selain mempunyai pemprosesan yang bagus, bateri laptop ini juga antara yang terbaik dan juga tahan lama untuk anda gunakan dalam tempoh yang panjang.
Saiz skrin laptop ini adalah sebesar 15.6 inci, cukup besar untuk penggunaan harian anda.
Untuk grafik, jangan risau anda akan dapat Intel® UHD Graphics 600 yang boleh memainkan video beresolusi tinggi, jadi lebih mudah untuk anda mencari idea dalam video.
Terbaik Untuk Ketahanan Perniagaan: Lenovo ThinkPad X13
1 lagi
- OS: Windows11(Pre-installed Office Home & Student 2021)
- Grafik: Intel® UHD Graphics
- RAM: 8GB OnBoard DDR5 RAM
- Storage: 512GB PCIe NVMe Gen3 SSD
- Skrin: 14.0 inch
- CPU: Intel® N100 processor
Harga laptop ini tidak mahal dna ia dari jenama yang dipercayai, dilengkapi dengan pemproses Intel® N100 processor yang berkuasa tinggi, menjadikan ia laptop bajet terbaik untuk para guru.
Dengan saiz RAM 8GB, pasti tidak menjadi masalah untuk melakukan multitask dengan lancar dan tanpa lagging, jadi boleh menyediakan bahan-bahan belajar untuk para pelajar.
Selain itu, saiz skrin 14 inci dengan kualiti paparan HD terbaik tentu akan membuatkan anda lebih puas menggunakan laptop ini, boleh view video-video ilmiah dengan jelas.
Terdapat juga ciri high-brightness Acer ComfyView™ yang memberi keselesaan pada mata anda semasa menggunakan laptop ini dalam tempoh yang lama.
Memori dalaman juga adalah sebanyak 512GB, jadi cukup banyak untuk anda menyimpan bahan-bahan rujukan dalam laptop ini.
Dengan harga yang mampu milik dan spesifikasi terbaik, inilah laptop yang berbaloi dibeli oleh para guru.
Bagaimana Cara Dapatkan Laptop Berkualiti Dengan Harga Yang Murah?
Laptop yang bagus adalah laptop dengan spesifikasi berkuasa, ringan, mempunyai rekaan menarik dan premium serta binaan tahan lasak. Jika anda mahu menjimatkan duit, dapatkan laptop yang bagus dengan harga murah.
Berikan perhatian ekstra ketika membeli laptop. Yang paling penting ialah laptop tersebut perlu mempunyai cip yang berkuasa.
Disarankan anda untuk mencari laptop yang menggunakan sekurang-kurangnya cip i3 untuk Intel dan Ryzen 3 untuk AMD untuk pastikan laptop yang anda beli mampu bertahan selama mungkin tanpa sebarang lag dan murah.
Untuk jenis simpanan pula, laptop yang menggunakan SSD adalah lebih laju berbanding HDD.
Tapi, sebelum nak beli laptop pastikan ikut tips dalam video berikut.
Panduan & Tips Beli Laptop Untuk Student
Anda seorang pelajar dan tak tahu nak beli laptop yang mana?
Tentu agak risau nak beli laptop baru sebab harganya bukannya murah dan kalau tersilap beli tentu rasa menyesal.
Jangan risau, kami tolong anda untuk pilih laptop yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda melalui tips di bawah.
Kenal Pasti Keperluan Akademik
Sebelum nak beli laptop, anda perlu tentukan jenis kursus atau bidang pengajian.
Sebagai contoh, pelajar kejuruteraan atau reka bentuk mungkin memerlukan laptop dengan spesifikasi tinggi seperti CPU yang kuat, GPU yang baik, dan RAM besar, sementara pelajar sains sosial atau perniagaan mungkin memadai dengan laptop spesifikasi sederhana.
Bateri yang Tahan Lama
Pilih laptop dengan hayat bateri yang panjang, terutamanya jika sering digunakan di luar rumah atau di kampus untuk membolehkan anda guna laptop lebih lama tanpa power plug.
Kapasiti Penyimpanan
SSD (Solid State Drive) disarankan untuk prestasi yang lebih pantas dan keselamatan data yang lebih baik.
Jadi, minimum 256GB sesuai untuk kebanyakan pelajar, tetapi jika perlu menyimpan lebih banyak fail atau aplikasi, pertimbangkan storan bersaiz 512GB atau lebih.
Mudah Alih
Pilih laptop yang ringan dan nipis supaya mudah dibawa ke kelas atau perpustakaan.
Laptop dengan skrin 13 hingga 14 inci biasanya seimbang antara kemudah alihan dan saiz skrin yang mencukupi.
Sistem Operasi
Tentukan sama ada anda lebih selesa dengan Windows, macOS, atau mungkin juga Chrome OS.
Sesetengah kursus mungkin memerlukan perisian tertentu yang hanya tersedia pada sistem operasi tertentu.
Harga dan Bajet
Tetapkan bajet anda dan bandingkan harga untuk mencari offer terbaik.
Jangan mudah terpedaya untuk membeli laptop dengan spesifikasi yang tidak diperlukan hanya kerana promosi.
Jaminan dan Perkhidmatan
Pastikan laptop datang dengan jaminan yang mencukupi dan semak pusat perkhidmatan yang tersedia berhampiran anda.
Jaminan tambahan atau perlindungan kerosakan juga boleh dipertimbangkan.
Penggunaan Jangka Masa Panjang
Pilih laptop yang mampu menampung keperluan anda untuk beberapa tahun akan datang, terutamanya jika bercadang untuk menggunakannya sepanjang tempoh pengajian.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih laptop yang sesuai untuk keperluan pembelajaran anda.
Jadual Perbandingan Laptop Bawah RM2000
| Laptop | Cip | RAM | Storan | Harga |
|---|---|---|---|---|
| Acer Aspire 3 A315-24P (Ryzen 5) | Ryzen 5 7520U | 8GB | 512GB SSD | RM1,999.00 |
| Asus Vivobook Go 15 E510K | Celeron N4500 | 8GB | 512GB SSD | RM1,598.89 |
| Asus VivoBook Go 14 E1404G | Intel i3-N305 | 8GB | 512GB SSD | RM1,998.89 |
| DELL Inspiron 15 3510 | Intel N4020 | 4GB | 256GB SSD | RM1,399.00 |
| Acer Aspire 3 A315-35 (Celeron N4500) | Celeron N4500 | 4GB | 256GB SSD | RM1,250.00 |
| HP 14s-Cf2000TU | Intel i3-10110U | 4GB | 256GB SSD | RM1,699.00 |
| CHUWI LapBook Air 14.1 (Refurbished) | Intel (refurb) | 8GB | eMMC/SSD | RM1,152.00 |
| Lenovo ThinkPad X13 (Ryzen Pro, Refurbished) | Ryzen 5/7 Pro | 8GB+ | 256GB SSD (refurb) | RM950.00 |
Cara Kami Memilih Laptop Ini
Setiap laptop dalam senarai ini kami pilih berdasarkan spesifikasi (cip, RAM, storan) berbanding harga semasa di Shopee Malaysia, jenama yang boleh dipercayai, dan sama ada ia benar-benar kekal bawah RM2000 selepas harga disemak. Harga disemak 20 September 2026 dan mungkin berubah mengikut promosi semasa.
Soalan Lazim
Adakah Ada Laptop Gaming Sebenar Bawah RM2000 Di Malaysia?
Tidak untuk unit baharu dengan kad grafik berasingan (dedicated GPU). Yang paling hampir ialah laptop dengan APU AMD Ryzen seperti Acer Aspire 3 A315-24P, yang mampu main game ringan seperti Mobile Legends, Valorant atau Dota 2 pada tetapan rendah-sederhana. Untuk GPU dedicated sebenar (GTX/RTX) bawah RM2000, anda perlu pertimbangkan unit terpakai atau refurbished.
Apakah Laptop Terbaik Keseluruhan Bawah RM2000?
Acer Aspire 3 A315-24P (Ryzen 5 7520U, 8GB, 512GB SSD) pada RM1,999 memberikan gabungan spesifikasi terbaik untuk harga ini, cukup untuk kerja, belajar dan gaming ringan.
Apakah Laptop Paling Murah Untuk Kegunaan Asas Di Malaysia?
Lenovo ThinkPad X13 refurbished pada RM950 adalah pilihan paling murah dalam senarai ini, sesuai untuk kerja pejabat asas dan pelajar dengan bajet terhad.




