Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Handphone Gaming Terbaik 2025 (pubg, mobile legends, dll.)

Kaki gamers kena tahu cara betul pilih phone sesuai untuk main game.

Inovasi teknologi sekarang membolehkan kita main game hanya menggunakan smartphone tidak kira di mana kita berada.

Bagaimanapun, anda haruslah tahu telefon pintar yang mana sesuai untuk bermain game kerana tidak semua boleh dijadikan gaming phone.

Tapi bagaimana nak tahu handphone gaming yang mana satu sesuai digunakan untuk main game atas talian?

Jom lihat senarai phone gaming terbaik sediakan khas untuk kaki gamers.

Jangan risau, untuk anda yang dalam bajet kami kongsi harga fon gaming murah, hp gaming bawah RM1000 atau ada juga telefon gaming bawah RM1500.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi bagi edisi Bahasa Melayu di ProductNation, beliau memulakan kerjaya penulisan profesional pada tahun 2020 dan pernah ...

Senarai 15 Smartphone Gaming Terbaik

Handphone bagus untuk gaming
realme 14 5G
realme
realme 14 5G
From
RM1,294.00
Check realme 14 5G price below:
add_circle Cipset Snapdragon 6 Gen 4 untuk prestasi stabil
add_circle Skrin AMOLED 120Hz sesuai untuk gaming
add_circle Bateri besar 6000mAh
add_circle GT Mode yang optimasi prestasi untuk game
remove_circle Kualiti zum sangat terhad
remove_circle Harga agak tinggi berbanding pesaing terdekat
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 12GB + hingga 14GB RAM tambahan
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.673 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (belakang) 16MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Cipset Snapdragon 6 Gen 4 (4nm) bukan sekadar cukup – ia direka untuk memberi prestasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih efisien.

Selain itu, dengan GT Mode, segala sumber sistem akan difokuskan sepenuhnya untuk gaming tanpa gangguan.

Realme 14 5G direka bukan untuk peminat fotografi, tetapi untuk mereka yang lebih gemar bermain game di telefon.

Ciri-ciri:

Dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4 dan mod khas GT Mode, telefon ini mampu menjalankan game popular dengan lancar dan stabil.

Skrin AMOLED 120Hz pula menambah kelancaran semasa bermain dan menonton video.

Bateri pula, 6000mAh memastikan pengalaman gaming lebih lama tanpa perlu kerap dicas.

Bagaimanapun, kamera pada telefon ini biasa-biasa je – cukup untuk kegunaan ambil gambar secara santai, tetapi bukan untuk pengguna yang gemar fotografi.

Jika mahu telefon dengan kamera lebih mantap, Realme 14 Pro+ 5G adalah pilihan yang lebih sesuai.

Tapi kalau mahu fokus mobile gaming, Realme 14 sudah memadai.

Review:

"Kualiti setanding flagship dengan harga mampu milik. Main Mobile Legends pun lancar – capai 120fps dengan masa loading cuma 6 saat je! Memang padu, rasa macam pro player Soloz!"

Handphone gaming grafik terbaik
Asus ROG 5
Asus
ASUS ROG 5
From
RM2,399.00
Check Asus ROG 5 price below:
add_circle Prestasi luar biasa
add_circle Skrin dan speaker terbaik
remove_circle Besar dan berat
  • Cipset: Snapdragon 888
  • OS: Android 11
  • RAM: 8GB, 12GB, 16GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Paparan: 6.78-inch
  • Resolusi: 1080 x 2448
  • Bateri: 6,000mAh
  • Kamera:  64MP + 13MP + 5MP (belakang) & 24MP (depan)

Asus ROG Phone 5 mempunyai bateri 6,000mAh dengan pengecasan 65W, jadi anda boleh bermain game lebih lama. 

Sebagai gamers, anda akan rasa sangat puas dapat bermain tanpa risau bateri cepat habis.

Malah dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan RAM sehingga 16GB sudah menjadikan sebuah telefon gaming berprestasi tinggi. 

Ditambah pula dengan paparan skrin dengan refresh rate sebanyak 144hz dan kadar sentuhan sebanyak 300Hz sekaligus menjadikan lebih tinggi daripada phone gaming lain. 

Skrin phone gaming terbaik ini besar dan disokong oleh dua pembesar suara menghadap ke depan yang akan berikan anda audio yang lebih jelas apabila main game.

Handphone gaming murah
Xiaomi Redmi 9T
Xiaomi
Xiaomi Redmi 9T
From
RM699.00
Check Xiaomi Redmi 9T price below:
add_circle Murah
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Lagging untuk kegunaan harian
  • Cipset: Snapdragon 662
  • OS: Android 10, MIUI 12
  • RAM: 4GB/6GB
  • Storage: 64GB/128GB
  • Paparan: 6.53-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340
  • Bateri:6000 mAh
  • Kamera: 48MP (belakang) 8MP (depan)

Redmi 9T merupakan antara telefon gaming murah dengan harga bawah RM600 yang sangat sesuai untuk anda main game seperti PUBG atau Mobile Legends. 

Walaupun harganya murah, Model 9T ini juga dilengkapi dengan chipset Snapdragon 662 bersama kapasiti RAM 6GB dan mempunyai storan 128GB. 

Telefon gaming ini juga mempunyai kapasiti bateri yang besar, iaitu sebanyak 6000 mAh dan anda boleh main game dalam masa yang lama tanpa risau bateri cepat habis. 

Ini merupakan phone gaming terbaik yang murah jika anda hanya mahu gunakannya hanya untuk main game.

Tapi kalau masukkan aplikasi lain yang berat, kemungkinan besar boleh membuatkan telefon ini mudah lagging.

Handphone gaming terbaik bawah RM1500
Xiaomi Black Shark 4 Pro
Xiaomi
Xiaomi Black Shark 4 Pro
From
RM3,199.00
Check Xiaomi Black Shark 4 Pro price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Refresh rate tinggi 144Hz OLED display
remove_circle Tiada pengecasan tanpa wayar
remove_circle Agak mahal
  • Cipset:Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G
  • OS: Android 11
  • RAM: 8GB/16GB
  • Storage: 256GB/512GB
  • Paparan: 6.67 inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 
  • Bateri: Li-Po 4500 mAh

Black Shark 4 Pro mempunyai kuasa bateri 4500 mAh yang mampu panjangkan tempoh penggunaan terutama ketika bermain game.

Ditambah pula, smartphone ini  mampu melakukan pengecasan pantas dimana mengambil masa kira-kira 15 minit saja untuk pengecasan separuh penuh.

Untuk yang ingin melabur lebih membeli phone gaming terbaik, Black Shark 4 Pro boleh dikatakan antara yang handphone gaming yang murah jika dibandingkan dengan handphone lain.

Selain itu, Black Shark 4 Pro turut dilengkapi dengan chipset yang pantas dan paparan skrin OLED berukuran 6.67 inci.

SAekaligus menjadikan anda puas bermain game genshin menggunakan phone gaming terbaik ini.

Handphone terbaik untuk mobile legend
Oppo Find X3 Pro
Oppo
Oppo Find X3 Pro
From
RM4,289.00
Check Oppo Find X3 Pro price below:
add_circle Prestasi gaming pantas
add_circle Kamera terbaik
add_circle Paparan skrin berkualiti
remove_circle Reka bentuk lama
remove_circle Tiada kamera periskop
  • Cipset: Snapdragon 888 
  • OS: Android 11 
  • RAM: 8/12GBGB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch
  • Resolusi: 1440 x 3216
  • Bateri: 4500mAh
  • Kamera: 50MP + 15MP + 50MP + 3MP (Belakang), 32MP (Depan)

Smartphone Oppo Find X3 Pro ini menggunakan processor Snapdragon 888 yang sesuai untuk kaki gamers dan yang suka spesifikasi game berat. 

Bahagian paparan skrinnya berkualiti kerana menggunakan AMOLED bersama QHD+ yang akan bagi kepuasan semasa bermain game.

Bateri smartphone gaming ini juga boleh menampung tempoh main game yang lama, dan turut dilengkapi pembesar suara Dolby-tuned yang menambahkan lagi keseronokan buat kaki gamers.

Tambahan lagi, smartphone gaming ini turut dilengkapi mod Ruangan Permainan Oppo yang dapat menyembunyikan notifikasi lain dan mengoptimumkan pemprosesan semasa main game.

Kesimpulannya, Oppo Find X3 Pro merupakan antara phone gaming terbaik, jadi anda harus milikinya.

Handphone gaming bateri tahan lama
Nubia Red Magic 7
From
RM2,559.00
Check Nubia Red Magic 7 price below:
add_circle Terbaik untuk gaming
add_circle Kadar penyegaran setinggi 165Hz
add_circle Kualiti kamera ditambah baik
remove_circle Sedikit berat
  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 1
  • OS: Android 12, Redmagic 5.0
  • RAM: 8GB, 12GB, 16GB, 18GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.8-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 4500 mAh
  • Kamera: 64 MP (lebar) 8 MP (ultra-lebar) 2 MP (makro) 8 MP (swafoto)
Red Magic 7 merupakan salah satu smartphone gaming pertama yang menampilkan chipset Snapdragon 8 Gen 1 terbaru dari Qualcomm. 
 
Dengan dikuasakan chipset tersebut, maka pengalaman bermain game tentu lebih lancar tanpa masalah lagging. 
 
Bukan itu sahaja, Red Magic 7 turut dilengkapkan dengan paparan skrin dengan kadar penyegaran 165Hz. 
 
Pengalaman bermain game pada telefon ini tentu tidak sama dengan smartphone lain malah ketahanan bateri 4500 mAH ini akan berikan anda penggunaan lebih lama. 
 
Kualiti kamera pada smartphone dari Nubia ini juga dikatakan lebih baik dari model terdahulu. 
 
Reka bentuk telefon pintar ini juga dilihat agak besar dan tebal, jadi anda akan rasa lebih puas untuk bermain game online.
 
Bagi anda yang mahu pengalaman baharu bermain mobile gaming, boleh cuba dapatkan Red Magic 7.
Handphone gaming dan kamera terbaik
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G
Samsung
samsung s23 ultra
From
RM6,199.00
Check Samsung Galaxy S23 Ultra 5G price below:
add_circle RAM besar untuk gaming yang lancar
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Cipset berkualiti tinggi
add_circle Kamera terbaik
remove_circle Pengecasan terhad kepada 45W
  • Cipset: Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1
  • RAM: 8GB, 12GB RAM
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.8 inci
  • Resolusi: 1440 x 3088 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200MP (lebar) 10MP (telefoto periskop) 10MP (telefoto) 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)

Smartphone terkini dari Samsung keluaran tahun 2023 ini mempunyai spesifikasi yang hebat dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai handphone gaming. 

Samsung Galaxy S23 Ultra menggunakan chipset Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 bagi memastikan prestasi yang lancar semasa main game.

Selain itu, dapat menjalankan aplikasi yang berat dan dilengkapi dengan Android 13 dan One UI 5.1 dari kilang.

Pengguna boleh memilih antara 8GB atau 12GB RAM dan pilihan storan dalaman 256GB, 512GB, atau 1TB jadi memang cukup sesuai digunakan sebagai telefon gaming.

Skrin 6.8 inci pada telefon ini pula menampilkan resolusi tinggi 1440 x 3088 piksel, yang memberikan paparan yang tajam dan jelas kepada gamers.

Handphone terbaik untuk game mobile legend
OnePlus 11
OnePlus 11
From
RM2,925.00
Check OnePlus 11 price below:
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
add_circle Kuasa pemprosesan yang pantas
add_circle Kamera terbaik
remove_circle Tidak ada pengecasan nirwayar
remove_circle Tidak kalis air sepenuhnya
  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, OxygenOS 13
  • RAM: 8GB, 12GB, 16GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.7-inch, LTPO3 Fluid AMOLED
  • Resolusi: 1440 x 3216 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 32 MP (telefoto) 48 MP (ultra-lebar) 16 MP (swafoto)

OnePlus 11 merupakan salah satu telefon pintar terbaik untuk gaming bagi tahun 2023 dengan harga yang tidak terlalu mahal dan spesifikasi premium.

Turut mempunyai kuasa pemprosesan yang pantas, paparan skrin yang sangat baik, dan kamera berkualiti tinggi termasuk lensa 50Mp. 

Ini merupakan ciri-ciri yang lengkap untuk menjadikan telefon pintar ini sebagai gaming phone.

Walaupun skrin besarnya, telefon pintar ini masih nipis dan tidak kelihatan tebal. 

Selain itu, OnePlys 11 juga mempunyai reka bentuk yang elegan pada bahagian belakang yang diperbuat daripada bahan kaca. 

Dengan empat tahun kemaskini Android dan lima tahun kemaskini keselamatan, telefon pintar ini berbaloi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Handphone gaming bateri besar
Asus ROG Phone 7 Ultimate
Asus
Asus ROG phone 7
From
RM3,599.00
Check Asus ROG Phone 7 Ultimate price below:
add_circle Bateri tahan 13.5 jam main game
add_circle Paparan berkualiti & warna cerah
add_circle Mampu tampung game berat
remove_circle Hanya dapat kemaskini Android OS untuk 2 tahun
  • Cipset: Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13
  • RAM: 16GB
  • Storan dalaman: 512GB
  • Paparan: 6.78 inci, AMOLED, 1B colors, 165Hz
  • Resolusi: 1080 x 2448 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 13MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 32MP (swafoto)

Sebuah lagi model terbaru dari Asus yang dikhaskan sebagai handphone gaming.

Dengan ketahanan bateri yang direkodkan boleh bertahan sehingga 13.5 jam waktu main game, telefon ini sememangnya sebuah phone yang sesuai untuk gaming.

Dengan kadar segar 165Hz, paparan anda akan kelihatan sangat smooth dan tidak ada lagging semasa main game.

Phone gaming terbaik ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 yang turut membantu melancarkan lagi prestasi telefon dan pretasinya setanding dengan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Untuk kualiti paparan skrin pula, telefon untuk gamers ini menawarkan kualiti yang luar biasa dengan warna yang cerah dan vibrant tentu akan menambahkan kepuasan semasa main game.

Handphone gaming terbaik secara keseluruhan
Xiaomi Redmi K50 Gaming Edition 5G
Xiaomi
Xiaomi Redmi K50 Gaming Edition 5G
From
RM1,360.00
Check Xiaomi Redmi K50 Gaming Edition 5G price below:
add_circle Kadar penyegaran 120Hz yang tinggi
add_circle Tidak cepat panas
add_circle Cipset terbaik sesuai untuk gaming
remove_circle Stok terhad
  • Cipset: Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1
  • OS: Android 12, MIUI 13
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Paparan: 6.67 inci
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 4700 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 20MP (swafoto)

Xiaomi Redmi K50 Gaming Edition 5G dikuasakan dengan chipset Snapdragon 8 Gen 1 yang sesuai untuk gaming, memberikan prestasi yang pantas dan antara muka permainan yang lancar.

Menggunakan sistem operasi Android 12 dengan MIUI 13 (boleh dikemaskini), Redmi K50 Gaming Edition menampilkan reka bentuk yang elegan dengan dimensi 162.5 x 76.7 x 8.5 mm dan berat 210g.

Ia menggabungkan teknologi LPDDR5 dan UFS 3.1 untuk multitask yang pantas dan penyimpanan yang efisien.

Peranti ini menampilkan paparan OLED 6.67 inci yang menakjubkan dengan 1 bilion warna, memberikan pengalaman visual yang memukau pada kadar penyegaran 120Hz dan HDR10+.

Selain itu, turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus dan dilengkapi dengan sensor cap jari pada bahagian sisi untuk akses yang selamat.

Dihasilkan untuk pengalaman gaming yang optimum, Redmi K50 turut dilengkapi sistem penyejukan cecair dual VC untuk kawalan haba yang berkesan.

Untuk kamera pula, hadir dengan kamera utama 64MP dan kamera swafoto 20MP, mampu mengambil gambar dengan kualiti yang baik menggunakan sensor belakang Sony IMX686 dan sensor hadpaan Sony IMX596.

Handphone gaming untuk fps
Lenovo Legion Phone Duel 2
Lenovo
Lenovo Legion Phone Duel 2
From
RM3,899.00
Check Lenovo Legion Phone Duel 2 price below:
add_circle Menyokong sambungan 5G
add_circle RGB light panel pada bahagian belakang
add_circle Pengecasan pantas 90W
remove_circle Sedikit berat
remove_circle Tiada pengecasan nirwayar
  • Cipset: Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G
  • OS: Android 11, ZUI 12.5
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.92 inci
  • Resolusi: 1080 x 2460 piksel
  • Bateri: 5500 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 16MP (ultra-lebar) 44MP (swafoto)

Lenovo Legion Phone Duel 2 merupakan sebuah gaming phone yang direka untuk prestasi gaming terbaik dan inovasi yang tiada tandingan.

Beroperasi dengan Android 11 bersama ZUI 12.5, peranti ini mengubah pengalaman permainan dengan ciri-ciri terkini yang dipamerkan.

Legion Phone Duel 2 memaparkan paparan skrin AMOLED sebesar 6.92 inci, dengan kadar penyegaran yang mengagumkan pada kadar 144Hz dan skrin beresolusi 1080 x 2460 piksel.

Tambahan lagi, telefon ini dikuasakan dengan cip Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm) dan pemproses Octa-core untuk pengalaman permainan dan multitask yang lancar.

Telefon ini juga mampu melakukan pengecasan pantas sehingga 90W dengan port berganda, membolehkan 50% bateri dicas dalam masa 12 minit dan cas penuh dalam masa 30 minit.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari di pada bahagian skrin untuk keselamatan tambahan.

Paling menarik, ia turut dilengkapi dengan panel cahaya RGB di bahagian belakang menjadikan ia sebuah telefon gaming yang unik untuk gamers.

Handphone Gaming Terbaik bawah RM1000
Nubia Neo 5G
Nubia
Nubia Neo 5G
From
RM777.00
Check Nubia Neo 5G price below:
add_circle Dilengkapi NFC
add_circle Teknologi bluetooth terkini
add_circle Ada pengecasan pantas
remove_circle Kelajuan sambungan WLAN yang sederhana
  • Cipset: Unisoc T820 (6 nm)
  • OS: Android 13
  • RAM: 8GB
  • Storan dalaman: 256GB
  • Paparan: 6.6 inci
  • Resolusi: 1080 x 2408 piksel
  • Bateri: 4500 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Telefon gaming Nubia Neo 5G mampu meningkatkan pengalaman permainan anda ke tahap yang baru dengan paparan IPS LCD 6.6-inci yang menampilkan kadar penyegaran 120Hz.

Telefon ini akan memastikan visual yang lancar dan responsif, menjadikan setiap sesi permainan anda lebih memuaskan.

Dikuasakan oleh cip Unisoc T820, Nubia Neo 5G menggabungkan kuasa dan kecekapan, memberikan prestasi yang lancar.

Ditawarkan pada harga yang murah bawah RM1,000 dan turut dilengkapi RAM 8GB, cukup untuk bermain mobile gaming tanpa gangguan.

Selain RAM yang memadai, ia turut menyediakan storan dalaman sebanyak 256GB yang mencukupi untuk menyimpan permainan dan media anda.

Bateri 4500mAh dengan sokongan cas pantas 22.5W pula memastikan anda kekal dalam permainan tanpa gangguan.

Handphone gaming tahan lasak
POCO F5 Pro 5G
Xiaomi
POCO F5 Pro 5G
From
RM1,978.00
Check POCO F5 Pro 5G price below:
add_circle Dilengkapi ciri Dolby Vision
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada slot micro SD
  • Cipset: Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm)
  • OS: Android 13, MIUI 14 - POCO
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.67 inci
  • Resolusi: 1440 x 3200 piksel
  • Bateri: 5160 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)

Xiaomi POCO F5 Pro dilengkapi dengan paparan AMOLED WQHD+ 6.67-inci yang besar dengan kadar penyegaran 120Hz, menawarkan visual yang memukau dan lancar, serta meningkatkan pengalaman tontonan dan permainan anda.

Dikuasakan dengan prosesor Snapdragon 8+ Gen 1, telefon ini memastikan multitask yang lancar dan prestasi yang pantas.

Ia ditawarkan dalam beberapa konfigurasi: 8GB RAM dengan 256GB ROM, 12GB RAM dengan 256GB ROM, dan 12GB RAM dengan ROM sebesar 512GB.

Menggunakan antara muka MIUI 14 berasaskan Android 13, POCO F5 Pro memberikan antara muka yang mesra pengguna dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan.

Untuk kamera pula ia dilengkapi dengan lensa utama 64MP, lensa ultrawide 8MP, dan sensor makro 2MP, manakala kamera hadapan 16MP untuk gambar swafoto yang menakjubkan.

Dengan bateri 5160 mAh yang kuat, disokong pula pengecasan pantas 67W Turbo, anda boleh terus bermain game pada telefon ini untuk tempoh yang lama tanpa risau bateri habis.

Handphone gaming untuk kanak-kanak
Vivo iQOO Z7x 5G
Vivo
Vivo iQOO Z7x 5G
From
RM928.00
Check Vivo iQOO Z7x 5G price below:
add_circle Bateri besar 6000 mAh
add_circle Pengecasan pantas 80W
add_circle dilengkapi slot micro SD
remove_circle Tiada perlindungan gorilla glass
remove_circle Tidak menyokong rakaman video 4K
  • Cipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
  • OS: Android 13, Origin OS 3
  • RAM: 6GB, 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Paparan: 6.64 inci
  • Resolusi: 1080 x 2388 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Telefon Vivo iQOO Z7x ditawarkan pada harga mampu milik dan juga mempunyai spesifikasi yang terkini, sesuai untuk kanak-kanak bermain game tanpa terlalu beban untuk membelinya.

Dilengkapi dengan 80W FlashCharge dan bateri besar 6000mAh, iQOO Z7x memastikan kuasa yang pantas dan bateri tahan lama, memastikan sesi gaming tidak terganggu.

Dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 695 5G, ia memberikan prestasi yang pantas dan multitask yang efisien.

Pada kamera belakang dilengkapi dengan 50MP Ultra Clarity dan disokong lensa 2MP, membolehkan anda mengambil gambar dengan kualiti terbaik.

Paparan skrin berukuran 6.64-inci, dengan resolusi 2388×1080 dan 120Hz FHD+DotDisplay akan memastikan visual yang penuh warna yang akan meningkatkan pengalaman gaming anda.

Handphone murah gaming terbaik
Nubia Neo 3 5G
Nubia
Nubia Neo 3 5G
From
RM999.00
Check Nubia Neo 3 5G price below:
add_circle Paparan AMOLED 120Hz
add_circle Butang gaming khas
add_circle Cipset 6nm dengan prestasi baik
add_circle Bateri besar
remove_circle Kualiti kamera biasa sahaja
  • Cipset: Unisoc T8300 (6nm)
  • OS: Android 15
  • RAM: 8GB + 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
  • Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)

Nubia Neo 3 tampil dengan reka bentuk futuristik yang lengkap dengan RGB lighting di belakang dan butang trigger khas untuk gaming.

Dipacu oleh cipset Unisoc T8300 (6nm), ia menyokong sehingga 5G dan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar.

Sesuai untuk kaki game yang nak prestasi tinggi tanpa bajet besar!

Paparan 6.8 inci dengan kadar kecerahan tinggi, bateri besar hingga 6000mAh, dan mod Bypass Charging menjadikannya pilihan menarik dalam kelas harga bawah RM1000.

Inilah telefon yang sesuai untuk gaming berat atau untuk penggunaan harian yang tahan lama.


Apakah Tips Beli Gaming Smartphone Terbaik?

Bagi kaki gaming, anda kena tahu cara betul pilih smartphone yang sesuai untuk main game

Memang semua handphone boleh bermain game tapi yang mana satu paling berbaloi untuk digunakan bermain game

Semuanya bergantung kepada spesifikasi handphone gaming tersebut.

Pertama sekali perlu lihat bahagian CPU smartphone kerana bahagian ini merupakan hub utama untuk sebuah handphone beroperasi dengan baik untuk bermain game. 

Kalau beli smartphone CPU rendah kualiti, nanti akan lagging ketika main game.

Jadi, CPU yang terbaik seperti Kirin 980 memang laju dan memberikan prestasi sangat baik.

Selain CPU, GPU juga penting kerana fumgsi GPU seakan-akan pembantu CPU dengan pengedalian visual. 

Jika inginkan grafik game yang terbaik, pilih GPU Turbo 2.0 dimana boleh memberi kelancaran yang cepat dan lancar. 

Kemudian, lihat juga bahagian cooling system pada smartphone bagi mengelakkan telefon pintar mudah panas semasa bermain game. 

Kami sarankan pilih smartphone Huawei kerana mereka menggunankan cooling system  yang hebat iaitu Supercool.

Akhir sekali, lihat pada kebesaran bateri.

Kalau nak main game lama-lama, kenalah cari handphone gaming yang memiliki ketahanan bateri yang lama. 


Bagaimana Mencari Spesifikasi Handphone Gaming Terbaik?

Jika inginkan handphone gaming yang betul-betul memiliki spesifikasi terbaik tentu harganya juga melebihi RM3,000 ke atas.

Jadi, sebab itu kena pandai menilai spesifikasi smartphone gaming yang sesuai dengan keperluan kita. 

Jika jenis main game yang tidak terlalu berat, mungkin boleh cari spesifikasi yang rendah sikit. 

Tapi jika anda seorang kaki gamers tegar yang jadikan smartphone untuk bermain game, anda boleh lihat handphone gaming yang dilengkapi chipset Snapdragon 835 dan keatas, Exynos 8895 dan keatas atau Mediatek Helio G90 dan ke atas.

Selain itu, kipas penyejuk seperti liquid cooling atau supercool juga patut diberi perhatian semasa melihat spesifikasi handphone gaming. 

RAM dan saiz storan yang tinggi juga memainkan peranan penting dalam kelancaran bermain game. 

Saranan kami, cari yang 4GB RAM ke atas dan storan lebih dari 128GB. 

Akhir sekali, untuk kepuasan dari segi paparan, pilih smartphone yang memiliki paparan skrin dengan refresh rate yang tinggi setinggi 144hz.


Apakah Aksesori Terbaik Untuk Meningkatkan Pengalaman Bermain Game Pada Smartphone?

Kalau dah dapat main game dekat smartphone mesti anda mahukan aksesori tambahan untuk tingkatkan lagi prestasi serta beri keselesaan pengalaman gaming anda.

Jadi kami bantu anda senaraikan beberapa aksesori terbaik untuk meningkatkan pengalaman bermain permainan video pada telefon pintar.

  • Pengawal Permainan

Pengawal atau controller bluetooth tanpa wayar yang direka khas untuk permainan telefon pintar menyediakan butang-butang serta anak kunci analog bagi kawalan yang lebih baik.

Pilihan seperti pengawal Xbox, PlayStation atau pengawal permainan telefon pintar yang khas menawarkan pengalaman bermain yang selesa.

  • Headset Permainan

Headset permainan berkualiti tinggi dengan mikrofon yang terbina dalam memberikan audio yang terbaik membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan menikmati bunyi dalam permainan dengan jelas.

Cari headset dengan kualiti bunyi yang baik dan sesuai dengan keselesaan.

  • Gaming Grip Cases

Gaming Grip Cases atau Kes sentuhan dengan reka bentuk ergonomik meningkatkan keselesaan semasa sesi bermain yang panjang.

Ini menawarkan pegangan yang lebih baik dan mengurangkan keletihan tangan semasa bermain.

  • Papan Kekunci Permainan

Papan kekunci permainan external boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui USB atau Bluetooth.

Ini berguna terutamanya untuk permainan yang memerlukan kawalan yang lebih tepat atau jika anda bermain permainan strategi atau simulasi.

  • Gaming Mouse

Untuk sesetengah permainan seperti permainan strategi atau MOBA, menyambungkan gaming mouse ke telefon pintar dapat memberikan ketepatan dan kawalan yang lebih baik berbanding kawalan skrin sentuh.

  • Powerbank Mudah Alih

Sesi permainan yang panjang akan memerlukan penggunaan bateri yang banyak, jadi powerbank mudah alih yang boleh dipercayai akan memastikan telefon anda sentiasa dicaj, membolehkan anda bermain untuk tempoh yang lebih lama tanpa gangguan.

  • Kipas Penyejuk/Pad Penyejuk

Kipas atau pad penyejuk yang direka khas untuk telefon pintar membantu menyejukkan telefon yang panas semasa sesi permainan yang sengit, mengelakkan pemanasan berlebihan dan mengekalkan prestasi optimum.

  • Pelindung Skrin dan Kit Pembersihan

Pelindung skrin berkualiti tinggi melindungi skrin telefon dari calar, manakala kit pembersihan menjadikan skrin bebas dari kesan cap jari untuk paparan yang lebih baik semasa bermain.


Artikel berkaitan

End of Article