Zaman teknologi semakin maju, laptop sudah menjadi satu keperluan setiap rumah untuk memilikinya. Penggunaan laptop amat menyenangkan tidak kira yang sedang bekerja ataupun masih belajar. Bagi pelajar terutamanya, jika anda memiliki laptop, tidak perlu lagi ke kafe siber atau perpustakaan untuk menggunakan internet bagi melangsaikan tugasan kuliah.

Pelbagai ciri-ciri menarik telah pun dibangunkan di dalam laptop untuk membantu anda melangkah lebih jauh dengan teknologi semasa. Malah kebanyakan laptop sangat ringan dan harganya pula mampu untuk dimiliki.

Berikut merupakan beberapa seleksi laptop terbaik bersesuaian dengan keperluan anda samada untuk bekerja mahupun belajar;

1. ASUS A456U-RFA133T (Gold) Notebook

Laptop terbaik untuk kegunaan web programming

Harga mulai RM2,455.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,455.00

CPU: Intel® Core™ i5-7200U | Grafik: NVIDIA® GeForce® 930MX | Memori: 4GB DDR4-2133 SDRAM | Storage: 1TB (5400RPM) | Skrin: 14” Full HD | Berat: 2.1kg

Siri ASUS A adalah komputer riba yang sempurna untuk melakukan kerja dan bermain game. Dikuasakan oleh pilihan pemproses Intel atau AMD, X Series adalah sebuah notebook yang bergaya direka terbaik untuk mereka yang sukakan laptop canggih dengan teknologi terkini. 

Siri A dipertingkatkan dengan SonicMaster yang berkualiti tinggi; dan menjadikan ia sentiasa bersedia pada waktu ditentukan.

16 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. MSI 15.6” FHD GF63 8RC-035MY

Laptop untuk gaming dengan paparan grafik yang bagus

Harga mulai RM4,399.00

shopping_cart Senheng Malaysia RM4,399.00

CPU: Intel® Corei7-8750H Processor |  Grafik: Nvidia GeForce® GTX 1050  |  Memori: 4GB GDDR5  |  Storage: 1TB (SATA) |  Skrin: 15.6” Full HD |  Berat: 1.86kg

Dengan 8th Gen Intel® Core™ i7 processor, ia memberikan lebih kuasa untuk mengendalikan paparan grafik dan perjalanan gaming anda dengan lebih lancar. Dilengkapi dengan skrinnya 15.6” Full HD IPS level display, reka bentuk bezel yang nipis dan ringan juga menjadikan laptop ini pilihan ideal untuk anda, si kaki gamers! 

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. DELL XPS 13 (9370) Ultrabook

Terbaik untuk Adobe Photoshop dan penggunaan rekaan grafik

Harga mulai RM5,199.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM5,199.00

CPU: 8th Generation Intel® Core™ i7-8550U Processor  |  Grafik: Intel® UHD Graphics |  Memori: 8GB LPDDR3 |  Storage: 256GB PCIe Solid State Drive  |  Skrin: 13.3” FHD  | Berat: 1.21kg

Dengan 8th Generation Intel® Core™ i7-8550U Processor (8M Cache, up to 4.00GHz), laptop ini cukup bagus untuk digunakan dalam proses mengedit gambar atau photoshop dengan lebih pantas. Boleh juga digunakan untuk penggunaan grafik bagi anda yang memerlukan laptop 2-dalam-1 bagi memudahkan kerja. 

Jika anda banyak menghadap laptop untuk melangsaikan kerja, laptop ini tidak akan menyakitkan mata akibat terlalu lama merenung ke skrin. Sentuhan touchpadnya juga super sensitif, membantu kerja anda dengan lebih efektif. 

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. LENOVO Ideapad 330-14IKBR

Laptop nipis dan ringan dibawah RM 2,500 – sesuai untuk live stream video

Harga mulai RM2,349.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,349.00

CPU: Intel® Core™ i5-8250U Processor  |  Grafik: AMD M530 2GB  |  Memori: 4GB DDR4  |  Storage: 1TB HDD |  Skrin: 14” Full HD |  Berat: 2.1kg

Bagi anda yang gemarkan live-streaming video, web cam adalah perkara penting yang perlu diambil kira dalam laptop. Dilengkapi dengan 0.3MP kamera dan mikrofon, laptop ini adalah yang terbaik. Harganya mampu milik dibawah RM 2,500, menjadikan ianya pilihan laptop ideal untuk anda.

9 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. HP Pavilion X360 14-Ba064TX 14” FHD Touch Laptop

Laptop hybrid terbaik dibawah RM 3,000 – dengan zero installment (ansuran)

Harga mulai RM2,691.75

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,691.75

CPU: Intel® Core™ i5-7200U  |  Grafik: NVIDIA® GeForce® 940MX  |  Memori: 4 GB DDR4-2133 SDRAM  |  Storage: 1TB 5400rpm  |  Skrin: 14” Full HD |  Berat: 1.59kg

Kuasa dan kelajuannya menjadikan semua yang anda lakukan sepantas kilat dan responsif, tugasan boleh dilakukan multitasking dengan mudah. Laptop jenis ini mudah untuk ditukarkan ke bentuk tablet, semudah pen dan kertas. Dilengkapi 1TB 5400rpm hybrid hard drive dan tiada ansuran mudah, anda boleh memiliki laptop ini dengan harga mampu milik dibawah RM 3,000. 

Ideal buat anda yang gemarkan laptop mudah untuk digunapakai, terbaik dari HP! 

16 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. HP 15-BS642TX Intel Core i5-7200u

Pilihan terbaik untuk designer bagi kegunaan video editing

Harga mulai RM2,449.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,449.00

CPU: Intel® Core™ i5-7200U  |  Grafik: AMD Radeon R7-520  |  Memori: 4 GB DDR4-2133 SDRAM  |  Storage: 1TB 5400rpm  |  Skrin: 15.6” Full HD |  Berat: 2.38kg

Dengan sistem pemprosesan Intel terkini, anda dijamin dengan prestasi yang boleh dipercayai yang diperlukan untuk bekerja sambil berlibur. Baterinya jenis 4-Cell yang tahan lama sehingga 8 jam tanpa perlu mengecas selalu. Bagi anda memerlukan laptop yang bersesuaian untuk melakukan kerja-kerja mengedit video atau designer, produk ini adalah pilihan paling ideal. 

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. ACER Aspire ES1-431-C1 HP

Laptop dibawah RM 1,500 – terbaik untuk pelajar

Harga mulai RM1,470.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,470.00

CPU: Intel® Celeron™ N3160 Processor  |  Grafik: Intel Graphic  |  Memori: 4GB DDR3L RAM  |  Storage: 500GB SATA   |  Skrin: 14” HD LED |  Berat: 2.1kg

Produk dari jenama Acer ini sangat terkenal di kalangan penggemar komputer riba kerana sistem pemprosesannya yang pantas dan mudah untuk melangsaikan tugasan tertunggak. Dilengkapi dengan Intel® Celeron™ N3160 Processor dan Max Turbo Frequency 2.24 GHz, menjadikan laptop ini pilihan sesuai untuk pelajar kerana harganya yang mampu milik. 

RAM laptop ini juga boleh dipertingkatkan dari 4GB sehingga ke 8GB serta dilengkapi dengan 500GB Hard Disk bagi memudahkan anda untuk menyimpan dokumen kerja di dalamnya. Bateri laptop ini mampu bertahan sehingga 6 jam sebelum mengecasnya semula.

13 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. ASUS E203N – AFD155T – Intel Celeron

Laptop dibawah RM 1,000 – sesuai untuk para guru menyelesaikan kerja

Harga mulai RM1,180.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,180.00

CPU: Intel® Dual-Core Celeron® N3350 Processor |  Grafik: Integrated Intel HD Graphics  |  Memori: 2GB LPDDR3  |  Storage: 32G EMMC + 32G SD CARD  |  Skrin: 11.6” HD  |  Berat: 1.2kg

Saiznya tidak terlalu besar, Asus E203N ini sesuai untuk para guru yang ingin menyiapkan silibus buat pelajar-pelajar sekolah. Laptop jenis ini menjimatkan ruang dan anda boleh letakkan sahaja di dalam beg sandang semasa ke tempat kerja. 

Dilengkapi dengan skrin 11.6”, anda juga boleh gunakan laptop ini sebagai panduan mengajar di dalam kelas. Baterinya boleh bertahan sehingga 6 hingga 8 jam dalam satu hari. Tidak perlu lagi bawa adapter kemana sahaja untuk mengecas bateri. 

20 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Keliru Semasa Memilih? Ini 10 Langkah Untuk Anda

Masa untuk membeli laptop bukanlah menjadi satu masalah lagi. Tetapi apa yang membuatkan anda berfikir 2-3 kali sebelum membelinya? Sudah tentu hendak memilih laptop yang terbaik memakan masa. Tambahan pula jika anda bukanlah seorang yang ‘tech savvy’.

Dibawah ini penulis senaraikan 10 aspek penting semasa membuat pilihan untuk membeli laptop baru;

1. Pilih sistem operasi yang BIASA anda gunakan seperti Windows, Chrome OS atau MacBook OS X (bagi penggemar gajet Apple)

2. Jenis tradisional atau 2-dalam-1?

Tradisional = laptop biasa/normal

2-dalam-1 = skrin laptop jenis convertible/detachable (boleh dijadikan sebagai tablet juga)

3. Skrin laptop terkini didatangi dengan pelbagai jenis. Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian adalah saiz skrin, resolusi, jenis paparan (display), skrin sentuh (touch screen).

4. Papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop : pilihlah keyboard yang ada ciri-ciri ergonomik, lebih memudahkan anda untuk melakukan kerja dengan selamat, selesa dan berkesan

5. Spesifikasi laptop yang dipilih, haruslah bersesuaian dengan tugasan anda seperti sistem pemprosesan (Intel), pemprosesan AMD, RAM, HDD/SSD (Hard Disk Drive/Solid-States Drive), cip grafik, pemacu DVD/Blu-Ray. – jika anda jenis yang kurang berpengetahuan tentang teknologi, langkah ini boleh skip sahaja. Yang penting, memori dan ruang penyimpanan haruslah memadai untuk anda menyimpan dokumen, gambar atau download video.

6. Ports dan connectivity; slot USB, thunderbolt, HDMI dan slot kad media. Pastikan slot ini semua boleh digunakan

7. Ketahanan bateri; jika anda banyak melakukan tugasan menggunakan laptop seperti grafik dan tugasan kuliah/kerja, pilihlah laptop yang mempunyai bateri tahan lama sehingga 12 – 16 jam tanpa perlu dicas.

8. Sudah tentu perkara yang perlu diambil kira semasa memilih, JENAMA. Pilihlah jenama yang terkenal atau dipercayai keutuhannya. Antara pilihan jenama laptop bagi kaki gajet adalah Asus dan Toshiba

9. Jaminan laptop yang lebih lama sehingga 2-3 tahun

10. Bajet; ikut kemampuan anda

Aduh, Masa Untuk Berbelanja!

Setelah mengambil kira 10 aspek penting di atas, kini tibalah masa untuk berbelanja. Pastikan laptop yang ingin dibeli mengikut kemampuan atau tetapkan bajet. Jangan kerana hendak memilih yang berjenama dan cantik sahaja, anda sanggup berbelanja di luar batasan.

Fikir dahulu sebaiknya. Jika anda sudah mempunyai laptop sebelum ini, berbaloikah hendak membeli yang baru? Adakah ianya menjadi satu kepentingan untuk anda jika laptop yang lama masih boleh digunapakai lagi?

Belilah yang baru sekiranya laptop anda yang lama sudah rosak atau sistem yang dipakai sudah ketinggalan zaman.

“Think wise before you buy!”

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aznor

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!