Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rawat Wajah Tidak Bermaya Dengan 8 Serum Untuk Kulit Kusam Ini

Memakai pelembap sahaja tidak mencukupi

Diguna dengan rapi selepas pembersih dan sebelum pelembap, memakai serum semestinya langkah penting dalam rejim penjagaan kulit anda. Menjadi lebih popular pada saat ini, nampaknya ramai di antara kita sudah mula tersedar akan faedah penggunaan serum dengan bahan-bahan yang memberikan hasil segera dan membantu memerangi beberapa masalah kulit, segala-galanya dari dehidrasi dan kedutan, hingga kusam dan pigmentasi. Serum merupakan langkah yang wajib dalam rutin penjagaan kulit dengan betul.

Ianya diperbuat daripada ekstrak buah-buahan, sayuran dan mineral semulajadi untuk mengembalikan keanjalan serta menyihatkan kulit wajah. Solekan anda akan menjadi tahan lebih lama dan menghalang daripada kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ yang teruk. Gunakan serum secara konsisten untuk mendapatkan kulit lebih halus dan lembut bagi anda yang mengalami masalah kulit kusam. Ayuh ikuti senarai dibawah untuk mengetahui serum yang bersesuaian dengan kulit kusam anda;

Serum untuk sesuai untuk menghapuskan kulit kusam serta parut jeragat
Garden of Eden
Semak Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml) harga dibawah:
add_circle Membaik pulih kulit kering dan retak
add_circle Mengurangkan keradangan kulit
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Mengurangkan parut
remove_circle Mahal

Produk eliksir vitamin E semula jadi ini, Natur E Scar Serum berfungsi dengan baik dalam pembetulan parut jeragat dan kesan luka. Dengan sifat anti-oksidannya, serum ini melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan mula muncul jeragat atau pigmentasi pada kulit wajah.

Ia juga merupakan pelembap intensif yang membantu melicinkan parut lama serta mencerahkan kulit. Serum ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit, mengekalkan hidrasi dan melembut hingga ke dalam lapisan kulit. Ianya berkesan untuk merawat sunburn akibat terdedah kepada sinaran UV.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Untuk kulit kusam dan berminyak – hapuskan liang pori tersumbat
The Ordinary
Semak The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% (30ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa paraben
add_circle Tanpa sulfat
add_circle Tanpa Alkohol
add_circle Tanpa Silikon
remove_circle Agak memedihkan

Serum dari The Ordinary yang luar biasa ini mengandungi Niacinamide 10% yang menjadi bahan utama keperluan kulit anda untuk membantu mencegah minyak dan jerawat yang muncul pada kulit wajah. Ia berfungsi mengimbangi pengeluaran sebum serta melegakan kulit agar wajah anda kelihatan lebih sihat dan cerah. Kulit anda yang tidak bermaya akibat kekusaman akan menjadi berseri.

Gunakan dengan kerap jika anda terdedah kepada sinaran UV yang menyebabkan pembebasan minyak berlebihan. Serum ini juga bebas daripada alkohol, silikon dan tanpa bahan pengawet. Sihat bukan?

Kembalikan seri kulit wajah dengan serum khas dari Korea ini
Semak THE FACE SHOP Yehwadam Revitalizing Anti-Aging Care Serum (45ml) harga dibawah:

Dicipta dengan "Ye" yang bermaksud herba dan tumbuhan, "Hwa" merujuk kepada bunga serta "Dam" bermaksud di balik rahsia kecantikan wanita. Ia mengandungi 3 bahan semulajadi utama yang diproses iaitu herba tradisional Korea serta menggunakan ekstrak tumbuhan dan bunga untuk membantu menaikkan kembali seri wajah akibat kekusaman.

Bahan-bahan seperti Ginseng dari Wilayah Gyeongbuk, Safflower dari gunung Sancheong Jirisan dan Goji Berry dari Wilayah Chungnam telah dirumuskan untuk menjadi bahan terbaik dalam penjagaan kulit anti-penuaan dan kekal awet muda.

Serum terbaik untuk kulit kusam dan cenderung jerawat
Mario Badescu
Semak Mario Badescu Anti Acne Serum (29ml) harga dibawah:
add_circle Khas untuk kulit berminyak & kombinasi
add_circle Mengandungi asid salisilik
remove_circle Harga mahal untuk kuantiti sedikit

Jerawat dewasa menjadi isu yang kerap anda hadapi semasa dalam proses peningkatan usia. Serum bertekstur gel, bebas minyak ini dicipta khusus untuk kulit matang yang mengalami masalah jerawat degil. Diformulasi dengan asid Salicylic dan ekstrak Thyme, memberi keseimbangan, menghidrat kulit bermasalah dan membantu membersih serta menghapus jerawat tanpa menyebabkan kulit kering atau merengsa.

Tekstur kulit anda akan tampil lebih jelas, lembut, licin dan muda. Keyakinan diri bertambah semasa keluar bersantai bersama sahabat atau keluarga.  

Baca juga: Hapuskan Kesan Jerawat Degil Dengan 8 Serum Terbaik & Berkualiti Ini

Serum untuk kulit kusam dan bantu menenangkan kulit sensitif
Semak DR. JART+ Cicapair Serum harga dibawah:

DR JART+ Cicapair Serum telah direka untuk melindungi dan menenangkan kulit sensitif, mengurangkan kemerahan sert mengunci kelembapan untuk memberi semula kelembutan pada kulit wajah. Dengan Glycerin untuk hidrat dan ekstrak bunga Montana untuk melegakan, ia juga bertujuan untuk mereda kerengsaan akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia, selaran matahari, dan alergi.

Serum yang mempunyai aroma segar ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan ekstrak Centella Asiatica, ianya mengembalikan lembapan dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit wajah anda menjadi rosak dan kusam.  

Serum untuk kulit kusam dan kering - memberi hidrasi selama 24 jam
Avene
Semak Avene Hydrance Intense Rehydrating Serum (30ml) harga dibawah:

Dirawat dengan trio lipidic yang tinggi, serum ultra-penghidratan ini bertujuan menguatkan dinding kulit untuk membantu mengembalikan lembapan dan mencegah kekeringan pada kulit wajah. Ia memberi sehingga 24 jam penghidratan serta menghapus garis halus dari tampil di wajah. Serum ini dapat menyerap ke lapisan kulit paling dalam untuk merawatnya agar kulit wajah anda sentiasa tampak kekal bermaya.

Avene Hydrance Intense Rehydrating Serum mempunyai haruman yang menyenangkan dan terbukti secara klinikal bahawa serum ini dapat meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 42% selepas 22 hari penggunaan. Tiada lagi masalah kulit kusam!

Sesuai untuk kulit kombinasi dan kusam, berkesan mencerahkan wajah
Semak CAUDALIE Vinopure Skin Perfecting Serum (30ml) harga dibawah:

Berfungsi untuk mencerah dan menghidrat, serum ini serasi buat kamu yang mempunyai kulit kombinasi kerana ia memberi hidrasi di kawasan kering dan menghalang penghasilan minyak serta sebum berlebihan. Serum rawatan ini diperkaya dengan asid Salicylic semulajadi untuk membersih bakteria pada kulit wajah. Diperbuat daripada ramuan istimewa seperti Rosewater untuk menghidrat dan Biji Anggur Polifenol yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.

Lebih lembut lagi menenangkan, serum ini selamat untuk kulit sensitif dan juga disyorkan untuk kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak. Kulit kusam? Tiada lagi.

Baca juga: Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 

Serum untuk kulit kusam dari drugstore dengan kandungan Vitamin C
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Semak Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Serum mampu milik dari drugstore ini sesuai untuk kamu yang memerlukan nutrisi ekstra akibat pendedahan UV berlebihan dan pencemaran alam sekitar. Dengan kandungan anti-oksidannya yang tinggi, ianya mampu untuk menjaga kondisi kulit agar tampak lebih muda, cerah dan sihat.

Selain membantu mengurangi proses pembentukan melanin dan noda hitam yang menjadi penyebab utama kulit menjadi gelap, serum ini juga membantu menjaga sintesis kolagen dan keanjalan kulit. Usah risau, masalah kulit kusam tidak lagi akan terjadi jika anda gunakan serum ini secara berterusan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article