Rejim kecantikan haruslah bermula dengan mengikut turutan yang betul dan sempurna. Jika anda sememangnya mengikut aturan penjagaan kulit, pasti langkah untuk memakai serum tidak ketinggalan. Berbanding dari kebiasaan krim muka, serum mengandungi kepekatan bahan aktif yang tinggi dan molekulnya juga lebih kecil kerana kebanyakan serum disalut dengan bahan solid yang ringan untuk memastikan ianya serap jauh ke dalam lapisan kulit. Tidak hairanlah penggunaan serum amat penting bagi meningkatkan reproduksi kulit.

Serum adalah sejenis cecair yang berkonsentrasi tinggi dan mengandungi bahan aktif serta partikel kecil dalamnya untuk melawan cela di kulit wajah. Meskipun terdapat harga yang mahal dari pelbagai jenama di pasaran, masih terdapat banyak pilihan yang boleh anda miliki dengan harga yang berpatutan dan ikut kemampuan bajet. Yang paling utama, haruslah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jom, ketahui serum yang bersesuaian dengan jenis kulit anda semuanya di bawah harga RM50.

1. GARDEN OF EDEN Rosa E Pigmentation Serum (5ml)

Serum muka untuk kulit kusam dan menghapuskan pigmentasi
Harga mulai RM30.30
Shopee Malaysia RM33.99 Watsons Malaysia RM35.27 Lazada Malaysia RM30.30

Mengandungi eliksir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E, serum untuk wajah ini mampu untuk menghapus bintik gelap serta pigmentasi. Ianya juga dapat memperbaiki permukaan kulit sambil menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel. Vitamin E melindungi kulit daripada radikal bebas yang berbahaya, dan membantu pembaharuan sambil mencegah garis-garis halus dan kedut.

Gunakan serum ini pada waktu malam atau siang untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah. Pastikan anda menggunakan serum muka ini secara konsisten, barulah hasilnya lumayan!

2. ROSKEN Bio Serum (50ml)

Serum muka untuk jeragat – tona kulit lebih cerah dan sekata
Harga mulai RM26.80
Shopee Malaysia RM26.80 Watsons Malaysia RM26.80

Kepada yang mengalami masalah jeragat, ini adalah serum terbaik buatmu. Ia diperkaya dengan anti-oksidan Vitamin A & E, minyak Calendula dan Chamomile berfungsi untuk membantu memudarkan jeragat serta digunakan sebagai daripada kitaran pembaharuan kulit. Kandungan ekstra dalam serum ini adalah minyak Rosehip yang dapat berfungsi untuk mengurangkan kesan parut jerawat dan menghapuskan pigmentasi serta garis halus.

Formula khas yang terdapat dalam Rosken Bio Serum ini mampu untuk membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit yang tipikal seperti rupa regangan, parut, nada kulit yang tidak merata, kulit yang sangat kering dan kulit penuaan.

3. GARNIER Sakura White Ultimate Serum (50ml)

Serum untuk whitening - ekstrak sakura untuk meningkatkan dimensi kulit
Harga mulai RM28.48
Shopee Malaysia RM30.00 Watsons Malaysia RM28.48

Inginkan kulit cerah? Cuba Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum. Ia mengandungi ekstrak bunga Sakura dan 5000 kapsul pemutihan untuk meningkatkan 5 dimensi kualiti kulit bagi mendapatkan hasil keanggunan putih berseri. Teksturnya juga ringan dan mengekalkan lembapan pada kulit anda agar sentiasa segar dan sempurna.

Hari demi hari, kulit anda akan tampak satu tona lebih cerah. Serum ini sesuai digunakan selepas pembersih dan sebelum memakai krim siang atau malam.

12 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. SENDAYU TINGGI Brightening Series Super Hyaluronic Serum

Serum muka untuk remaja – kandungan antioksidanya tinggi
Harga mulai RM31.00
Shopee Malaysia RM31.00

Untuk kamu yang sedang mencari produk merangkumi bahan tinggi hidrasi kulit seperti Trehalose dan Hyaluronic Acid, gunakan Sendayu Tinggi Brightening Series Serum ini. Ianya mempunyai kombinasi gabungan dicipta bagi memberi hidrasi yang tinggi kerana kedua-duanya membantu menghalang pengeringan sel dan mengekalkan lembapan.

Kandungan ekstra dalam serum ini seperti Vitamin C, E dan Zink pula memelihara dan membantu melambatkan proses penuaan kulit manakala Ethyl Ascorbic Acid berfungsi menghalang penghasilan melanin penyebab pigmentasi serta tona tidak sekata. Kulit wajah anda akan tampil berseri setelah beberapa kali memakainya secara konsisten.

5. COSMODERM Tea Tree Oil-Control Serum (30ml)

Serum muka untuk pengawalan kulit berminyak lebih berkesan
Harga mulai RM33.90
Shopee Malaysia RM33.90 Watsons Malaysia RM34.90

Untuk kamu yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat dalam liang pori, sambil menghalang bakteria serta meningkatkan pengekalan air. Produk ini bebas dari bahan tambahan terlarang serta kaya dengan ekstrak buah buahan seperti lemon dan lidah buaya.

Ianya sangat lembut pada kulit wajah, mesra alam dan  membantu menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih. Serum ini turut membantu menghalang penghasilan minyak dan sebum yang berlebihan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. THE ORDINARY Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml)

Serum muka sesuai untuk kulit kering agar kekal terhidrat
Harga mulai RM37.00
Shopee Malaysia RM37.00 Lazada Malaysia RM48.90

Serum muka dari The Ordinary ini mempunyai sumber Vitamin C, juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempunyai sifat antioksidan penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1000 kali berat ke dalam air.

Semestinya akan membantu mengembalikan lembapan dan  kekal hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. NANO White Dark Spot Corrective Serum (30ml)

Serum muka untuk kulit cenderung jerawat
Harga mulai RM45.00
Shopee Malaysia RM45.00 Lazada Malaysia RM46.00 Watsons Malaysia RM58.82

Disemai dengan Nanoteknologi untuk membasmi bintik gelap dan parut jerawat serta melambatkan proses penghasilan jerawat baru. Ekstrak semula jadi dan Omega White-C yang diperkaya dalam serum ini juga bertindak mengawal kuantiti sebum dan pengeluaran minyak berlebihan yang terhasil di permukaan kulit.

Sapukan serum ini pada muka selepas pembersihan dan toning dan sebelum menggunakan pelembap siang atau malam.

17 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. WARDAH C-defense with Vitamin C Serum (17ml)

Serum muka untuk kulit kombinasi antara kering dan berminyak
Harga mulai RM29.80
Watsons Malaysia RM29.80 Shopee Malaysia RM45.00

Bertindak sebagai anti radangan, Wardah C Defense dengan Vitamin C serum mengandungi antioksidan yang kuat memiliki keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit. Berfungsi dalam 5 langkah sinergi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, muda dan sihat, selain membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai buatmu yang mempunyai kulit kombinasi.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. L'Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml

Serum untuk lelaki – kulit lebih segar dan selesa
Harga mulai RM22.95
Hermo Malaysia RM22.95 Lazada Malaysia RM44.90

Pelembap anti-ketidakselesaan yang menyegarkan pertama dari L'Oréal Men Expert diperkaya dengan Mountain Water dan Hyaluronic Acid. Dengan mengandungi gel ultra segar dalam teksturnya, L'Oréal Paris Men Expert Hydra Power Serum akan memastikan kulit anda kekal terhidrat selama 48 jam.

Tidak berminyak, tidak melekit dan menyerap dengan pantas. Kepada lelaki yang sukakan aktiviti luar, gunakan serum ini sebelum terdedah dari sinaran UV.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. SAFI Rania Gold Serum Kosentrasi (20ml)

Serum muka dari drugstore / farmasi – kulit wajah lebih anjal dan awet muda
Harga mulai RM27.90
Shopee Malaysia RM27.90 Watsons Malaysia RM32.64

Diperhebatkan dengan Beetox & Nano Gold 24K, berupaya membaiki & meningkatkan keanjalan dan memelihara struktur kulit bukan hanya dari luaran malahan meliputi struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit. Serum dari Safia Rania Gold ini juga memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan. Produk ini boleh didapati pada mana-mana drugstore atau farmasi seperti Watsons. Senang bukan?

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Aqilah Jamaluddin

Middle child of three. I like to play dress up and play pretend, it's a fantasy kind of thing.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!