Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Pelengkap set penjagaan wajah

Pernahkah anda memakai serum di wajah atau masih tertanya-tanya apakah fungsi sebenar serum dalam penjagaan kecantikan? Serum adalah pelembap bertekstur ringan, kebiasaannya dalam bentuk cecair jernih yang pekat namun masih dapat menembus jauh ke dalam kulit untuk membekalkan bahan aktif seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Pemakaian serum secara kerap dapat menjadikan kulit wajah lebih tegang dengan memberi hasil kulit wajah lebih licin, mengecilkan liang pori serta meningkatkan kelembapan kulit.

Tahukah anda drugstore juga ada menjual produk serum yang baik untuk memulihkan kembali kulit anda? Jom ikuti senarai di bawah untuk mengetahui pilihan serum terbaik dari drugstore untuk penjagaan kecantikan wajah anda;

Baik untuk kulit sensitif – mengurangkan iritasi dan kerengsaan pada kulit
Avene Hydrance Intense Rehydrating Serum (30ml)
Avene
mulai
RM97.64
Semak Avene Hydrance Intense Rehydrating Serum (30ml) harga dibawah:

Serum ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif. Ia memberikan kelegaan dan kelembapan pada kulit yang mengalami iritasi serta mengurangkan rengsa. Serum dari rangkaian produk AVENE ini juga memastikan kelembapan optimum yang berpanjangan pada lapisan atas epidermis kulit sekaligus membantu mengurangkan kesan kemerah-merahan dan inflamasi.

Baca juga: 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif

Serum whitening dari drugstore – berkesan memutihkan kulit
EUCERIN Ultra White Spotless Double Booster Serum (30ml)
mulai
RM189.00
Semak EUCERIN Ultra White Spotless Double Booster Serum (30ml) harga dibawah:

EUCERIN adalah jenama penjagaan kecantikan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Serum dari rangkaian jenama ini memberikan kesan pencerahan pada kulit dan dalam masa yang sama mampu menghilangkan cela dan bintik hitam. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini bersesuaian untuk semua jenis kulit terutamanya yang mengalami kulit bermasalah.

Gunakan serum ini sehari sekali secara konsisten. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan putih berseri dan flawless! 

Untuk anda yang mengalami masalah kulit cenderung jerawat
Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum (5ml)
Garden of Eden
mulai
RM31.95
Semak Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum (5ml) harga dibawah:
add_circle Bahan semulajadi
add_circle Sesuai juga untuk kulit sensitif
add_circle Tiada kesan iritasi pada kulit
remove_circle Tekstur sedikit berminyak

Rosa T Triple Action Acne Serum ini adalah serum drugstore yang terbaik untuk kulit muka cenderung untuk berjerawat. Ia mengandungi minyak Tea Tree, Grape Seed and Vitamin E dari sumber semulajadi yang sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah jerawat. 

Oleskan saja 2 ke 3 titis serum ini ke kawasan muka yang berjerawat untuk kulit bebas tanpa cela yang anda idamkan. Produk serum ini dapat mengurangkan kesan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. 

Hilangkan jeragat dan bintik hitam dengan berkesan
CLEMATIS Pore Tighthening Serum
mulai
RM119.00
Semak CLEMATIS Pore Tighthening Serum harga dibawah:

Adakah anda mempunyai kulit muka yang berjeragat? Gunakanlah serum jenama CLEMATIS ini untuk menyelesaikan masalah kulit jeragat anda. Serum ini akan mengetatkan liang pori yang terbuka dan menghasilkan keseimbangan sempurna antara minyak dan air. Serum ini juga akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri dan licin. 

Titiskan serum ke atas telapak tangan dan sapu ke seluruh kulit wajah dengan rata agar kesan sempurnanya dapat dilihat dalam hanya beberapa hari sahaja.

Baca juga: Hapuskan Pigmentasi Pada Kulit Wajah Dengan 7 Serum Untuk Jeragat Ini 

Serum yang mampu membaikpulih kulit kering agar sentiasa kekal lembap
SKIN & LAB Dr Color Effect Red Serum (40ml)
mulai
RM70.00
Semak SKIN & LAB Dr Color Effect Red Serum (40ml) harga dibawah:

Inilah serum terbaik dari drugstore untuk kulit yang kering. Belilah serum ini kerana ianya membantu menyelesaikan masalah kulit wajah agar kelihatan berseri sepanjang hari. Serum ini mempunyai multifungsi iaitu sebagai pencerah, pelembap serta mampu mengurangkan kedutan dan mengawal pengeluaran minyak di kulit wajah. 

Kandungan Phyto Red cCmplex daripada buah-buahan berwarna merah yang kaya dengan antioksidan akan membuatkan wajah kelihatan awet muda sepanjang masa. 

Serum untuk mencerahkan kulit tanpa penggunaan bahan kimia merbahaya
Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)
Cosmoderm
Serum pemutih wajah dari bahan organik – sesuai untuk ibu hamil
mulai
RM54.68
Semak Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit matang
add_circle Mencerahkan kulit dengan selamat
add_circle Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
add_circle Tona kulit lebih sekata
remove_circle Harga mahal

Adakah anda ingin memutihkan kulit? Serum dari jenama Cosmoderm ini, diformulasi daripada stem sel epal, kolagen, minyak Witch Hazel, Aloe Vera and bijian Rosehip. Semua bahan semulajadi ini selamat digunakan dan dapat membantu untuk memutihkan kulit tanpa perlu menggunakan bahan kimia merbahaya. 

Selain itu, serum ini juga dapat meratakan tona kulit dengan menjadikannya lebih cerah dan bermaya. 

Terbaik dari drugstore untuk menghilangkan kesan kulit kusam
SWISSVITA Micrite 3D All Use Skin Serum
mulai
RM128.00
Semak SWISSVITA Micrite 3D All Use Skin Serum harga dibawah:

Adakah anda mengalami masalah kulit kusam? Sekiranya ada, serum ini sesuai untuk anda kerana ia dapat menyelesaikan masalah kulit wajah yang dihadapi. Serum ini mengandungi ekstrak Progelinetm, Pisum Sativum, Uncaria Tomentosa dan madu untuk melembut dan memperbaiki tekstur kulit anda. 

Hasilnya, kulit wajah anda akan kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari!

Baca juga: Rawat Wajah Tidak Bermaya Dengan 8 Serum Untuk Kulit Kusam Ini

Buat anda yang memiliki kulit berminyak, gunakan serum ini
SKINMISO Pore Corset Serum (30ml)
mulai
RM85.00
Semak SKINMISO Pore Corset Serum (30ml) harga dibawah:

Serum ini sesuai untuk kulit berminyak kerana ia diformulasi daripada kombinasi ekstrak tumbuh-tumbuhan terbaik untuk mengetatkan liang pori yang terbuka. Serum ini juga mampu memberi keseimbangan antara pengeluaran minyak dan mengekalkan kelembapan kulit selain bertindak mengurangkan jumlah sel yang menyumbat liang pori. Anda akan memiliki kulit wajah yang halus lagi flawless dengan pemakaian serum ini!

Serum dari drugstore, khas buat anda yang memiliki kulit kombinasi
OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum (50ml)
olay regenerist serum
mulai
RM70.58
Semak OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Menghaluskan kulit
add_circle Mengurangkan garis halus dan kedutan
add_circle Kulit lebih tegang dan nampak muda
remove_circle Harga sedikit mahal

Serum dari rangkaian penjagaan wajah OLAY ini diformulasi agar sesuai untuk anda yang memiliki kulit jenis kombinasi. Masalah yang seringkali terjadi pada yang memiliki kulit kombinasi adalah di Zon-T kerana anda mempunyai 2 jenis kulit berbeza iaitu minyak dan kering. Serum yang ringan lagi mudah menyerap ke dalam kulit ini akan memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan garisan halus serta kedutan pada wajah. 

Ia juga berupaya melembapkan kulit dengan kandungan Amino-peptide kompleks dan ekstrak buah Carob yang juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan. Berfungsi sebagai penghalang kulit wajah dari menghasilkan minyak dan sebum berlebihan.  

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article