Speaker dalam konteks teknologi adalah alat yang digunakan untuk memainkan muzik atau audio dari peranti anda.
Telefon pintar, komputer, televisyen, atau sistem home theater boleh digunakan untuk tujuan ini, tanpa mengira jenama speaker.
Anda perlu melihat penggunaan harian anda untuk mencari speaker yang sesuai, seperti speaker kecil, speaker USB, atau speaker Bluetooth.
Ini membantu anda mencari speaker yang tepat untuk kegunaan harian anda.
Jom lihat senarai jenama speaker Malaysia atau soundbar terbaik dengan harga yang berbaloi.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Jenama Speaker Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Speaker serbaguna dari jenama Vinnfier ini menawarkan pelbagai ciri menarik untuk meningkatkan pengalaman mendengar anda.
Ciri-ciri:
Dilengkapi dengan sambungan Bluetooth, Vinnfier VF ECCO 3 BTU membolehkan penyambungan tanpa wayar yang lancar dengan telefon pintar, tablet, atau peranti lain.
Sementara itu, nikmati kualiti bunyi stereo yang dinamik dengan subwoofer (6W).
Dengan fungsi radio FM, anda boleh mendengar stesen radio kegemaran anda tanpa memerlukan antena luar, jadi anda mempunyai pilihan hiburan yang banyak.
Selain itu, pembesar suara ini menyokong kad Micro SD dan pendrive, memberikan fleksibiliti untuk menikmati kandungan audio secara langsung dari peranti simpanan anda.
Walaupun mempunyai reka bentuk yang padat dan harga yang murah, ia tidak mengurangkan kualiti bunyi dari speaker ini, menjadikannya speaker terbaik secara keseluruhan.
Review:
“Bunyi bass sangat sedap, cuma tempat volume tu macam ketat sikit nak pusing, tapi ok je. Volume 50% lampu dekat speaker akan menyala. Bunyi sangat high quality, memang recommended.”
Speaker JBL yang cukup canggih membolehkan anda untuk menetapkan jam loceng setiap pagi.
Pengguna juga boleh mendengar radio menerusi pembesar suara ini dan boleh digunakan sebagai lampu tidur kerana turut dilengkapi dengan lampu LED.
Selain boleh menyambung speaker ini dengan smartphone melalui Bluetooth, anda juga boleh mengecas telefon pintar atau tablet dengan speaker ini kerana produk ini hadir dengan charging port.
Menariknya lagi, pembesar suara dengan berat 0.81 kg ini juga mempunyai skrin LCD yang memaparkan jam, informasi radio dan tetapan jam loceng.
Manakala kelantangan bunyi dan jam loceng ini pula boleh dilaras menggunakan button yang terdapat pada speaker ini.
Mempunyai ciri Home Theatre dimana menjadikan soundbar ini memberi impak audio yang sangat mengagumkan.
Berat hanya 1.5kg menjadikan speaker ini mudah dibawa ke mana saja tapi anda juga boleh install soundbar ini dengan dua cara iaitu melekap pada dinding atau letakkan pada meja.
Cara penyambungan, anda boleh guna dua cara juga iaitu wayar kabel AUX atau Bluetooth v5.0 jadi anda boleh sambungkan bersama alat peranti.
Speaker keluaran dari jenama Xiaomi Mi ini sesuai untuk penggunaan indoor kerana memerlukan plug-in untuk menghidupkannya.
Lagipun jika anda pengguna setia Xiaomi, sangat digalakkan untuk beli speaker ini kerana boleh dijadikan ekosistem Xiaomi di rumah.
Ini kerana speaker ini mempunyai ciri Google Assitant yang membolehkan anda mengeluarkan arahan dari suara, tidak perlu menggunakan tangan untuk mengawal.
Dengan DTS Professional Tuned Sound, speaker ini dapat membebaskan bunyi yang jelas pada mana-mana volume tanpa bunyi pecah.
Speaker ini tidak mempunyai butang untuk mengawalnya kerana menggunakan touch yang mudah diakses.
Jangan risau, bahagian sesentuh turut dilengkapi dengan pilihan untuk mematikan mikrofon apabila diperlukan.
Bagi anda yang sukakan bass dalam audio, Tribit Stormbox Micro ini adalah pilihan tepat.
Walaupun model ni dah agak lama di pasaran tapi ciri yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan sekarang.
Bateri speaker ni sangat memuaskan, dengan kapasiti 4700mAh, mampu bertahan selama 12 jam penggunaan.
Bluetooth speaker ni jugak kalis air dan habuk tahap IP67 jadi sesuai untuk bawa camping atau tepi pantai.
Dengan teknologi XBass, korang juga akan dapat lebih bass dalam lagu atau muzik korang.
Paling penting, Bluetooth speaker ini direka khusus untuk aktiviti outdoor kerana mempunyai ciri tahan lasak dan tahan air.
Bagi anda yang mencari speaker mampu milik dan banyak fungsi, SonicGear P8000 Moby adalah pilihan yang tepat.
Walaupun bateri kapasiti 1200mAh tapi cukup besar untuk model compact ini dan pengecasan penuh, anda perlu charge selama 3.5 jam.
Sesuai untuk kegunaan indoor kerana boleh guna selama 6 jam dengan paras 50% volume.
Dilengkapi Bluetooth 5.0 dan 3.5mm Aux Port yang boleh sambung dengan smartphone atau kabel audio anda.
Kelebihan lain model SonicGear P8000 adalah disediakan Micro SD Card Slot dan USB Port untuk memainkan playlist dalam pendrive.
Terdapat juga fungsi FM Radio untuk anda dengar radio tapi kena cari frequency secara manual.
Memang dikatakan antara Bluetooth speaker terbaik di pasaran sekarang disebabkan harganya yang mampu milik.
Bagi mereka yang kaki gaming dan perlukan speaker murah dan berkualiti, Armaggeddon X-Bar 2 Detachable ini adalah pilihan yang bijak.
Dengan harga yang murah, speaker ini dapat memberi kualiti yang bagus pada bahagian audio.
Ini kerana mempunyai strong bass dan distortion rendah pada volume yang paling maksimum.
Lagipun speaker ini boleh dilekatkan dan dipisahkan jika ingin letakkan pada bahagian kiri dan kanan laptop atau komputer.
Disebabkan dua bahagian speaker ini boleh disambungkan, secara tidak langsung boleh bertukar kepada mod soundbar.
Jangan risau, sambungan Bluetooth tidak lagging sehingga dapat mengganggu keseronokan anda bermain game.
Jenama Sony sudah terkenal dengan audio dan visual berkualiti yang diberikan kepada pengguna mereka tidak kira model apa sekalipun.
Jadi speaker kali ini padat dengan bunyi dan ditambah pula ciri bunyi yang luar biasa iaitu EXTRA BASS™ dan Sound Diffusion Processor.
Ciri ini dapat memberi impak bunyi yang sangat hebat dimana audio dapat dikeluarkan pada kapasiti yang sangat luas dan jelas.
Memandangkan speaker ini mempunyai tali penyangkut, jadi anda boleh bawa ke mana saja.
Ditambah pula hayat bateri dapat bertahan selepas pengecasan penuh adalah 16 jam.
Speaker ini boleh digunakan indoor dan outdoor kerana mempunyai ciri kalis air (IP67) dan kalis habuk untuk mengekalkan bunyi audio yang dihasilkan.
Lenovo K3 Pro Bluetooth Speaker HIFI mempunyai satu ciri menarik iaitu Stereo Surround HIFI yang mampu menghasilkan bunyi kuat dan memberi anda pengalaman audio menyeluruh.
Dilengkapi dengan Bluetooth versi 5.0, speaker Bluetooth terbaik ini menawarkan jarak connectivity sejauh 8-10 meter, membolehkan anda menikmati lagu kegemaran tanpa perlu terhad jarak dengan peranti anda.
Selain itu, speaker kecil ini turut dilengkapi dengan mikrofon untuk anda menjawab panggilan telefon, jadi selepas ini boleh angkat call melalui speaker sahaja.
Lenovo K3 Pro Bluetooth Speaker direka khas untuk anda yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Menarik lagi, speaker ini turut mempunyai ketahanan air IPX5 jadi anda boleh guna semasa sedang berkelah di tepi sungai atau kolam renang.
Dari segi daya tahan, Lenovo K3 Pro boleh tahan kira-kira 6-8 jam dengan penggunaan penuh dan hanya memerlukan kira-kira 3 jam tempoh pengecasan sehingga baterinya penuh.
Speaker jenama Marshall ini merupakan sebuah speaker Bluetooth mudah alih yang mempunyai reka bentuk bersaiz mini yang elegen.
Walaupun kecil, kualiti audionya tetap terbaik, menawarkan bunyi yang jelas untuk setiap lagu yang anda mainkan.
Selain itu, speaker Marshall Willen ini mempunyai rating ketahanan habuk dan air IP67, dan menggabungkan reka bentuk ikonik Marshall dengan daya tahan yang lasak.
Anda boleh nikmati masa playback lebih dari 15 jam dengan satu cas, manakala pengecasan semula mengambil masa dalam 3 jam sahaja.
Turut dilengkapi Mod Stack yang membolehkan anda menyambung beberapa speaker untuk pengalaman bunyi yang lebih besar.
Dengan mikrofon built-in, anda boleh menjawab panggilan telefon dengan mudah menggunakan knob kawalan, membolehkan komunikasi secara handsfree.
Bose SoundLink Flex Bluetooth Speaker direka untuk meningkatkan pengalaman mendengar dengan bunyi yang jelas, mendalam, dan bersama bass yang kuat.
Dilengkapi dengan teknologi PositionIQ™, speaker ini secara automatik mengesan orientasinya untuk mengoptimumkan kualiti bunyi bagi pengalaman mendengar yang terbaik.
Selain itu, turut dikemas dengan teknologi eksklusif Bose, SoundLink Flex memastikan prestasi bunyi yang mengagumkan.
Speaker ini juga tahan air dan debu (IP67), menjadikannya sesuai untuk digunakan di luar rumah dan juga dalam persekitaran yang lasak.
Nikmati sehingga 12 jam hayat bateri, dan mikrofon built-in yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon secara handsfree.
Selain itu, speaker ini boleh diserasikan dengan aplikasi Bose Connect, membolehkan anda personalized pengalaman mendengar anda.
Edifier MP85 Mini Portable Speaker dilengkapi dengan bateri lithium-ion polimer yang menawarkan sehingga 8 jam masa bermain muzik secara berterusan.
Dengan Edifier Connect App, anda boleh menyesuaikan pengalaman mendengar anda dengan empat kesan bunyi: Muzik, Game, Vokal, dan bunyi yang menenangkan, memberikan kepelbagaian mengikut selera anda.
Selain itu, ia turut mempunyai full-range driver 1.5 inci (40mm) dengan output power sebanyak 2.2W (RMS) yang akan memberikan bunyi berkualiti tinggi dan memastikan suara yang jelas.
Reka bentuk speaker dengan saiz mini ini memang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja, dan mampu memberikan bunyi berkualiti tinggi.
Akhir sekali, dengan teknologi Bluetooth V5.3, speaker ini menawarkan resolusi bunyi yang kuat, transmisi yang stabil, dan penggunaan tenaga yang rendah.
Pembesar suara Edifier R1700BT Bookshelf hadir dengan kualiti audio akustik yang hebat dan reka bentuk mesra pengguna, ia memberikan pengalaman audio yang segar dan menarik.
Reka bentuk model Edifier ini mengambil inspirasi dari bentuk trapezoid yang terkenal dari R1600TIII.
Ia bukan sahaja meningkatkan nilai estetika speaker ini tetapi juga mempunyai kualiti bunyi yang terbaik, sangat sesuai dijadikan speaker di cafe.
Panel hadapan menampilkan susunan lubang tandem terbalik yang dilindungi oleh fiberglass berkualiti tinggi, berfungsi sebagai penapis debu.
Selain itu, reka bentuk yang sedikit terangkat pada sudut 10° memastikan pengalaman mendengar yang optimum untuk pengguna.
Kawalan jauh yang disertakan menawarkan akses mudah kepada pelbagai tetapan dan sumber input, memperluaskan kepelbagaian speaker melebihi penggunaan pada PC desktop.
Dengan fungsi Bluetooth tanpa wayar V5.1, speaker ini memastikan sambungan yang lancar pada peranti pintar anda.
Tingkatkan pengalaman audio anda dengan Vinnfier VF HyperBar 300 BTU, sebuah soundbar yang lengkap dengan ciri-ciri kualiti bunyi terbaik.
Dengan subwoofer bass dan kesan 3D, soundbar ini memberikan bunyi bass yang kuat dan dalam, meningkatkan lagi audio frekuensi rendah untuk pengalaman mendengar yang lebih mendalam.
Selain itu, input kabel optik membolehkan penyambungan tanpa sempadan kepada peranti yang kompatibel seperti TV, pemain Blu-ray, atau gaming console, memastikan pemindahan audio digital berkualiti tinggi.
Nikmati stesen radio kegemaran anda dengan fungsi radio FM, manakala slot USB membolehkan anda memainkan muzik atau fail audio dari thumbdrive.
Turut dilengkapi paparan LED yang menyediakan maklum balas visual yang jelas mengenai tetapan, tahap bunyi, sumber input, dan lain-lain.
Dengan sokongan tanpa wayar, speaker ini sesuai dijadikan speaker Bluetooth untuk sesi karaoke di rumah.
Apakah Perbezaan Antara Bluetooth Speaker & Speaker Tanpa Wayar?
Bluetooth dan speaker tanpa wayar adalah dua teknologi yang berbeza untuk menyambungkan ke peranti audio.
Bagi yang tidak tahu apa perbezaan dua tektnologi, jom baca perbandingan antara kedua-dua di bawah.
-
Bluetooth
Bluetooth adalah teknologi komunikasi tanpa wayar jarak pendek yang membolehkan peranti untuk bersambung antara satu sama lain.
Bagaimanapun jarak sambungan bluetooth boleh dilakukan dalam jarak sehingga 10 meter tanpa perlu sambungan fizikal.
Bluetooth yang direka untuk mempunyai kuasa yang rendah dan kos yang rendah, menjadikan sesuai untuk menyambungkan peranti seperti telefon pintar, laptop, dan headphone.
Selain itu, speaker Bluetooth biasanya mempunyai bateri dan boleh dibawa ke mana-mana dan mempunyai ciri mudah alih.
Ingin diingatkan beberapa speaker Bluetooth juga menyokong profil A2DP, yang membolehkan untuk penstriman audio berkualiti tinggi.
-
Sambungan speaker tanpa wayar
Speaker tanpa wayar boleh merujuk kepada speaker yang menggunakan teknologi Bluetooth atau WiFi supaya dapat disambungkan dengan peranti lain.
Speaker WiFi juga dikenali sebagai speaker pintar kerana bersambung ke rangkaian WiFi dan boleh dikawal dengan arahan suara atau melalui aplikasi mudah alih.
Untuk pengetahuan, speaker WiFi selalunya mempunyai jarak yang lebih besar dan kualiti suara yang lebih baik berbanding speaker Bluetooth.
Jika dilihat secara keseluruhan, beberapa speaker WiFi juga mempunyai penolong virtual yang dibina, seperti Amazon Alexa atau Google Assistant.
Teknologi ini membolehkan anda mengawal peranti rumah pintar, memainkan muzik, dan melakukan tugas lain hanya dengan suara anda.
Tips Memilih Bluetooth Speaker Terbaik
Kalau tak tahu macam mana nak pilih pembesar suara Bluetooth terbaik, boleh je ikut tips memilih Bluetooth speaker terbaik ini.
Kualiti Audio
Pilihlah speaker dengan kualiti suara atau audio yang baik, termasuk bunyi yang clean, frekuensi yang luas, dan daya output yang memadai untuk keperluan anda.
Sambungan Bluetooth
Pastikan speaker mempunyai teknologi Bluetooth yang cekap dan stabil untuk sambungan tanpa wayar yang lancar dengan peranti anda.
Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menikmati muzik kegemaran anda secara puas kerana kemungkinan audio tersebut terputus-putus.
Kestabilan Sambungan
Cari speaker yang menawarkan sokongan untuk versi Bluetooth yang terkini untuk prestasi yang lebih baik dan kestabilan sambungan yang terbaik.
Jangka Hayat Bateri
Pilih speaker dengan jangka hayat bateri yang panjang untuk memastikan anda dapat menikmati muzik tanpa gangguan untuk tempoh yang lama. Disarankan untuk pilih jangka hayat 10 jam ke atas.
Fungsi Tambahan
Cari speaker yang menawarkan fungsi tambahan seperti tahan air dan habuk, sambungan NFC, atau sokongan untuk voice command untuk meningkatkan kebolehgunaan speaker tersebut.
Review Dari Pengguna
Akhir sekali, jangan lupa baca ulasan dari pengguna yang sudah membeli speaker tersebut sebelum membuat keputusan.
Ulasan dari pengguna lain akan memberikan anda pandangan yang lebih jelas mengenai prestasi sebenar speaker tersebut, jadi boleh juga baca ulasan daripada kami tentang speaker yang terbaik untuk anda.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih Bluetooth speaker yang terbaik untuk keperluan anda, dan pastikan beli yang original.