Kecantikan

18 Deodorant Terbaik di Malaysia 2026 - Stick, Gel, Spray

Deodorant terbaik Malaysia: G&H PROTECT+ Roll-on RM26.10 (Shopee, disemak 23 Sept). Pilihan halal, bebas alkohol, dari RM8.34 hingga RM52 ikut jenis kulit anda.


Editor · Updated 23 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

18 Deodorant Terbaik di Malaysia 2026 - Stick, Gel, Spray
Deodorant terbaik secara keseluruhanG&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on
RM26.10See price at Shopee

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami untuk deodorant di Malaysia ialah G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on, RM26.10 di Shopee Malaysia (harga disemak 23 September 2026), sesuai untuk lelaki dan wanita kerana cepat kering, tidak menguningkan pakaian dan tidak mengandungi alkohol; harganya sedikit lebih tinggi berbanding jenama tempatan seperti Lady Speed Stick (RM8.34) jika bajet jadi keutamaan.

Terdapat banyak punca dan penyebab ketiak berbau atau badan berbau antaranya badan kuat  berpeluh, cuaca terlalu panas atau salah pemilihan fabrik baju.

Kandungan

Jika anda seorang yang suka mencukur ketiak, lapisan permukaan kulit ketiak akan terhakis dan proses regenerasi kulit akan mengambil masa yang lama. 

Inilah juga boleh menyebabkan ketiak hitam dan berbau serta kulit bawah lengan anda kelihatan kusam.

Anda jangan risau, cara mudah untuk hilangkan ketiak bau ialah dengan penggunaan deodorant yang bagus.

Anda boleh pakai deodorant untuk ketiak berbau atau cari deodorant ketiak wangi untuk pastikan anda rasa selesa sepanjang hari.

Jom lihat senarai jenama deodorant terbaik dan sesuai untuk ketiak berpeluh yang boleh selesaikan masalah ketiak berbau.


Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60gDeodorant garam tanpa antiperspirant yang dijamin HalalTotal Image Smelly No More Crystal Deodorant 60gRM15.75Lazada G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-onDeodorant terbaik secara keseluruhanG&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-onRM26.10Shopee Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpitDeodorant lokal terbaikHygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpitRM35.08Lazada The Tawas Organic DeodorantDeodorant organik terbaikThe Tawas Organic DeodorantRM8Shopee DR.MIST Body Spray Deodorant 75mlDeodorant untuk ketiak berbauDR.MIST Body Spray Deodorant 75mlRM40.80Lazada Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on UltraDeodorant terbaik untuk memutihkan ketiakVaseline Bright Repair Deodorant Roll on UltraRM10.50Lazada Nixoderm Deodorant for WomenDeodorant yang bebas alkoholNixoderm Deodorant for WomenRM14.20Lazada Nivea Men Deodorant Spray - DeepDeodorant terbaik untuk lelakiNivea Men Deodorant Spray - DeepRM19.69Lazada Simple Kind to Skin Soothing Anti-PerspirantDeodorant antiperspirant terbaikSimple Kind to Skin Soothing Anti-PerspirantRM13.40Lazada SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy WhiteDeodorant terbaik untuk wanitaSAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy WhiteRM10.20Lazada Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone ClassicDeodorant terbaik untuk kulit sensitifSalt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone ClassicRM48Lazada Veri Natural Deodorant StickDeodorant untuk ketiak berpeluhVeri Natural Deodorant StickRM49.05Lazada Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50mlDeodorant untuk remaja perempuanRexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50mlRM13.90Lazada Magic Blue Natural DeodorantDeodorant natural terbaikMagic Blue Natural DeodorantRM26Lazada Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45gDeodorant tahan lamaLady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45gRM8.34Lazada Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin EDeodorant yang sesuai untuk kanak-kanakBuddy's Natural Deodorant stick with Vitamin ERM17.76Shopee Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll OnDeodorant dry serum terbaikGrace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll OnRM22.23Lazada Bad Lab Roll-On DeodorantDeodorant terbaik untuk remajaBad Lab Roll-On DeodorantRM12.99Lazada

Bagaimana Kami Memilih Senarai Ini

Setiap deodorant dalam senarai ini disemak terus di Shopee Malaysia, Lazada Malaysia dan Watsons Malaysia pada 23 September 2026: harga dan pautan pembelian mesti masih aktif pada tarikh penyemakan, jenama mesti mempunyai jualan dan penilaian sebenar di pasaran (bukan sekadar disenaraikan), dan kami mengutamakan produk yang menyatakan dengan jelas jenis kulit atau kegunaan yang sesuai (halal, bebas alkohol, kulit sensitif, lelaki/wanita). Semasa penyemakan ini kami turut mendapati satu pautan Lazada untuk pilihan utama sudah tidak wujud lagi (produk telah dialih ke kedai lain) dan telah menggantikannya dengan pautan Shopee rasmi Amway Malaysia yang masih aktif. Kami tidak menguji deodorant ini secara fizikal; penilaian berdasarkan spesifikasi jenama, jualan dan ulasan pengguna di pasaran.

Senarai 18 Deodorant Terbaik

Terbaik untuk Remaja: Bad Lab Roll-On Deodorant

G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on
Deodorant terbaik secara keseluruhan 1 daripada 18
G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on
Dari RM26.10
Cepat kering
Mencerahkan kulit
Harga mahal
3 lagi
Tidak kuningkan baju
Tidak mengandungi alkohol
Boleh digunakan oleh lelaki & wanita

Sebab Menjadi Pilihan Utama: 

Deodorant G&H keluaran Amway ini boleh mengawal bau busuk dan melindungi bawah lengan daripada basah akibat berpeluh. 

Ciri-ciri:

Produk anti-perspirant ini juga akan memberikan perlindungan dari bau busuk hingga 48 jam tau!

Mengandungi gabungan bahan ekstrak Bilberry dan White Tea yang kaya dengan antioksidan akan bantu ketiak anda berbau wangi.

Anda yang kuat berpeluh harus guna deodorant ini untuk mengurangkan bau ketiak yang kepam.  

Paling menarik, produk ini juga boleh disapu pada kaki untuk menghilangkan bau kaki anda.

Bagus sangat sebab 2 dalam 1!

Review:

"Sangat berkesan untuk badan yang ada masalah bau sebab tahan 24 jam. Memang mahal sikit tapi berbaloi guna lama. Kalau pakai waktu pagi, bau wangi kekal sampai malam. Jika ketiak berpeluh atau basah, akan mengeluarkan bau wangi, jadi tak perlu risau ketiak berbau."

Price
RM26.10

Terbaik untuk Dry Serum: Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On

Deodorant garam tanpa antiperspirant yang dijamin Halal
Deodorant Garam Halal 2 daripada 18
Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60g
Total Image
Dari RM15.75
Sesuai untuk lelaki dan wanita
Tidak melekit & berminyak
Keberkesanan bergantung pada individu
3 lagi
Bebas alkohol & wangian
Hypoallergenic
Anti bakteria

Produk yang mengandungi garam mineral semula jadi ini adalah 300% lebih berkesan daripada deodorant jenama komersial yang lain.

Deodorant ini akan menghilangkan bau badan yang kuat dengan menghalang pertumbuhan bakteri penyebab bau busuk. 

Deodorant jenis roll-on jenama Smelly No More ini juga tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian. 

Jadi, anda tak perlu risau jika anda memakai pakaian yang berwarna putih sekali pun. 

Selain sesuai dengan semua jenis kulit, deodorant ini juga tidak akan membuatkan kulit bawah lengan anda kusam dan gelap. 

Price
RM15.75

Terbaik untuk Kanak-Kanak: Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin E

Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
Deodorant terbaik untuk memutihkan ketiak 3 daripada 18
Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
Vaseline
Dari RM10.50
Terdapat kolegen booster dalam deodorant
Dapat membaiki lapisan kulit
Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit sensitif

Nak pakai deodorant untuk hilangkan bau tapi nak yang mencerahkan, anda patut cuba deodorant dari Vaseline.

Deodorant ini diperkaya dengan Collagen booster yang membaiki kulit bahagian dalam. 

Manakala Vitamin B3 akan bekerja untuk memperbaiki lapisan luar dengan menjadikan kulit lebih licin dan mencerahkan. 

Niacinamide serta Gluta yang ada dalam deodorant Vaseline membantu mencerahkan kulit dengan lebih berkesan di lipatan ketiak. 

Price
RM10.50

Terbaik Keseluruhan: G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on

NIVEA MEN Deodorant Spray - Deep (150ml)
Deodorant terbaik untuk lelaki 4 daripada 18
Nivea Men Deodorant Spray - Deep
Nivea Men
Dari RM19.69
Kesegaran hingga 48 jam
Anti bau busuk & anti bakteria
Meninggalkan kesan putih pada baju
1 lagi
Bau maskulin

Kaum Adam malu berhadapan dengan wanita idaman kerana ketiak bau busuk? Jangan risau, deodorant Nivea Men ini akan selesaikan masalah bau badan akibat ketiak berbau. 

Produk untuk bawah lengan lelaki ini mengandungi arang yang akan melindungi anda dari peluh, bakteria dan bau badan. 

Turut diperbuat dengan perlindungan anti-perspirant yang berpanjangan hingga 48 jam dan bau yang kuat dan maskulin ini buatkan anda lebih yakin.

Jangan lupa untuk goncang botol deodorant yang sesuai untuk ketiak berpeluh ini sebelum guna dan pegang produk 15 cm dari ketiak sebelum disembur.

Price
RM19.69

Terbaik untuk Jenama Tempatan: Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpit

Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45g
Deodorant tahan lama 5 daripada 18
Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45g
Dari RM8.34
Harga murah
Perlindungan 48 jam
Keberkesanan bergantung pada individu
2 lagi
Bau wangi bak floral
Tidak mengandungi ethyl alcohol

Deodorant Lady Speed ini pula bakal melindungi ketiak anda daripada basah dan berbau masam akibat berpeluh. 

Sangat sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami masalah perpeluhan dan bau busuk ketiak yang melampau kerana ia jenis anti-perspirant. 

Jadi dengan harga yang berpatutan ini, bahagian bawah lengan anda akan kekal kering sepanjang hari.

Price
RM8.34

Terbaik untuk Bahan Organik: The Tawas Organic Deodorant

Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpit
Deodorant lokal terbaik 6 daripada 18
Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpit
Dari RM35.08
Meneutralkan bau badan
Boleh digunakan oleh lelaki & wanita
Tidak sesuai jika ada alahan dengan minyak pati
3 lagi
Tanpa paraben & baking soda
Vegan & cruelty free
Tidak melekit

Mulakan hari anda dengan sapuan deodorant stick jenama Hygr yang tidak mengandungi bahan kimia seperti aluminum atau alkohol.

Sebaliknya, produk anti bakteria ini diformulasikan dengan garam mineral semula jadi untuk mengawal pertumbuhan bakteria di bawah ketiak. 

Turut mengandungi minyak pati Tea Tree dan calamine agar ketiak anda kekal kering dan lembut sepanjang hari.

Jadi, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh kanak-kanak, atlet sukan, ibu hamil atau individu yang ada kulit sensitif. 

Produk buatan Malaysia ini menawarkan 5 pilihan bau segar dan wangi iaitu Soothing Lavender, Floral Rose, Tea Tree, Earthy Woody dan Fresh Cooling Citrus.

Price
RM35.08

Terbaik untuk Halal: Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60g

Magic Blue Natural Deodorant
Deodorant natural terbaik 7 daripada 18
Magic Blue Natural Deodorant
Dari RM26
Lulus KKM
Mencerahkan ketiak
Harga mahal, kuantiti sedikit
3 lagi
Bau tahan hingga 3 hari
Tanpa bahan kimia bahaya
Mengatasi masalah kulat air di kaki

Anda nak deodorant yang bagus untuk hilangkan masalah badan berbau? 

Magic Blue Natural Deodorant bukan hanya boleh menghilangkan bau ketiak, malah bagus juga untuk mengurangkan bau busuk kaki tau!

Semburan anti bakteria ini juga mampu membantu menghilangkan bau di celah kelengkang, jadi sembur sahaja di mana-mana kawasan badan yang berbau. 

Selamat digunakan oleh seisi keluarga kerana diformulasikan dengan bahan semula jadi iaitu tawas untuk menghapuskan bakteria punca bau badan, air mawar dan herba-herba terpilih. 

Boleh juga disembur di dalam kereta atau di rak kasut untuk menghilangkan bau hapak.

Price
RM26

Terbaik untuk Ketiak Berbau: DR.MIST Body Spray Deodorant 75ml

The Tawas Organic Deodorant
Deodorant organik terbaik 8 daripada 18
The Tawas Organic Deodorant
Dari RM8
Mengurangkan daki & kesan hitam
Untuk semua jenis kulit
Tidak boleh digunakan selepas cukur ketiak
2 lagi
Tidak melekit
Harga murah

Deodorant jenis spray ketiak dari jenama The Tawas ini diperbuat 100% daripada bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya. Selamat dan berkesan!

Bukan sahaja boleh mengurangkan bau ketiak, malah boleh membantu untuk menghapuskan kuman punca bau badan.

Selain itu, kulit ketiak anda juga lebih cerah lepas penggunaan tau.

Boleh disembur pada pada seluruh tubuh seperti celah paha, namun digalakkan untuk bilas selepas semburan pada anggota badan kecuali ketiak. 

Tak perlu risau tentang kesan sampingan kerana produk ini lulus KKM dan bebas paraben.

Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur termasuk remaja.

Selepas ini, tiada lagi masalah ketiak bau busuk walaupun badan berpeluh.

Price
RM8

Terbaik untuk Memutihkan Ketiak: Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra

Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50ml
Deodorant untuk remaja perempuan 9 daripada 18
Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50ml
Dari RM13.90
Telah diuji secara dermatologi
Mencerahkan bawah ketiak
Tidak sesuai diguna oleh lelaki
3 lagi
Kesegaran sepanjang hari
Bebas alkohol
Bau wangi

Kalau anda kerap mencukur ketiak, ini akan menyebabkan kulit di kawasan itu kusam dan gelap. 

Namun dengan deodorant Rexona Dry Serum Brightening, bawah ketiak boleh dicerahkan semula kerana mengandungi bahan pencerah iaitu Vitamin E dan ekstrak Licorice. 

Deodorant dengan bau Sakura ini 2 kali lebih cepat kering dan meresap ke dalam kulit berbanding deodorant jenis roll-on. 

Jadi, tak akan rasa melekit pada kulit bawah lengan dan boleh memberikan perlindungan daripada bau busuk dan peluh sehingga 48 jam. 

Barulah lebih yakin untuk mengangkat tangan ketika memanggil teman di khalayak ramai!

Price
RM13.90

Terbaik untuk Bebas Alkohol: Nixoderm Deodorant for Women

Veri Natural Deodorant Stick
Deodorant untuk ketiak berpeluh 10 daripada 18
Veri Natural Deodorant Stick
Dari RM49.05
Unisex
Anti bakteria
Harga mahal
3 lagi
Tidak mengandungi aluminium
Mudah dibawa ke mana-mana
Senang disapu pada ketiak

Jika anda ada bajet extra, apa salahnya berbelanja lebih untuk produk bawah lengan yang boleh menghilangkan bau busuk ketiak. 

Deodorant stick Veri Natural ini diperbuat daripada 100% bahan semula jadi iaitu minyak kelapa, minyak pati, Kaolin Clay dan Kokum Butter. 

Kandungan Shea Butter yang bersifat anti bakteria dalam produk ini pula bagus untuk menyingkirkan bakteria bawah ketiak.

Selain itu, deodorant ini boleh menghalang bau busuk dan pembentukan jerawat pada kulit bawah lengan anda.

Terdapat 3 pilihan bauan deodorant iaitu Rose Vanilla, Tea Tree Lemon dan Orange Lavender. 

Price
RM49.05

Terbaik untuk Lelaki: Nivea Men Deodorant Spray - Deep

Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone Classic (90g)
Deodorant terbaik untuk kulit sensitif 11 daripada 18
Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone Classic
Dari RM48
Tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan
Bebas alkohol & Aluminium Chlorohydrate
Harga mahal
2 lagi
Boleh digunakan oleh lelaki & wanita
Sesuai untuk kanak-kanak

Untuk anda yang sensitif dengan bau pewangi yang kuat, anda boleh guna deodorant yang tidak mengandungi wangian ini. 

Formulasinya yang bebas daripada bahan anti-perspirant juga tidak akan menyebabkan ada kesan putih pada pakaian anda. 

Diperbuat daripada 100% bahan semula jadi iaitu garam mineral, deodorant jenama Salt Of The Earth ini akan melindungi ketiak anda sepanjang hari.

Paling menarik, deodorant ini mudah dibawa ke mana-mana kerana crystal deodorant ini bersaiz kecil.

Price
RM48

Terbaik untuk Antiperspirant: Simple Kind to Skin Soothing Anti-Perspirant

DR.MIST Body Spray Deodorant 75ml
Deodorant untuk ketiak berbau 12 daripada 18
DR.MIST Body Spray Deodorant 75ml
Dari RM40.80
Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
Sesuai untuk yang ada masalah bau badan
Tidak mengawal keluaran peluh
3 lagi
Tidak menyebabkan iritasi kulit
Tanpa wangian
Tak berminyak

Mahukan deodorant spray yang tidak melekit pada kulit?

Anda cuba produk bawah ketiak jenama Dr.Mist ini yang akan memberikan kesegaran berpanjangan pada tubuh. 

Deodorant ini tidak mengandungi minyak atau krim yang boleh menyebabkan pori kulit di kawasan ketiak tersumbat.

Anda hanya perlu keringkan badan sebelum sembur deodorant ini pada bawah ketiak dan jangan lupa untuk sapu rata pada bahagian tersebut. 

Memandangkan deodorant ini jenis semburan, anda boleh berkongsi produk ini dengan seisi keluarga. 

Walaupun tidak mandi selama 2 hari, ketiak tetap berbau segar dengan semburan Dr.Mist deodorant.

Price
RM40.80

Terbaik untuk Wanita Bertudung: SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White

SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White
Deodorant terbaik untuk wanita 13 daripada 18
SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White
Dari RM10.20
Tanpa paraben, alkohol & pewarna
Telah diuji secara dermatologi
Tidak sesuai digunakan pada kulit yang luka
4 lagi
Tidak diuji ke atas haiwan
Mencerahkan ketiak
Anti bakteria
Halal

Bahagian bawah lengan anda akan kekal kering dan wangi sehingga 48 jam kerana deodorant Safi ini dirumus dengan ciri anti anti peluh. 

Selain itu, ia juga boleh memberikan kaum Hawa perlindungan anti bau ketiak busuk selama 60 jam. 

Selain tidak melekit pada kulit, deodorant ini juga tidak akan meninggalkan kesan putih pada pakaian tau. 

Ketiak hitam dan berbau pula boleh dicerahkan dan jadi selembut sutera kerana deodorant ketiak wangi ini mengandungi Niacinamide, ekstrak timun dan Aloe Vera.

Price
RM10.20

Terbaik untuk Kulit Sensitif: Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone Classic

Simple Kind to Skin Soothing Anti-Perspirant
Deodorant antiperspirant terbaik 14 daripada 18
Simple Kind to Skin Soothing Anti-Perspirant
Dari RM13.40
Tidak meninggalkan kesan putih pada baju
Mudah dibawa ketika travel
Tidak mengawal peluh berlebihan
1 lagi
Harga murah

Diformulasikan tanpa bahan kimia bahaya seperti pewarna dan wangian tiruan, deodorant untuk ketiak berbau ini sesuai untuk lelaki atau wanita yang ada kulit sensitif.

Produk jenis roll-on dari Simple ini juga mempunyai perlindungan anti-perspirant agar anda kurang berpeluh walaupun ketika cuaca panas terik.

Selain itu, produk ini jua mengandungi bahan Allantoin yang akan melembutkan kulit di bawah lipatan ketiak. 

Paling best, ketiak anda akan kekal kering dan tidak berbau busuk sehingga 48 jam.

Price
RM13.40

Terbaik untuk Ketiak Berpeluh: Veri Natural Deodorant Stick

Nixoderm Deodorant for Women
Deodorant yang bebas alkohol 15 daripada 18
Nixoderm Deodorant for Women
Dari RM14.20
Tidak meninggalkan kesan pada baju
Melembutkan kulit bawah lengan
Tidak sesuai untuk kulit yang ada luka
3 lagi
Mengawal bau badan
Kesegaran tahan lama
Halal & tidak melekit

Deodorant roll-on wanita dari Nixoderm ini diperbuat dengan formulasi bebas alkohol ini sesuai digunakan oleh anda yang mengalami masalah ketiak cepat berbau. 

Turut diformulasikan dengan ekstrak sengkuang agar kulit ketiak yang kusam, gelap dan berbau dapat dicerahkan. 

Selain dapat mengurangkan peluh, deodorant ini juga bagus untuk menyingkirkan bakteria penyebab bau busuk badan. 

Anda tidak perlu risau, deodorant ini elamat digunakan kerana tidak mengandungi paraben, triclosan, silikon dan pewarna tiruan. 

Cara guna sangat mudah! Anda hanya perlu golekkan botol produk pada kulit bawah lengan dan biarkan kering.

Price
RM14.20

Terbaik untuk Remaja Perempuan: Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50ml

Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll
Deodorant dry serum terbaik 16 daripada 18
Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On
Dari RM22.23
Bau wangi dan rasa sejuk
Mencerahkan kulit ketiak
Kurang sesuai untuk kuat berpeluh
3 lagi
Menegangkan kulit ketiak
Membuang sel-sel kulit mati di ketiak
Tahan lebih lama dan tidak melekit

Deodarant jenama Grace and Glow ini mempunyai aroma minyak wangi berjenama Black Opium YSL yang boleh membuatkan anda lebih berkeyakinan.

Bukan sekadar mengurangkan peluh dan bau tidak menyenangkan, produk ini turut mengandungi bahan utama yang baik untuk kulit seperti 5% Niacinamide dan 0.5% AHA.

Niacinamide berkesan untuk mengawal sebum, menegangkan dan mencerahkan kulit ketiak.

Manakala, bahan AHA pula membantu melicinkan kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit ketiak dengan pengelupasan dan mengecilkan liang kulit.

Namun, anda perlu tunggu kering dahulu baru pakai baju untuk mengelakkan ia meninggalkan kotoran.

Menurut pengguna, dia dah 4 kali beli deodarant ni dan baunya sangat wangi seperti bau anggur.

Price
RM22.23

Terbaik untuk Bahan Semula Jadi: Magic Blue Natural Deodorant

Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin E
Deodorant yang sesuai untuk kanak-kanak 17 daripada 18
Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin E
Dari RM17.76
Tiada paraben
Diperkaya dengan Vitamin E
Rasa sedikit sejuk
2 lagi
Menggalakkan pemutihan
Sesuai untuk kulit sensitif

Deodoran natural yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas.

Diperkaya dengan Vitamin E, deodorant ini juga mempunyai beberapa jenis bau yang anak-anak suka seperti epal, vanila, bubblegum, candy dan banyak lagi.

Menggunakan bahan-bahan semula jadi termasuk minyak biji bunga matahari, shea butter, beeswax, dan arrowroot powder essential oils.

Baunya juga bertahan sehingga 12 jam dan usah risau deorant ini tidak mengandungi paraben, bahan kimia, atau pewangi tiruan.

Teksturnya seperti balm, namun tidak melekit atau boleh menyumbat liang peluh.

Dengan saiznya yang kecil, anak anda boleh bawa ke sekolah dan ke mana-mana sahaja.

Price
RM17.76

Terbaik untuk Tahan Lama: Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45g

Deodorant terbaik untuk remaja 18 daripada 18
Bad Lab Roll-On Deodorant
Bad Lab
Dari RM12.99
Sesuai untuk kulit sensitif
Melindungi kulit
Tidak sesuai untuk wanita
1 lagi
Bebas alkohol

Deodorant Roll-On Bad Lab direka untuk kegunaan harian dan ia menawarkan penggunaan yang mudah dan boleh beri perlindungan tahan lama terhadap bau badan.

Jika anda beragama Islam, deodorant ini selamat digunakan kerana bebas alkohol dan diperakui halal.

Apa yang membezakan deodorant ini dengan jenama lain adalah formula jenis serumnya yang inovatif.

Selain itu, diperkaya dengan Fluidipure™ 8G dan Ekstrak RedSnow, ia memberikan manfaat serta menjaga kesihatan kulit anda secara semula jadi.

Fluidipure™ 8G membentuk lapisan perlindungan yang menghalang bakteria penyebab bau, sambil memulihkan keseimbangan pH asid semula jadi kulit.

Ekstrak RedSnow pula bertindak sebagai antioksidan yang kuat, membantu menyegarkan kulit anda untuk penampilan yang lebih muda.

Dengan setiap penggunaan, anda tidak hanya kekal segar tetapi juga menjaga kesejahteraan kulit anda.

Price
RM12.99

Soalan Lazim Tentang Deodorant

Apakah deodorant terbaik untuk menghilangkan bau badan?

Deodorant jenis anti-perspirant seperti G&H PROTECT+ atau Nivea Men Deodorant Spray paling berkesan kerana ia menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau, bukan sekadar menutup bau dengan wangian. Untuk bau badan yang teruk, gunakan selepas mandi ketika ketiak kering sepenuhnya.

Apakah deodoran yang sesuai untuk ketiak berbau dan berpeluh?

Pilih deodorant berlabel anti-perspirant seperti Veri Natural Deodorant Stick atau DR.MIST Body Spray, kerana kandungan ini mengurangkan peluh selain menghalang bau. Elakkan deodorant jenis wangian sahaja jika masalah peluh anda ketara.

Apakah deodoran yang boleh memutihkan ketiak?

Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra dan Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum direka khusus untuk mencerahkan kulit bawah lengan sambil mengawal bau; keputusan mencerahkan biasanya kelihatan selepas penggunaan konsisten beberapa minggu, bukan serta-merta.

Apakah ubat yang boleh menghilangkan bau ketiak?

Deodorant harian sudah memadai untuk kebanyakan orang; jika bau badan berterusan walaupun sudah guna deodorant anti-perspirant, ini boleh jadi tanda masalah kulit atau hormon yang perlu disemak oleh doktor, bukan sesuatu yang deodorant sahaja dapat selesaikan.

Kegunaan Deodorant

Kegunaan utama deodorant adalah untuk melindungi badan daripada bau yang kurang menyenangkan akibat peluh atau ketiak berbau.

Dengan bahan anti-perspirant dalam deodorant, ia membantu mengurangkan peluh dan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, sesetengah deodorant juga hadir dalam pelbagai bau yang memberikan rasa wangi dan lebih segar.

Daripada bau fresh hingga buah, anda boleh pilih mencari deodorant yang paling sesuai.

Ada juga deodorant yang memberikan kesan melembutkan dan mencerahkan kulit.

Tambah lagi, deodorant mudah dibawa ke mana-mana. Anda boleh simpan satu di dalam beg tangan atau beg gym untuk kemudahan penggunaan bila-bila masa diperlukan.

Jadi anda tidak perlu risau tentang bau badan busuk bila berada di luar rumah atau selepas bersenam.

Malah, ini akan membantu meningkatkan tahap keyakinan diri terutamanya semasa bekerja dan bergaul dengan orang lain.


Panduan Memilih Deodorant: Cara Hilangkan Peluh Ketiak 

Anda rasa kurang yakin nak berdepan dengan orang ramai gara-gara ketiak yang berbau akibat berpeluh pada bawah lengan? 

Jangan bimbang, jom amalkan tips berikut untuk mengurangkan peluh ketiak anda:

  • Pilih fabrik pakaian yang menyerap peluh 

Elakkan daripada memakai baju yang diperbuat dari fabrik yang tidak menyerap peluh seperti nilon, sutera atau rayon. 

Sebaliknya, pakai pakaian yang diperbuat daripada linen atau kapas. Paling penting, pilih baju yang bersaiz longgar. 

  • Guna produk jenis anti-perspirant 

Produk bawah lengan yang mempunyai ciri anti peluh atau anti-perspirant bagus untuk anda yang mengalami masalah peluh ketiak.

Ini kerana bahan ini mengandungi bahan yang boleh mengurangkan peluh. 

  • Jangan lupa untuk cukur bulu ketiak 

Bulu ketiak yang tidak dicukur akan menyebabkan peluh berbau busuk. Jadi, rajin-rajinlah mencukur untuk jaga kebersihan bawah lengan anda. 

  • Jaga permakanan atau diet anda

Elakkan daripada mengambil makanan atau minuman yang boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak seperti kafein, makanan pedas atau yang tinggi lemak. 

Yang penting, banyakkan minum air putih kerana boleh menyejukkan badan dan sekaligus mengelakkan perpeluhan bawah ketiak dengan berlebihan. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation