Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sabun lifebuoy

6 Sabun Mandi Lifebuoy Terbaik di Malaysia 2024 (Bentuk Buku, Cecair)

Pilih sabun lifebuoy yang sesuai untuk jenis kulit anda.

Jenama lifebuoy diperakui antara jenama sabun mandi pilihan ramai kerana bau yang wangi.

Dalam masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi khas termasuk perlindungan bakteria.

Kalau nak tahu sebenarnya terdapat pelbagai jenis sabun mandi lifebuoy di pasaran.

Jom lihat senarai jenis sabun mandi lifebuoy refill dan botol.


Senarai 6 Sabun Mandi Lifebuoy

Sabun mandi lifebuoy untuk kulit sensitif
Lifebuoy Mild Care Antibacterial Shower Gel
Lifebuoy
Lifebuoy Mild Care Antibacterial Shower Gel
mulai
RM11.90
Semak Lifebuoy Mild Care Antibacterial Shower Gel harga dibawah:
add_circle Melembutkan dan melembapkan kulit
add_circle Melindungi kulit daripada kuman
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Tekstur kering

Sebab menjadi pilihan

Sesuai untuk kulit sensitif, khasiat dan formula sabun ini mampu memberi perlindungan dan penjagaan daripada kulit sensitif serta menghalang jangkitan kuman.

Ciri-ciri:

Sabun ini sesuai untuk kulit sensitif yang memerlukan keseimbangan antara penjagaan dan perlindungan.

Ini kerana menggunakan formula istimewa yang mengandungi khasiat krim susu untuk membuatkan kulit sentiasa lembut dan licin.

Malah bukan sahaja dapat melembutkan kulit tapi direka untuk melindungi kulit daripada kuman dengan formula perlindungan untuk menentang 10 punca jangkitan kuman pada kulit.

Jenis sabun mandi lifebuoy ini menawarkan kelembutan dan kesihatan kulit buat anda yang mengalami masalah kulit sensitif.

Review

“Memang best pakai, bau lembut dan menyenangkan”

Sabun mandi lifebuoy lemon
Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Lemon Fresh
Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Lemon Fresh
mulai
RM16.90
Semak Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Lemon Fresh harga dibawah:
add_circle Khasiat lemon dengan kuasa antibakteria
add_circle Memberi haruman lemon
add_circle Melawan bau badan
remove_circle Perlu guna moisturizer

Sabun mandi lifebuoy ini diperkaya dengan formula lemon yang mempunyai kuasa anti bakteria.

Sekaligus bau lemon ini berupaya untuk melawan bau badan yang menjadi penyebab bakteria.

Dengan khasiat lemon, sabun ini dapat membuatkan badan anda segar sepanjang hari serta melindungi anda daripada bakteria apabila berpeluh.

Tambah lagi, dengan bau lemon yang wangi, dapat memberi haruman yang menyegarkan.

Sabun mandi lifebuoy biru
Lifebuoy Antibacterial Cool Fresh Shower Gel
Lifebuoy Antibacterial Cool Fresh Shower Gel
mulai
RM18.40
Semak Lifebuoy Antibacterial Cool Fresh Shower Gel harga dibawah:
add_circle Khasiat peppermint dan mentol
add_circle Menyejukkan kulit
add_circle Melindungi kulit dari jangkitan
remove_circle Mudah melarut apabila terkena air

Sabun mandi lifebuoy ini diperkaya dengan khasiat peppermint yang banyak digunakan ahli herba Yunani dan Rom kuno untuk menyembuhkan penyakit.

Tambahan lagi, mengandungi kristal mentol organik dari minyak daun pudina yang mampu membersihkan pori kulit secara mendalam.

Disamping itu mentol juga membuatkan kulit anda berasa sejuk dan segar apabila mandi serta melindungi kulit dari jangkitan.

Sabun mandi lifebuoy antibakteria
Lifebuoy Total 10 Shower Gel
Lifebuoy
Lifebuoy Total 10 Shower Gel
mulai
RM16.90
Semak Lifebuoy Total 10 Shower Gel harga dibawah:
add_circle Membersih secara mendalam
add_circle Melindungi kulit daripada kuman
remove_circle Bau tidak terlalu wangi

Dengan kandungan formula perlindungan dengan active 5 sabun mandi lifebuoy ini mampu membersih pori badan secara mendalam.

Ciri ini juga dapat melindungi kulit daripada kuman dan dapat memberi kesegaran pada badan.

Penggunaan secara kerap membantu menghalang kulit daripada 10 punca jangkitan kuman serta memberi kulit yang lebih sihat.

Sabun mandi lifebuoy paling wangi
Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Shiso & Pink Clay
Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Shiso & Pink Clay
mulai
RM20.90
Semak Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Shiso & Pink Clay harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan badan berjerawat
add_circle Membaiki tona kulit tidak sekata
add_circle Khasiat semulajadi
add_circle Wangi

Diinspirasikan daripada kebaikan semula jadi Shiso dari Jepun dan sabun mandi lifebuoy ini mampu mencuci serta membersih secara menyeluruh.

Bukan itu sahaja, mempunyai fungsi detox daripada penyebab jerawat serta mampu memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Sabun ini amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat badan tambah-tambah lagi baunya agak lembut dan wangi.

Sabun mandi lifebuoy buku
Lifebuoy Bar Soap Total 10
Lifebuoy Bar Soap Total 10
mulai
RM5.90
Semak Lifebuoy Bar Soap Total 10 harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Melindungi daripada jangkitan kuman
add_circle Membersih secara menyeluruh
remove_circle Bau tidak terlalu wangi

Untuk anda yang ingin berjimat dalam perbelanjaan tapi masih mahu sabun yang mempunyai perlindungan menyeluruh, sabun mandi Lifebuoy bar soap Total 10 adalah jawapannya.

Dengan Total 10, sabun ini berupaya memberi perlindungan yang kuat daripada kuman penyebab penyakit.

Sabun ini juga mengandungi Activ Silver, iaitu bahan antibakteria yang mampu menembusi dinding kuman untuk memusnahkannya sepenuhnya dari dalam.


Bagaimana Cara Memilih Sabun Lifebuoy?

  • Kenali jenis kulit anda

Perkara pertama anda perlu mengenali jenis dan masalah kulit yang anda hadapi.

Ini kerana setiap jenis sabun telah dikhaskan untuk jenis dan masalah kulit yang berbeza.

Lagipun gusar jika sabun tersebut memberi kesan iritasi teruk dan tidak memberi kesan apa-apa pada badan.

  • Pilih sabun yang sesuai 

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda disarankan memilih sabun jenis gel atau losyen untuk melembapkan kulit.

Manakala bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, anda disaran untuk memilih sabun yang terdapat ramuan oil control.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, elakkan menggunakan sabun mandi yang mempunyai bahan detergen kerana boleh menyebabkan kulit iritasi.

  • Pilih sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria

Sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria dapat membunuh kuman atau bakteria yang menjadi penyebab kepada bau badan anda.

Kandugan anti bakteria juga mampu mencegah daripada mengalami jangkitan pada kulit.

  • Pilih sabun yang sesuai dengan aktiviti harian anda

Seterusnya, anda perlu memastikan sesuai dengan aktiviti harian anda.

Jika aktiviti harian anda banyak terdedah dengan kotoran, anda disarankan untuk memilih sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat.

  • Pastikan sabun anda pilih tidak tarikh luput

Ingin diingatkan sabun yang telah melepasi tarikh luput boleh menyebabkan anda mengalami iritasi atau jangkitan pada kulit.


Artikel Berkaitan

End of Article