Mesin printer boleh dikatakan salah satu mesin penting yang boleh memudahkan kita dalam melaksanakan tugas pencetakan atau salinan.
Lebih-lebih lagi, bila bekerja di rumah dan memerlukan banyak pencetakan menjadikan anda perlu memilih printer yang bagus.
Jadi kami bantu anda senaraikan jenama printer, jenis printer dan tentunya printer Malaysia terbaik untuk anda guna di rumah, pejabat kecil, di taska atau sekolah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Jenama Printer Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Printer jenama Epson boleh menjimatkan kos cetakan kerana dakwat boleh diisi semula dengan mudah.
Ciri-ciri:
Kapasiti dakwat juga tinggi dimana mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih, 7500 halaman cetakan berwarna.
Selain itu, Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan WiFi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti.
Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer dan monitor ink level dari smartphone anda sahaja.
Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi manakala resolusi scanner mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.
Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.
Epson turut menyediakan waranti selama 2 tahun atau 30,000 halaman cetakan.
Review:
"Kerja sekolah anak, kerja office guna printer ni. Baguslah. Warna dia pun cantik"
Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) ini merupakan printer jenis laser bersaiz kompak dan berkualiti tinggi.
Mempunyai ciri kemampuan mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.
Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.
Menariknya, kelajuan cetakan boleh mencecah sehingga 20ppm! Sangat pantas!
Bukan itu sahaja, bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.
Brother turut menyediakan waranti selama 3 tahun kepada pengguna.
Dengan printer Canon - PIXMA G3010 ini, anda boleh mencetak, scan dan menyalin dokumen dengan mudah dan cepat!
Kelajuan mencetak sehingga 8.8ipm (mono) dan 5.0ipm (warna) pada saiz A4, anda boleh mencetak tugasan penting anda dengan kualiti yang bagus.
Menariknya, untuk mencetak foto berukuran 4 x 6 inci, anda hanya memerlukan masa selama 60 saat sahaja tau.
Tambah lagi, pencetak ini boleh mencetak dengan jumlah yang tinggi namun dengan kos operasi yang rendah.
Anda boleh dengan mudah mencetak dokumen dari peranti apa pun yang disambungkan ke rangkaian WiFi seperti laptop, telefon pintar atau tablet.
Katrij tinta hitam boleh mencetak sehingga 6000 halaman, manakala katrij tinta warna boleh mencetak sehingga 7000 halaman.
Dengan penggunaan dakwat HP thermal inkjet, printer ini boleh dikategorikan printer yang menjimatkan.
Malah mampu memberikan fungsi all in one pada satu printer dengan kualiti cetakan yang bagus.
Untuk resolusi maksimum sehingga 1200X1200 untuk hitam manakala pencetakan warna pula mampu mencecah sehingga 4800 X 1200.
Bahagian scanning pula resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi yang akan buatkan cetakan nampak lebih kemas dan jelas.
Sealin itu, paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dalam satu masa.
HP juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.
Printer jenama Canon merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin mencari printer bajet murah dan bagus.
Walaupun murah tapi mampu memberi resolusi cetakan maksimum sehingga 4800 dpi (horizontal) dan 1X600 dpi (vertical).
Kelajuan printing masih menepati ISO standard print speed (A4) iaitu 8.0 ipm untuk hitam putih manakala 4.0 ipm untuk cetakan berwarna.
Saiz printer ini juga compact, ringan, mudah dibawa dan disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar.
Canon turut memberi waranti selama 1 tahun kepada pengguna.
Jenama printer ini berupaya memberi fungsi 3 dalam 1 iaitu, print, scan dan copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.
Dengan fungsi WiFi atau wireless, anda boleh monitor jumlah dakwat printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.
Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4): 4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).
Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi.
Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.
Printer jenama HP ini mempunyai fungsi all in one termasuk kelebihan boleh menyambung WiFi dan Bluetooth.
Maksudnya, anda boleh membuat penyambungan pada smartphone ataupun komputer dengan mudah.
Selain itu, kualiti cetakan dengan resolusi maksimum sehingga 1200 X 1200 dpi untuk hitam putih dan 4800 X 1200 dpi untuk cetakan berwarna.
Kelajuan cetakan pula, printer ini mampu mencetak pada kelajuan 15 ppm untuk hitam putih dan 9 ppm untuk cetakan berwarna.
Kapasiti paper tray, mampu memuatkan sehingga 100 keping kertas A4 untuk satu sesi.
Dakwatnya pula mampu mencetak hingga 6000 halaman untuk cetakan hitam dan 8000 halaman untuk cetakan berwarna.
Bagi fungsi mengimbas pula, mampu mencecah resolusi maksimum sehingga 1200 dpi dengan kelajuan sehingga 3.5 ipm.
Kemudian, fungsi salinan, resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi dengan kelajuan sehingga 13 cpm untuk hitam putih, 6 cpm untuk berwarna.
HP turut menyediakan waranti selama 2 tahun dengan 1 kali penggantian untuk unit yang bermasalah.
Printer ini merupakan printer bersaiz mini yang membolehkan anda mencetak gambar daripada Android 4.1 atau iOS 9.0 dan ke atas dengan sambungan Bluetooth.
Printer ini boleh disambungkan ke 3 peranti dalam satu masa supaya dapat mudahkan anda melakukan cetakan.
Dengan printer ini, anda boleh mencetak dan menyunting gambar dengan menggunakan aplikasi Mijia Apps.
Printer ini tidak memerlukan ink kerana menggunakan kertas jenis zink dan cetakannya juga pantas dimana hanya mengambil masa 40 saat untuk sekeping gambar.
Resolusi cetakan printer adalah 313 x 400 dpi dan dimensi cetakan ialah 2X3 Inci.
Paper tray untuk Epson EcoTank L14150 All in One Printer mampu memuatkan 10 helai kertas sahaja.
Xiaomi turut memberi waranti selama 1 tahun kepada penggunanya.
Dengan reka bentuk yang menarik, Canon Pixma TS307 menawarkan kelajuan cetak ISO standard yang memuaskan.
Cetakannya boleh mencapai hingga 7.7ipm untuk warna hitam dan 4.0ipm untuk cetakan berwarna.
Selain itu, anda dapat menghubungkan printer ini dengan mudah melalui pelbagai pilihan sambungan, mudah digunakan di rumah anda.
Ini termasuk peranti tambahan seperti Hi-speed USB 2.0, WiFi, wireless pictbridge, Mopria, AirPrint, BLE, dan Access Point Mode.
Printer ini juga menggunakan ink cartridge yang murah, jadi anda akan jimat kos tanpa perlu mengabaikan kualiti cetakan.
Dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY, anda juga akan dapat buat salinan dokumen atau foto secara langsung dari smartphone anda dengan mudah.
Secara tidak langsung, Canon Pixma TS307 merupakan sebuah printer yang memudahkan tugasan guru dan menawarkan harga murah.
Apakah Tips Memilih Printer Yang Baik?
Printer yang bagus sebenarnya bergantung pada kegunaan kita pada sesebuah mesin printer.
Jika anda kerap menggunakan printer, pastikan printer tersebut mampu mencetak banyak kertas dalam satu masa.
Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi ciri-ciri printer yang baik. Antaranya;
-
Spesifikasi dan kualiti
Selain dari memilih printer jenama terkenal, spesifikasi printer juga perlu diambil kira bagi memastikan jenis printer yang dipilih bersesuaian dengan keperluan.
Kualiti juga perlu diambil kira untuk memastikan printer tahan lasak dan tidak mudah tersangkut semasa anda menggunakannya.
Tambahan lagi, kualiti cetakan juga perlu diambil kira, resolusi yang tinggi akan memberi cetakan yang cantik.
-
Kos penggunaan dakwat
Printer dan dakwat mempengaruhi kos penggunaan cattridge atau toner.
Printer inkjet atau deskjet mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.
Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).
Tapi zaman sekarang terdapat printer yang menggunakan ink tank dimana boleh refill semula dakwat sekaligus menjimatkan wang daripada membeli cartridge baru.
-
Kertas dan jumlah pencetakan
Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer.
Ini kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000.
-
Sambungan printer
Di pasaran terdapat beberapa jenis printer yang memerlukan sambungan wayar dan juga jenis sambungan wireless.
Printer jenis tanpa wayar lebih memudahkan anda untuk bawa kemana saja dan menyambung ke pelbagai peranti.
Ingin tahu lebih lanjut lagi, jom kita dengarkan penerangan ringkas dari video dibawah.
Apakah Perbezaan Antara Pencetak Inkjet Dan Pencetak Laser Jet?
Tidak semua fungsi printer sama, jadi sebelum nak beli perlu tahu apa perbezaan inkjet dan laserjet supaya pembelian berbaloi.
-
Printer Inkjet
Harga printer inkjet atau deskjet yang murah mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Cuma perlu mengetahui penggunaan anda, jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Tapi, dakwat cartridge sedikit mahal berbanding dakwat jenis ink tank.
-
Printer Laserjet
Berbeza dengan printer lain, printer laser menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat, kuantiti yang banyak.
Warna dihasilkan pun jauh lebih cantik dimana anda akan nampak permukaan gambar lebih berkilat.
Tapi, printer laserjet lebih mahal berbanding ink tank dan cartridge.