Kecantikan

13 Ubat Kurap Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Berkesan)

Boleh rawat masalah kurap, ini senarai ubat kurap paling berkesan untuk, ubat panau & cream kurap supaya tidak ada lagi masalah gatal.


Editor · Updated 31 Oct 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Ubat Kurap Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Berkesan)

Untuk pengetahuan semua, kurap bukan saja boleh menjangkiti bahagian kulit tapi bahagian kuku dan rambut juga.

Kurap boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama.

Kandungan

Misalnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Untuk merawat masalah kurap anda perlu menyapu cream kurap yang sesuai dengan kulit anda.

Mengikut kajian, panau juga merupakan salah satu jangkitan kulat pada kulit dan perlu menggunakan ubat panau untuk mengawalnya daripada terus merebak.

Selain ubat kurap tradisional, anda juga boleh dapatkan ubat kurap di Watsons pada harga berpatutan.

Tapi lebih baik kalau anda lihat sahaja senarai ubat kurap paling berkesan dan terbaik untuk merawat masalah kulit ini.


Senarai 13 Ubat Kurap Paling Berkesan

SET Sabun & Krim Daun Gelenggang
Ubat kurap belakang badan 1 daripada 13
Set Sabun & Krim Daun Gelenggang
Dari RM18
Boleh mengurangkan kegatalan
Bau yang wangi
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Mampu menghilangkan kudis
Bekas yang besar

Pening kepala memikirkan bagaimana hendak atasi masalah kurap air anda? Jangan risau sebab SET Sabun & Krim Daun Gelenggang mampu menyelesaikan masalah anda!

Sejak dulu lagi daun gelenggang memang terbukti dapat mengubati penyakit berkaitan dengan kegatalan kulit seperti kudis, panau, ruam dan juga kurap air.

Dengan inovasi terkini, anda hanya perlu sapu sahaja ubat ini di tempat yang gatal tersebut sebanyak 2 atau 3 kali sehari. 

Jadi, tidak perlu lagi tumbuk daun gelenggang dan campurkan dengan minyak untuk menghasilkan ubat kurap ini.

Walaupun nampak macam mahal, tapi anda sebenarnya akan dapat satu set penjagaan kulit daripada masalah gatal dan kurap.

Memang satu pembelian berbaloi, dan juga untuk penjagaan kulit berpanjangan.

Psoriasis Eczema Cream
Ubat kurap di belakang badan 2 daripada 13
Krim Ekzema Psoriasis
Psoriasis Eczema Cream
Dari RM4
Harga mampu milik
Beri kesan sejuk
Tidak sesuai untuk baby
1 lagi
Senang digunakan

Rasa kegatalan yang dialami di belakang badan memang akan buat kita rasa tak selesa, lebih-lebih lagi semasa berada di luar rumah.

Jika begitu, anda boleh cuba guna cream ini yang merupakan 100% herba cina asli dengan harumannya yang sangat menyegarkan.

Bukan itu sahaja, ia dapat memberikan kesan sejuk selepas digunakan di kulit sekaligus dapat melegakan kegatalan.

Selain itu, produk ini juga sesuai digunakan untuk jangkitan kulat yang lain seperti ekzema, kurap tangan, lepuh, dan gigitan nyamuk.

Dengan harga yang murah memang tak akan rasa rugi beli produk ini.

Ubat kurap  cap Tiga Senapang
Ubat kurap cap senapang 3 daripada 13
Ubat Kurap Cap Tiga Senapang
Tiga Senapang
Dari RM3.59
Berkesan merawat panau
Murah
Mempunyai kuantiti yang sedikit

Anda sedang mengalami jangkitan kurap di bahagian leher? Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada keyakinan diri anda.

Usah khuatir lagi kerana anda boleh cuba menggunakan ubat kurap cap Tiga Senapang yang sememangnya dikenali ramai!

Ia mempunyai kandungan salicylic acid 5.0% yang dapat merawat jangkitan kulat seperti kurap dan panau. 

Produk ini juga boleh dijadikan sebagai stok kecemasan sekiranya anda mengalami jangkitan kulat di masa akan datang.

Lepas ni tak perlu risau lagi kalau terkena jangkitan bakteria sehingga menyebabkan kurap, beli sekarang dan buat simpanan untuk masa kecemasan.

Ubat Kurap Hurix
Ubat kurap untuk kanak-kanak 4 daripada 13
Ubat Kurap Hurix
Hurix
Dari RM26.90
Mengurangkan kegatalan
Boleh merawat ekzema
Bukan untuk ekzema teruk
1 lagi
Murah

Adakah kulit anda gatal, mengelupas, atau memberikan bau yang kurang menyenangkan? 

Anda mungkin mengalami jangkitan kulat yang dinamakan sebagai ringworm. 

Jangan risau, ubat kurap dari Hurix ini mampu merawat dan mengurangkan jangkitan tersebut.

Malah, ia juga mampu merawat jangkitan kulat yang lain seperti tinea pedis dan tinea corporis, psoriasis dan ekzema. 

Bahan utama yang terdapat dalam produk ini adalah salicylic acid dan benzoic acid yang selamat digunakan untuk kanak-kanak.

Gabungan kedua-dua bahan tersebut boleh membuang sel-sel kulit mati dan juga merawat kerengsaan dan keradangan kulit yang disebabkan oleh ekzema atau jangkitan luka yang lain.

Cap kaki tiga ubat kurap
Ubat kurap terbaik secara keseluruhan 5 daripada 13
Ubat Kurap Cap Kaki Tiga
Dari RM5
Harga murah
Cepat berkesan
Sedikit pedih

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan bahan campuran tradisional perubatan Cina, ubat ini mampu menyelesaikan masalah kegatalan kulit dan kurap dengan sangat berkesan.

Ciri-ciri:

Tidak kira panau, ruam merah, kurap, ruam air, kudis buta dan masalah kegatalan lain, anda sapukan saja pada bahagian gatal.

Cuma anda akan rasa sedikit pedih yang menyengat apabila tindak balas berlaku tapi hasilnya dalam masa 3 hari.

Cecair warna merah akan bertukar putih kekuningan akibat tindak balas dengan bakteria atau fungus pada permukaan kulit gatal.

Sapu pada setiap hari iaitu 2-3 kali dan sebaiknya selepas mandi.

Review:

“Memang pedih tapi lepas 2-3 minit dah reda dah. Pakai sebab ada kurap kat dada. Lepas 3 hari, baik terus.”

Sumifun Eczema Cream Treatment Antifungal
Ubat kurap baby 6 daripada 13
Krim Ekzema Herbal Antibacterial
Dari RM27.95
Campuran ekstrak bahan semula jadi
Sesuai untuk semua peringkat umur
Tidak sesuai untuk kegunaan dalaman

Jika anda mengalami masalah gatal-gatal kulit seperti kurap, ruam, psoriasis, mengelupas atau gatal Sumifun Eczema Cream adalah pilihan terbaik.

Krim ini dapat menyelesaikan masalah anda dengan menyingkirkan bakteria dan fungus dengan berkesan sehingga ke akar.

Ini kerana kandungannya mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi seperti Phellodendri, Kochia Scoparia, Dictamni, DL-Menthol dan Cnidium monnieri.

Campuran bahan ini menjadikan sesuai untuk kegunaan setiap peringkat umur dari bayi sehingga orang tua.

Hanya sapu pada permukaan gatal 2 - 3 kali sehari.

Ubat Anti Kurap - Medical for Elergic Skin
Ubat kurap kepala 7 daripada 13
Ubat Anti Kurap - Medical for Elergic Skin
Dari RM4.97
Berkesan selepas 3 hari
Tidak panas dan melekit
Sukar dapati di pasaran
1 lagi
Tidak mengandungi steroid

Bagi anda yang mengalami gatal atau kurap yang terlalu teruk sehingga naik bahagian kepala, boleh guna krim ini.

Bukan saja sesuai untuk kurap pada bahagian kepala tapi untuk celah kelangkang atau celah badan juga.

Malah bagi mereka yang mengalami kudis buta, alergi, gatal, ruam, menghilangkan kesan parut atau psoriasis, boleh sapu krim ini.

Ini kerana bahannya diformulasi dengan ramuan tradisional 100% organik antaranya daun rerama, teras pokok jambu dan serbuk mutiara.

Sesuai untuk semua orang termasuk bayi dan tekstur tidak melekit atau panas malah wangi.

Cap Pokok Kelapa Ubat Kurap 15g
Ubat kurap kering 8 daripada 13
Ubat Kurap Cap Pokok Kelapa
Dari RM9.90
Sesuai untuk semua masalah kulit gatal
Mengandungi bahan tradisional
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Bagi anda yang belum jumpa ubat yang sesuai untuk selesaikan masalah kegatalan kulit, boleh cuba produk ini.

Ubat ini dapat merawat masalah kulit gatal seperti panau, kulat air, kurap, alergi, gatal-gatal dan lain-lain.

Hanya sapu pada bahagian gatal tersebut dan biarkan sehingga kering.

Anda boleh gunakannya pada waktu pagi dan malam selepas mandi.

Eczema Cream  藏藥皮寶15g
Ubat kurap di badan 9 daripada 13
Krim Ekzema / 藏藥皮寶15g
Dari RM2.67
Boleh sapu untuk kegunaan dalaman
Tidak mengandungi steroid
Tidak sesuai untuk wanita mengandung
1 lagi
Sesuai untuk masalah gatal

Ubat gatal ini mengandungi bahan tradisional China dimana dapat menyelesaikan semua masalah gatal kulit.

Antaranya panau, kurap, ulat air, ruam, dermatitis, ekzema, psoriasis, kudis buta, gigitan nyamuk dan masalah kegatalan yang lain.

Jika anda mengalami kegatalan pada bahagian anus atau bahagian sulit wanita, boleh sapu ubat ini pada kawasan tersebut.

Tapi sebaiknya cuci bahagian alat sulit dengan air bersih dan sapukan dengan jumlah yang sesuai.

Walaupun kandungan bahannya tidak mengandungi steroid tapi untuk kegunaan wanita mengandung tidak digalakkan.

Creobic Antifungal Cream
Ubat kurap di leher 10 daripada 13
Krim Creobic Antifungal
Dari RM6.99
Harga murah
Berkesan selama 7 hari
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Mengandungi bahan aktif
Bunuh kuman kurap sehingga ke akar

Dengan menggunakan krim daripada CREOBIC ini, anda dapat membebaskan kulit anda daripada serangan penyakit kulit kurap anda.

Krim ini menyerang dengan mengganas dengan menggunakan triple-action treatment untuk membunuh kurap dan penyakit-penyakit kulat yang lain.

Selain itu, krim ini juga elok digunakan oleh orang dewasa dan juga pada bayi.

Dengan penggunaan yang konsisten, anda boleh merawat masalah kurap seawal 7 hari tau!

Antifungal Aloe Vera Cream Tinea
Ubat kurap celah kelangkang 11 daripada 13
Krim Tinea Aloe Vera Antifungal
Dari RM6.40
Boleh digunakan untuk ekzema
Tidak mengandungi bahan terlarang
Sedikit pedih
1 lagi
Dapat hilangkan masalah gatal 3 hari

Krim lidah buaya ini boleh digunakan pada ahli keluarga anda yang sedang mengalami penyakit kurap mahupun ekzema.

Dengan kegunaan krim ini, rasa gatal yang dialami akan berkurangan dengan serta merta. 

Krim ini mampu mengawal keradangan yang dialami seawal tiga hari sahaja! 

Bagaimanapun, anda mungkin akan terasa sedikit pedih pada bahagian yang disapu jadi boleh cuba sapu sedikit dahulu untuk pastikan anda boleh tahan. 

3LEGS TINEA KARE ANTI-FUNGAL CREAM
Ubat kurap di Watsons 12 daripada 13
Ubat Kurap Tinea-Kare Cap Kaki Tiga
Dari RM11.50
Krim cepat kering
Keberkesanan cepat
Tidak semua kulit sesuai
2 lagi
Tidak ada kesan sampingan
Sah KKM

Selain daripada ubat-ubatan tradisional, anda juga boleh guna rawatan moden seperti menggunakan krim 3Legs ini.

Dengan kandungan bahan clotrimazole 1%, produk ini dicipta untuk menentang fungal kurap yang telah menjadi perumah di kulit anda.

Jika penyakit kulit anda didapati hilang selepas menggunakan krim ini, teruskan penggunaannya selama dua ke empat minggu untuk mencegah penyakit ini berulang.

Selain cepat kering ke dalam kulit, ubat kurap ini juga selamat digunakan pada kulit kerana telah mendapat pengiktirafan sah KKM. 

Ubat kurap air 13 daripada 13
Losyen Freederm Antifungal (30ml)
Freederm
Dari RM16.85
Tidak ada kesan sampingan
Harga murah
Perlu dibasuh selepas guna
1 lagi
Sah KKM

Kurap boleh juga menjangkiti bahagian kulit yang terlindung seperti kawasan lipatan dan kawasan yang berbulu.

Bagi merawat kurap di kawasan ini, persediaan dalam bentuk losyen atau gel lebih sesuai digunakan.

Losyen Freederm bertindak dengan aktiviti anti kulat berspektrum luas manakala Terbinafine bertindak menghalang pembentukan dan tumbesaran kulat.

Jangkitan fungus pada kulit termasuk kurap air, tinea krunis, kurap, panau dan jangkitan fungus pada kuku boleh dirawat. 

Dengan harga yang murah, ubat kurap air ini juga selamat digunakan pada kulit kerana telah mendapat pengiktirafan sah KKM. 


Bagaimanakan Cara Terbaik Pilih Ubat Kurap?

Anda pernah mengalami kurap pada sesetengah badan?

Keadaan ini tidak hanya menyebabkan kegatalan yang teruk, malah boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.

Bagi membantu anda mengatasi masalah kurap, terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh diambil. 

Tapi, bagaimana cara memilih ubat kurap yang sesuai untuk anda?

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda memilih ubat kurap.

  • Bincang dengan doktor atau ahli farmasi

Doktor merupakan profesional yang terbaik untuk memberi nasihat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Pastikan anda memberitahu mereka tentang sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang anda alami, supaya mereka dapat memberikan nasihat yang tepat.

  • Cari ubat yang mengandungi bahan aktif seperti ketokonazol atau miconazol

Kedua-dua bahan ini terbukti berkesan dalam mengatasi masalah kurap.

Pastikan ubat yang anda beli mengandungi salah satu daripada bahan aktif ini.

  • Pilih ubat yang sesuai untuk kulit anda

Ada beberapa jenis ubat kurap yang tersedia dalam pelbagai bentuk seperti cecair, losyen atau krim.

Pilihlah bentuk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan anda memilih ubat yang lembut dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

  • Baca label dengan teliti

Pastikan anda membaca label dengan teliti sebelum membeli ubat kurap.

Carilah maklumat tentang cara penggunaan yang betul, jangka masa penggunaan yang disyorkan dan sebarang maklumat tentang kesan sampingan yang mungkin timbul.

  • Jangan terlalu bergantung kepada ubat

Walaupun ubat boleh membantu mengatasi masalah kurap tetapi tidak akan menyelesaikan masalah ini secara kekal.

Jadi, pastikan anda mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti menjaga kebersihan serta menggunakan pakaian yang bersih dan kering.

Selain itu, elakkan bersentuhan dengan orang yang sedang mengalami masalah kurap.

Apa pun, jom kita lihat cara mengenali penyakit kurap dan cara mengatasinya.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation