Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
suplemen kulit terbaik

16 Suplemen Kulit Terbaik 2024 (Kulit Putih, Cantik & Glowing)

Anda nak untuk kulit, badan atau kolagen semua ada!

Badan kita memerlukan perlindungan extra dan dengan pengambilan suplemen anda boleh jaga kesihatan untuk jangka masa panjang. 

Mencari supplement untuk kulit sebaiknya dari bahan asas organik atau dari tumbuhan dan sumber makanan semula jadi. 

Ini kerana setiap kandungan bahan boleh menyebabkan kesan sampingan pada badan.

Nak cantik, kulit sihat, badan bertenaga perlulah makan jenis suplemen yang betul seperti vitamin untuk kulit bermula dari sekarang.

Anda boleh dapatkan Vitamin C untuk kulit, atau vitamin yang bagus untuk kulit dari jenama yang diyakini.

Jom lihat senarai supplemen untuk kulit terbaik dan untuk badan anda mengikut keperluan yang anda mahukan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Jenis Supplemen Kulit Terbaik

Supplement kulit terbaik secara keseluruhan
Nutrilite Bio C Plus
Nutrilite Bio C Plus
From
RM61.50
Check Nutrilite Bio C Plus price below:
add_circle Boleh mengurangkan jerawat
add_circle Menyerap dengan baik oleh badan
add_circle Menguatkan antibodi tubuh
add_circle Tanpa pewarna tiruan
remove_circle Kurang sesuai untuk kanak-kanak

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk Nutrilite Bio C Plus diformulasikan daripada buah-buahan seperti oren, lemon, limau gedang dan ceri acerola yang ditanam di ladang organik. 

Dengan pengambilan yang konsisten, kulit akan lebih mulus kerana juga boleh mengurangkan parut akibat jerawat dan tingkatkan kolagen dalam badan anda. 

Ciri-ciri:

Pengambilan konsisten akan bantu kuatkan gigi, gusi dan tulang juga lebih sihat. 

Setiap biji tablet vitamin mengandungi 500mg Vitamin C dan bebas pengawet atau perisa tiruan, sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

Suplemen ini mudah diserap oleh badan jadi tidak akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut atau masalah penghadaman kerana tidak mengganggu perut.

Review:

"Beli sebab muka breakout. Asalnya nak try je. Konsisten ambil 2 bulan jerawat makin hilang, parut pun makin pudar. Memang berbaloi beli dan sangat recommended untuk yang ada masalah jerawat." 

Supplement untuk kulit cerah
Kinohimitsu Diamond Collagen
Kinohimitsu
kinohimitsu collagen
From
RM106.89
Check Kinohimitsu Diamond Collagen price below:
add_circle Meremajakan kulit
add_circle Elakkan wajah kekeringan
add_circle Kandungan 100% bahan semula jadi
remove_circle Perlu nasihat doktor untuk yang mengandung

Kinohimitsu Diamond Collagen mempunyai 5300mg collagen peptide yang direka khusus untuk memulihkan dan meremajakan kulit.

Supplemen ini mudah diserap oleh kulit dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kekeringan wajah.

Dengan bahan-bahan seperti jus laici dan Perilla Seed, produk ini bukan sahaja mencantikkan kulit wajah, malah membantu menegangkan payudara dan punggung untuk bentuk badan yang lebih menarik.

Anda pasti akan jatuh cinta selepas mencubanya sendiri.

Supplement untuk kulit sensitif
Beauxlim Collagen Mix with Pomegranate
Beauxlim
Beauxlim Collagen Mix with Pomegranate
From
RM118.00
Check Beauxlim Collagen Mix with Pomegranate price below:
add_circle Mengandungi extract delima asli
add_circle 100% asli tanpa campuran pewarna tiruan
remove_circle Perlu dibancuh

Jika inginkan kulit cantik dan kulit putih melepak, consume je minuman Beauxlim Collagen Mix with Pomegranate sebagai suplemen kulit terbaik.

Suplemen ini mempunyai kandungan terbaik seperti pomegranate extract, tea polyphenols, marine collagen yang bagus untuk merawat kulit. 

Jangan risau, rasanya sedap dan kaya dengan pelbagai kebaikan seperti mencerahkan kulit wajah, memperbaiki tekstur kulit serta mengurangkan kandungan melanian yang terhasil. 

Hasilnya kulit anda akan lebih sekata, kesan penuaan juga perlahan, melindungi kulit dari sunburn.

Memang tak menyesal minum collagen ni!

Supplement untuk rambut dan kuku
Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg
Blackmores
From
RM24.88
Check Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg price below:
add_circle 100% bahan semula jadi
add_circle Tiada bau hanyir
add_circle Mudah didapati di farmasi
add_circle Bagus untuk kesihatan dalaman
remove_circle Harga mahal

Minyak ikan Blackmores adalah supplement tambahan semula jadi yang menyediakan asid lemak omega-3 marin, EPA dan DHA, dan Vitamin E.

Ini adalah alternatif yang sangat baik bagi mereka yang tidak dapat makan 2-3 hidangan ikan secara berkala.

Membantu mengurangkan masalah sakit sendi, gout dan kolesterol tinggi pada orang dewasa yang berisiko serta badan rasa lebih bertenaga.

Selain itu, dapat mengawal lemak didalam darah dan sedikit sebanyak mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mata untuk umur yang semakin meningkat.

Disebabkan minyak ikan ini diekstrak 100% dari ikan liar dan sudah terbukti secara klinikal bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB, jadi anda boleh makan tanpa ragu.

Supplement untuk kulit cantik
Kinohimitsu Collagen Beauty
Kinohimitsu Collagen Beauty
From
RM91.50
Check Kinohimitsu Collagen Beauty price below:
add_circle Malic acid untuk mencantikkan kulit
add_circle Kesan seawal 6 hari selepas penggunaan
remove_circle Tiada pengesahan KKM

Memiliki kulit yang cantik mulus menjadi idaman semua orang terutamanya wanita.

Dengan adanya Kinohmitsu Collagen Beauty yang megandungi bahan Malic Acid serta Vitamin C menjadikan kulit lebih sihat serta bantu mengurangkan pigmentation.

Selain itu, mengandungi 2500mg kolagen untuk setiap hidangan sekaligus membantu melembapkan kuit sehingga 20 jam. 

Lagipun bila mengoles makeup pada kulit, wajah anda akan kelihatan sihat, lembap dan membantu menaikkan seri pada wajah.

Bukan itu sahaja, parut juga akan pudar. Jadi, tak perlu dah makeup yang tebal dan miliki kulit cantik berseri!

Supplement untuk kulit eczema
StemLabs Omega 3 Fish Oil
StemLabs Omega 3 Fish Oil
From
RM30.00
Check StemLabs Omega 3 Fish Oil price below:
add_circle Bahan aktif; EPA & DHA
add_circle Mengurangkan sakit sendi
add_circle Meningkatkan kesihatan kulit
add_circle Mengurangkan bacaan kolestrol
remove_circle Dos EPA & DHA rendah

Masalah kulit gatal seperti eczema sangatlah mengganggu kehidupan seharian.

Tambah pula, tahap sensitif golongan ini sangat tinggi dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Jadi dengan omega 3 Fish Oil sangat membantu bagi mereka yang menghadapi masalah eczema.

Ini kerana bahan seperti EPA berfungsi untuk mengurangkan keradangan pada kulit. 

EPA ini akan mengawal hormon yang menyebabkan keradangan dari beberapa punca seperti, sabun, perfume dan debu. 

Jangan risau, produk ini telah pun disahkan halal oleh pihak JAKIM.

Supplement kulit untuk ibu menyusui
SeaSeven Cod Liver Oil
SeaSeven Cod Liver Oil
From
RM18.80
Check SeaSeven Cod Liver Oil price below:
add_circle Tiada gula tambahan dan perasa tiruan
add_circle Mengandungi vitamin A&D
add_circle Disahkan KKM
remove_circle Jenis capsule minyak

Kebaikkan yang terdapat pada minyak Cod ini sangat bagus dan membantu dalam menyihatkan kulit.

Punca kulit berjerawat adalah akibat dari lebihan minyak yang terhasil pada lubang pori.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memakai pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit dan mengambil suplemen kulit terbaik dari SeaSeven Cod Liver Oil.

Suplemen ini dapat membantu mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah.

Bahan Vitamin A yang terdapat pada suplemen ini pula dapat mengawal penghasilan minyak sekaligus menghilangkan jerawat.

Jangan risau, suplemen ini tidaak akan menjadikan kulit tidak kering malah lebih sihat. 

Untuk ibu yang tengah menyusukan anak pun sesuai sebab turut mengandungi lemak omega-3 yang baik untuk jantung dan kesihatan dalaman.

Harga yang sangat murah tetapi berkualiti, apa tunggu lagi. Kulit lebih sihat dengan suplemen terbaik ini!

Supplement untuk kulit jeragat
Kitsui Korean Whitie
Kitsui
kitsui
From
RM36.70
Check Kitsui Korean Whitie price below:
add_circle Berfungsi sebagai anti penuaan
add_circle Rasa buah yang sedap
add_circle Hilangkan bintik hitam pada wajah & badan
remove_circle Perlu bancuh dengan air suam

Jeragat merupakan salah satu tanda penuaan yang berlaku pada kulit wajah serta badan.

Bagaimana nak lambatkan kesan penuaan ini? Amalkan pengambilan satu sachet sehari dengan Mitsui Korean Whitie.

Fungsi suplemen ini untuk memudarkan kesan penuaan, mencerahkan kulit, menutup liang pori, menghilangkan jerawat.

Selain itu, sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah kencing manis.

Paling best rasanya yang sedap dan harganya yang berpatutan untuk anda beli dan boleh amalkan setiap hari.

Supplement untuk kulit
Blackmores Buffered C Sustained Release
Blackmores
Blackmores Buffered C Sustained Release
From
RM28.81
Check Blackmores Buffered C Sustained Release price below:
add_circle Untuk yang kurang makan sayur & buah
add_circle Formulasi rendah asid
add_circle Mengandungi Bioflavonoids
add_circle Tanpa pemanis tambahan
remove_circle Kapsul besar

Vitamin C merupakan sumber vitamin tambahan yang wajib kita amalkan.

Jadi, pengambilan suplemen ini bukan sahaja membekalkan Vitamin C semata malah boleh mencerahkan seluruh tubuh badan.

Vitamin ini mengandungi bioflavonoid termasuk rutin dan hesperidin yang dapat membantu badan menerima kebaikan Vitamin C dengan lebih pantas. 

Sebenanya banyak sangat produk mencerahkan dipasaran tapi dengan brand seperti Blackmores ini sudah pastinya terjamin.

Kulit makin cerah dan segar dan cukup bekalan Vitamin C.

Supplement kulit untuk ibu mengandung
Blackmores Flaxseed Oil
Blackmores
Blackmores Flaxseed Oil
From
RM57.99
Check Blackmores Flaxseed Oil price below:
add_circle Kaya dengan Omega 3 (Fatty acid)
add_circle Melembapkan kulit wajah
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Kulit kering pada wajah membuatkan anda rasa tidak selesa terutama selepas mencuci muka?

Amalkan pengambilan suplemen kulit terbaik dari Blackmores Flaxseed Oil yang dari sumber sayuran, organik bagi asid lemak penting omega-3, 6, dan 9 yang menyokong kulit dan kesihatan jantung.

Omega 3 berfungsi untuk membaiki kulit yang rosak serta melembutkan kulit wajah.

Jadi, siapa tak nak kulit sihat bebas masalahkan? Jom cuba supplement dan wajib konsisten untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Ia sesuai diambil oleh ibu mengandung kerana bahan bahan yangn digunakan adalah dari bahan organik dan semula jadi yang penting untuk kesihatan dalaman.

Supplement untuk kulit gatal
Himalaya Neem Skin Wellness
Himalaya
Himalaya Neem Skin Wellness
From
RM16.90
Check Himalaya Neem Skin Wellness price below:
add_circle Murah
add_circle Berasaskan dari tumbuhan daun Neem
add_circle Menghilangkan jerawat
remove_circle Mungkin berkesan untuk sesetengah individu

Suplemen berasaskan dari daun Neem ini sangat popular dengan kebaikan sebagai ‘pakar derma’. 

Neem berfungsi untuk melawan bakteria yang membiak dan menyebabkan jerawat pada kulit.

Neem juga kaya dengan anti oksidan yang membantu mengurangkan kesan kerosakan sel daripada akibat radikal bebas.

Malah membantu dalam meremajakan kulit anda.

Walaupun produk ini dari India, tapi jangan risau sebab ada kelulusan KKM (MAL20012802T).

Supplement untuk remaja
FLAVETTES Effervescent Vitamin C Glow
FLAVETTES Effervescent Vitamin C Glow
From
RM45.43
Check FLAVETTES Effervescent Vitamin C Glow price below:
add_circle Membantu mencegah pigmentasi kulit gelap
add_circle Boleh dilarutkan dalam air
add_circle Mengandungi vitamin E
remove_circle Harga mahal

Kulit wajah kusam dan tak berseri? Anda boleh cuba amalkan suplemen Vitamin C yang turut mengandungi L-Glutathione ini. 

Pengambilan Vitamin C keluaran Flavettes ini turut membantu pertahankan kulit wajah dan bantu menegangkan kulit muka berbanding sebelumnya. 

Selain bertindak sebagai antioksidan untuk kulit yang sihat, produk ini juga bagus untuk membantu detoksifikasi, menghasilkan kolagen untuk kuku serta rambut yang lebih sihat. 

Anda diingatkan untuk ambil vitamin berperisa oren ini selepas makan dan dos tidak melebihi 2000mg sehari. 

Supplement untuk imun badan
BEAUXLIM C + D3 Complex
produk cerahkan kulit terbaik
From
RM49.80
Check BEAUXLIM C + D3 Complex price below:
add_circle Ada Vitamin C dan D3
add_circle Kuatkan sistem imunisasi badan
add_circle Kurangkan risiko jangkitan kuman
remove_circle Perlu dibancuh

Produk ini merupakan campuran minuman botani yang mengandungi serbuk jus oren, serbuk jus epal, Vitamin C dan D3, Zink dan Lutein.

Semua bahan-bahan ini membantu memperkuatkan sistem imun badan dan melindungi badan anda daripada pelbagai penyakit serta jangkitan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah campurkan satu sachet dengan kira-kira 100ml air sejuk atau suhu bilik, kacau rata, dan minum selepas penyediaan.

Kami sarankan anda minum suplemen ini selepas makan untuk kesan yang lebih optimum.

Dengan hanya satu sachet sehari, anda boleh meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Supplement untuk kulit muka
VitaHealth L-Glutathione Plus
Vitahealth
VitaHealth L-Glutathione Plus
From
RM137.90
Check VitaHealth L-Glutathione Plus price below:
add_circle Mencerahkan kulit wajah
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Mengekalkan kulit muda
add_circle Rasa sedap
remove_circle Satu botol tahan sebulan sahaja

VitaHealth L-Glutathione Plus mengandungi formula pencerah kulit yang boleh memudarkan parut dan melambatkan proses penuaan.

Setiap tablet mengandungi 100mg Setria L-glutathione dan 6 antioksidan termasuk L-cysteine, astaxanthin, Asid lipoik alfa (ALA), ekstrak biji anggur, Vitamin C, dan zink.

Bahan-bahan ini dapat meningkatkan tahap L-glutathione dalam badan, melindungi kulit daripada UV, menghalang pengeluaran melanin, dan menggalakkan kesihatan kulit. 

Cukup ambil 1 tablet sekali sehari selepas makan untuk kulit yang lebih cerah, lembut, licin, anjal dan tegang.

Suplemen untuk tegangkan kulit muka
Swisse Collagen Glow With Collagen Peptides
Swisse Collagen Glow With Collagen Peptides
From
RM82.90
Check Swisse Collagen Glow With Collagen Peptides price below:
add_circle Penghasilan kolagen dan pembaikan kulit
add_circle Keremajaan dan keanjalan kulit
add_circle Mengurangkan kerosakan sel-sel badan
remove_circle Pil sedikit besar dan sukar telan

Ingin kulit yang lebih muda dan berseri? Cuba Suplemen Swisse Beauty Collagen Glow!

Formula unik ini mengandungi peptida kolagen yang penting untuk matriks kulit dan mengurangkan tanda awal penuaan.

Ia juga mengandungi biji anggur, co-enzim Q10 dan Vitamin E yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel-sel di dalam badan.

Selain itu, Vitamin C dalam suplemen ini mengekalkan kulit yang sihat, tegang dan anjal, serta menyokong pembaikan kulit dari dalam.

Bagi orang dewasa, disyorkan mengambil tiga tablet setiap hari, semasa atau selepas makan.

Menurut review pelanggan yang telah mengambil suplemen selama hampir 6 bulan, dia telah mengalami pengurangan kesakitan lutut dan garis-garis halus di wajah.

Suplemen untuk jeragat dan anti penuaan
Ventamin Light Up
Vetamin
Ventamin Light Up
From
RM329.00
Check Ventamin Light Up price below:
add_circle Meningkatkan kelembapan kulit
add_circle Melawan kekusaman
add_circle Melambatkan kesan penuaan
remove_circle Harga sedikit mahal

Ventamin Light Up merupakan suplemen yang boleh menyelesaikan masalah kulit kusam, melambatkan proses penuaan, dan mencerahkan hiperpigmentasi. 

Formula canggih ini berfungsi dengan menggunakan kuasa ekstrak semula jadi untuk melindungi, menghidrat, dan meremajakan kulit anda. 

Dengan ekstrak polypodium leucotomas, ia memberikan perlindungan kukuh terhadap sinaran UV yang berbahaya sambil mencerahkan hiperpigmentasi dengan berkesan. 

Ekstrak Kulit Kayu Pine pula melambatkan proses penuaan dan meningkatkan penghidratan kulit, menjadikan kulit anda muda dan lembap. 

Selain itu, N-asetilsistein menyasarkan melasma dan hiperpigmentasi, memastikan kulit yang lebih cerah. 

Setiap kotak mengandungi 30 sachet, dan cara pengambilannya adalah satu sachet sehari diambil bersama 200-250ml air masak.


Adakah Vitamin Penting Untuk Kulit?

Ya, vitamin sangat penting bagi kesihatan kulit kerana:

  • Memelihara kulit

Vitamin A, C dan E adalah antioksidan kuat yang membantu memperlahankan kerosakan sel oleh radikal bebas.

Ini mengurangkan tanda penuaan, kedutan, mencegah kulit kering dan kasar.

  • Pertahanan semula jadi

Vitamin B3, B5 dan B6 membantu meningkatkan pertahanan kulit dengan mempertingkatkan perlindungan semula jadi untuk mengurangkan risiko jangkitan dan luka akibat keradangan.

  • Keremajaan kulit

Vitamin A membantu memelihara kulit, mencegah penuaan, mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit yang rosak supaya kulit kekal tegang dan anjal.

Manakala, Vitamin K2 pula menyokong pengeluaran elastin dan kolagen serta meningkatkan kelembutan kulit pada usia muda.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih jelas, kami syorkan baca vitamin yang berkesan untuk kulit di bawah.


Vitamin Kulit Apa Yang Paling Berkesan?

Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan jadi perlukan penjagaan yang betul dan perlu diberi perhatian bagi setiap individu.

Cuma, cara penjagaan kulit bergantung pada gaya hidup seseorang untuk mendapatkan kecantikan kulit yang maksimum.

Tapi apa yang diberitahu oleh kebanyakan pakar kesihatan dan kecantikan kulit adalah dengan mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya UV dan memakai krim pelindung matahari. 

Tambah pula dengan pengambilan vitamin yang cukup sekaligus membantu pengurangan bintik hitam, kemerahan, melembutkan dan melembapkan kulit.

Antara vitamin yang berkesan untuk kulit adalah D, C, E dan K.

  • Vitamin D 

Jumlah harian Vitamin D yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 600 IU dan ibu yang mengandung perlu mengambil dengan kadar yang lebih banyak.

Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari selama 10 minit.

Selain itu, boleh amal makanan yang mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi seperti bijirin, jus oren, yogurt, ikan salmon, tuna dan juga ikan kod.

  • Vitamin C

Vitamin C mempunyai penghasilan kolagen untuk membantu individu mendapatkan kulit yang sihat.

Disebabkan itu vitamin ini mampu mengurangkan kesan kedutan pada kulit dan secara tidak langsung, menampakkan kulit wajah yang lebih muda. 

Tidak hairanlah jika anda lihat Vitamin C sering terdapat dalam kandungan produk kecantikkan tapi sebenarnya anda boleh dapat Vitamin C melalui makanan.

Antaranya, buah oren dan strawberi, sayur-sayuran seperti brokoli dan sayur bayam, dan minuman seperti air oren.

  • Vitamin E

Kebaikkan Vitamin E sama seperti Vitamin C cuma terdapat sedikit perbezaan dimana fungsi utamanya adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada sinar cahaya UV matahari.

Selain itu, dapat juga membantu untuk mengelakkan kulit daripada mengalami masalah keradangan kulit.

Sumber Vitamin E ialah melalui pemakanan kekacang seperti kacang almond, kacang hazelnut dan kuaci. Vitamin E juga boleh diambil melalui pil suplemen ataupun krim sapu topikal.

  • Vitamin K

Fungsi Vitamin K amat penting proses pembekuan darah terutama ketika berlakunya kecederaan, luka, lebam dan juga ketika pembedahan dijalankan.

Dari segi kesihatan kulit, Vitamin K mampu membantu dalam menghilangkan kesan tanda keregangan (stretch marks), parut, tompok hitam dan kesan hitam pada bawah mata.

Jadi, anda boleh dapati dalam sayur-sayuran seperti sayur kale, sayur bayam, sayur salad, sayur kobis dan kacang hijau.


Bagaimana Memilih Suplemen Yang Sesuai Untuk Saya?

Ikuti je tip di bawah untuk memilih suplemen yang paling sesuai untuk keperluan kesihatan diri anda.

  • Fahami keperluan 

Kenal pasti masalah kesihatan atau nutrien yang diperlukan. Jadi, anda boleh memilih vitamin dan suplemen terbaik.

  • Ketahui kandungan dengan jelas

Semak label produk untuk mengetahui senarai bahan dan kuantiti setiap bahan aktif. Pastikan ia selamat dan sesuai untuk anda.

  • Rujuk ahli farmasi atau doktor

Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan untuk mengesahkan sama ada sesuatu suplemen bermanfaat dan selamat berdasarkan keadaan kesihatan sedia ada.

  • Pilih jenama yang dipercayai

Berikan tumpuan pada jenama suplemen untuk kulit yang terbukti berkualiti dan mematuhi standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Sentiasa pantau kesan sampingan selepas pengambilan suplemen dan rujuk doktor jika perlu.


    Apakah Dos Yang Disyorkan Untuk Suplemen Penjagaan Kulit?

    Nasihat kami rujuk pada label produk dan ambil dos harian suplemen mengikut arahan produk bagi menjamin keberkesanan produk.

    Walaupun terasa ‘lebih banyak, lebih baik’, jangan melebihi dos harian yang ditetapan untuk mengelak kesan sampingan, lebih-lebih lagi untuk ibu yang mengandung.

    Jangan berhenti terlalu awal dan lihat kesan positif selepas pengambilan konsisten selama beberapa minggu atau bulan.

    Jika rasa tidak selesa atau ada kesan sampingan, hentikan pengambilan dan rujuk doktor.


    Artikel Berkaitan

    End of Article