Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
produk watson

15 Produk Hilangkan Parut Jerawat di Watsons 2024

Tahu tak Watsons ada produk berkesan untuk hilangkan parut jerawat?

Masalah jerawat terjadi selepas berlakunya banyak perubahan hormon dalam tubuh badan kita, dan memang ada banyak jenis parut jerawat yang boleh dikenal pasti.

Jika tak dapat rawatan yang betul, ia boleh menjejaskan penampilan diri dan mungkin membuatkan seseorang kurang yakin dengan diri sendiri. 

Proses dalam memulihkan jerawat akan mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan malah ada yang bertahun lamanya, dan tentunya memerlukan bahan untuk hilangkan parut jerawat yang betul.

Ada satu rawatan jerawat yang anda boleh lakukan iaitu rawatan laser tapi harganya agak keras, jadi cara yang lebih murah adalah dengan beli ubat parut jerawat.

Tapi, tahukah anda kini terdapat beberapa produk yang berkesan untuk pudarkan parut jerawat di Watsons?

Untuk yang dalam bajet, jom lihat senarai produk skincare untuk hilangkan parut jerawat atau product hilangkan parut jerawat dengan cepat di Watsons.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

15 Produk untuk Hilangkan Parut Jerawat di Watsons

Produk terbaik hilangkan parut jerawat secara keseluruhan
DERMATIX Advanced Scar Formula
Dermatix
From
RM49.90
Check DERMATIX Advanced Scar Formula price below:
add_circle Berkesan untuk pelbagai jenis parut
add_circle 100% produk klinikal
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit.

Ciri-ciri:

Sesuai untuk anda yang alami parut jenis hyperthropic dan keloid, teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut. 

Pembentukan melanin atau pigmentasi yang muncul pada permukaan kulit wajah anda juga akan berkurangan dengan penggunaan secara konsisten krim ini setiap hari.

Walaupun kesan hasilnya agak lambat berbanding krim yang lain, tapi tetap dijamin selamat untuk digunakan untuk semua jenis kulit. 

Produk ini sudah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, jadi mereka memperakui keberkesanannya tapi hanya bekersanan digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun.

Review:

"Dah pakai banyak kali dan ada nampak sikit pudar parut tu. Masa pakai memang tak melekit langsung sebab tekstur dia lembut macam jelly. Baca review pun ramai cakap Dermatix produk terbaik untuk rawat parut jerawat."

Serum untuk kulit jerawat dan berminyak
Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
Nano White
Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml)
From
RM67.12
Check Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml) price below:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi
add_circle Meresap dengan pantas
add_circle Untuk kulit berminyak dan berjerawat
add_circle Tidak melekit
add_circle Mempunyai Arbutin dan Niacinamide
remove_circle Harga mahal

Serum ini mampu menaikkan seri wajah anda dengan memperbaiki tekstur kulit dan menghaluskan pori-pori dengan bantuan bahan aktif seperti arbutin dan niacinamide.

Arbutin dalam serum ini terhasil dari Teknologi Nano Encapsulating. Bahan ini dapat menjadikan kulit lebih cerah dan dapat menghalang penghasilan Melanin.

Malah dapat mengurangkan kesan parut jerawat dan bintik-bintik gelap, hasilnya kulit lebih cerah dan memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Bahan penting kedua yang terkandung dalam advanced serum ini adalah Niacinamide yang sangat terkenal untuk memudarkan kesan dark spot dan memperbaiki kulit rosak akibat jerawat.

Kulit lebih tegang, anjal dan liang pori juga mengecil. Sangat disarankan untuk anda yang mahukan kulit licin dan berseri.

Serum untuk jerawat dan parut
Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Naruko
Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum
From
RM53.10
Check Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml) price below:
add_circle Membantu memudarkan parut jerawat
add_circle Dapat mengawal minyak wajah
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mengecilkan liang pori
remove_circle Bukan untuk ekzema

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan ini akan menyebabkan kulit kita mudah berminyak.

Oleh itu, serum Tea Tree Shine Control dari Naruko ini akan menjadi penyelamat hebat untuk anda yang menghadapi masalah kulit berminyak.

Serum istimewa 4-dalam-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salicylic.

Bahan ini berfungsi untuk menghalang dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori.

Selain itu, serum ini mampu memberi kecerahan pada kulit dengan melawan tompokan gelap dan bekas parut jerawat. 

Kini kulit anda akan bebas minyak, jerawat dan cela jadi akan bantu keyakinan diri untuk bertambah.

Produk hilangkan parut jerawat dari Korea
Some By Mi Yuja Niacin 30 Days Blemish Care Serum
Some By Mi
From
RM41.40
Check Some By Mi Yuja Niacin 30 Days Blemish Care Serum price below:
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Mengandungi 12 jenis vitamin
add_circle Mengeluarkan bau buah
remove_circle Harga mahal

Bahan yang utama yang digunakan dalam produk Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum adalah 5% Niacinamide dan 1% - 2% vitamin C.

Walaupun dalam serum Some By Mi kali ini mengandungi sitrus buah Yuja tapi sebenarnya bukan itu kandungan utama vitamin C tapi sodium ascorbyl.

Cukup gunakan beberapa hari, anda akan dapat lihat keberkesanan pada kulit wajah yang berparut tidak kira berpunca dari jerawat, terkena minyak masak atau luka dalam.

Tekstur Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum sedikit berair tapi itu memudahkan menyerap ke dalam kulit untuk keberkesanan yang lebih efektif.

Moisturizer untuk hilangkan parut jerawat
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)
AIKEN
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
From
RM17.24
Check Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Formula cepat menyerap
add_circle Tidak menyumbat lubang pori-pori
add_circle Membantu memberikan kelembapan
remove_circle Ada pewangi tambahan
remove_circle SPF yang rendah

Bahan yang diformulasi khas untuk melawan jerawat pada badan dan muka dan kegunaannya 2 dalam 1.

Jika anda mencari produk yang boleh melindungi kulit dari sinar matahari dan menghilangkan parut jerawat, Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana bahan yang terkandung dalam Aiken Tea Tree Oil dapat mengurangkan keradangan serta iritasi kulit sekaligus dapat memudarkan parut jerawat yang disebabkan jerawat hitam dan merah.

Malah, tea tree oil bukan saja dapat hilangkan parut jerawat tetapi mampu menghalang pertumbuhan jerawat yang baru serta menyingkirkan kotoran pada lubang pori.

Cuma pastikan gunakan 2 kali sehari setiap hari untuk dapatkan keberkesanan.

Produk hilangkan parut jerawat hitam
Dr. Dermis Anti-Hyperpigmentation Serum (15g)
Dr. Dermis
Dr.Dermis Anti-Hyperpigmentation Serum (15g)
From
RM67.42
Check Dr. Dermis Anti-Hyperpigmentation Serum (15g) price below:
add_circle Telah diuji oleh pakar klinikal.
add_circle Berhasil dalam masa beberapa minggu
remove_circle Bersaiz kecil dan mahal.

Dr.Dermis Anti-Hyperpigmentation dicipta khas untuk mereka yang mengalami masalah jeragat, parut jerawat, dark spot dan post inflammatory hyperpigmentation.

Menariknya, produk ini mampu mengurangkan pigmentasi sebanyak 71.4% dan dengan adanya Resveratrol dan 2% Vitamin C, serum ini dapat memudarkan dark spots.

Selain itu, terdapat juga bahan Derma-Mimic Complex dimana 1 formula dengan 3 kelebihan; repair, moisturise dan strengthen skin barrier.

Tekstur pula tidak melekit dan mudahkan menyerap ke dalam kulit.

Produk hilangkan parut jerawat berlubang
Cosrx AHA BHA Vitamin C Daily Toner (50ml)
COSRX
Cosrx AHA BHA Vitamin C Daily Toner (50ml)
From
RM25.76
Check Cosrx AHA BHA Vitamin C Daily Toner (50ml) price below:
add_circle Tidak mengandungi alkohol kering
add_circle Tidak mengandungi pewangi buatan
remove_circle Terdapat kesan sampingan jika pakai terlalu kerap

Cosrx Refresh AHA BHA Vitamin Daily Toner antara salah satu produk yang boleh digunakan dalam penjagaan kulit harian terutama bagi mereka yang mengalami masalah bekas jerawat berlubang. 

Kandungan Vitamin C yang ada dalam toner ini dapat memudarkan parut jerawat hitam dan berlubang kerana akan berlaku pengelupasan kulit untuk menjana sel kulit baru.

Manakala kandungan Niacinamide pula dapat membantu sebanyak 2 sehingga 5 peratus meningkatkan melasma pada kulit sekaligus dapat merawat parut jerawat berlubang.

Malah, menurut satu kajian, penggunaan Niacinamide dapat menghalang pertumbuhan jerawat serta bantu melembabkan kulit wajah.

Produk hilangkan parut jerawat yang murah
Wardah Lightening Face Toner (125ml)
Wardah
Wardah Lightening Face Toner (125ml)
From
RM8.39
Check Wardah Lightening Face Toner (125ml) price below:
add_circle Tidak mengandungi campuran alkohol
add_circle Dapat cerahkan kulit wajah
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Dapat kurangkan bintik hitam
remove_circle Boleh menyebabkan fungal acne
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Wardah Lightening Face Toner diformulasi pH seimbang yang dapat menyegarkan dan mengekalkan pH semula jadi kulit sebelum memakai produk lain.

Ditambah pula kandungan Advanced Niacinamide sekaligus membantu memudarkan parut jerawat serta menjadikan kulit lebih bersih.

Selain itu, penyegar wajah ini mengandungi bahan glycolic acid dimana dapat memperharui sel kulit. Jangan risau, walaupun ia diformulasikan bersama glycolic acid tapi tidak akan mengeringkan kulit. 

Produk hilangkan parut jerawat lokal
Cosmoderm Pure Tea Tree Oil
Cosmoderm
Cosmoderm Pure Tea Tree Oil
From
RM29.90
Check Cosmoderm Pure Tea Tree Oil price below:
add_circle Sesuai untuk
remove_circle Kecil

Cosmoderm Pure Tea Tree Oil mempunyai bahan minyak pati tea tree yang sudah terbukti dalam bagus untuk menyelesaikan masalah jerawat dan parut jerawat. 

Bahan dalam kandungan tersebut dapat membantu menyingkirkan bakteria pada kulit wajah.

Sekaligus dapay menenangkan kulit daripada sebarang pembentukan jerawat dan parut jerawat. 

Malah, minyak pati tea tree oil Cosmoderm mampu mengawal pengeluaran sebum sebagai pencegahan awal jerawat.

Produk hilangkan parut jerawat badan
Bio Oil Skin Care Oil
Bio Oil
Bio Oil
From
RM86.80
Check Bio Oil Skin Care Oil price below:
add_circle Mengurangkan kesan stretch mark
add_circle Mengandungi Retinyl Palmitate (Vitamin A)
add_circle Menggunakan bahan Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
remove_circle Harga mahal
remove_circle Sedikit berminyak

Bio oil ini terkenal dengan kemampuannya mengurangkan parut pada badan. 

Ini kerana bahan yang digunakan semuanya berasaskan organik dan selamat untuk kulit badan.

Ciri lain lagi berfungsi mengurangkan/memudarkan stretch mark pada kulit badan.

tapi perlu di ingatkan, hanya mampu mengurangkan sahaja bukan untuk menghilangkan kesan tersebut.

Bukan sahaja berfungsi memudarkan kesan-kesan diatas, malah vitamin E di dalam Bio Oil juga mampu melindungi kulit dari radikal bebas.

Retinyl Palmitate (Vitamin A) ini akan mengurangkan jerawat serta meningkatkan penghasilan collagen yang baik untuk kulit.

Banyak sebenarnya kegunaan produk ini, mahal tapi berbaloi. 

Gel hilangkan parut
T3 Pimple Gel Plus 15g
T3 Pimple Gel Plus 15g
From
RM13.38
Check T3 Pimple Gel Plus 15g price below:
add_circle Bersihkan pori tersumbat
add_circle Melawan bakteria penyebab jerawat
add_circle Ada Salicylic Acid
add_circle Tidak mengeringkan kulit
remove_circle Rasa sedikit pedih

Produk ini berkesan memudarkan parut jerawat dan mencegah jerawat berulang.

Sesuai untuk kulit berjerawat kerana ia diformulasikan dengan minyak pokok teh Australia semulajadi, ekstrak Canadian Willow Herb dan ekstrak Willow Bark yang membawa keseimbangan kepada kulit berjerawat.

Selain itu, membersihkan liang pori dan mengurangkan sebum berlebihan di kulit. Ia juga melawan bakteria penyebab jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih.

Serum hilangkan parut jerawat
Garden of Eden - Rosa T Acne Serum (15ml)
Garden of Eden
Garden Of Eden Rosa T Acne Serum
From
RM66.92
Check Garden of Eden - Rosa T Acne Serum (15ml) price below:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
add_circle Memudarkan parut jerawat
remove_circle Harga mahal

Serum ini telah menjalani ujian klinikal dan keputusan akhir mendapati Garden of Eden Rosa T Acne Serum dapat mengurangkan jerawat sebanyak 51% dan mengurangkan sebum berlebihan sebanyak 52%.

Ini kerana kandungannya mengandungi 100% bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan kimia.

Rosa T Serum dicampur dengan bahan vitamin E semulajadi untuk berfungsi membantu menyembuhkan parut jerawat dan memperbaiki kulit yang rosak.

Selain mampu membunuh bakteria degil yang menyebabkan jerawat, serum ini juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum atau minyak pada kulit yang merupakan punca utama di sebalik pertumbuhan jerawat.

Kandungan lain yang terdapat dalam serum ini adalah minyak pokok teh australia tulen dan antiseptik semulajadi.

Untuk pengetahuan anda, serum ini sesuai untuk kulit jenis berjerawat, berminyak dan berparut.

Bagusnya lagi, mengandungi 3 bahan aktif; Tea Tree Oil (Melaleuca alternifolia), Rosehip Seed Oil (Rosa aff. rubiginosa) dan Natural Vitamin E (D-alpha tocopherol).

Produk hilangkan parut jerawat merah
Rosken Bio Serum
Rosken
rosken bio serum
From
RM35.90
Check Rosken Bio Serum price below:
add_circle Mengandungi Vitamin A dan E
add_circle Hipoalergenik
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif

Rosken Bio Serum ini mengandungi vitamin A, E, minyak chamomile, minyak lavender, minyak rosemary, minyak rosehip dan minyak calendula.

Bukan sahaja membantu memperbaiki kulit anda, malah produk ini mengurangkan kesan parut jerawat, mengekalkan keanjalan kulit dan membantu mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan pada kulit anda.

Selain itu, mengatasi ketidakseimbangan warna kulit, penuaan dan kulit kering akibat terdedah kepada matahari atau aircond.

Mampu menenangkan, melembapkan dan mengurangkan kedutan serta garis halus pada wajah anda. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan sihat.

Serum Vitamin C untuk parut jerawat
AIKEN Vita-C Brightening Serum 30ML
AIKEN
aiken vit c
From
RM31.90
Check AIKEN Vita-C Brightening Serum 30ML price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Mengurangkan jeragat
add_circle Mencerahkan tona kulit
add_circle Mencegah pembentukan jerawat baru
add_circle Selamat untuk kulit sensitif
remove_circle Sedikit cair

AIKEN Vita-C Bright mengandungi formula bebas minyak, ringan dan tidak melekit serta cepat meresap ke dalam kulit.

Diperkaya dengan 65X Vitamin C yang berfungsi tiga kali ganda untuk mencerahkan tona kulit dalam masa 5 hari, bertindak sebagai antioksidan dan mencerahkan parut jerawat.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan jerawat dalam hanya 3 hari dan mencegah pembentukan jerawat baru.

Diformulasikan dengan Vitamin C terbaik dari Jepun dan Tea Tree Oil dari Australia, ia membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat dan parut jerawat, serta membantu membunuh bakteria penyebab jerawat secara semula jadi dan efektif.

Hasilnya, kulit bebas daripada jerawat, sihat dan lebih berseri!

Jangan risau tentang bahan berbahaya kerana produk ini tidak mengandungi paraben, minyak mineral, alkohol, pewangi, Propylene Glycol, Imidazolidinyl Urea, atau Triethanolamine.

Product hilangkan parut jerawat dengan cepat
Hiruscar Gel
Hiruscar
Hiruscar Gel
From
RM18.00
Check Hiruscar Gel price below:
add_circle Cepat meresap pada kulit
add_circle Merawat dan melembutkan kulit
remove_circle Tidak boleh dipakai pada kulit rosak

Bagi anda yang ingin memudarkan bekas jerawat dengan cepat, produk Hiruscar gel ini adalah pilihan yang tepat.

Ubat parut jerawat jenis gel ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat. 

Mengandungi Bovine Derived yang berfungsi untuk mengurangkan parut jerawat. 

Penggunaan yang konsisten sekaligus boleh menghalang pembentukan parut jerawat baru. 

Paling penting, anda boleh pakai solekan seperti biasa walaupun lepas guna produk ini. 

Gel hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).


Apakah Cara Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat?

  • Parut jerawat hitam atau merah (hiperpigmentasi)

Pigmentasi warna hitam atau coklat terjadi apabila tompokan melanin mula menebal sehingga kadang-kala boleh merangsang keradangan kulit akibat pengecutan jerawat.

Manakala tompok kemerahan pula dipanggil Post Inflammatory Erytema (PIE) yang berpunca oleh saluran darah membengkak dan memberi isyarat supaya darah tinggal dikawasan yang bengkak.

Teknik untuk menghilangkan jenis parut begini ialah dengan memilih produk kaya dengan retinol, Vitamin C atau produk pencerahan kulit. 

Remote file

  • Parut jerawat berlubang

Terdapat tiga jenis parut jerawat berlubang iaitu ice pick, box car dan rolling.

Mereka akan mengalami parut berlekuk kerana menyebabkan kulit mempunyai tekstur tidak sekata.

Kini anda boleh memilih produk yang mengandungi kolagen, niacinamide, propolis atau apa-apa produk ‘chemical peeling’.

  • Parut jerawat timbul

Parut jerawat timbu adalah jenis parut yang menyebabkan saiz dan struktur muka boleh berubah.

Perkara ini terjadi apabila kulit mengeluarkan sel tisu berlebihan dan biar tidak rawat dalam jangka masa yang lama.

Apa yang anda boleh cuba lakukan adalah gunakan beberapa produk yang sesuai untuk mengecutkan parut atau jerawat.


Bagaimana Cara Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat?

Parut jerawat boleh terjadi apabila seseorang tak merawat muka dengan baik atau salah penggunaan produk.

Mungkin disebabkan terlalu banyak pilihan produk di pasaran, mungkin ramai yang sukar untuk memilih produk yang sesuai untuk menghilangkan parut jerawat.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda membuat pilihan.

  •  Jenis kulit

Kulit setiap orang adalah berbeza, jadi penting untuk memilih produk yang sesuai dengan anda.

Jangan membeli sesuatu produk hanya kerana ia popular atau disyorkan oleh rakan tetapi anda perlu pastikan produk tersebut sesuai dengan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan produk yang anda pilih tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan kulit.

  • Kenal pasti jenis parut jerawat anda

Sebelum memilih produk untuk menghilangkan parut jerawat, anda perlu tahu jenis parut yang anda miliki.

Terdapat dua jenis parut jerawat iaitu kemerahan (parut hipopigmentasi) dan bintik hitam (parut hiperpigmentasi).

  • Bahan-bahan

Semua produk menghilangkan parut jerawat mengandungi bahan yang berbeza.

Jadi, pastikan anda memilih produk yang mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.

Anda juga boleh memilih produk yang mengandungi vitamin C, retinol atau niacinamide untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu mengurangkan parut jerawat.

  • Baca kandungan produk sebelum membeli

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda membaca bahan-bahan produk dengan teliti.

Pastikan produk tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alahan atau tindak balas negetif pada kulit.

Bahan-bahan seperti alkohol dan paraben adalah contoh bahan-bahan yang perlu dielakkan jika anda mempunyai kulit sensitif.

  • Beli produk daripada kedai yang sah dan dipercayai

Watsons adalah sebuah rangkaian farmasi yang terkenal di Malaysia dan menawarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan termasuk produk menghilangkan parut jerawat. 

Produk Watsons menjual pelbagai jenis pilihan produk dan anda boleh membeli mengikut bajet tersendiri.

Sebelum membeli, baca ulasan dan komen pelanggan untuk memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan produk dan sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Produk Hilangkan Parut Jerawat?

Kelebihan produk hilangkan parut jerawat:

  • Mengurangkan kesan parut jerawat

Produk yang digunakan untuk mengurangkan parut jerawat biasanya mempunyai bahan yang membantu mengurangkan kesan parut tersebut.

Ini dapat membantu mengurangkan cela pada wajah dan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri.

  • Meningkatkan pengelupasan kulit

Produk yang mengandungi bahan-bahan melembapkan dan pengelupasan boleh membantu mengekalkan kelembapan dan merangsang pertumbuhan sel baru.

Ini akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan proses penyembuhan parut jerawat.

  • Memberi nutrien pada kulit

Banyak produk menghilangkan bekas jerawat mengandungi bahan-bahan seperti Vitamin E dan C, yang membantu membekalkan nutrien kepada kulit.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan sel dan memastikan ia sihat dan kelihatan lebih bermaya.

Kekurangan produk hilangkan parut jerawat:

  • Kesan yang lambat

Kesan produk untuk menghilangkan parut jerawat mungkin mengambil sedikit masa untuk dilihat.

Ini bermakna pengguna perlu bersabar dan mengambil masa untuk melihat hasil yang diinginkan.

  • Reaksi alergi

Produk yang ditawarkan oleh Watson mungkin mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang.

Oleh itu, pengguna harus berhati-hati dan membaca kandungan produk sebelum membelinya.


Artikel Berkaitan

End of Article