Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Sabun Mandi Untuk Kulit Berjerawat Terbaik di Malaysia 2024

Hapuskan masalah jerawat badan untuk keselesaan anda.

Jeragat dan jerawat tidak muncul pada bahagian wajah saja tapi boleh timbul pada bahagian yang mempunyai folikel rambut dan mempunyai kelenjar minyak berlebihan (sebaceous glands).

Antaranya leher, badan belakang, pinggul, lengan, bahu, dada, leher dan kawasan yang berbulu.

Memang kadang-kadang tu rasa pedih dan gatal bila belakang badan berjerawat, sampai ada yang punggung hitam dan berjerawat pula.

Untuk rawatan jerawat badan, anda haruslah cuci badan dengan bersih dengan memberusnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tapi jika anda sudah mengalami masalah badan berjerawat, haruslah guna ubat jerawat badan atau pakai sabun untuk jerawat badan.

Tak tahu mana satu sabun hilangkan jerawat badan? Jom lihat senarai di bawah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Sabun Hilangkan Jerawat Badan

Sabun mandi untuk kulit berjerawat terbaik secara keseluruhan
Grace and Glow English Pear & Freesia Body Wash
Grace and Glow English Pear & Freesia Body Wash
From
RM19.50
Check Grace and Glow English Pear & Freesia Body Wash price below:
add_circle Bau wangi
add_circle Ada saliyclic acid
add_circle Lembutkan kulit
add_circle Exfoliate kulit badan
add_circle Kurangkan kemerahan akibat jerawat
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan formulasi AHA, sabun mandi ini boleh membunuh bakteria yang menjadi penyebab jerawat, dan juga membantu melembutkan kulit badan.

Ciri-ciri:

Terdapat kandungan BHA dalam produk Grace and Glow yang mampu membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat. 

Manakala bahan PHA pula boleh membaiki tona kulit yang tak sekata dan bagus untuk melembabkan kulit agar tiada lagi masalah kulit kering. 

Selain itu, turut mengandungi Centella Asiatica yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan lapisan perlindungan kulit. 

Review:

"Ini pembelian ketiga saya. Memang sangat suka dengan sabun badan ni sebab berjaya merawat jerawat di bahagian depan dan belakang badan. Parut jerawat pun makin mengurang, dan bau sabun ni sangat wangi!"

Sabun jerawat badan untuk ibu hamil
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml)
Cetaphil
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml)
From
RM54.35
Check Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml) price below:
add_circle Tanpa sabun
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk semua jenis kulit

Jenama Cetaphil ini tak perlu diperkenalkan lagi kerana memang menjadi pilihan ramai terutamanya di Malaysia. 

Terdapat dua cara untuk menggunakan sabun ini iaitu tanpa air dan dengan air.

Jika mahu gunakan tanpa air, anda perlu menggosok sabun ini pada kulit dan kemudian hanya perlu guna kain atau tuala lembut untuk membersihkannya.

Memang sabun ini biasanya digunakan untuk kulit wajah, tetapi ia tetap sesuai untuk merawat jerawat di badan kerana produk penjagaan diri ini mengandungi pH seimbang.

Kulit anda akan tetap terjaga walaupun ketika ketiadaan air dan ini antara faktor yang menjadikannya produk ini antara yang terbaik. 

Sabun ini diformulasikan khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan bayi atau kanak-kanak sebab tak akan memedihkan mata.

Sabun mandi dengan pH rendah
Sebamed Liquid Face & Body Wash
Sebamed
From
RM88.45
Check Sebamed Liquid Face & Body Wash price below:
add_circle Mengandungi pH yang rendah
add_circle Melindungi kulit dari persekitaran kotor
remove_circle Tidak bau wangi pada badan

Sabun Sebamed merupakan jenama tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema. 

Anda boleh membelinya di setiap drugstore, farmasi atau lebih mudah secara online

Tambah pula teksturnya tidak terlalu berbuih dan tiada bau wangi membuatkan sabun ini sesuai untuk kulit kering berjerawat.

Ini bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan. 

Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH.

Walaupun tidak memberikan bauan harum pada badan, kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi.

Sabun mandi untuk kulit jerawat dan sensitif
Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel (500ml)
Cosmoderm
COSMODERM Tea Tree Oil Shower Gel (500ml)
From
RM14.90
Check Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel (500ml) price below:
add_circle Anti bau badan
add_circle Hypoallergenic
add_circle Kuantiti 500ml
add_circle Melegakan kulit berjerawat
add_circle Bebas paraben & SLS/SLES
remove_circle Tidak bau wangi pada badan

Sabun mandi jenis gel dengan Salicylic Acid dan minyak Tea Tree ini boleh menyelesaikan masalah back acne yang sedang anda hadapi sekarang. 

Selain itu, formula sabun Cosmodern yang tidak merengsakan kulit ini juga bersifat anti bakteria. Barulah segala kekotoran akan terhapus ketika mandi. 

Sesuai untuk kulit normal atau berminyak dan tiada masalah untuk digunakan oleh remaja dan orang dewasa. 

Yang penting, ia halal dan tidak terasa melekit pada kulit. 

Sabun mandi dengan pH 5.5
T3 Acne Body Wash pH 5.5 (550ml)
T3
From
RM22.72
Check T3 Acne Body Wash pH 5.5 (550ml) price below:
add_circle Elak kulit kering
add_circle Ada Glycerin
add_circle Kurangkan kemerahan kulit
add_circle Sesuai untuk kegunaan harian
remove_circle Harga sedikit mahal

Waktu mandi anda akan jadi lebih seronok dan tenang dengan adanya sabun hilangkan jerawat badan jenama T3 ini. 

T3 Acne Body Wash ini antara jenama yang popular dan diyakini boleh merawat masalah jerawat pada badan.

Sabun ini bukan saja berkesan bertindak terhadap bakteria penyebab jerawat, malah boleh membersihkan pori tersumbat kerana mengandungi minyak Tea Tree Australia semula jadi.

Dalam masa yang sama, kandungan pH 5.5 yang rendah menjadikan produk ini selamat dipakai pada kulit. 

Sabun mandi dengan scrub
Neutrogena Body Clear® Body Scrub
Neutrogena
From
RM58.80
Check Neutrogena Body Clear® Body Scrub price below:
add_circle Ada salicylic acid
add_circle Singkirkan sel kulit mati
add_circle Membersihkan pori dengan mendalam
add_circle Kulit terasa segar lepas mandi
remove_circle Harga mahal

Produk mandian yang tidak mengandungi minyak ini memang diformulasikan khas untuk mengurangkan masalah jerawat badan dari hujung rambut hingga hujung kaki. 

Tak kira lah jerawat di belakang badan, bahu mahupun dada, semuanya dapat dilawan dengan skrub Nuetrogena ini. 

Ia tidak mengandungi manik-manik mikro plastik, jadi tidak menyebabkan iritasi atau rasa kurang selesa pada kulit selepas menggunakannya.

Selain itu, ia juga bagus untuk menghalang jerawat badan baru daripada tumbuh pada kulit kerana ia tidak menyebabkan pori tersumbat. 

Sabun badan untuk jerawat punggung
Himalaya Herbals Neem and Turmeric Soap
Himalaya Herbals
From
RM4.54
Check Himalaya Herbals Neem and Turmeric Soap price below:
add_circle Lulus KKM
add_circle Bahan aktif semula jadi
add_circle Menyingkirkan minyak berlebihan
add_circle Anti viral & anti fungal
remove_circle Boleh menyebabkan kulit kering

Sabun mandi bentuk buku Himalaya ini boleh melawan jangkitan bakteria seperti bisul, ulcer dan jerawat badan.

Ini kerana kandungannya kaya dengan bahan Neem yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Turut diperkaya dengan kunyit sebagai antiseptik untuk melegakan kulit.

Dalam masa yang sama herba ini boleh meratakan semula tona warna kulit anda. 

Boleh digunakan pada semua jenis kulit kerana tidak mengandungi paraben dan sebarang kekotoran pada kulit juga boleh dibersihkan. 

Hasilnya, lepas mandi badan akan terasa segar malah kulit juga nampak berseri. 

Sabun mandi dengan salicylic acid
Nixoderm Sulfur & Salicylic Acid Soap
Nixoderm
From
RM9.80
Check Nixoderm Sulfur & Salicylic Acid Soap price below:
add_circle Bebas paraben & alkohol
add_circle Kurangkan bau badan
add_circle Membunuh kuman
add_circle Halal
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Sabun yang berasaskan sulfur dan salicylic acid ini boleh mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit.

Sekaligus boleh exfoliate kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati dan boleh menghalang liang pori daripada tersumbat. 

Turut mengandungi emollient untuk meremajakan serta melembutkan kulit yang bermasalah. 

Anda tidak perlu ragu untuk guna sabun ini pada badan sebab tiada SLS.

Sabun sulfur untuk jerawat badan
Nixoderm Sulfur Soap
Nixoderm Sulfur Soap
From
RM7.39
Check Nixoderm Sulfur Soap price below:
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Lindungi kulit dari jangkitan bakteria
add_circle Elak pori dari tersumbat
add_circle Harga murah
remove_circle Kurang sesuai untuk ibu hamil

Mencari sabun mandi jerawat yang halal? Kami sarankan guna produk Nixoderm yang mengandungi 10% sulfur ini.

Bahan ini bersifat antibakteria di mana boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan masalah kulit seperti pori tersumbat.

Berkesan juga untuk melegakan jerawat pada tubuh sekaligus melindungi badan anda dari berbau busuk atau kepam. 

Dengan penggunaan yang konsisten, sabun ini juga boleh lembutkan kulit kerana mengandungi emollient

Sabun anti jerawat badan
Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser
SOMEBYMI AHA BHA PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser
From
RM50.60
Check Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser price below:
add_circle Ada Glycerin
add_circle Bau menyegarkan
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Selamat untuk kulit sensitif
remove_circle Harga mahal

Sabun mandi keluaran Some By Mi ini mengandungi AHA dan BHA yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan sebum berlebihan pada badan. 

Bagi yang mengalami masalah body acne, produk ini memang terbaik sebab ia diformulasikan dengan Salicylic Acid untuk mengurangkan jerawat belakang badan dan dada. 

Lagi bagus, sabun mandi gel ini tidak menyebabkan ketegangan kulit selepas mandi. 

Buih-buih mikro yang dihasilkan oleh body wash ini pula boleh bersihkan kekotoran badan. 

Sabun untuk jerawat batu di badan
9999 Chlorophyl Soap
9999 Chlorophyl Soap
From
RM1.70
Check 9999 Chlorophyl Soap price below:
add_circle Harga murah
add_circle Bahan semula jadi
add_circle Lulus KKM
add_circle Ada agen anti bakteria untuk lindungi kulit

Jika anda mengalami masalah badan berpeluh yang terlalu banyak sehingga menyebabkan bau masam, apa kata cuba sabun bentuk buku yang mengandungi klorofil ini.  

Ia sesuai untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, panau, kurap dan gatal-gatal. 

Boleh dipakai oleh semua peringkat umur, jadi anda boleh juga belikan untuk anak-anak remaja anda yang ada masalah jerawat badan.

Bau sabun untuk jerawat badan ini juga segar sebab ada minyak pati serai wangi dan minyak pati kayu putih.

Sabun mandi dengan pelembab
Neutrogena Body Clear Body Wash (Original)
Neutrogena Body Clear Body Wash (Original)
From
RM49.00
Check Neutrogena Body Clear Body Wash (Original) price below:
add_circle Lembut pada kulit & tak merengsakan
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Menghalang breakouts pada badan
add_circle Ada Glycerin
remove_circle Harga mahal

Sabun mandi Neutrogena ini bukan sahaja boleh melawan jerawat di bahagian belakang badan, dada dan bahu malah bagus juga untuk menyegarkan tubuh selepas seharian penat bekerja. 

Ia mengandungi 2% saliyclic acid dan ini menjadikannya produk terbaik untuk masalah badan cenderung berjerawat. 

Paling best, sabun mandi ini tidak mengeringkan kulit, dan baunya juga tak kurang wanginya serta segar.

Memang anda akan dapat dua dalam satu, mengurangkan jerawat badan dan juga bau badan yang wangi selepas menggunakan sabun ini.

Sabun mandi murah untuk jerawat badan
BIOSULPHUR PLUS SOAP 100G
Biosulphur
sabun jerawat badan
From
RM6.80
Check BIOSULPHUR PLUS SOAP 100G price below:
add_circle Melegakan jerawat
add_circle Merawat kulit yang dijangkiti kulat & kurap
add_circle Murah
remove_circle Kurang sabun di saat akhir

Sabun BioSulphur Plus ini sesuai untuk merawat dan melegakan bahagian belakang berjerawat, kulit terkena kulat, kudis dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, sabun ini juga boleh memperbaiki keadaan kulit dermatitis seborik dan psoriasis kerana bahan utama sabun ini ialah 1.5% biosulfur serta 2% asid salisilik yang boleh menyelesaikan masalah kulit ini.

BioSulphur boleh menghapuskan sel kulit mati, mencegah masalah jerawat dan jangkitan kulat serta bakteria.

Manakala, asid salisilik berfungsi sebagai antibakteria dan agen pengelupasan untuk membuka pori-pori tersumbat dan menghalang timbulnya jerawat.

Sabun mandi putih kulit dan hilangkan jerawat
Niacinamide Body Wash
sabun back acne
From
RM28.00
Check Niacinamide Body Wash price below:
add_circle Menghilangkan hama dan jerawat
add_circle Melegakan kulit kering dan gatal
add_circle Mencerahkan dan melembapkan kulit
add_circle Menghilangkan kotoran kulit dan keratin penuaan

Sabun mandi dengan niacinamide ini mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan, mineral dan lain-lain lagi.

Selain itu, sabun ini tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak mengandungi bahan kimia.

Bukan sahaja membantu mengurangkan masalah seperti gatal-gatal dan jerawat pada kulit anda, malah boleh mencerah dan melembapkan kulit tau.

Dalam masa yang sama, akan memberikan badan bau yang segar dan wangi sepanjang hari.

Selepas menggunakan gel mandian ini beberapa kali, anda akan melihat perbezaan pada rasa kulit anda.

Sabun mandi dengan niacinamide
Medicube Red Acne Body Wash (400g)
Medicube
Medicube Red Acne Body Wash (400g)
From
RM124.00
Check Medicube Red Acne Body Wash (400g) price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Menanggalkan kulit mati
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mengurangkan kemerahan kulit
remove_circle Harga Mahal

Medicube Red Acne Body Wash adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari sabun mandi khas untuk kulit yang mudah berjerawat dan sensitif.

Ia adalah produk hypoallergenic dengan kandungan bahan penjagaan badan yang rendah iritasi seperti niacinamide, asid salisilik dan hyaluronic acid, Medi-Sol Complex, serta pH rendah.

Selain itu, sabun mandi ini membantu menghilangkan kotoran, minyak, dan sisa-sisa di dalam pori-pori dengan microbubble.

Dengan pH yang sama seperti kulit yang sihat, sabun mandi Medicube Red Acne ini membantu menjaga kesihatan kulit anda dengan buih yang lembut dan wangian yang menyenangkan.

Sabun hilangkan parut badan
Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
Aiken
Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
From
RM13.40
Check Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care price below:
add_circle Membunuh 99.99% kuman berbahaya
add_circle 100% bahan aktif semula jadi
add_circle Tidak mengeringkan kulit
remove_circle Stok terhad

Katakan selamat tinggal kepada masalah jerawat belakang dan cela degil dengan AIKEN Antibacterial Shower Cream Protect & Care.

Krim mandian lembut ini diperkaya dengan Minyak Tea Tree dan Aloe Vera, yang terkenal dengan sifat antibakteria dan menenangkan, memberikan hasil kulit licin tanpa cela.

Diformulakan dengan Teknologi Perlindungan Herba, formula AIKEN mengandungi Minyak Pati Serai yang berkesan membunuh 99.99% kuman berbahaya, memastikan kulit anda kekal sihat dan dilindungi.

Dihasilkan dengan 100% bahan aktif semula jadi, krim mandian ini lembut pada kulit dan sesuai untuk seisi keluarga.

Formula yang tidak mengeringkan kulit ini diperkaya dengan perapi berasaskan tumbuhan semula jadi, menjadikan kulit anda berasa lembut, terhidrat, dan segar selepas setiap penggunaan.


Bagaimanakah Cara Pilih Sabun Mandi Untuk Hilangkan Jerawat Badan?

Bagi sesetengah individu, mempunyai jerawat di badan mereka boleh menjadi agak menyusahkan. Tapi, tidak perlu risau kerana memilih sabun mandi yang sesuai boleh membantu dalam mengurangkan jerawat badan.

Berikut beberapa cara memilih sabun mandi terbaik untuk menghilangkan jerawat badan.

  • Pilih sabun sesuai dengan jenis kulit

Sama seperti kulit muka, kulit di seluruh badan mempunyai jenis yang berbeza-beza.

Oleh itu, pemilihan sabun mandi yang sesuai mengikut jenis kulit anda adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif adalah dinasihatkan untuk memilih sabun yang tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit atau tindak balas alahan.

  • Bahan merawat jerawat

Untuk menghilangkan jerawat badan, bahan-bahan tertentu seperti asid salisilik, sulfur, benzoyl peroxide dan teh hijau sangat membantu.

Tapi bahan-bahan ini boleh menyebabkan kekeringan, jadi gunalah pelembap selepas mandi.

  • Pilih sabun mandi yang mempunyai pH seimbang

Jika tahap pH sabun mandi anda terlalu tinggi atau terlalu rendah, jadi boleh menyebabkan kekeringan dan masalah kulit yang lain.

Oleh itu, pilih sabun mandi dengan tahap pH antara 5.5 dan 7 untuk hasil yang optimum.

  • Sentiasa melakukan ujian kulit terlebih dahulu

Sebelum menggunakan sabun mandi hilangkan jerawat, kami sarankan anda untuk lakukan ujian kulit.

Caranya, anda sapukan sedikit sabun pada kawasan kecil kulit dan perhatikan sebarang tindak balas alahan atau kerengsaan dalam masa 24 jam.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Sabun Hilangkan Jerawat Badan?

Selain merawat kulit berjerawat, sabun ini boleh membersihkan pelbagai kotoran dari badan. 

Beberapa jenis sabun mandi mengandungi bahan seperti asid salisilik dan benzoyl peroxide yang terbukti berkesan dalam mengurangkan jerawat badan.

Bahan-bahan ini membantu membuka dan membersihkan pori-pori kulit, serta mengurangkan keradangan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat badan.

Sabun mandi berkesan dalam mengurangkan jerawat pada kulit, tapi juga boleh membuang minyak semulajadi pada kulit yang akan menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

Beberapa jenis sabun mandi mengandungi bahan kimia yang kasar seperti sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sulfate (SLES) yang boleh mengeringkan dan merengsakan kulit.

Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan meningkatkan risiko jerawat badan.

Sabun mandi untuk jerawat juga tidak sesuai untuk semua jenis kulit.

Kulit yang kering dan sensitif akan lebih terdedah kepada risiko kekeringan dan kemerahan akibat penggunaan berlebihan.


Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Pada Badan?

Selain menggunakan produk penjagaan diri yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit badan, kita juga perlu lakukan tips berikut untuk hilangkan jerawat badan:

  • Kurangkan stres 
  • Elakkan memicit jerawat 
  • Guna sabun mandi antibakteria 
  • Pakai pakaian yang bersih & longgar 
  • Makan makanan yang sihat & berkhasiat 
  • Kurangkan pengambilan gula & makanan berlemak
  • Elakkan guna berus mandi/loofah ketika mandi 
  • Pilih sabun mandi yang lembut pada kulit 
  • Guna produk mandian yang khas untuk jerawat badan

Anda boleh tontotn video di bawah untuk mengetahui cara yang lebih berkesan.


Apakah Cara Memilih Sabun Muka Untuk Kulit Berjerawat? 

Untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat, boleh cuba cara yang dikongsikan ini untuk pilih sabun muka terbaik.

  • Pilih sabun jenis non-abrasive 
  • Elakkan dari guna sabun yang ada bahan pewangi 
  • Cari produk yang lembut pada kulit (gentle on skin
  • Cara sabun yang ada glycerin, ceramides, hyaluronic acid 

Pilih produk yang diformulasikan dari salicylic acid & benzoyl peroxide sebab bahan-bahan ini boleh melawan jerawat.


Beza Bisul Dan Jerawat?

Bisul dan jerawat adalah dua jenis masalah kulit yang sering terjadi, tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi puncanya, penampilan, dan rawatan.

Berikut adalah perbezaan utama antara bisul dan jerawat:

Bisul (Boils)

Bisul biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, terutama Staphylococcus aureus.

Jangkitan ini berlaku apabila bakteria memasuki folikel rambut atau kelenjar minyak, menyebabkan radang dan pembentukan nanah.

Bisul kelihatan seperti benjolan merah, bengkak, dan menyakitkan pada kulit.

Biasanya ia berisi nanah di bahagian tengah dan boleh membesar menjadi ukuran yang lebih besar sebelum pecah dan mengeluarkan nanah.

Bisul boleh muncul di mana-mana bahagian badan tetapi biasanya berlaku di kawasan yang sering bergesel atau terdapat rambut, seperti leher, ketiak, dan punggung.

Selain benjolan merah dan bengkak, bisul sering kali disertai dengan rasa sakit, kemerahan, dan kadang-kadang demam jika jangkitan semakin serius.

Rawatan bisul mungkin memerlukan antibiotik, pembuangan nanah oleh doktor, atau penggunaan kompres panas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan.

Jerawat (Acne)

Jerawat disebabkan oleh folikel rambut yang tersumbat dengan minyak, sel kulit mati, dan bakteria.

Ia sering dipengaruhi oleh perubahan hormon, seperti yang berlaku semasa remaja atau haid.

Jerawat boleh muncul dalam pelbagai bentuk termasuk blackheads dan whiteheads, papules (benjolan kecil), pustules (benjolan merah dengan nanah di atasnya), dan cysts (benjolan besar dan menyakitkan).

Ia biasanya lebih kecil berbanding bisul dan sering berlaku dalam kumpulan.

Jerawat sering terjadi di kawasan kuit wajah, leher, bahu, dan belakang, di mana kelenjar minyak banyak dihasilkan.

Jerawat boleh menyebabkan kulit kelihatan tidak sekata, dengan kemerahan dan bengkak sekitar kawasan yang terjejas.

Ia mungkin tidak selalu disertai dengan rasa sakit yang sama seperti bisul.

Rawatan jerawat biasanya melibatkan penggunaan produk yang mengandungi bahan seperti asid salisilik, benzoyl peroxide, atau retinoid.

Dalam kes yang lebih serius, doktor mungkin memberi preskripsi antibiotik atau rawatan hormon.

Kesimpulan

Secara ringkas, bisul adalah jangkitan bakteria yang menyebabkan pembentukan nanah dan kesakitan yang lebih teruk, manakala jerawat adalah masalah kulit yang melibatkan penyumbatan kelenjar minyak dan boleh muncul dalam pelbagai bentuk.

Rawatan untuk kedua-dua keadaan ini berbeza, dan adalah penting untuk mengenal pasti jenis masalah kulit yang anda hadapi untuk memilih rawatan yang sesuai dan terbaik.


Artikel Berkaitan

End of Article