Kulit manusia terdiri dari lima jenis, iaitu normal, berminyak, kering, kombinasi dan sensitif. Maka dari itu, anda seharusnya berhati hati tatkala memilih sabun mandi yang bersesuaian dengan jenis kulit. Pemilihan sabun mandi yang tepat boleh mempengaruhi kondisi kulit, lebih-lebih lagi yang cenderung sensitif. Salah memilih sabun boleh menyebabkan iritasi atau lebih parah, alergi. Bagi pemilik kulit sensitif, pastikan anda menjauhi sabun mandi yang mengandung antiseptik atau alkohol atau kedua duanya sekali.
Pilih sabun mandi yang berbentuk liquid atau cair kerana ia akan mengurangkan geseran antara sabun dengan kulit. Seperti muka, kulit badan juga memerlukan teknik penjagaan yang rapi. Tetapi, haruslah diteliti juga isi bahan kandungannya terlebih dahulu! Dibawah, kami menyediakan senarai sabun yang bagus dan khas untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif.
Salah satu punca terjadinya kulit sensitif adalah disebabkan kekeringan melampau atau alergi terhadap sesuatu produk. Anda bernasib baik sabun mandi dari jenama Dove ini dapat menyediakan lembapan berpanjangan untuk yang memiliki kulit kering atau dehidrasi. Ianya sabun yang mengandungi kandungan nutrisi tinggi demi penjagaan kulit agar ianya kelihatan lebih bersih dan lembut.
Diuji secara klinikal, sabun mandi ini terbukti sesuai untuk kulit sensitif walaupun bersifat hypoalergik. Gunakan secara konsisten untuk hasil sempurna!
Sebamed Liquid Face and Body Wash ini adalah produk 2-dalam-1 bersifat bebas alkali, diperkaya dengan nutrien penting bagi membersih dan melembap kulit wajah serta badan anda. Ia juga bersifat hypoallergenik, bertekstur lembut serta ringan.
Selain daripada sifatnya yang sangat tinggi khasiat, produk ini juga disyorkan oleh pakar dermatologi yang dapat membersih kotoran dalam liang pori pada wajah dan badan tanpa menyebabkan kekeringan atau kerengsaan seperti sabun biasa di pasaran.
Sabun mandi yang berformulasi bebas bau ini secara perlahan-lahan membersih, mencuci dan mengekalkan lembapan pada masalah kulit sensitif cenderung kering. Formula unik ini mengandungi otameal atau bijirin oat, terbukti berkesan dalam melawan masalah keradangan atau alergi. Skin Relief Body Wash dari jenama Aveeno ini juga membantu menghasilkan kulit yang nampak lebih lembut, segar dan sihat selepas hanya satu cucian.
Telah diuji secara klinikal dan disyorkan oleh ahli dermatologi, sabun bebas dari sebarang pewangi serta pewarna tiruan ini sangat selamat digunakan bagi yang berkulit sensitif juga hypoallergenik.
Diperkaya dengan Witch Hazel serta ekstrak Aloe Vera, sabun Thayers Peppermint Body Bar ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang akan membantu dalam meredakan keradangan kulit. Kandungan Peppermint yang terdapat dalam sabun ini pula akan memberi kesan kelegaan dan sensasi dingin sepenuhnya untuk kulit anda.
Vitamin C dan E yang terdapat di dalam sabun ini pula mengekalkan keanjalan kulit agar sentiasa terhidrat sepanjang hari walaupun berada di bawah sinaran terik matahari. Berfungsi sebagai anti-radang, ianya bertindak menyerap oksigen untuk membuatkan kulit anda bernafas dengan sempurna.
Innisfree Olive Oil Real Body Cleanser ini bertekstur busa creamy yang lembut, dilengkapi dengan pelembap serta vitamin. Selain itu, sabun ini juga kaya dengan ekstrak virgin olive oil atau minyak zaitun yang mampu membersih kulit secara menyeluruh, sekaligus melembap dan tidak membuat kulit jadi semakin sensitif.
Kandungan minyak zaitun di dalamnya terbukti mampu menyihatkan kulit. Nutrisi yang terkandung di dalamnya akan memberi kesegaran pada kulit serta bebas dari rasa ketidakselesaan sepanjang hari.
Seperti yang diketahui umum, minyak Tea Tree adalah antara bahan kandungan yang mujarab berfungsi dalam mengubati jerawat atau alergi. Oleh itu, sabun mandi dari jenama Body Shop yang bersifat antiseptik dan anti bakteria ini telah terbukti secara efektif bagi merawat, meredakan serta mengurangkan masalah alergi atau sensitif.
Selain bagus untuk jerawat dan alergi, sabun ini juga memiliki aroma yang segar dan pastinya mampu membersih kotoran pada tubuh setelah terdedah di bawah cahaya terik matahari.
Seperti yang disyorkan oleh para dermatologi, Cetaphil Gentle Cleansing boleh membantu dalam pembersihan kulit untuk kegunaan setiap hari terutamanya buat kulit sensitif. Sabun yang bersifat multifungsi ini juga selamat digunakan sama ada di muka atau badan. Bersifat non-comedogenic, bebas dari segala pewangi dan pewarna tiruan serta linolin.
Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang kulit terasa iritasi atau gatal-gatal. Selain berbentuk cecair, sabun ini juga boleh dijumpai dalam bentuk buku.
Anda sudah mencuba berpuluh produk malah masih menghadapi masalah kulit sensitif? Ini mungkin sabun yang digunakan mempunyai kadar pH yang tinggi dan beralkali. Kadar pH yang tinggi dalam sabun boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif.
Penyelesaiannya, gunakan sabun rendah pH seperti Eucerin pH5 Shower Oil ini. Produk ini mengandungi minyak semulajadi yang sesuai dengan kulit sensitif juga tidak memberi kesan melekit. Selamat tinggal kulit sensitif!