Apa itu serum? Serum adalah satu cecair yang bertindak sebagai nutrien tambahan mengikut masalah kulit. Namun, jangan ingat anda yang berkulit normal tidak perlukan serum pula, ya. Serum mempunyai pelbagai fungsi dan tidak terhad kepada kulit jenis bermasalah sahaja.
Anda mungkin mempunyai kulit normal ke arah kering ataupun mempunyai masalah kesan parut. Serum amat sesuai untuk dijadikan sebagai produk tambahan ke dalam regimen penjagaan kulit harian anda kerana cecair serum ini terdiri daripada molekul kecil yang dapat menembusi jauh ke dalam kulit dan memberi kepekatan bahan aktif yang tinggi.
Ini menjadikan serum antara senjata yang hebat untuk menghalang kerosakan kulit seperti tanda penuaan, bintik hitam kesan matahari dan juga jerawat. Mari kita lihat serum yang mana sesuai dengan keperluan anda;
Produk serum harian yang diperkaya dengan Aloe Vera ini bertujuan untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi dan mengekalkan keanjalan serta lembapan pada kulit anda.
Teksturnya yang nipis dan mudah meresap, tidak meninggalkan kesan berminyak serta rasa melekit pada kulit. Ianya dapat mengekalkan kelembapan kulit anda dengan serum harga berpatutan ini!
Baca juga: Usah Beli Yang Mahal Jika Hasilnya Sama Dengan 10 Serum Wajah Berkualiti Tinggi Dibawah RM 50 Ini
Serum yang diperkaya dengan ekstrak Houttuynia Cordata yang berkonsentrasi tinggi ini dapat membantu menyelesaikan masalah kulit berminyak dan tekstur pori yang besar. Jika menginginkan kulit wajah yang licin dan sempurna bak porselin, percayalah serum ini harus menjadi kawan baik anda.
Serum berkualiti tinggi ini akan menghakis dan mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit dan meminimumkan penampilan liang pori supaya kulit sentiasa kekal bebas minyak dan akan bertambah licin, lembut dan berseri!
Mahu tampak seperti remaja di usia matang anda? Cubalah produk anti penuaan daripada Simply Siti ini. Diformulasi dengan revolusi Cellular Activator Complex yang dapat menentang tanda kulit matang seperti jeragat, kedutan, kulit kendur dan kusam. Dengan bahan aktif tinggi yang akan membekalkan anda kesan kulit lebih muda, anjal, cerah dan berseri. Ianya membekalkan lembapan pada kulit anda supaya kelihatan lebih anjal dan gebu.
Serum ini mampu untuk merawat dari dalam supaya produksi kolagen dan elastin dipertingkat untuk membaikpulih kulit rosak akibat penuaan.
Diusia remaja, kita senang untuk terkena masalah kulit akibat stres dan hormon tidak menentu. Mahu membeli produk wajah yang berjenama, kekangan kewangan menjadi masalah utama. Jangan risau ya, kerana serum daripada The Ordinary ini bukan sahaja mampu merawat masalah kulit anda, ianya juga amat murah dan berpatutan.
Kandungan asid Salicylic di dalam serum ini bukan sahaja membantu kulit berjerawat anda, ianya juga membantu kulit anda menjalani proses pengelupasan dengan lembut yang akan membuatkan masalah kulit berminyak tiada.
Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini
Serum yang bersifat exfoliant ini bukan sahaja bagus untuk kulit kusam, jerawat dan berminyak tetapi juga sesuai dengan kulit normal yang ingin mengekalkan keseimbangan pada kulit. Diterbangkan khas daripada Korea, ianya mengandungi kebaikan AHA, BHA dan PHA yang akan menyelesaikan kesemua masalah kulit dengan menghakis lapisan sel kulit mati untuk menampilkan kulit baru yang lebih sihat.
Ekstrak minyak Tea Tree dan Centella Asiatica akan memastikan kulit anda tidak berasa pedih dan iritasi. Jadi, kulit anda akan menjalani proses pengelupasan dengan lembut dan tidak mengakibatkan kemerahan pada kulit wajah.
Serum pelembap ini akan membantu kulit anda bebas daripada kekeringan tanpa anda sedari. Mungkin perubahan cuaca dan keadaan suhu sekeliling anda yang sering bertukar secara mendadak menjadikan kulit normal menjadi kering dan dehidrasi. Diperkaya dengan gabungan 3 bahan Hydracalm Action, iaitu asid Hyaluronik asli, PureSwiss Thermal Spring Water, dan Bio-Calm Complex.
Bahan-bahan ini dapat memastikan kulit anda sentiasa lembap, terhidrat, gebu, segar dan menenangkan. Sesuai untuk kulit sensitif kerana formula Bio-Calm Complex akan memastikan kulit anda tidak mudah iritasi dan merengsa.
Serum unik ini walaupun mengandungi tahap Vitamin C yang tinggi, ianya tidak akan teroksida dan memedih seperti serum Vitamin C yang lainnya. Khasiat Vitamin C ialah untuk membantu menambah regulasi kolagen dalam kulit, mempercepatkan penumbuhan kulit baru yang akan mengantikan kulit bermasalah, menghakis sel kulit mati dan menggandakan kesan hidrasi supaya anda akan kelihatan gebu, cerah dan berseri.
Kandungan anti-oksidan yang tinggi dalam serum ini juga membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan produk mencegah tanda penuaan awal supaya kulit kekal awet muda!
Baca juga: Kekal Awet Muda Dengan 10 Serum Yang Mengandungi Vitamin C
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!