Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pencuci Muka Hada Labo dari Jepun Terkenal Dengan Keunikannya Tersendiri

Jadikan ‘habit’ untuk mencuci muka setiap hari

Produk unggul dari Jepun, Hada Labo menyediakan beberapa rangkaian pencuci muka khusus untuk wanita Asia. Dengan bertemakan "PERFECT x SIMPLE", produk dari jenama ini mempunyai rejimen kecantikan yang sempurna untuk dilakukan setiap hari. 

Apakah manfaat terbaik pencuci muka Hada Labo?

Kebaikan pencuci muka Hada Labo menekankan kesederhanaan dalam proses penjagaan kulit, kerana mereka percaya semua bahan tambahan seperti pewarna, wangian, alkohol dan minyak mineral hanya akan membebankan kulit. Bahan terbaik seperti ekstrak tulen dihasilkan untuk kegunaan pencuci muka Hada Labo dalam rutin harian anda. Produk ini juga bebas ekstrak daripada haiwan. 

Selain itu, pencuci muka Hada Labo ini dapat mengecilkan liang pori, mengawal penghasilan minyak dan sebum serta membuatkan kulit wajah anda menjadi lembut. Jom ikuti senarai rangkaian pencuci muka Hada Labo; 

10 Pencuci Muka Hada Labo Terbaik

Pencuci muka terbaik untuk menghidratkan kulit sensitif
Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash
Hada Labo
From
RM13.25
Check Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash price below:

Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pencuci muka ini dapat membersih dengan lembut dan mengurangkan kerengsaan serta meninggalkan lapisan kulit yang lebih licin. Diperkaya dengan ekstrak Licorice, ianya berfungsi sebagai agen ringan yang membantu menenangkan alergi pada kulit sensitif. Manakala ekstrak Calendula, herba semulajadi yang membantu melegakan kemerahan dan kerengsaan kulit.

Dengan teksturnya yang berkrim, pencuci muka ini menghasilkan busa yang sedikit agar tidak akan menggangu sensitiviti kulit anda.

Pencuci muka Hada Labo untuk whitening – berkesan memutihkan wajah
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash
Hada Labo
From
RM19.88
Check Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash price below:
add_circle Cruelty-free & bebas alkohol
add_circle Tidak mengeringkan kulit wajah
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle SLS - kurang sesuai untuk kulit sensitif

Pencuci muka ini lengkap 3 langkah pemutihan yang membantu anda mencapai kulit lebih cerah, sihat dan licin. Juga mengandungi Resveratol iaitu sebatian semulajadi terdapat dalam anggur merah yang digunakan untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Manakala, ekstrak rumpai laut semulajadi dengan mineral serta vitamin yang terdapat dalam produk pencuci muka ini, bertindak sebagai kesan pelembap dan antioksidan.

Menggabungkan ciri pembersih semula jadi dengan bahan penghidratan unggul, Super Hyaluronic Acid melembap kulit semasa anda membersihkan kulit wajah. Kulit akan terasa segar dan lembut berpanjangan.

Lindungi cela pada kulit wajah dengan pencuci muka ini
Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash
Hada Labo
From
RM18.55
Check Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash price below:
add_circle Bentonite Clay untuk hapuskan kotoran dengan sempurna
add_circle Tidak mengeringkan kulit wajah
add_circle Asid Salicylic halang pembentukan melanin
remove_circle Tidak sesuai buat kulit bermasalah

Terbaik untuk anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi cenderung berminyak. Diperkaya dengan Bentonite Clay dan ekstrak Wild Pansy, pencuci muka ini dapat menyerap minyak dan kotoran pada kulit sekaligus menutup liang pori terbuka. Dengan mengandungi asid Salicylic semulajadi, ianya dapat melindungi cela pada kulit wajah dan menghalang pembentukan melanin sambil memberi penghidratan. 

Kandungan asid Hyaluronik dalam pencuci muka ini pula dapat menghalang kulit wajah berisiko menjadi kering selepas cucian. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan kulit wajah cantik dan berseri.

Sesuai untuk kulit kombinasi dengan penggunaan secara 2-dalam-1
Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Hada Labo
From
RM26.50
Check Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash price below:
add_circle Mengawal penghasilan sebum & minyak
add_circle Pembersih tanpa buih
add_circle Kekalkan lembapan pada kulit
remove_circle Kulit sensitif akan cepat merengsa

Produk ini mengandungi Alpaflor ALP-sebum, sebuah bahan dengan keberkesanan yang terbukti untuk mengawal penghasilan sebum. Ia berfungsi sebagai pembersih tanpa buih yang sesuai untuk mengawal minyak pada kulit wajah. Seperti produk Hada Labo yang lain, asid Hyaluronik memainkan peranan utama sebagai pembekal hidrasi yang sangat baik dan mampu menambah kelembapan sambil mengekalkan keseimbangan optimum semasa membersih.

Gunakan pencuci muka ini untuk kulit kekal terhidrat dan juga mengawal pengeluaran minyak agar kulit tampil berseri dan menawan.

Pencuci muka untuk kulit berminyak – lindungi dari pencemaran udara
Hada Labo AHA + BHA Face Wash Oil Control
Hada Labo
From
RM25.13
Check Hada Labo AHA + BHA Face Wash Oil Control price below:
add_circle Buih ultra halus
add_circle pH kulit seimbang
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Bebas alkohol, pewangi & minyak mineral
add_circle Menyelesaikan masalah kulit kusam & kasar
remove_circle Harga sedikit mahal

Formula unik ini dapat membersih dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan membentuk halangan daripada sebarang kerosakan. AHA + BHA Face Wash Oil Control ini menggunakan formula kawalan minyak ekstrak tanaman Alpin untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan serta meminimumkan penampilan liang pori.

Menggunakan tekstur dari tanah liat Bentonite dan kandungan mineral yang tinggi untuk menyerap lebihan minyak dan pada masa yang sama menghilangkan kotoran pada kulit dengan berkesan dan pantas.

Pencuci muka untuk kulit berjerawat – membersih lapisan kulit paling dalam
Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash
Hada Labo
Hada Labo AHA BHA Acne Control Facial Wash
From
RM28.70
Check Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash price below:
add_circle Melindungi kulit dari pencemaran persekitaran
add_circle Membentuk lapisan perlindungan kulit
add_circle pH seimbang & buih halus
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Bebas pewangi & pewarna
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Pembersih muka Hada Labo AHA + BHA Acne Control ini mengandungi tanah liat Bentonite dari gunung berapi semula jadi untuk membersih sel dalaman kulit dan juga ekstrak pisang liar bertindak sebagai bahan anti-radang untuk jerawat dan agen penghapus bintik-bintik gelap. Ekstrak Pansy Liar yang terdapat di dalam produk ini juga bertindak untuk memerangi jerawat dan membersih kulit sehingga menjadi lembut.

Kepada kamu yang cenderung dengan masalah kulit jerawat, cuba pembersih wajah ini. Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lumayan.

Pencuci muka dengan 3x manfaat memutihkan kulit wajah
Hada Labo Arbutin Premium Whitening Face Wash
Hada Labo
From
RM26.18
Check Hada Labo Arbutin Premium Whitening Face Wash price below:
add_circle Kandungan Tranexamic Acid untuk kulit lebih glowing
add_circle Kurangkan masalah kulit tegang akibat pencemaran
add_circle Kulit bertambah anjal dan awet muda
remove_circle Kesan efektif yang lebih lama

Pencuci muka dari Hada Labo ini berkesan untuk memutihkan wajah dan mengekalkan keanjalan pada kulit agar sentiasa tampil awet muda. Ianya mampu mengurangkan kesan kemerahan dan melembutkan serta menenangkan kulit wajah yang tegang akibat pencemaran udara. Terbaik dalam menghapuskan kulit kusam dan mengembalikan keserian pada kulit dalam hanya beberapa kali penggunaan sahaja.  

Diformulasi dengan 3 jenis asid Hyaluronik dan Triple Anti-Pollution, pencuci muka ini dapat melindungi kulit anda daripada radikal bebas serta menyeimbangkan kembali tahap pH kulit wajah. Bebas alkohol, pewangi dan pewarna tiruan, awet tambahan serta minyak mineral.

Pencuci muka berkesan menahan kulit dari terkena pencemaran udara
Hada Labo AHA/BHA Mild Exfoliating Face Wash
Hada Labo
From
RM25.13
Check Hada Labo AHA/BHA Mild Exfoliating Face Wash price below:
add_circle Hapuskan blackhead & kotoran pada liang pori
add_circle Kulit tidak iritasi dan seimbangkan pH kulit
add_circle Bebas minyak mineral
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit kering dan sensitif

Diformulasi dengan Triple Anti-Pollution dan Double Action Exfoliating, pencuci muka ini dapat menghapuskan blackheads dan membersih kotoran yang tersumbat dalam liang pori dengan sempurna. Ianya mampu mengimbangi semula tahap pH dalam kulit wajah anda sehingga normal dan tidak membuatkan kulit terasa iritiasi selepas memakainya. 

Bebas daripada pewangi tiruan, alkohol dan minyak mineral, sel-sel kulit mati yang masih melekat pada wajah anda dapat dihapuskan segera. Pencuci muka ini juga dapat melindungi kulit anda daripada terkena radikal bebas seperti pencemaran udara.

Pencuci muka Hada Labo – serasi dengan kulit normal
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Foaming Wash
Hada Labo
From
RM30.73
Check Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Foaming Wash price below:
add_circle Kekalkan lembapan semulajadi
add_circle Boleh digunakan sebagai makeup remover
add_circle Cruelty-free
remove_circle Kulit sensitif elakkan pencuci muka ini

Gokujyun bermaksud ‘pelembap tambahan’ dan pembersih wajah ini bertujuan untuk mengekalkan lembapan semulajadi kulit anda ketika mencuci. Ia melarut ke dalam lapisan kulit wajah dengan serta-merta tanpa mengeringkan kulit anda. Dengan keseimbangan pH 5.5 dan Super Hyaluronic Acid, produk ini juga boleh digunakan sebagai pembilas alas solek.

Lakukannya secara konsisten dan gunakan pencuci muka ini setiap pagi dan malam untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article