Apabila timbulnya soal penjagaan kulit muka, anda pasti mengambilnya dengan serius. Produk dari Himalaya menggunakan rawatan ayurveda yang baik untuk merawat kulit bermasalah tanpa perlu ke klinik.
Jawapan ringkas: pencuci muka Himalaya terbaik keseluruhan ialah Himalaya Purifying Neem Face Wash, RM9.35 di Shopee Malaysia (harga disemak 24 September 2026), sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak. Jika bajet anda sangat terhad, Tan Removal Orange Face Wash di bawah bermula dari RM10.00.
Kandungan
- Terbaik Keseluruhan: Himalaya Purifying Neem Face Wash
- Termurah: Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face Wash
- Terbaik untuk Kulit Kusam: Himalaya Herbals Fairness Kesar Face Wash
- Terbaik untuk Kulit Kering: Himalaya Herbals Moisturizing Aloe Vera Face Wash
- Terbaik untuk Kawalan Minyak: Himalaya Herbals Purifying Foaming Face Wash
- Terbaik untuk Kulit Kusam Premium: Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash
- Terbaik untuk Kulit Letih: Himalaya Herbals Fresh Start Oil Clear Strawberry
- Terbaik untuk Kulit Kombinasi: Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face Wash
- Terbaik untuk Lelaki: Himalaya Herbals Power Glow Licorice Face Wash
- Terbaik untuk Lelaki Kulit Berminyak: Himalaya Herbals Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash
- Terbaik Sebagai Scrub: Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub
- Panduan berkaitan
Bagaimana Kami Memilih
Kami menyemak bahan herba utama setiap produk (neem, kesar, licorice, lemon), jenis kulit yang disasarkan, dan harga runcit semasa di Shopee Malaysia, Watsons Malaysia, Lazada Malaysia dan Hermo Malaysia. Semua harga di bawah disemak pada 24 September 2026.
Apakah Kebaikan Menggunakan Pencuci Muka Himalaya?
Produk Himalaya Herbals dipercayai kerana kandungan formula herba yang diekstrak secara semula jadi. Selama bertahun-tahun, jenama ini mengukir niche sebagai pilihan penjagaan kulit berasaskan ayurveda yang bebas daripada bahan kimia keras.
Cara Memilih Pencuci Muka Himalaya Yang Betul
Kenal pasti masalah kulit utama anda
Neem dan kunyit sesuai untuk kulit berjerawat, lemon dan licorice untuk kulit kusam dan berminyak, manakala aloe vera dan timun sesuai untuk kulit kering dan sensitif.
Perhatikan bahan aktif herba
Kesar (saffron) dan delima membantu mencerahkan, apricot dan lentil merah untuk pengelupasan lembut, dan neem untuk sifat antibakteria melawan jerawat.
Padankan dengan kekerapan penggunaan
Pencuci muka biasa boleh digunakan dua kali sehari, manakala scrub seperti Gentle Exfoliating Apricot Scrub hanya sesuai 2 hingga 3 kali seminggu.
11 Pencuci Muka Terbaik Dari Himalaya
Himalaya Herbals Moisturizing Aloe Vera Face WashRM28.27Watsons
Himalaya Herbals Purifying Foaming Face WashRM36.77Watsons
Himalaya Herbals Fairness Kesar Face WashRM12.50Lazada
Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face WashRM29.36Watsons
Himalaya Herbals Fresh Start Oil Clear StrawberryRM14.80Shopee
Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face WashRM28.27Watsons
Himalaya Herbals Power Glow Licorice Face WashRM16.90Shopee
Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face WashRM10Shopee
Himalaya Herbals Men Intense Oil Clear Lemon Face WashRM14.90Lazada
Himalaya Purifying Neem Face WashRM9.35Lazada
Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot ScrubRM26.61Lazada
Terbaik Keseluruhan: Himalaya Purifying Neem Face Wash
1 lagi
Pencuci muka berformula herba ringan dari jenama Himalaya ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.
Diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.
Termurah: Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face Wash
1 lagi
Pasti ada sesetengah daripada anda yang alami masalah kulit menjadi gelap dan kusam, bukan? Nah, apa kata cuba pencuci muka dari Himalaya ini yang mengandungi ekstrak oren, berkesan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan kembali kulit menjadi seperti biasa.
Terbaik untuk Kulit Kusam: Himalaya Herbals Fairness Kesar Face Wash
1 lagi
Pembersih muka terbaik dari rangkaian jenama Himalaya ini dapat mencerah dan meremajakan kulit serta mengembalikan seri pada wajah. Ia diperkaya dengan kesar iaitu herba yang terdapat dalam bunga Crocus, sangat terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikan kulit.
Ekstrak buah delima dalam formula ini pula berfungsi untuk menyuburkan kulit, sementara pudina dan timun menyegarkan kulit wajah. Anda akan terasa bermaya dan berseri sepanjang hari.
Terbaik untuk Kulit Kering: Himalaya Herbals Moisturizing Aloe Vera Face Wash
1 lagi
Pencuci muka ini membaiki dan menambah lembapan kulit selepas setiap cucian. Ia menyuburkan regangan kulit kering dan kusam serta tidak menyebabkan wajah terasa pedih. Diperkaya dengan bahan organik seperti timun untuk menyejukkan dan melegakan kulit serta lidah buaya bagi memberi kelembutan dan meningkatkan seri kulit.
Formula bahan semula jadi terkandung di dalamnya menjadi fungsi utama untuk kesegaran kulit anda. Tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit, selamat untuk dipakai setiap hari.
Terbaik untuk Kawalan Minyak: Himalaya Herbals Purifying Foaming Face Wash
1 lagi
Pencuci muka berformula herba ringan dari jenama Himalaya ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.
Diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.
Terbaik untuk Kulit Kusam Premium: Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash
2 lagi
Pencuci muka Himalaya ini mampu untuk membuang bintik-bintik gelap, membersih kulit dan menghapuskan kekotoran untuk memberi hasil kulit yang lebih bersinar, berseri, dan licin. Ia mengandungi bunga safron yang membantu menghilangkan bintik hitam yang ketara.
Ekstrak Licorice di dalamnya mengawal sintesis melanin untuk memulihkan kecerahan semulajadi di dalam kulit anda.
Terbaik untuk Kulit Letih: Himalaya Herbals Fresh Start Oil Clear Strawberry
1 lagi
Himalaya Fresh Start Oil Clear Strawberry Face Wash mengandungi ekstrak buah Strawberry dalam bentuk manik semulajadi yang menghidupkan semula keaktifan kulit wajah dari kelihatan letih dan kusam. Pembersihannya secara mendalam membersih kulit dari sisa minyak serta kotoran. Kegunaan secara kerap membantu kulit untuk tampak lebih berseri, sihat, dan segar.
Terbaik untuk Kulit Kombinasi: Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face Wash
1 lagi
Himalaya Herbal Oil Clear Lemon Face Wash mengandungi ekstrak lemon bertindak untuk mencuci agen astringen dan menyejukkan kulit wajah. Ekstrak madu yang terkandung mempunyai ciri pembersihan yang mendalam, membantu menghilangkan kotoran tanpa membuat kulit anda terasa kering atau diregangkan. Ia juga membantu menghilangkan bintik hitam yang degil.
Terbaik untuk Lelaki: Himalaya Herbals Power Glow Licorice Face Wash
1 lagi
Siapa kata produk kecantikan hanya untuk wanita? Pencuci muka ini dirumus khas untuk lelaki bagi mengembalikan keserian pada kulit dengan serta-merta. Ia boleh mengurangkan bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan pigmentasi.
Ekstrak Licorice yang terdapat didalamnya membersihkan kulit secara mendalam dan menawarkan kecerahan wajah. Ini adalah produk muka popular untuk lelaki dari Himalaya Herbs. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Terbaik untuk Lelaki Kulit Berminyak: Himalaya Herbals Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash
2 lagi
Pencuci muka ini sesuai untuk lelaki yang alami masalah kulit berminyak akibat penghasilan berlebihan. Dengan mengandungi ekstrak Indian Willow Bark yang kaya dengan polyphenols dapat melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Diformulasi bebas sabun yang mampu menghapuskan kotoran melekat pada liang pori dengan sekali cucian.
Teknologi active boost pencuci muka ini dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit sambil melakukan pembersihan secara menyeluruh. Kulit wajah anda akan terasa segar dan berseri.
Terbaik Sebagai Scrub: Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub
1 lagi
Himalaya Herbal Deep Cleansing Apricot Face Wash perlahan-lahan menghapuskan sel-sel kulit mati dan menghasilkan kelicinan serta kehalusan kulit wajah. Ia menenggelamkan komedo atau blackhead, juga menghalang jerawat degil dari terhasil.
Pencuci wajah ini diperkaya dengan kebaikan utama Granul Apricot untuk menghidrat dan menigkatkan kolagen di wajah, kacang lentil merah sebagai antioksida, daun Neem, lemon serta lidah buaya yang tinggi khasiatnya. Kulit wajah anda akan mendapat nutrisi penting secukupnya.
Soalan Lazim
Adakah pencuci muka Himalaya sesuai untuk semua jenis kulit?
Ya secara umum, kerana kebanyakan formula berasaskan herba dan bebas bahan kimia keras. Walau begitu, padankan varian tertentu (neem untuk berjerawat, aloe vera untuk kering) dengan masalah kulit utama anda.
Di mana boleh beli produk Himalaya yang tulen di Malaysia?
Kami pautkan setiap produk terus ke Shopee Malaysia, Watsons Malaysia, Lazada Malaysia atau Hermo Malaysia dalam senarai di atas. Beli dari kedai rasmi jenama tersebut untuk elak produk tiruan.
Berapa lama sebotol pencuci muka Himalaya bertahan?
Botol 50ml biasanya bertahan sekitar 3 hingga 4 minggu, manakala botol 100ml hingga 150ml boleh bertahan 6 hingga 8 minggu dengan penggunaan dua kali sehari.
Adakah pencuci muka Himalaya selamat untuk kulit sensitif?
Kebanyakan varian bebas bahan kimia keras dan sesuai kulit sensitif, tetapi varian dengan lemon atau kesar boleh terasa menyengat pada kulit yang sangat sensitif atau ada luka terbuka. Uji dahulu pada bahagian kecil kulit sebelum guna pada seluruh muka.
Artikel berkaitan: Pencuci Muka Simple Terbaik Malaysia, Sunscreen Lelaki Terbaik Malaysia




