Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan untuk pelajar di Malaysia ialah Canon Pixma E470 (dari RM269 di Shopee Malaysia, kedai rasmi Canon dengan 100+ unit terjual, disemak 22 September), kerana fungsi print/scan/copy dengan WiFi sudah cukup untuk keperluan tugasan harian pelajar. Kalau nak lebih jimat, Canon Pixma E410 (dari RM263) memberi fungsi sama tanpa WiFi pada harga lebih rendah.
Printer dan laptop sudah menjadi satu keperluan setiap pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk selesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu atau pensyarah.
Kandungan
- Jadual Perbandingan 7 Printer Untuk Pelajar
- Senarai 7 Printer Murah Untuk Pelajar
- Terbaik Untuk Bajet: Canon Pixma E410
- Terbaik Untuk Cetakan Pantas: Brother Monochrome Laser HL-1110
- Terbaik Untuk Mencetak Dari Telefon: Brother DCP-T420W
- Terbaik Untuk Jimat Dakwat: HP DeskJet 2336
- Terbaik Untuk Kebanyakan Pelajar: Canon Pixma E470
- Terbaik Untuk Cetakan Banyak: Epson EcoTank L3256
- Terbaik Untuk Cetak Gambar: Canon Pixma TS5370A
- Bagaimana Kami Pilih
- Panduan Pilih: Apa Beza Inkjet Dan Laserjet?
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
Tidak hairanlah sekarang ramai cari printer terbaik untuk pelajar dengan harga printer murah bagi memudahkan proses mencetak, fotostat atau mengimbas tugasan.
Ada banyak jenis printer untuk student yang berkualiti, serta printer yang bagus dan ink murah yang boleh jimatkan duit poket bulanan.
Bukan apa, kebanyakan individu lebih cenderung membeli produk berjenama tapi fungsi lebih kurang dengan printer murah dan jimat ink.
Jom lihat senarai jenama printer terbaik untuk pelajar dan jenis printer yang sesuai dengan bajet dan keperluan penggunaan harian.
Canon Pixma E410RM263Lazada
Brother DCP-T420WRM689Lazada
HP DeskJet 2336RM265Lazada
Epson EcoTank L3256RM635Lazada
Brother Monochrome Laser HL-1110RM329Lazada
Canon Pixma E470RM269Lazada
Canon Pixma TS5370ARM659Lazada
Jadual Perbandingan 7 Printer Untuk Pelajar
| Printer | Jenis | WiFi | Fungsi | Harga |
|---|---|---|---|---|
| Canon Pixma E410 | Inkjet ink-efficient | Tiada | Print, Scan, Copy | Dari RM263 |
| Brother HL-1110 | Laser (hitam putih) | Tiada | Print sahaja | Dari RM329 |
| Brother DCP-T420W | Ink tank | Ada | Print, Scan, Copy | Dari RM689 |
| HP DeskJet 2336 | Inkjet | Tiada | Print, Scan, Copy | Dari RM265 |
| Canon Pixma E470 | Inkjet ink-efficient | Ada | Print, Scan, Copy | Dari RM269 |
| Epson EcoTank L3250 | Ink tank | Ada | Print, Scan, Copy | Dari RM635 |
| Canon Pixma TS5370A | Inkjet foto | Ada | Print, Scan, Copy | Dari RM659 |
Senarai 7 Printer Murah Untuk Pelajar
Terbaik Untuk Bajet: Canon Pixma E410
Kalau bajet paling ketat, E410 beri fungsi 3-dalam-1 tanpa WiFi pada harga paling rendah dalam senarai ini.
2 lagi
Printer Canon E410 ini merupakan printer yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu mencetak, scan dan fotostat.
Dengan adanya 3 fungsi ini pada printer menjadikan harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan.
Menarik lagi, harga katrij untuk printer ini pula murah jadi sangat sesuai untuk pelajar!
Printer ini juga mempunyai mod senyap semasa digunakan jadi tidak ada masalah menggunakannya pada waktu malam.
Ciri ini bagi memastikan anda tidak mengganggu roommate atau housemate yang sedang tidur untuk mencetak assignment anda.
Bagaimanapun, Canon Pixma 3-in-1 (E410) mempunyai kelemahan iaitu tidak mempunyai sokongan WiFi dan tidak boleh mencetak dokumen yang banyak dalam satu-satu masa.
Selain itu, printer ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan compact jadi tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan.
Terbaik Untuk Cetakan Pantas: Brother Monochrome Laser HL-1110
Printer laser ini sesuai untuk pelajar yang kerap mencetak banyak muka surat teks dalam masa singkat.
3 lagi
Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) ini merupakan printer jenis laser bersaiz kompak dan berkualiti tinggi.
Mempunyai ciri kemampuan mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.
Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.
Menariknya, kelajuan cetakan boleh mencecah sehingga 20ppm, sangat pantas!
Bukan itu sahaja, bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.
Brother turut menyediakan jaminan selama 3 tahun kepada pengguna.
Terbaik Untuk Mencetak Dari Telefon: Brother DCP-T420W
Sistem ink tank WiFi ini memudahkan pelajar mencetak terus dari telefon tanpa perlu buka laptop.
1 lagi
Printer model Brother ini mampu mencetak selaju 16/9 ipm dan menggunakan jenis dakwat Ink Ultra High Yield.
Menurut Brother, mesin ini mampu mencetak skala besar iaitu 7,500 helaian untuk percetakan hitam putih.
Manakala 5,000 untuk percetakan berwarna dan selepas itu perlu menukar print heads.
Anda juga boleh memantau dakwat dari luar kerana dakwat dalam bekas transparent.
Cara pengisian pula sangat mudah kerana direka user-friendly bagi mengelakkan dakwat tertumpah dan pembaziran.
Paling menarik, printer ini boleh berfungsi tanpa wayar kerana mempunyai sambungan WiFi jadi ciri ini membolehkan anda cetak menerusi sambungan dari telefon pintar sahaja.
Terbaik Untuk Jimat Dakwat: HP DeskJet 2336
Model paling ringkas dalam senarai ini, sesuai untuk pelajar yang cetak sekali-sekala dan mahu jimat kos dakwat.
Printer HP DeskJet 2336 sangat berbaloi untuk dibeli kerana mempunyai fungsi scan dan copy.
Malah printer murah dan berkualiti ini boleh disambungkan melalui WiFi dan kelajuan cetakan pula pada tahap 6 cpm (hitam) dan 3 cpm (berwarna).
Manakala resolusi cetakan memuaskan dengan 600 x 300 dpi tidak kira cetakan bertulis, gambar dan berwarna.
Purata bulanan cetakan kertas mampu dicapai sehingga 1000 helai kertas bersaiz A4 dan boleh membuat sambungan dengan laptop yang mempunyai sistem Windows 10 ke atas saja.
Terbaik Untuk Kebanyakan Pelajar: Canon Pixma E470
Fungsi WiFi, jimat dakwat dan harga berpatutan menjadikan E470 pilihan paling seimbang untuk kebanyakan pelajar.
3 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama printer ini berupaya memberi fungsi 3 dalam 1 iaitu, print, scan dan copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.
Ciri-ciri:
Ada fungsi WiFi atau wireless, membolehkan anda monitor jumlah dakwat printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.
Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4): 4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).
Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi.
Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.
Review:
"Printer ni memudahkan kerja, hanya print melalui telefon je dengan WiFi. Mudah dan sangat recommended."
Terbaik Untuk Cetakan Banyak: Epson EcoTank L3256
Sistem tangki dakwat boleh isi semula menjadikan kos setiap muka surat paling rendah untuk pelajar yang mencetak dalam kuantiti besar.
3 lagi
Bagi pelajar yang mempunyai bajet extra, anda boleh beli printer Epson EcoTank L3256 / L3250 A4 WiFi All in One Ink Tank Printer ini kerana mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih.
Manakala untuk cetakan berwarna pula sebanyak 7500 halaman.
Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan WiFi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti dengan mudah.
Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer pada smartphone anda.
Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi.
Manakala untuk scanner, resolusi maksimumnya mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.
Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.
Terbaik Untuk Cetak Gambar: Canon Pixma TS5370A
Kalau kerap perlu cetak gambar berkualiti tinggi untuk projek atau portfolio, TS5370A direka khusus untuk itu.
1 lagi
Anda gemar untuk mencetak gambar-gambar kenangan atau memerlukan printer yang boleh cetak gambar? Boleh dapatkan je printer Canon Pixma TS5370A ini.
Printer ini sesuai untuk mencetak gambar pada photo paper atau glossy paper dan memberikan kualiti cetakan terbaik, serta boleh mencetak pada kertas pelbagai saiz.
Boleh digunakan untuk cetak gambar bagi tujuan pembelajaran di kelas, jadi anak-anak murid boleh melihat bahan pembelajaran yang lebih jelas dan cerah.
Selain itu, printer ini juga jenis all-in-one yang boleh melakukan tugasan lain seperti scanning dan juga photocopy, jadi anda boleh gunakan untuk tujuan cetakan lain juga.
Selain mudah digunakan dan disambungkan secara wireless, printer ini boleh mencetak dengan pantas iaitu 13.0ipm untuk cetakan hitam dan 6.8ipm untuk cetakan berwarna, jadi kurang masa menunggu cetakan.
Jumlah cetakan yang disarankan pada printer ini adalah 30-100 helai cetakan sebulan.
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak semua 7 printer secara langsung di Shopee Malaysia pada 22 September 2026: setiap satu masih dijual (tiada yang dihentikan pengeluaran), dan harga di atas diambil dari kedai rasmi jenama atau kedai dengan rekod jualan yang disahkan, bukan harga penjual perseorangan yang boleh berbeza-beza. Kami pilih mengikut keperluan sebenar pelajar: bajet ketat, kelajuan cetakan, kos dakwat jangka panjang, dan keupayaan cetak dari telefon.
Panduan Pilih: Apa Beza Inkjet Dan Laserjet?
- Printer Inkjet
Harga printer inkjet atau deskjet yang murah mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Cuma perlu mengetahui penggunaan anda, jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Tapi, dakwat cartridge sedikit mahal berbanding dakwat jenis ink tank.
- Printer Laserjet
Berbeza dengan printer lain, printer laser menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dalam kuantiti yang banyak.
Warna dihasilkan pun jauh lebih cantik dimana anda akan nampak permukaan gambar lebih berkilat.
Tapi, printer laserjet lebih mahal berbanding ink tank dan cartridge.
Soalan Lazim
Jenama printer apa yang terbaik untuk pelajar?
Canon dan Brother paling biasa dipilih pelajar di Malaysia kerana harga dakwat/toner yang berpatutan dan servis yang mudah dicari. Epson EcoTank pula sesuai kalau volum cetakan tinggi.
Printer ink tank atau cartridge, mana lebih jimat untuk pelajar?
Ink tank (seperti Epson EcoTank atau Brother DCP-T420W) lebih jimat dalam jangka panjang sebab dakwat diisi semula dan kos setiap muka surat lebih rendah, tetapi harga printer itu sendiri lebih mahal pada mulanya. Cartridge lebih murah untuk dibeli tetapi kos dakwat jangka panjang lebih tinggi.
Printer bawah RM300 yang sesuai untuk pelajar?
Canon Pixma E410 (dari RM263), HP DeskJet 2336 (dari RM265) dan Canon Pixma E470 (dari RM269) semuanya di bawah RM300 dan cukup untuk cetakan tugasan harian.
Berapa kerap perlu tukar dakwat printer pelajar?
Bergantung pada kekerapan mencetak. Printer cartridge biasa (seperti E410/E470) mungkin perlu tukar setiap 1-2 bulan untuk pengguna kerap, manakala sistem ink tank (EcoTank, DCP-T420W) boleh tahan 6 bulan atau lebih dengan penggunaan sama.
Perlukan printer dengan WiFi sebagai pelajar?
Tidak wajib, tetapi sangat memudahkan kalau anda kerap mencetak terus dari telefon atau laptop tanpa kabel USB. Kalau bajet ketat dan tak kerap guna, printer tanpa WiFi seperti E410 sudah mencukupi.
Artikel Berkaitan
- Printer Asyik Buat Hal? Jom Survey 7 Inkjet Printer Bagus Ni
- 10 Printer Berkualiti Dibawah RM200 untuk Kegunaan Rumah & Pejabat
- 7 Printer Pilihan Guru untuk Cetak Silibus Dengan Cepat & Mudah
- Thermal Printer Terbaik Untuk Perniagaan Kecil
- Wireless Printer Terbaik di Malaysia
- Printer Canon Terbaik di Malaysia
Kemas kini 22 September 2026: disemak semula ketujuh-tujuh harga dan status jualan secara langsung di Shopee Malaysia, ditambah jadual perbandingan, tajuk berasingan untuk setiap pilihan, bahagian "Bagaimana Kami Pilih" dan Soalan Lazim.




