Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Laptop Ideal Dan Berkualiti Tinggi Untuk Keperluan Seharian

Laptop terbaik, penuhi citarasa pengguna

Product in this article

Zaman teknologi semakin maju, laptop sudah menjadi satu keperluan setiap rumah untuk memilikinya. Penggunaan laptop amat menyenangkan tidak kira yang sedang bekerja ataupun masih belajar. Bagi pelajar terutamanya, jika anda memiliki laptop, tidak perlu lagi ke kafe siber atau perpustakaan untuk menggunakan internet bagi melangsaikan tugasan kuliah.

Pelbagai ciri-ciri menarik telah pun dibangunkan di dalam laptop untuk membantu anda melangkah lebih jauh dengan teknologi semasa. Malah kebanyakan laptop sangat ringan dan harganya pula mampu untuk dimiliki. Ayuh lihat senarai laptop terbaik dibawah;

10 Laptop Ideal untuk Kegunaan Harian

MSI Thin GF63 9SC-892X

RM 3020
MSI
1. MSI Thin GF63 9SC-892X
Bergaming bagaikan berada di alam maya
Updated on 11th August 2020
add_circle Harga berpatutan
add_circle Specs dan performance seperti laptop flagship
add_circle Ringan
add_circle Body full metal yang kelihatan ekslusif
remove_circle Harga agak 'pricey'

CPU : Intel® Core™ i5-9300H Processor Grafik : Nvidia GeForce® GTX 1650 MAX-Q  Memori : 4GB DDR4  |  Storage : 512GB NVMe PCIe SSD  Skrin : 15.6” HD  |  Berat : 1.86kg 

MSI merupakan salah satu laptop yang seringkali menjadi pilihan kaki gamers kerana kebanyakan model laptopnya mempunyai ciri-ciri seperti laptop gamer professional pada harga bajet. Dilengkapi dengan inovasi NVIDIA Max-Q, ia merupakan cip yang paling nipis dengan sistem pemprosesannya terpantas dan beroperasi dengan senyap. 

Jika anda teringin untuk menggunakan model flagship terkini, MSI GS63VR Stealth Pro tetapi tidak mempunyai bajet yang tinggi, laptop ini adalah untuk anda. Binaannya yang tampak classy dengan body metal hitam trim merah, paparan skrin dengan bezel yang nipis, dan specs yang mengagumkan adalah saling tidak tumpah seperti model flagship nya.

Laptop gaming ini juga sangat ringan sehingga anda boleh letakkan sahaja di atas riba semasa bergaming atau dibawa ke mana-mana tanpa membebankan. Bukan itu sahaja, MSI juga sentiasa menawarkan keyboard yang selesa bagi gamers termasuklah pada model-model laptop mid-range nya.

Acer Aspire 5 A514-52G-52HP

RM 2799
Acer
2. Acer Aspire 5 A514-52G-52HP
Laptop yang sesuai untuk autocad
Updated on 11th August 2020
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Berpatutan
add_circle Performance yang mantap

CPU : Intel® Core i5-10210U processor (6 MB Smart Cache, 1.6 GHz with Turbo Boost up to 4.2 GHz, DDR4 or LPDDR3, 15 W) |  Grafik : NVIDIA® GeForce® MX350 (2 GB GDDR5 dedicated)  |  Memori : 4GB Onboard DDR4 (upgradable to 12GB)  |  Storage : 512G PCIe NVMe SSD  |  Skrin : 14" display with IPS (In-Plane Switching) technology, Full HD 1920 x 1080, Acer ComfyView™ LED-backlit TFT LCD |  Berat : 1.5 kg  |  OS : Windows 10 (64bit)

Laptop ini mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce MX350 dengan keupayaan 4 kali ganda berbanding dengan kekuatan laptop biasa. Ia sesuai untuk tugasan 3D modelling seperti pembentukan pelan bangunan dan anggaran ukuran serta tugasan grafik 2D dan 3D tanpa lagging.

Ia juga mempunyai RAM yang boleh diuppgrade sehingga 16GB! Berbanding dengan laptop lain yang kami senaraikan, laptop ini memiliki storage terbesar dengan 512 SSD. Dengan menggunakan prosessor terkini, Intel® Core i5-10210U dengan turbo boost sehingga 4.2 GHz, laptop ini sangat pantas dan cekap untuk aplikasi AutoCad.

Specs yang ada pada laptop ini ditawarkan pada harga yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan laptop pada harga premium seperti Dell XPS 13 dan Macbook. Berdasarkan research kami, laptop dengan specs tinggi seperti ini kebiasaannya berharga 3 ribu ke atas dan boleh mencecah sehingga berbelas ribu. 

 

Apple Macbook Pro with Touch Bar

RM 5599.00
Apple
3. Apple Macbook Pro with Touch Bar
Laptop terbaik untuk designer
Updated on 21st July 2020
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Resolusi & paparan skrin yang menawan
remove_circle Harga yang agak tinggi

CPU : 1.4GHz Quad-core 8th Generation Intel-core i5 processor | Grafik : Intel Iris Plus Graphics 645 | Memori : 8GB RAM | Storage : 128GB SSD | Skrin : 13.3” | Berat : -

Semasa memilih laptop untuk melakukan kerja-kerja designing perkara yang harus anda utamakan adalah storage dan juga kemampuan laptop tersebut untuk menerima kapasiti aplikasi anda. Storage yang luas juga memainkan peranan penting dalam sesuatu laptop. Pastikan storage cardnya adalah SSD. Ini dapat menjimatkan masa semasa anda membuka atau save dokumen dengan pantas.

Mengapa laptop ini menjadi pilihan utama kami bagi designer? Skrin 13.3 inci nya mempunyai resolusi yang sangat tinggi iaitu full HD dan 4K (2,560 x 1,600 pixels) yang menghasilkan warna yang terang dan tulisan yang jelas. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai keterangan 500-nit yang dapat memberi ketepatan warna. Ciri-ciri ini sememangnya sangat penting bagi seorang designer.

Ia juga didatangkan dengan touch bar iaitu OLED display yang boleh digunakan untuk scan cap jari dan memberi pilhan shortcut bagi memudahkan kerja anda. Skrin serta specsnya yang bagus pasti dapat melancarkan penggunaan applikasi designer anda.

ACER Aspire E15 E5-576G

RM 2350.00
Terbaik untuk pelajar kejuruteraan dan arkitek
ACER
4. ACER Aspire E15 E5-576G
Laptop murah untuk student mahupun pekerja, setanding jenama mahal
Updated on 11th August 2020
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Keyboard yang selesa untuk menaip
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Agak berat
remove_circle Display malap

Laptop yang paling popular pada tahun ini di bawah kategori bajet. Google sahaja nama laptop ini, anda akan dapat lihat sendiri feedback-feedback positif daripada pengguna mahupun reviewer.

Pelajar mahupun pekerja kebiasaannya terpaksa menghadap skrin dengan agak lama. Berita baik untuk anda, laptop ini dapat bertahan sehingga 10 jam walaupun dengan programming yang berat!  Bukan itu sahaja dengan gabungan prosessor Intel Core i5-8250U, 4GB RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB, storage sebanyak 256GB SSD dan grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2 GB GDDR5 VRAM, anda tidak perlu risau laptop lagging semasa menggunakan software yang berat secara serentak.

Dengan adanya i5-210U processor ini, bateri akan tahan lebih lama dan memudahkan anda untuk menyiapkan kerja atau assignment. Anda boleh multi-task, browse internet dan streaming tanpa lagging. Walaupun RAM permulaan hanyalah 4GB, para reviewer online bersetuju bahawa performance laptop ini adalah lebih baik dari jangkaan dan tidak menjejaskan kelajuan dan kualiti kerja. Jika anda mahu performance yang lebih mantap, upgrade sahaja RAM yang boleh diupgrade sehingga 16 GB!

Lenovo Ideapad 330s-14IKB 81F40191MJ

RM 2959
Lenovo
5. Lenovo Ideapad 330s-14IKB 81F40191MJ
Laptop murah untuk video editing
Updated on 11th August 2020
add_circle Processor yang laju
add_circle Keyboard yang selesa untuk menaip
remove_circle Bateri tidak tahan lama

CPU : Intel Core i5-8250U Processor ( 1.60GHz 2400MHz 6MB ) | Grafik : AMD Radeon 540 2GB GDDR5 |  Memori : 4.0GB PC4-19200 DDR4 SODIMM 2400MHz + 4.0GB PC4-19200 DDR4 Soldered 2400MHz  |  Storage : 2TB 5400 | Skrin : 14.0"FHD IPS LED Backlight AntiGlare 1920x1080 | OS : Windows 10 Home Single Language 64

Adakah anda mahu menjadikan Instagram Influencer atau Youtube Creator sebagai satu kerjaya? Pastikan anda melaburkan wang anda pada laptop yang mempunyai processor yang kuat, selain daripada memori dan storage yang besar. Ia adalah amat penting untuk menampung softwares yang sering digunakan seperti adobe photoshop, adobe illustrator dan bermacam- macam lagi aplikasi.

Apa yang membuatkan editor tertarik dengan laptop ini adalah specs nya yang terkini, dan performancenya yang jauh lebih bagus dan berkualiti apabila dibandingkan dengan harganya yang murah. Dengan processor terkini Intel Core i5-8250U Processor, 8GB RAM, dan 2TB storage, kerja-kerja designing dan video editing anda pasti akan lebih lancar walaupun perlu menggunakan software yang berat.

Anda juga tidak perlu risau tidak cukup storage untuk menyimpan hasil kerja anda yang rata-rata memerlukan storage yang besar. Setelah membuat research yang mendalam, boleh kami katakan model ini adalah amat ‘rare’ kerana begitu susah untuk mendapatkan specs setinggi ini dengan harga bawah RM 2500. 

Dell XPS 13 (9370) Ultrabook UHD Notebook

RM 5199
Dell
6. Dell XPS 13 (9370) Ultrabook UHD Notebook
Terbaik untuk Adobe Photoshop dan penggunaan rekaan grafik
Updated on 11th August 2020
add_circle Tahan lama
add_circle Performance yang tinggi
add_circle Processor yang lancar
remove_circle Tiada USB port type-A

CPU : 8th Generation Intel® Core™ i7-8550U Processor  |  Grafik : Intel® UHD Graphics |  Memori : 8GB LPDDR3  |  Storage : 256GB PCIe Solid State Drive  |  Skrin : 13.3” FHD  | Berat : 1.21kg

Laptop ini cukup bagus untuk digunakan dalam proses mengedit gambar atau photoshop lebih pantas dan dilengkapi pula dengan CPU 8th Generation Intel. Jika anda banyak menghadap laptop untuk melangsaikan kerja, laptop ini tidak akan menyakitkan mata akibat terlalu lama merenung ke skrin. Sentuhan touchpadnya juga super sensitif, membantu kerja anda dengan lebih efektif. 

Pergi sahaja ke mana-mana laman web review, anda pasti akan dapat lihat betapa laptop ini menjadi kegemaran pengguna dan reviewer di dalam mahupun luar negara. Laptop ini sering dilabel sebagai laptop terbaik secara keseluruhan selama beberapa tahun berturut-turut, Editor sendiri menggunakan laptop dari generasi awal range ini selama hampir 10 tahun dan ia masih berfungsi dengan baik. Jadi adakah harganya yang sedikit tinggi berbaloi? Sudah semestinya!

Microsoft Surface Pro 7

RM 4199
Microsoft
7. Microsoft Surface Pro 7
Laptop ideal untuk freelancer – ringan dan mudah dibawa kemana sahaja
Updated on 11th August 2020
add_circle Performance yang bertambah baik
add_circle USB-C dengan wifi 6
remove_circle Harga sedikit 'pricey'

CPU : Quad-core 10th Gen Intel® Core™ i5-1035G4 Processor |  Grafik : Intel® Iris™ Plus Graphics |  Memori : 8GB RAM  |  Storage : 128GB SSD |  Skrin : 12.3” PixelSense™ Display,2736 x 1824 (267 PPI),3:2,10 point multi-touch |  Berat : 1.085kg 

Apabila melakukan kerja freelancing, perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan adalah portability sesebuah laptop. Ini kerana anda akan banyak bergerak ke event, meeting bersama client dan sebagainya. Oleh itu portability adalah satu kewajipan supaya dapat memudahkan kerja dan pergerakan anda.

Laptop bersaiz nipis dengan berat hanya 1.085 kg (lebih ringan daripada Macbook Air dan Surface Laptop 3) ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja dengan menggunakan beg galas. Menjimatkan ruang dan baterinya juga mampu bertahan lebih daripada 6 jam tanpa cas. Laptop 2-in-1 ini juga boleh digunakan sebagai tablet.

Namun begitu, pada pandangan editor walaupun laptop ini dilabel sebagai Windows tablet terbaik di pasaran buat masa ini, tidak banyak upgrade yang dilakukan pada model ini berbanding model Microsoft Surface Pro 6 sebelumnya. Bateri pada model versi core i7 adalah kurang memuaskan jadi editor mencadangkan agar pembaca membeli model versi core i5 untuk melakukan kerja tanpa perlu selalu charge.

ACER Swift 5 SF514-54T-52AS

RM 3599
ACER
8. ACER Swift 5 SF514-54T-52AS
Laptop yang sesuai untuk pelajar akaun
Updated on 11th August 2020
add_circle Laptop nipis
add_circle Storage besar
add_circle Tidak menyakitkan mata
remove_circle Sistem bunyi / speaker kurang jelas
remove_circle Penyusunan keyboard kurang selesa

CPU : Intel® Core™ i5-1035G1 Processor  Grafik : Intel UHD Graphic  Memori : 8GB LPDDR4  |  Storage : 512GB PCle SSD  Skrin : 14” matte IPS FHD  |  Berat : 990g 

Bagi pelajar accounting, kebanyakan masa dihabiskan dengan merenung spreadsheet dan nombor di skrin yang memerlukan simpanan yang besar. Namun begitu, 4 GB RAM adalah mencukupi bagi mereka yang menggunakan online software. Jika anda ingin menggunakan software seperti Quickbooks, adalah disarankan agar mencari laptop yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 GB RAM.

Pelajar accounting juga disarankan untuk mendapatkan laptop dengan skrin yang mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 13 inci supaya penglihatan tidak terjejas akibat merenung spreadsheet pada skrin yang kecil dengan terlampau lama.

ACER Swift 5 SF514-54T-52AS menepati kesemua ciri tersebut malahan lebih lagi. Selain daripada mempunyai RAM yang tinggi dan processor terkini yang mampu menampung aplikasi accounting yang perlu digunakan, ia juga mempunyai storage yang besar supaya anda dapat menyimpan kerja yang mempunyai data yang banyak di dalam fail-fail yang bersaiz besar.

Diperbuat daripada magnesium-lithium dan magnesium-aluminium, laptop ini merupakan laptop ternipis yang ada di pasaran kini. Sangat ringan dengan keberatan hanya 990g, anda boleh membawa laptop ini kemana sahaja. Walaupun nipis dan ringan, laptop Acer ini mampu ‘bekerja’ seperti laptop lain dengan lebih lancar.

HP Pavilion x360 dh1010tx

RM 2399.98
HP
9. HP Pavilion x360 dh1010tx
Laptop hybrid multitasking terbaik dibawah RM 3,000
Updated on 11th August 2020
add_circle performance yang bagus
add_circle keyboard yang selesa untuk menaip
add_circle audio yang solid
remove_circle performance bateri yang sederhana

CPU : Intel® Core™ i5-7200U  |  Grafik : NVIDIA® GeForce® 940MX  |  Memori : 4 GB DDR4-2133 SDRAM  |  Storage : 1TB 5400rpm  |  Skrin : 14” Full HD |  Berat : 1.59kg 

Kuasa dan kelajuannya menjadikan semua yang anda lakukan sepantas kilat dan responsif, tugasan boleh dilakukan multitasking dengan mudah. Laptop jenis ini mudah untuk ditukarkan ke bentuk tablet, semudah pen dan kertas. 

Dengan berat hanya 1.586 kg, anda boleh membawa dan menyiapkan kerja di mana-mana. Laptop ini juga mempunyai teknologi HP Coolsense yang membantu untuk mengelakkan laptop daripada overheat apabila digunakan dengan terlalu lama. Bateri 3-cell 52 WHr Lithium-ion nya menjadikan laptop ini bertahan selama 7 jam, pasti cukup untuk menyiapkan kerja atau assignment anda.

Berbekalkan resolusi skrin 1366 x 768, laptop ini mampu memberi paparan yang jelas supaya anda tidak sakit mata. Dilengkapi 1TB 5400 rpm hybrid hard drive, anda boleh memiliki laptop ini dengan harga mampu milik dibawah RM 3,000. Ideal buat anda yang gemarkan laptop mudah untuk digunapakai, terbaik dari HP! 

Keliru Semasa Memilih? Ini 10 Langkah Untuk Anda

Masa untuk membeli laptop bukanlah menjadi satu masalah lagi. Tetapi apa yang membuatkan anda berfikir 2-3 kali sebelum membelinya? Sudah tentu hendak memilih laptop yang terbaik memakan masa. Tambahan pula jika anda bukanlah seorang yang ‘tech savvy’.

Dibawah ini penulis senaraikan 10 aspek penting semasa membuat pilihan untuk membeli laptop baru;

1. Pilih sistem operasi yang BIASA anda gunakan seperti Windows, Chrome OS atau MacBook OS X (bagi penggemar gajet Apple)

2. Jenis tradisional atau 2-dalam-1?

Tradisional = laptop biasa/normal

2-dalam-1 = skrin laptop jenis convertible/detachable (boleh dijadikan sebagai tablet juga)

3. Skrin laptop terkini didatangi dengan pelbagai jenis. Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian adalah saiz skrin, resolusi, jenis paparan (display), skrin sentuh (touch screen).

4. Papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop : pilihlah keyboard yang ada ciri-ciri ergonomik, lebih memudahkan anda untuk melakukan kerja dengan selamat, selesa dan berkesan

5. Spesifikasi laptop yang dipilih, haruslah bersesuaian dengan tugasan anda seperti sistem pemprosesan (Intel), pemprosesan AMD, RAM, HDD/SSD (Hard Disk Drive/Solid-States Drive), cip grafik, pemacu DVD/Blu-Ray. – jika anda jenis yang kurang berpengetahuan tentang teknologi, langkah ini boleh skip sahaja. Yang penting, memori dan ruang penyimpanan haruslah memadai untuk anda menyimpan dokumen, gambar atau download video.

6. Ports dan connectivity; slot USB, thunderbolt, HDMI dan slot kad media. Pastikan slot ini semua boleh digunakan

7. Ketahanan bateri; jika anda banyak melakukan tugasan menggunakan laptop seperti grafik dan tugasan kuliah/kerja, pilihlah laptop yang mempunyai bateri tahan lama sehingga 12 – 16 jam tanpa perlu dicas.

8. Sudah tentu perkara yang perlu diambil kira semasa memilih, JENAMA. Pilihlah jenama yang terkenal atau dipercayai keutuhannya. Antara pilihan jenama laptop bagi kaki gajet adalah Asus dan Toshiba

9. Jaminan laptop yang lebih lama sehingga 2-3 tahun

10. Bajet; ikut kemampuan anda

Aduh, Masa Untuk Berbelanja!

Setelah mengambil kira 10 aspek penting di atas, kini tibalah masa untuk berbelanja. Pastikan laptop yang ingin dibeli mengikut kemampuan atau tetapkan bajet. Jangan kerana hendak memilih yang berjenama dan cantik sahaja, anda sanggup berbelanja di luar batasan.

Fikir dahulu sebaiknya. Jika anda sudah mempunyai laptop sebelum ini, berbaloikah hendak membeli yang baru? Adakah ianya menjadi satu kepentingan untuk anda jika laptop yang lama masih boleh digunapakai lagi?

Belilah yang baru sekiranya laptop anda yang lama sudah rosak atau sistem yang dipakai sudah ketinggalan zaman.

“Think wise before you buy!”

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article