Tak tahu nak pilih jenama handphone dan jenis handphone dari brand handphone terbaik? Jom kita orang tolong korang senaraikan model smartphone terbaik 2025.
Smartphone menjadi salah satu alat komunikasi penting dalam kehidupan untuk mendapatkan berita semasa, berhubung dengan orang jauh, bermain game, mendengar muzik, merakam video dan gambar dan bermacam lagi kegunaan.
Apa yang menjadi persoalan, adakah jenama telefon Malaysia atau model handphone terbaru yang kita pilih dan beli mempunyai spesifikasi yang baik?
Walaupun jenama handphone terbaik menawarkan harga murah, tak semestinya telefon terbaik tersebut tidak berkualiti.
Malah, jenis telefon bajet sekarang mempunyai spesifikasi yang canggih terutamanya smartphone jenis Android atau telefon bimbit Malaysia terkini.
Jenama telefon terbaik seperti Apple dan Samsung sering dilihat mempunyai telefon kamera terbaik dan kedua-duanya antara handphone paling laris di Malaysia.
Selain itu, handphone terbaru daripada Oppo atau Vivo juga turut mempunyai telefon kamera terbaik dan turut menjadi pilihan jenama smartphone Malaysia.
Apa-apa pun, korang boleh tengok senarai smartphone terbaik di bawah ini dan buat pilihan sendiri mana yang sesuai untuk korang.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Smartphone Terbaik & Terbaru

- Cipset: Apple A18 (3 nm)
- OS: iOS 18, naik taraf ke iOS 18.1
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Paparan: 6.1-inch, Super Retina XDR OLED
- Resolusi: 1179 x 2556 piksel
- Bateri: 3561 mAh
- Kamera: 48MP (lebar), 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
iPhone 16 merupakan smartphone terbaik secara keseluruhan kerana prestasi cemerlang dengan kamera 48MP Fusion, lensa Ultra Wide dan cip A18 yang kuat.
Paparan Super Retina XDR dan reka bentuk aluminium tahan lasak menambah nilai, sementara ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memberi ketenangan fikiran.
Hayat bateri juga lebih panjang dan ciri butang Action memudahkan penggunaan.
Ciri-ciri:
iPhone 16 membawakan peningkatan kawalan dan prestasi dalam fotografi dengan kamera 48MP Fusion dan Kamera Control, memberi anda cara yang lebih intuitif untuk akses ciri-ciri kamera dan memberikan hasil gambar yang lebih terperinci.
Lensa Ultra Wide yang diperbaharui dengan autofokus membolehkan hasil gambar makro yang menakjubkan, manakala lensa Telefoto memberikan zum berkualiti optik 2x.
Sementara itu, dengan cip A18 baharu, iPhone 16 mengendalikan ciri foto lanjutan dan permainan setaraf konsol, sambil menggunakan kuasa dengan cekap untuk hayat bateri lebih lama, sehingga 22 jam untuk playback video.
Selain itu, telefon ini direka dengan aluminium gred aeroangkasa, paparan Super Retina XDR 6.1 inci dilindungi oleh Ceramic Shield, menjadikannya sangat tahan lasak.
Butang Action pula memudahkan akses kepada ciri seperti lampu atau mod Senyap.
Dengan iOS 18, anda boleh menyesuaikan skrin dengan warna pilihan, mencari foto kegemaran dengan lebih cepat, dan menambah kesan animasi dalam iMessage.
Tambahan pula, ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memberi ketenangan serta keselamatan tambahan.
Review:
"Rasa ringat dan sangat premium bila dipegang. Kamera dia memang power, gambar jadi sharp gila, tambah pula lensa Ultra Wide yang best untuk makro shots. iPhone 16 ni memang puas hati gila!"

- Chipset: Snapdragon 8Gen3
- OS: Android 14, OxygenOS 14 (International), ColorOS 14 (China)
- RAM: 12GB, 16GB, 24GB
- Storan dalaman: 256GB, 512GB, 1TB
- Saiz Skrin: 6.82-inch, LTPO AMOLED
- Resolusi: 1440 x 3168 piksel
- Bateri: 5400 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 64MP (telefoto periskop), 48MP (ultra-lebar) 32MP (swafoto)
OnePlus 12 menggunakan sistem operasi ColorOS 14 bagi pasaran China dan Android 14, OxygenOS 14 bagi pasaran antarabangsa.
Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8Gen3, peranti ini memastikan operasi lancar dan kelajuan yang pantas untuk semua tugas dan aktiviti anda.
Dengan reka bentuk yang ramping berukuran 163.3 x 75.8 x 9.2 mm dan berat hanya 220g, OnePlus 12 menggabungkan gaya dan reka bentuk ergonomik.
Dibina dengan reka bentuk kaca hadapan yang tahan lama (Gorilla Glass Victus 2), kaca belakang (Gorilla Glass), dan rangka aluminium, ia menawarkan rasa premium dan perlindungan IP65 yang tahan air dan habuk.
Anda boleh nikmati pengalaman penuh dengan paparan AMOLED LTPO sebesar 6.82 inci, dengan kadar segar 120Hz, Dolby Vision, HDR10+, dan kecerahan yang mengagumkan sehingga 1600 nits (HBM).
Sementara itu, dengan pelbagai pilihan storan dan RAM, termasuk 256GB 12GB RAM, 512GB 16GB RAM, 1TB 16GB RAM, dan 1TB 24GB RAM, dikuasakan oleh teknologi UFS 4.0, anda akan rasai sendiri penggunaan sebuah telefon yang lancar dan tanpa lagging.
Untuk kamera, telefon ini dilengkapi lensa lebar 50MP, lensa telefoto periskop 64MP dengan zoom optik 3x, dan lensa ultra-lebar 48MP.
Untuk swafoto, kamera hadapan 32MP memastikan anda sentiasa kelihatan cantik.
Tambahan lagi, dengan bateri besar 5400mAh, dan dengan keupayaan cas berkabel 100W dan cas tanpa wayar 50W, sangat sesuai dijadikan sebagai telefon untuk live streaming.

- Cipset: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
- OS: Android 15, Realme UI 6.0
- RAM: 12GB + hingga 14GB RAM tambahan
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.673 inci AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (belakang) 16MP (swafoto)
Dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4 dan mod khas GT Mode, telefon ini mampu menjalankan game popular dengan lancar dan stabil.
Skrin AMOLED 120Hz pula menambah kelancaran semasa bermain dan menonton video.
Bateri pula, 6000mAh memastikan pengalaman gaming lebih lama tanpa perlu kerap dicas.
Bagaimanapun, kamera pada telefon ini biasa-biasa je – cukup untuk kegunaan ambil gambar secara santai, tetapi bukan untuk pengguna yang gemar fotografi.
Jika mahu telefon dengan kamera lebih mantap, Realme 14 Pro+ 5G adalah pilihan yang lebih sesuai.
Tapi kalau mahu fokus mobile gaming, Realme 14 sudah memadai sebagai smartphone gaming korang.

- Cipset: Snapdragon 8 Elite
- OS: Android 15, HyperOS 2
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.73 inci
- Resolusi: 1440 x 3200 piksel
- Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
- Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)
Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.
Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.
Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.
Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

- Cipset: Mediatek Dimensity 9200 (4nm)
- OS: Android 13, ColorOS 13.2
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.8-inch Foldable AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1080 x 2520 piksel
- Bateri: 4300 mAh, 44W pengecasan pantas
- Kamera: 50 MP (lebar), 32 MP (telefoto), 32 MP (swafoto)
Oppo Find N3 Flip menawarkan pengalaman telefon pintar lipat yang luar biasa, dengan reka bentuk kompak dan paparan utama 6.8 inci Foldable LTPO AMOLED yang menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar.
Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 9200, 12GB RAM dan 256GB storan, telefon ini menawarkan prestasi hebat untuk multitasking dan gaming.
Kamera utama 50MP dengan OIS dan lensa telefoto 32MP memberikan hasil gambar yang tajam, sementara kamera swafoto 32MP memastikan selfie yang jelas.
Dilengkapi dengan bateri 4300mAh dan pengecasan pantas 44W, korang boleh isi semula 50% bateri dalam masa 23 minit.
Ditambah dengan sokongan NFC, IP68 tahan air dan habuk, serta paparan penutup yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass, Oppo Find N3 Flip merupakan pilihan terbaik bagi yang mencari telefon pintar lipat dengan prestasi terbaik dan ciri premium.

- Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
- OS: Android 15, Nothing OS 3.1
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.77 inci
- Resolusi: 1080 x 2392 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 8 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)
Nothing Phone 3a ialah salah satu smartphone terbaik bawah RM2000 yang menawarkan reka bentuk unik, bateri tahan lama, dan pengecasan pantas yang memudahkan penggunaan harian.
Skrin 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, manakala Nothing OS menawarkan antaramuka bersih dan mudah digunakan.
Walaupun cipsetnya bukan yang paling berkuasa, kualiti kamera kadang-kadang tidak konsisten, dan rintangan airnya terhad, ia tetap berbaloi pada harga ini.
Tapi selepas kami cuba ambil gambar menggunakan telefon ini, kami boleh katakan not bad kepada kualiti gambar yang dihasilkan Nothing Phone 3a.
Susunan butang utama mungkin perlukan sedikit biasakan diri, tapi secara keseluruhan, Nothing Phone 3a sangat sesuai untuk anda yang inginkan telefon 'rare' dengan prestasi memuaskan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Jom lihat ulasan ringkas kami mengenai Nothing Phone 3a.

- Cipset: Apple A18 Pro
- OS: iOS 18.3.1, naik taraf ke iOS 18.3.2
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.3 inci
- Resolusi: 1206 x 2622 piksel
- Bateri: 3582 mAh
- Kamera: 28 MP (lebar) 12 MP (periskop telefoto) 48 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)
iPhone 16 Pro menawarkan semua keupayaan iPhone 16 Pro Max dalam saiz lebih kompak, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan prestasi premium tanpa perlu menggunakan peranti bersaiz besar.
Ia dilengkapi cip Apple A18 Pro, kamera tiga lensa 48MP, dan bateri tahan hingga 20 jam 33 minit.
Buat pertama kali, iPhone 16 Pro dan Pro Max mempunyai spesifikasi yang sama termasuk pemproses, kamera, butang, dan perisian—tetapi dalam saiz yang lebih mesra poket dengan skrin 6.3 inci.
Walaupun iPhone 16 Pro Max masih pilihan utama untuk skrin terbesar dan bateri paling tahan lama, iPhone 16 Pro memberikan pengalaman hampir sama dengan harga yang lebih rendah berbanding Pro Max.
Namun, bagi kebanyakan pengguna, iPhone 16 standard masih pilihan paling berbaloi kerana ia menawarkan prestasi cemerlang dan ia boleh dimiliki pada harga yang lebih mesra poket.

- Cipset: Snapdragon 8 Elite
- OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.9 inci
- Resolusi: 1440 x 3120 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)
Samsung Galaxy S25 Ultra dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci yang cantik dengan resolusi tajam 1440 x 3120 piksel dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, sesuai untuk beri pengalaman tontonan dan gaming terbaik.
Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, ia memberikan prestasi pantas dan cekap, sama ada untuk multitasking atau gaming yang berat.
Sistem kamera pula sangat mengagumkan dengan lensa lebar 200MP, ultra-lebar 50MP, dan dwi-lensa telefoto (50MP dengan zoom 5x dan 10MP dengan zoom 3x), memastikan fotografi serba boleh dengan kejelasan luar biasa.
Kamera hadapan 12MP mampu menghasilkan swafoto yang detail dengan warna yang kelihatan hidup.
Untuk storan pula, ia menawarkan pilihanyang luas iaitu bermula 256GB, 512GB, dan 1TB bersama RAM 12GB untuk penggunaan aplikasi yang lancar dan kapasiti storan yang mencukupi.
Bateri 5,000mAh memberikan anda kuasa yang lebih lama sepanjang hari, jadi tidak perlu risau jika tertinggal powerbank.
Secara keseluruhannya, Galaxy S25 Ultra menggabungkan kuasa, prestasi, dan keupayaan fotografi dalam reka bentuk yang elegan, sesuai untuk pengguna yang mencari ciri premium pada telefon pintar Samsung.

- Cipset: Kirin 9010 (7 nm)
- OS: EMUI 14.2 (International), HarmonyOS 4.2 (China)
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.8-inch, LTPO OLED
- Resolusi: 1260 x 2844 piksel
- Bateri: 5050 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 48MP (telefoto) 12.5MP (ultra-lebar) 13MP (swafoto)
Huawei Pura 70 Pro direka untuk pengalaman visual dan fotografi yang luar biasa.
Paparan LTPO OLED 6.8 inci ini menawarkan 1.07 bilion warna dengan kadar segar semula adaptif antara 1-120 Hz, memastikan visual yang lancar untuk skrol, permainan, atau tontonan video.
Pemproses Kirin 9010 menyokong prestasi berkuasa pada sistem operasi EMUI 14.2, dengan 12GB RAM dan storan besar 512GB, walaupun tiada sokongan memori luaran.
Anda yang gemarkan fotografi pasti menghargai sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada Kamera Ultra Lighting 50MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 12.5MP, dan Kamera Makro Telefoto 48MP yang mampu menangkap imej resolusi tinggi hingga 8192 x 6144 piksel dan video sehingga resolusi 4K.
Kamera ini juga mempunyai ciri zum optik 3.5x dan zum digital 100x yang serba boleh.
Kamera hadapan pula ialah lensa sudut lebar 13MP dengan pengesanan mata pintar dan beberapa mod tangkapan menarik, sesuai untuk swafoto dinamik dan panggilan video.
Tambahan lagi, bateri 5050 mAh memberi kuasa tahan lama untuk aktiviti harian anda.

- Cipset: Google Tensor G4 (4 nm)
- OS: Android 14, naik taraf ke Android 15, sehingga 7 naik taraf utama Android
- RAM: 12GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Paparan: 6.3-inch, OLED
- Resolusi: 1080 x 2424 piksel
- Bateri: 4700 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 48MP (ultra-lebar) 10.5MP (swafoto)
Pixel 9 dianggap smartphone terbaik secara keseluruhan kerana ia menawarkan kombinasi prestasi, kamera, paparan, dan ketahanan yang luar biasa.
Cip Google Tensor G4 yang pantas dan RAM 12GB memastikan multitugas dan gaming berjalan lancar.
Dengan paparan OLED Actua 6.3 inci beresolusi 1080 x 2424, Pixel 9 menawarkan visual yang terang untuk setiap tugasan.
Dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2, ia memberikan pemprosesan pantas dan keselamatan peranti yang dipertingkat.
Sistem kamera belakang termasuk lensa utama 50MP dan lensa telefoto 48MP, manakala kamera hadapan 10.5MP dioptimumkan dengan ciri audio seperti rakaman stereo, pengurangan bunyi angin, dan audio zoom untuk panggilan dan video yang lebih jelas.
Dengan keupayaan 5G, 12GB RAM, dan pilihan storan 128GB atau 256GB, Pixel 9 menawarkan sambungan pantas dan ruang simpanan yang mencukupi.
Bateri berkapasiti 4700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas membolehkan pengecasan sehingga 55% dalam masa 30 minit menggunakan pengecas Google USB-C 27W.
Beroperasi pada Android 14, Pixel 9 mendapat tujuh tahun kemas kini OS, keselamatan, dan Pixel Drop, menjadikannya sentiasa dalam keadaan updated dan selamat.
Wi-Fi 7, Bluetooth v5.3, dan NFC meningkatkan lagi pilihan sambungannya.
Tips Memilih Smartphone Terbaik
-
Tentukan keperluan korang sama ada nak guna secara ringkas seperti buat panggilan dan hantar mesej atau gaming dan aplikasi berat?
-
Pilih spesifikasi sesuai seperti memilih CPU, RAM dan storan yang mencukupi berdasarkan penggunaan.
-
Pastikan Android/iOS versi terbaru untuk sokongan aplikasi.
-
Utamakan jenama yang dipercayai dengan kualiti terbukti seperti telefon kalis air dan khidmat selepas jualan.
-
Cari telefon mampu milik yang menawarkan ciri paling penting untuk korang.
Kalau korang jenis yang lebih utamakan penjimatan, boleh cuba untuk trade-in telefon lama korang dan dapatkan telefon baru.
Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Smartphone
Penggunaan smartphone kini meluas, termasuk dalam kalangan pelajar.
Namun, ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu difahami.
Kebaikan:
- Smartphone memudahkan akses maklumat terkini dan komunikasi melalui panggilan atau aplikasi mesej.
- Ia meningkatkan produktiviti harian dengan aplikasi pengurusan masa dan kerja berkumpulan.
- Media sosial pula memudahkan hubungan dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia, serta menyediakan hiburan seperti muzik, filem dan permainan.
Keburukan:
- Terlalu bergantung pada smartphone boleh mengganggu kehidupan harian dan hubungan sosial.
- Untuk pelajar, ia boleh menjejaskan fokus pembelajaran.
- Penggunaan berlebihan juga memberi kesan negatif pada kesihatan mental.
- Selain itu, keselamatan juga terjejas, terutama ketika menggunakan telefon semasa memandu.
Kesimpulannya, korang kenalah gunakan smartphone dengan bijak, menjaga keseimbangan antara produktiviti, interaksi sosial dan kesihatan mental.
Pilihan Terbaik
Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone terbaik untuk dimiliki:
- Apple iPhone 16 - Smartphone terbaik secara keseluruhan
- OnePlus 12 - Smartphone terbaik untuk kerja
- realme 14 5G - Smartphone terbaik untuk gaming
- Xiaomi 15 Ultra - Smartphone terbaik untuk fotografi
- OPPO Find N3 - Smartphone terbaik boleh lipat
- Nothing Phone (3a) - Smartphone terbaik bawah RM2000
- iPhone 16 Pro - Smartphone terbaik untuk videografi
- Samsung Galaxy S25 Ultra - Smartphone Samsung terbaik
- HUAWEI Pura 70 Pro - Smartphone terbaik untuk rider
- Google Pixel 9 - Smartphone terbaik untuk anak
Artikel berkaitan