Pilihan terbaik kami sekarang ialah Redmi 15C 4G, RM429, telefon pertama dalam senarai ini yang datang dengan NFC, kalis percikan air IP64 dan Android 15 terkini pada harga bawah RM500, gabungan yang jarang ditemui pada peringkat harga ini.

Sejak senarai ini terakhir dikemas kini, harga telefon bajet di Malaysia telah bergerak naik akibat kekurangan komponen RAM dan NAND yang melanda industri sepanjang 2026 (baca analisis penuh kami di sini). Kesannya nyata: Samsung Galaxy A06 5G, yang dahulu dijual pada RM340, kini dipasarkan sekitar RM623 hingga RM699 di kebanyakan peruncit, jauh melepasi paras RM500 dan tidak lagi layak berada dalam senarai ini.

Kami menyemak semula ketujuh-tujuh pilihan: OPPO A3x dan Infinix Hot50i digantikan dengan Redmi 14C dan POCO C75 selepas pautan pembelian asal kedua-duanya luput di peruncit. Baki senarai (Redmi 15C 4G, vivo Y04, realme Note 80, Honor X5c Plus dan Nubia V70 Max) kekal seperti kemas kini terdahulu.

Jadual Perbandingan Ringkas

ModelHargaCipsetRAM/ROMBateriSesuai Untuk
Redmi 15C 4GRM429Helio G81-Ultra6GB/128GB6000mAh, 33WKeseluruhan terbaik (Editor's Pick)
Redmi 14CRM459.90Helio G81-Ultra8GB/256GB5160mAh, 18WRAM & storan terbesar (8GB/256GB)
vivo Y04RM399Unisoc T72254GB/64GB5500mAh, 15WKetahanan (SGS 5 bintang)
Nubia V70 MaxRM399Unisoc T72006GB+6GB/128GB6000mAh, 22.5WGaming bajet
POCO C75RM439.80Helio G81-Ultra8GB/256GB5160mAh, 18WStoran besar pada harga termurah dalam kumpulan ini
realme Note 80RM399Unisoc T72504GB/64GB6300mAh, 15WBateri paling tahan lama
Honor X5c PlusRM399Helio G814GB/64GB~5000mAh+Jenama baharu, kamera dual 50MP

Senarai 7 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik

Keseluruhan terbaik: satu-satunya dengan NFC dan IP64
Redmi 15C 4G
Xiaomi
Redmi 15C 4G
Dari
RM429.00
Semak harga Redmi 15C 4G di bawah:
NFC untuk e-wallet dan kad akses
Kalis percikan air IP64
Bateri 6000mAh, cas pantas 33W
Android 15 terkini dengan HyperOS 2
RAM asas 6GB sahaja pada model termurah
  • Cipset: MediaTek Helio G81-Ultra
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Paparan: 6.9 inci LCD, 120Hz
  • Bateri: 6000 mAh, cas pantas 33W
  • Kamera: 50MP dwi (belakang), 8MP (depan)

Redmi 15C 4G ialah penerus Redmi 14C dan kini pilihan paling lengkap dalam senarai bawah RM500, satu-satunya di sini dengan NFC dan kalis percikan air IP64.

Dijalankan pada Android 15 dengan HyperOS 2, antara muka lebih segar berbanding kebanyakan pesaing yang masih pada Android 14.

Bateri 6000mAh dengan cas pantas 33W memastikan ia bertahan sepanjang hari walaupun untuk kegunaan berat, manakala paparan 120Hz menjadikan penatalan lebih lancar.

Untuk korang yang guna telefon untuk Touch 'n Go eWallet atau kad akses pejabat, NFC pada harga ini adalah kelebihan yang jarang ditemui.

Phone gaming murah bawah RM500
Nubia V70 Max 4G
Redmagic
Nubia V70 Max 4G
Dari
RM399.00
Semak harga Nubia V70 Max 4G di bawah:
Skrin besar, 120Hz lancar
Bateri 6000mAh tahan lama
Prestasi stabil untuk gaming
Kamera 50MP berkualiti tinggi
Tiada sokongan 5G
  • Cipset: Unisoc T7200 Octa-Core
  • OS: Android, MyOS
  • RAM: 6GB + 6GB Dynamic RAM
  • Storage: 128GB
  • Paparan: 6.9-inch HD+, 120Hz
  • Resolusi: 1640 x 720 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (utama), 2MP, AI Camera (belakang), 8MP (swafoto)

Nubia V70 Max 4G adalah pilihan terbaik kalau korang tengah cari phone gaming murah bawah RM400 yang berkualiti tinggi.

Dengan skrin besar 6.9 inci HD+ dan kadar segar semula 120Hz, pengalaman gaming korang pasti lebih lancar dan menyeronokkan.

Cip Unisoc T7200 octa-core memastikan prestasi yang stabil untuk kebanyakan game popular hari ini.

Selain itu, dengan RAM 6GB dan tambahan 6GB Dynamic RAM serta storan 128GB, korang boleh simpan banyak game dan aplikasi tanpa risau lag.

Bateri besar 6000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W menjamin telefon ini bertahan sepanjang hari, malah hingga sesi gaming berpanjangan.

Telefon ini juga sangat tahan lasak dengan ketahanan jatuh sehingga 1.5 meter serta perlindungan IP54 kalis debu dan percikan air.

Kamera belakang 50MP AI Triple Camera dan kamera swafoto 8MP membolehkan korang ambil gambar jelas untuk dikongsi di media sosial.

Tambahan lagi dengan NFC, Bluetooth 5.2, dan sokongan VoLTE, Nubia V70 Max 4G ini sememangnya pilihan hebat untuk korang yang perlukan telefon gaming bajet dengan spesifikasi mantap.

Paling tahan lasak, pensijilan SGS 5 bintang
vivo Y04
vivo
vivo Y04
Dari
RM399.00
Semak harga vivo Y04 di bawah:
Pensijilan tahan jatuh SGS 5 bintang
Bateri 5500mAh tahan lama
Reka bentuk kemas dan ringan
Tiada NFC
Storan asas 64GB
  • Cipset: Unisoc T7225
  • OS: Android 14, Funtouch OS 14
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci IPS LCD, 90Hz
  • Bateri: 5500 mAh, cas pantas 15W
  • Kamera: 13MP (belakang), 5MP (depan)

vivo Y04 menggantikan Y03T sebagai pilihan vivo termurah, dengan pensijilan ketahanan SGS 5 bintang yang menjadikannya antara yang paling tahan lasak dalam kelas ini.

Bateri 5500mAh cukup besar untuk kegunaan harian sepanjang hari, manakala paparan 90Hz memberi pengalaman menatal yang lebih lancar berbanding model 60Hz biasa.

Sesuai untuk korang yang lebih mengutamakan ketahanan fizikal telefon berbanding ciri tambahan seperti NFC.

Bateri paling besar, 6300mAh
realme Note 80
realme
realme Note 80
Dari
RM549.00
Semak harga realme Note 80 di bawah:
Bateri gergasi 6300mAh
Paparan HD+ 90Hz
Harga tetap bawah RM400
Kamera 8MP sahaja
Tiada NFC
  • Cipset: Unisoc T7250
  • OS: Android 15, realme UI 5.0
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci HD+ LCD, 90Hz
  • Bateri: 6300 mAh, cas pantas 15W
  • Kamera: 8MP (belakang), 5MP (depan)

realme Note 80, dilancarkan Mac 2026, menggantikan Note 60 dengan bateri lebih besar iaitu 6300mAh, antara yang terbesar dalam senarai ini.

Sesuai untuk korang yang kerap keluar seharian tanpa akses kepada plag, walaupun kamera 8MP di belakang bukan yang terbaik dalam kelasnya.

Harga kekal bawah RM400 walaupun sudah generasi terkini, menjadikannya pilihan kukuh untuk kegunaan asas dan ketahanan bateri.

Kamera dwi 50MP, jenama baharu di Malaysia
Honor X5c Plus
Honor
Honor X5c Plus
Dari
RM399.00
Semak harga Honor X5c Plus di bawah:
Kamera belakang dual 50MP
Kalis percikan air IP64
Jenama established dengan sokongan servis luas
RAM 4GB, storan asas 64GB
Versi Android disahkan berbeza mengikut sumber
  • Cipset: MediaTek Helio G81
  • OS: MagicOS (Android, versi disahkan berbeza mengikut sumber)
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci TFT LCD, 90Hz
  • Bateri: sekitar 5,260 hingga 5,620 mAh (spesifikasi tepat berbeza mengikut sumber)
  • Kamera: 50MP dwi (belakang), 5MP (depan)

Honor X5c Plus ialah kemasukan baharu Honor dalam segmen bawah RM500 di Malaysia, mengisi kekosongan selepas Samsung Galaxy A06 5G naik harga melebihi RM500.

Kamera belakang dwi 50MP antara yang terbaik dari segi resolusi dalam senarai ini, disokong kalis percikan air IP64.

Sebagai jenama yang baharu memasuki segmen ini di Malaysia, sokongan servis dan waranti tempatan Honor kekal menjadi pertimbangan berbanding jenama yang lebih lama bertapak seperti Xiaomi atau vivo.

RAM & storan terbesar (8GB/256GB) bawah RM500
Redmi 14C
Xiaomi
Redmi 14C
Dari
RM459.90
Semak harga Redmi 14C di bawah:
Skrin besar 6.88 inci kadar segar semula 120Hz
RAM 8GB dan storan 256GB
Sokongan NFC
Kamera utama sahaja 50MP tanpa lensa tambahan
  • Cipset: MediaTek Helio G81-Ultra
  • OS: Android 14, HyperOS
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.88-inch, 120Hz
  • Bateri: 5160 mAh, pengecasan 18W
  • Kamera: Belakang (50 MP + 2 MP), depan (5 MP)

Sebab menjadi pilihan utama:

Redmi 14C sesuai untuk korang yang nak RAM dan storan paling besar dalam senarai ini (8GB/256GB) tanpa melebihi bajet RM500.

Ciri-ciri:

Skrin besar 6.88 inci dengan kadar segar semula 120Hz memastikan navigasi harian lancar. Dikuasakan MediaTek Helio G81-Ultra dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14, telefon ini selesa untuk penggunaan harian dan sedikit gaming ringan.

Bateri 5160mAh cukup untuk sepanjang hari, disokong pengecasan 18W. Kamera belakang dwi 50MP + 2MP mengambil gambar yang jelas dalam keadaan cahaya baik, manakala sokongan NFC berguna untuk Touch 'n Go dan kad akses.

Model ini adalah 4G sahaja, jadi jika korang perlukan rangkaian 5G, pertimbangkan varian Redmi 14C 5G pada harga yang lebih tinggi.

Storan 256GB pada harga termurah dalam kumpulan ini
POCO C75
POCO
POCO C75
Dari
RM439.80
Semak harga POCO C75 di bawah:
Skrin besar 6.88 inci kadar segar semula 120Hz
RAM 8GB dan storan 256GB
Sokongan NFC
Bateri 5160mAh tanpa pengecasan sangat pantas
  • Cipset: MediaTek Helio G81-Ultra
  • OS: Android 14, HyperOS
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.88-inch, 120Hz
  • Bateri: 5160 mAh, pengecasan 18W
  • Kamera: Belakang (50 MP), depan (5 MP)

Sebab menjadi pilihan utama:

POCO C75 menawarkan storan besar 256GB pada harga paling murah dalam kumpulan skrin 120Hz ini, jadikan ia pilihan berbaloi untuk kegunaan harian dan simpanan aplikasi/gambar yang banyak.

Ciri-ciri:

Skrin 6.88 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman menatal yang lancar. Dikuasakan cipset MediaTek Helio G81-Ultra yang sama seperti beberapa model Xiaomi dalam senarai ini, prestasi harian kekal stabil.

Bateri 5160mAh dengan sokongan NFC menjadikannya praktikal untuk penggunaan seharian termasuk Touch 'n Go. Kamera utama 50MP sesuai untuk gambar harian, walaupun pengecasan 18W bukan yang terpantas dalam senarai ini.

Jangan sangka telefon bajet tak boleh hasilkan video menarik. Reel Facebook kami yang direka semula sepenuhnya menggunakan kamera telefon dengan bajet kosong meraih 18,018 tontonan, jauh melepasi purata biasa kami sekitar 224 tontonan. Kalau korang nak belajar teknik yang sama walaupun guna telefon bajet bawah RM500, kami ada kursus Pocket Cinematic yang ajar teknik penggambaran menggunakan telefon pintar sahaja.


Apakah Tips Beli Smartphone Murah dan Terbaik?

  • Tentukan tujuan penggunaan: Pilih berdasarkan kegunaan, seperti gaming atau fotografi.

  • Periksa spesifikasi: Pastikan ia sesuai dengan keperluan harian dan memberi kepuasan.

  • Chipset berkualiti: Banyak smartphone murah kini menggunakan chipset setanding model mahal.

  • Smartphone untuk kegunaan harian: Jika hanya untuk WhatsApp, Facebook, atau carian internet, smartphone bawah RM500 sudah memadai.

  • Bandingkan harga: Gunakan Shopee atau Lazada untuk bandingkan harga dan beli pada harga terbaik.

  • Pilih mengikut keperluan: Dapatkan smartphone berkualiti dengan harga bawah RM500 mengikut kehendak korang.


Apakah Ciri-Ciri Utama Bagi Sebuah Telefon Pintar Bajet?

Telefon pintar bajet kebiasaannya mempunyai ciri-ciri utama berikut:

1. Harga yang berpatutan

Telefon pintar bajet direka untuk menjadi murah dan mudah diakses oleh pengguna.

2. Perisian asas

Telefon pintar bajet sering mempunyai komponen perisian asas seperti chipset yang bersaiz kecil, RAM dan kapasiti penyimpanan dalaman yang lebih minima.

3. Paparan yang lebih kecil 

Telefon pintar bajet umumnya mempunyai paparan yang lebih kecil daripada model yang lebih mahal, biasanya di antara 5 hingga 6 inci.

4. Kualiti kamera yang sederhana

Telefon pintar bajet biasanya mempunyai kamera yang mampu mengambil foto yang baik dalam keadaan terang.

Tetapi mungkin tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kurang cahaya seperti waktu malam.

5. Ciri-ciri perisian asas

Telefon pintar bajet sering dijalankan pada versi perisian yang lebih ringan.

Namun, mungkin tidak mempunyai ciri-ciri perisian yang canggih seperti face ID, touch ID atau sokongan rangkaian 5G.

6. Reka bentuk yang simple

Telefon pintar bajet biasanya mempunyai reka bentuk yang simple dengan dihasilkan dari bahan plastik atau polikarbonat membuatkannya ringan dan mudah dibawa.

Secara keseluruhan, telefon pintar bajet menawarkan keseimbangan yang baik antara harga yang berpatutan dan fungsi yang menyeluruh. 


Soalan Lazim (FAQ)

Telefon mana paling berbaloi bawah RM500 sekarang?

Redmi 15C 4G pada RM429 kini pilihan paling seimbang: satu-satunya dalam senarai ini dengan NFC dan kalis percikan air IP64, disokong Android 15 terkini.

Kenapa Samsung Galaxy A06 5G dikeluarkan daripada senarai?

Harganya telah naik daripada RM340 kepada sekitar RM623 hingga RM699 berikutan kenaikan kos komponen RAM dan NAND serantau pada 2026, jadi ia tidak lagi layak sebagai pilihan "bawah RM500".

Adakah telefon bawah RM500 sesuai untuk gaming?

Boleh untuk permainan ringan hingga sederhana seperti Mobile Legends atau Free Fire. Nubia V70 Max dan Redmi 15C 4G, dengan RAM lebih besar dan bateri 6000mAh, adalah pilihan paling sesuai dalam julat harga ini untuk gaming.

Patutkah saya tunggu untuk telefon 5G bawah RM500?

Pada masa penulisan ini, tiada model 5G yang kekal di bawah RM500 di Malaysia berikutan kenaikan harga komponen; jika 5G penting, lihat senarai telefon bawah RM300 kami atau pertimbangkan bajet sedikit lebih tinggi.

Di mana saya boleh beli telefon-telefon ini?

Kesemua model dalam senarai ini boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia; pautan terus disediakan pada setiap kad produk di atas.


Kemas kini 14 September 2026: pautan pembelian asal OPPO A3x dan Infinix Hot50i luput di peruncit, jadi kedua-duanya digantikan dengan Redmi 14C (RM459.90) dan POCO C75 (RM439.80), disahkan masih dijual di Shopee Malaysia pada tarikh ini. Redmi 15C 4G kekal sebagai pilihan keseluruhan terbaik pada RM429 (disemak 8 September 2026).


Artikel Berkaitan