Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Smartphone Terkini Dibawah RM500 Yang Mesra Pengguna

Asal boleh call, mesej dan berselfie!

Product in this article

Smartphone pada zaman serba moden ini sangat penting bagi semua orang, malah ia menjadi salah satu barang keutamaan bagi setiap individu. Tidak kira samada dari anak kecil sehinggalah orang dewasa, pasti ada sahaja yang memegang telefon pintar ini di tangan. Ia diperlukan untuk berkomunikasi antara individu sama ada pada jarak dekat mahupun jauh dan dimana jua anda berada.

Bagaimanakah cara memilih smartphone murah?

Pastikan anda kira dulu bajet yang mencukupi untuk membeli smartphone. Jangan ikutkan hendak yang berjenama sahaja. Yang penting kualiti. Lihat dahulu spesifikasinya samada bersesuaian atau tidak dengan penggunaan anda. Jika anda lebih banyak gunakan untuk bergaming, pilihlah RAM/ROM yang besar dan skrin lebih luas. Selain itu, smartphone punya kegunaan yang lain seperti berselfie, mendengar muzik dan bermain game. 

Smartphone boleh didapati daripada harga ratusan hingga ribuan ringgit tetapi telefon yang murah itu tidak semestinya tidak bagus. Janganlah terlalu asyik dengan telefon pintar di tangan sampai lupa hendak berkomunikasi secara lisan (verbal) dengan orang lain! Ayuh lihat senarai produk smartphone dibawah RM500 yang tidak kalah pada model lebih mahal.


10 Telefon Pintar Murah dan Berbaloi di Malaysia 

SAMSUNG Galaxy J2 Prime

RM 301
Telefon pintar dibawah RM 400 - sesuai untuk gaming
Samsung
1. SAMSUNG Galaxy J2 Prime
Smartphone sesuai untuk game PUBG dengan harga dibawah RM400

CPU : Mediatek MT6737T /Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53  | OS : Android 6.0 Marshmallow  | RAM : 1.5 GB  | Storage : 8GB ROM  | Skrin : 5” TFT LCD  |  Bateri : -  | Kamera : 8MP (Belakang), 5MP (Depan)  | Network : 4G

Smartphone Samsung adalah salah satu jenama telefon pintar jenis Android yang terkenal dikalangan pengguna rakyat Malaysia. Reka bentuk telefon ini yang tidak licin (non-slip), ianya pasti tidak akan terlepas dari genggaman anda. Dilengkapi dengan LED Flash dan 5MP kamera hadapan, gambar anda tetap tampil cantik walaupun diambil dalam keadaan yang gelap.

Dengan keluasan skrin telefon sebanyak 5.0” inci, sesuai untuk anda menonton saluran hiburan seperti Youtube dan lain-lain lagi. Terutama sekali bagi pengguna yang gemar bergaming (PUBG), telefon pintar ini terbaik untuk digunakan oleh anda. Cubalah sekarang!

Baca juga: 7 Telefon Pintar Bawah RM300 Dengan Jaminan Kualiti Yang Tinggi

XIAOMI Redmi 6 (3GB RAM + 32GB ROM)

RM 399
Dibawah RM 500 – murah dengan kamera terbaik
Xiaomi
2. XIAOMI Redmi 6 (3GB RAM + 32GB ROM)
Smartphone dengan harga mesra poket, dilengkapi kamera terbaikk

CPU : Mediatek MT6762 Helio P22 / Octa-core  | OS : Android 8.1 (Oreo)  | RAM : 3 GB  | Storage : 32GB ROM  | Skrin : 5.45”  |  Bateri : Non-removable Li-Po 3000mAh  | Kamera : 12+5MP (Belakang), 5MP (Depan)  | Network : -

Sebut nama Xiaomi, siapa yang tidak kenal dengan jenama smartphone murah di pasaran Malaysia ini. Skrinnya 5.45 inci, anda boleh menonton bola atau movie di telefon bimbit pintar anda pada bila-bila masa sahaja. Dengan memori seluas 32GB, ruang untuk menyimpan data tidak lagi menjadi masalah.

Walaupun murah, Xiaomi mempunyai sistem dual kamera terbaik dengan 12MP. Ciri-ciri lain telefon ini adalah ruangan memori yang boleh diperluaskan, fingerprint sensor, sistem GPS dengan skrin sentuh. Tunggu apa lagi?

Baca juga: Alami Pengalaman Teknologi Terbaik Dengan 8 Peranti Pintar Xiaomi Dibawah RM1,000

NOKIA 2.1 (4G LTE Android Smartphone)

RM 399
Smartphone murah dengan Quad-core
Nokia
3. NOKIA 2.1 (4G LTE Android Smartphone)
Smartphone murah dengan system Quad-Core

CPU : 1.4GHz Quad-Core Snapdragon 425 Processor  | OS : Android |  RAM : 1 GB  | Storage : 8GB ROM  | Skrin : 5.5” HD IPS  |  Bateri : 4100mAh |  Kamera : 8MP with LED Flash (Belakang), 5MP (Depan)  | Network : 4G (LTE)

Masih ingat dengan Nokia 3310? Jenama yang sama tetapi telefon ini diperbaharui sistem teknologinya. Dilengkapi dengan Quad-core atau lebih dikenali dengan cip 4 unit bebas iaitu teras yang membaca dan melaksanakan arahan dari CPU (unit pemprosesan pusat).

Telefon ini juga dilengkapi radio dan 8GB ruang memori serta 4100mAh bateri yang dapat bertahan lebih lama dengan jaminan waranti peranti selama 1 tahun daripada Nokia Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau jika berlaku sebarang kerosakan, hantarkan sahaja pada pengedarnya yang sah.  

BLUBOO S8 Plus

RM 379
4. BLUBOO S8 Plus
Smartphone murah dilengkapi dengan 4GB RAM

CPU : Mediatek MT6750T Octa core  | OS : Android 7.0 (Nougat)  | RAM : 4GB  | Storage : 64GB ROM (built-in)  | Skrin : 6” IPS LCD  |  Bateri : Removable Li-Ion 3600mAh  | Kamera : 16+3MP (Belakang), 8MP (Depan)  | Network : 4G

Walaupun berharga kurang daripada RM500, smartphone dari Bluboo ini masih mampu melakukan kerja-kerja setanding dengan smartphone mahal. Dengan keluasan skrin 6 inci, anda boleh menonton filem atau drama kegemaran dan juga bergaming kerana paparan visualnya lebih jelas. Tidak ada masalah lagging, anda boleh membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa yang sama. 

Dilengkapi dengan Double Layer Multi-point Touch, skrin sentuh smartphone ini meluncur lancar semasa anda ingin membuat panggilan, menghantar mesej atau bergaming.

Vivo X7 Plus

RM 799
Vivo
5. Vivo X7 Plus
Smartphone berkualiti dengan resolusi full HD dan skrin AMOLED

CPU : Quad core  | OS : Android 5.1 (Lollipop)  | RAM : 4GB  | Storage : 64GB ROM  | Skrin : 5.7” Full HD Amoled |  Bateri : 3000mAh  | Kamera : 16MP (Belakang), 13MP (Depan)  | Network : 4G LTE

Telefon bimbit pintar ini mempunyai keluasan skrinnya 5.7 inci, membolehkan anda melayari internet sambil berhibur atau menonton movie pada bila-bila masa. Dilengkapi dengan resolusi full HD dan skrinnya jenis AMOLED, mata anda tidak akan terasa merengsa selepas merenung ke skrin seharian.

Menggunakan sistem operasi Android, anda boleh memuat turun aplikasi melalui Playstore. Jika anda jenis yang suka menonton Youtube atau Netflix pada telefon pintar anda, smartphone ini ada jawapannya. Resolusi videonya sehingga 1080p, jelas terpancar di skrin hiburan tontonan anda.   

Vivo Y53

RM 328
Terbaik dengan sistem pemprosesan Qualcomm dan NFC
Vivo
6. Vivo Y53
Smartphone murah terbaik dengan sistem pemprosesan Qualcomm dan NFC

CPU : Quad core 1.4 GHz Cortex-A53  | OS : Android  | RAM : 2GB  | Storage : 16GB ROM  | Skrin : 5”  |  Bateri : 2500mAh  | Kamera : 8MP (Belakang), 5MP (Depan)  | Network : 4G 

Smartphone dari jenama Vivo ini semakin meningkat naik di antara jenama telefon bimbit pintar yang terbaik di pasaran Malaysia. Dilengkapi sistem pemprosesan 64-bit Qualcomm Snapdragon CPU untuk memberikan kuasa intensif dengan prestasi lebih lancar. Keluasan ruang penyimpan memorinya boleh dipertingkatkan daripada 16GB sehingga 256GB dalam satu masa.

Ciri khas terdapat dalam smartphone ini ialah saringan cahaya biru untuk mencegah mata anda daripada menjadi tegang akibat terlalu lama merenung ke skrin telefon.  Dengan NFC, anda boleh memindahkan data di antara dua peranti tanpa perlu memasukkannya satu-persatu.

Baca juga: 10 Smartphone Bagus Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Ansuran Bulanan Serendah RM150

Doogee S40

RM 520
Doogee
7. Doogee S40
Smartphone kalis air (waterproof) yang murah dan premium

CPU : MT 6739 4X Cortex-A53  | OS : Android 9.0 (pie)  | RAM : 3GB  | Storage : 32GB ROM  | Skrin : 5.5”  |  Bateri : Built-in Polymer  | Kamera : 8+5MP (Belakang), 5MP (Depan)  | Network : -

Paparan visual yang jelas melalui smartphone jenama premium ini akan memberi pengalaman baru semasa anda menonton filem atau drama. Keluasan skrinnya 5.5inci memudahkan anda untuk menonton atau bermain game dengan lancar tanpa perlu menyakitkan mata. Dilengkapi dengan gorilla glass, keselamatan skrin dan privasi anda terjamin. 

Walaupun murah, ianya jenis kalis air dan tidak mudah rosak jika terkena hujan atau tempias air minuman.

Baca juga: 7 Smartphone Kalis Air untuk Mereka yang Inginkan Perlindungan Ekstra

LG G3 (3GB RAM + 32GB ROM)

RM 450
Terbaik dan murah dengan Corning Gorilla Glass
LG
8. LG G3 (3GB RAM + 32GB ROM)
Smartphone murah dengan Corning Gorilla Glass

CPU : Quad core  | OS : Android 6.0 (Marshmallow)  | RAM : 3GB  | Storage : -  | Skrin : 5.5”  |  Bateri : 3000mAh Li-Ion  | Kamera : 10MP (Belakang), 6MP (Depan)  | Network : 4G

Apa itu Gorilla Glass? Ianya adalah teknologi coating atau satu lapisan di atas skrin anda yang bertindak sebagai pelindung daripada tercalar dan kesan gores. Jika anda seorang yang jenis cemerkap (clumsy), Gorilla Glass sangat penting untuk mengelakkan skrin telefon bimbit pintar ini menjadi retak.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada smartphone ini ialah sistem operasinya menggunakan Android dan Quad-core. Skrin bersaiz 5.5 inci serta baterinya mampu bertahan sehingga 8 jam. Tidak perlu mengecas selalu!

LEAGOO M6

RM 229
Leagoo
9. LEAGOO M6
Telefon pintar terbaik jenama dari China

CPU : MTK 6737 Quad-Core 1.3 Ghz  | OS : Android 7.0  | RAM : 1GB  | Storage : 16GB ROM  | Skrin : 5.5” HD IPS  |  Bateri : -  | Kamera : 8MP (Belakang), 2MP (Depan)  | Network : -

Diimport khas dari China, telefon bimbit pintar ini sangat berbaloi untuk dibeli dengan harganya yang mampu milik dibawah RM 300. Smartphone ini yang mempunyai keluasan skrin 5.5” HD IPS Display dengan rangkaian 4G, anda boleh melayari internet dengan laju tanpa buffering.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan 1GB RAM dan 16GB memory, pasti banyak kenangan bergambar dapat disimpan di dalam smartphone ini tanpa perlu risau akan ruangan yang tidak mencukupi. Baterinya tahan lama dengan 3000mAh, sesuai untuk anda yang gemar melayari internet tanpa had.

Honor 8A

RM 499
Honor
10. Honor 8A
Smartphone 4G murah dengan ruang penyimpanan 64GB

CPU : MT6765 Octa-core Processor | OS : Android 9.0 | RAM : 3GB | Storage : 64GB ROM | Skrin : 6.09” | Bateri : 3,020mAh | Kamera : 13MP (Belakang), 8MP (Depan) | Network : 4G

Ruang penyimpanan smartphone ini mencecah 64GB dan anda boleh menyimpan memori kenangan tanpa perlu memindahkannya ke tempat yang lain. Skrinnya yang luas membolehkan anda untuk menonton drama kegemaran anda dengan paparan visual lebih jelas. Dilengkapi dengan network 4G, muat turun aplikasi yang diingini dengan mudah dan cepat tanpa lagging.


Pilihlah Smartphone Yang Berkualiti Dan Mesra Pengguna

Terlalu banyak lambakan jenama telefon pintar yang menuntut bahawa merekalah smartphone terbaik di pasaran. Ini membuatkan ramai yang pening kepala untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kualiti dan harga. Samsung? iPhone? Huawei? Oppo? Vivo? Xiaomi? Namakan sahaja, semuanya jenama yang boleh didapati di pasaran Malaysia dengan mudah. Paling penting, apa yang perlu anda lakukan adalah membuat kajian terlebih dahulu dan perbandingan antara produk-produk telefon pintar ini. Tak perlu jenama uptrend semasa memilih smartphone. Yang penting, kualiti.

Cara memilih smartphone yang murah dan berkualiti boleh menjadi agak sukar, jadi kami telahpun menyediakan checklist untuk anda. Langkah-langkah yang harus diambil kira;

  • Lihat bajet anda dahulu
  • Pilih smartphone dari rangkaian jenama mid-end (kelas tengah)
  • RAM yang memadai (cukuplah sekadar 2GB / 3GB sahaja)
  • Skrin yang luas (sesuai bagi anda yang suka menonton movie dan gaming)
  • Untuk anda kaki selfie, megapixel kamera itu penting!
  • Reka bentuk smartphone (haruslah yang anti-slip)

Baru Beli, Bila Puas Hati

Bila kajian sudah dilakukan mengenai smartphone murah yang ada di pasaran Malaysia, barulah anda membelinya. Usah terburu-buru. Tidak lari kemana telefon-telefon bimbit pintar yang ada di kedai itu. Seperkara yang harus diingati bahawa belilah telefon bimbit pintar yang mempunyai kemudahan untuk memuat turun aplikasi media sosial bagi anda, si soc-med mania.  

Jangan hanya kerana jenama, nanti poket anda yang merana. Selamat membeli-belah!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article