Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Khas Untuk Kaki PUBG! Ini 8 Smartphone Gaming Bawah RM1,000 Untuk Anda

Tidak perlu belanja lebih untuk main game

Product in this article

PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) versi mudah alih diperkenalkan pada tahun 2017 dan diadaptasi daripada versi PC. Sejak ia dikeluarkan ia adalah antara game yang paling terkenal di seluruh dunia. Ada yang berpendapat bahawa grafik daripada game PUBG adalah antara yang terbaik diantara semua game di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, kebanyakan telefon akan mengalami masalah prestasi apabila menjalankan aplikasi PUBG kerana keperluan pemprosesan grafik yang tinggi. Kebanyakan telefon pintar yang murah akan mengalami masalah lagging disebabkan oleh cip kurang berkuasa. 

Apakah saiz RAM minimum untuk game PUBG?

Untuk menjalankan PUBG, telefon pintar anda hendaklah menjalankan operasi Android 5.1.1 keatas dan mempunyai sekurang-kurangnya 2GB RAM. Jika telefon pintar anda tidak mempunyai saiz RAM yang mencukupi, ianya akan alami masalah prestasi yang teruk dan game akan mudah lag serta crash.

Ayuh lihat senarai smartphone terbaik untuk sesi bergaming lebih lancar;

10 Smartphone Murah bawah RM1,000 untuk PUBG

Xiaomi Mi Max 3

RM 589
Xiaomi
1. Xiaomi Mi Max 3
Smartphone gaming murah dengan skrin besar untuk PUBG

Chipset : Snapdragon 636  |  Skrin : 6.9 inches IPS LCD  | Memori : 4GB  | Storage : 64GB  | Kamera : 12MP (wide), 5MP (depth)  | Bateri : 5500mAh  | OS : Android 8.1 (MIUI)  | Network : GSM/CDMA/HSPA/EVDO/LTE

Siri Max daripada Xiaomi memberi saiz skrin yang paling besar anda boleh dapat pada mana-mana telefon pintar. Mempunyai saiz skrin yang besar untuk memainkan game adalah cukup mengasyikkan. Smartphone ini mempunyai skrin sebesar 6.9 inci dan beresolusi 1080p. 

Telefon ini amat sesuai digunakan untuk menonton rancangan kegemaran anda serta memainkan game.

Oppo A5 2020

RM 599
Oppo
2. Oppo A5 2020
Smartphone gaming dengan 3GB RAM dengan prestasi yang mantap

Chipset: Snapdragon 665  |  Skrin : 6.5 inches 720p IPS LCD  |  Memori : 3GB  | Storage :  64GB  | Kamera : 12MP (wide), 8MP (Ultrawide), 2MP (depth)  | Bateri : 5000mAh  | OS : Android 9 (Color OS)  | Network : GSM/HSPA/LTE

Harga telefon ini adalah yang paling murah dalam senarai ini. Anda boleh dapatkannya dengan harga mampu milik dan memori yang besar. Walaupun mempunyai harga yang murah, prestasi telefon ini cukup mantap setanding dengan jenama mahal

Ia dilengkapi dengan cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 665 yang cukup berkuasa untuk memainkan game PUBG. Ia juga dilengkapi dengan saiz bateri gergasi 5000mAh yang amat sesuai untuk para gamer.

Realme 5S

RM 689
Realme
3. Realme 5S
Smartphone gaming dengan kapasiti bateri 5000mAh

Chipset: Snapdragon 665  |  Skrin : 6.5 inches 720p IPS LCD  |  Memori : 4GB  | Storage : 128GB  | Kamera : 48MP (wide), 2MP (macro), 8MP (Ultrawide), 2MP (depth)  | Bateri : 5000mAh  | OS : Android 9 (Color OS)  | Network : GSM/HSPA/LTE

Telefon ini adalah ‘abang’ kepada Realme 5. Kebanyakan spesifikasi adalah sama kecuali ia dilengkapi dengan kamera yang lebih baik. Perbezaan lain yang ketara adalah bermula dengan saiz RAM sebesar 4GB untuk model asas. 

Ia mempunyai cip pemprosesan berkuasa serta dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh membolehkan anda memainkan PUBG sehingga 8 jam dengan lancar.

Xiaomi Redmi Note 8 Pro

RM 759
Xiaomi
4. Xiaomi Redmi Note 8 Pro
Smartphone untuk gaming dengan kamera terbaik

Chipset : Mediatek Helio G90T  |  Skrin : 6.53 inches IPS LCD  |  Memori : 6GB  | Storage : 64/128GB  | Kamera : 64 MP, f/1.8, (wide), 2MP (macro), 8 MP, f/2.3 (ultrawide), 2MP (depth)  |  Bateri : 4500mAh  | OS : Android 9 (MIUI)  | Network : GSM/HSPA/LTE

Xiaomi sememangnya tidak asing lagi dengan pasaran telefon pintar bajet. Redmi Note 8 Pro diperkenalkan sebagai telefon yang mempunyai pelbagai fokus. Ia memberi prestasi yang agak baik kerana dilengkapi dengan cip terbaik oleh Mediatek iaitu Helio G90T yang memfokuskan gaming.

Ia juga mempunyai 4 buah kamera yang membolehkan anda mengambil gambar daripada pelbagai sudut. Kualiti gambar yang dihasilkan adalah cukup bagus dan ia juga mampu menangkap gambar sebesar 64MP yang amat jelas.

Huawei Y9S

RM 849
Huawei
5. Huawei Y9S
Smartphone dengan fingerprint sensor untuk jaminan keselamatan

Chipset : Hisilicon Kirin 710F  |  Skrin : 6.59 inches IPS LCD  | Memori : 6GB  | Storage : 128GB  | Kamera: 48MP (wide), 8MP (Ultrawide), 2MP (depth) | Bateri: 4000mAh | OS: Android 9 (EMUI) | Network : GSM/HSPA/LTE

Huawei Y9s adalah telefon yang wajar diberikan perhatian. Ia mempunyai rekaan menarik yang kelihatan premium. Ia juga tidak mempunyai sebarang takuk kerana menggunakan teknologi ‘pop-up camera’. 

Dilengkapi dengan fingerprint sensor di bahagian tepi bukan dibelakang seperti yang biasa kita lihat. Kehadiran sensor ini memudahkan anda untuk membuka telefon anda. Ia juga mempunyai cip yang agak berkuasa, sesuai untuk gaming. Kameranya juga mampu mengambil gambar dengan baik.

Honor 9X

RM 859
Honor
6. Honor 9X
Lengkap dengan Corning Gorilla Glass dan 6GB RAM

Chipset : Kirin 710F | Skrin : 6.59 inches IPS LCD | Memori : 6GB | Storage : 128GB | Kamera : 48MP (wide), 8MP (Ultrawide), 2MP (depth) | Bateri : 4000mAh | OS : Android 9 EMUI | Network : GSM/HSPA/LTE

Telefon Pintar jenama Honor tidak begitu menyerlah dalam segmen bajet kerana mendapat tentangan sengit daripada Xiaomi, Realme, Oppo dan beberapa jenama lain. Honor siri X seperti Honor 8X dan Honor 9X adalah antara telefon yang patut diberikan perhatian. Ia mempunyai kapasiti RAM yang besar 6GB dan mempunyai kapasiti yang cukup besar iaitu 6.59 inci.

Ia juga dilengkapi dengan Kirin 710F yang mampu memainkan kebanyakan game pada tetapan tinggi. Ia juga mempunyai 3 kamera menjadikannya cukup versatile untuk mengambil pelbagai jenis keadaan gambar dengan kualiti yang memuaskan.

Honor Play

RM 899
Honor
7. Honor Play
Smartphone gaming dengan bateri fast charging

Chipset : Kirin 970  | Skrin : 6.3 inches IPS LCD | Memori : 4/6 GB | Storage : 64 GB|  Kamera: 16 MP, f/2.2, (wide), 2MP (depth) | Bateri: 3750 mAh | OS: Android 9 EMUI | Network : GSM/CDMA/HSPA/LTE

Telefon keluaran Honor ini adalah antara telefon yang paling berkuasa bawah RM1000. Ianya dilengkapi dengan cip pemprosesan jenis kelas tinggi Hisilicon Kirin terbaik tahun 2018 iaitu Kirin 970 . Ia mempunyai keupayaan grafik luar biasa dan hampir semua game termasuk PUBG akan berjalan dengan sempurna tanpa sebarang lag. 

Dilengkapi dengan teknologi fast charging setara peranti mercu yang berharga dua kali ganda lebih mahal iaitu 18W fast charging . Telefon ini mampu dicas penuh dalam masa sekitar 1 jam 30 minit.

Oppo F11 Pro

RM 919
Oppo
8. Oppo F11 Pro
Alami pengalaman bergaming dengan skrin luas

Chipset : Helio P70  | Skrin : 6.53 inches IPS LCD  |  Memori : 6GB  | Storage : 128GB  |  Kamera : 48MP (wide), 5MP (depth)  | Bateri : 4000mAh  | OS : Android 9 (ColorOS)  | Network : GSM/HSPA/LTE

Oppo memperkenalkan telefon kelas pertengahan tanpa takuk mereka iaitu Oppo F11 Pro. Ini menjadikan telefon ini sempurna untuk mereka yang suka menonton drama, filem atau bermain game pada telefon pintar mereka. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan Helio P70 yang agak berkuasa serta dua kamera yang mampu menangkap gambar beresolusi tinggi. 

Ia menggunakan kamera selfie yang menggunakan teknologi ‘pop-up’ yang biasa kita lihat pada peranti mercu menjadikan telefon ini kelihatan lebih premium.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article