Air fryer atau penggoreng udara menjadi perkakas penting bagi mereka yang ingin memanaskan makanan

Selain air fryer untuk panaskan makanan, ia turut menjadi alat memasak untuk turunkan berat badan atau mengamalkan gaya hidup sihat.

Air fryer tentunya selamat digunakan, dan anda mesti mahukan air fryer terbaik dan murah.

Jenama air fryer terbaik tak semestinya mahal, dan review air fryer terbaik kebanyakannya dalam lingkungan harga mampu milik.

 Jadi jom lihat senarai air fryer terbaik dan tentunya kami kongsikan harga air fryer terbaik untuk anda buat perbandingan bijak.


Senarai 19 Air Fryer Terbaik Untuk Kegunaan Anda

Air fryer untuk memanaskan makanan
Philips Essential Air Fryer
air fryer
From
RM389.00
Check Philips Essential Air Fryer price below:
Mudah dibersihkan
Menggunakan teknologi Rapid Air
Auto shut off
Fungsi 12 dalam 1
Paparan digital LED
Berat
Mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Air fryer Philips ini bagus untuk anda yang sentiasa sibuk kerana boleh digunakan untuk panaskan semula lauk lebihan semalam.

Ciri-ciri:

Sesuai untuk gril ayam, bakar kek dan menggoreng makanan.

Jenama air fryer terbaik ini menggunakan teknologi Rapid Air untuk memasak makanan.

Maksudnya hidangan jadi lebih sedap dan sihat yang lembut di dalam dan masak dengan sempurna kerana tidak perlu guna minyak. 

Paling penting, tidak mengeluarkan bunyi terlalu bising ketika sedang digunakan.

Kapasiti 4.1 liter memang sesuai untuk masak hingga 5 hidangan makanan. 

Warnanya hitam menawan pula sesuai diletakkan di pelbagai jenis tema dapur. 

Review:

"Pengalaman guna air fryer ni memang best, makanan dimasak dengan baik. Kalau guna dengan betul, makanan boleh jadi lebih sedap. Pembelian yang berbaloi!"

Air fryer untuk nugget
Khind Air Fryer
Khind
From
RM273.00
Check Khind Air Fryer price below:
Menggunakan sistem high speed air circulation
Menggunakan teknologi sensor sentuhan
Mempunyai 8 fungsi preset hidangan
Sukar bersihkan bahagian jaring bakul
Kapasiti kecil

Gemar makan burger dan kentang goreng? Dapatkan segera air fryer Khind ini untuk menikmati french fries dan nugget ayam yang rangup dan tidak berminyak. 

Selain itu, dengan kapasiti 3L, air fryer ini boleh panggang ayam dan buat kek dengan sangat mudah!

Jangan risau selamat digunakan kerana bakul menggorengnya ada gril yang diperbuat daripada stainless steel.

Turut dilengkapi dengan ciri Auto Shutdown jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika sedang memasak. 

Mudah untuk dikendalikan kerana terdapat paparan digital serta penyepit dan makanan tetap masak sempurna walaupun tidak diterbalikkan.

Air fryer untuk apa saja
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series (4.8L)
PerySmith
From
RM219.00
Check PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series (4.8L) price below:
Sistem auto shut-off selepas 30 minit
Gunakan minyak kurang dari 80%
Jimat penggunaan tenaga elektrik
Mudah calar

Air fryer PerySmith ini perlu menjadi milik anda yang gemar memasak terutama lamb chop, kentang, ayam panggang, lobster atau ikan salmon.

Air fryer ini mampu membakar makanan dari suhu serendah 80°C hingga 200°C tanpa menjejaskan rasa makanan yang di masak.

Produk dengan kapasiti 4.8 liter ini sesuai untuk yang sedang menjaga kesihatan kerana menggunakan teknologi ECOHEALTH. 

Bakulnya pula direka dengan penapis yang akan mengasingkan minyak daripada makanan.  

Jika terdapat kerosakan, anda tidak perlu risau sebab dilengkapi jaminan selama 2 tahun dan selamat digunakan kerana telah mendapat sijil pengesahan daripada SIRIM.

Paling penting, sangat mudah untuk dibersihkan kerana bahagian bakulnya boleh ditanggalkan. Anda tidak perlu sental lagi!

Air fryer jimat elektrik
Nakada Air Fryer
Nakada
From
RM149.00
Check Nakada Air Fryer price below:
5 multifungsi : steam, roast, bake, grill & fry
Rekaan transparent yang trendy & menarik
Kapasiti 5L, sesuai untuk seekor ayam
Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Bagi anda yang inginkan air fryer jimat elektrik, produk Nakada ini memang terbaik sebab menggunakan kuasa 1100W.

Selain mudah dibersihkan, anda juga hanya perlu pusingkan knob untuk mengawal masa dan suhunya. Sangat mudah!

Jadi boleh digunakan untuk buat stik, bakar pizza, kek serta roti bersama keju kerana boleh masak makanan hingga suhu 230°C. 

Dengan suhu tinggi ini, nak goreng keropok lekor dan ikan bilis pun tiada masalah.

Bahagian keselamatan agak bagus kerana pemegangnya jenis anti-haba yang tidak akan membahayakan tangan anda.  

Terdapat juga ciri Open Pause Mode di mana air fryer akan secara automatik terhenti seketika jika penutupnya dibuka dan berfungsi semula selepas ditutup kembali. 

Air fryer yang murah
Samu Giken Rapid Air Fryer (3.8 Litre)
Samu Giken
Samu Giken Rapid Air Fryer (3.8 Litre) SG-AFA35SSB
From
RM259.90
Check Samu Giken Rapid Air Fryer (3.8 Litre) price below:
Jimat tenaga
Pemasa 1-30min
Ringan
Perlindungan overheating
Berbunyi bila makanan siap dimasak
Kapasiti hanya 3.8L

Usah khuatir jika anda mempuyai bajet yang terhad untuk miliki air fryer kerana air fryer ini berharga bawah RM200. 

Walaupun murah, Samu Giken ini mampu masak ayam atau kentang goreng yang akan mengurangkan 80% lemak.

Jangan risau, makanan akan jadi lebih rangup di bahagian luar dengan pemanasan maksimum 200°c.

Malah, anda tak perlu lagi beli ketuhar yang berasingan sebab boleh panggang, gril daging serta bakar kek di dalam alat ini. Best kan? 

Bahagian bakul grilnya pula jenis tidak melekat dan boleh dipisahkan agar mudah dicuci.

Sistem Advanced Heat Pulse untuk pengedaran udara panas pula akan memastikan makanan anda dimasak dengan cepat dan sekata walaupun tanpa minyak. 

Air fryer mini
Electrova Mini Air Fryer Ecowell Series
lectrova Mini Air Fryer Ecowell Series ET300
From
RM439.00
Check Electrova Mini Air Fryer Ecowell Series price below:
Jenis non-stick
Suhu 80°C -200C
Sistem pemanasan turbo
Terdapat penapis minyak
Saiz kecil

Air fryer mini dengan kapasiti 3L ini sesuai untuk individu bujang, pelajar kolej atau pasangan yang baru berkahwin. 

Walaupun bersaiz kecil, anda boleh masak pelbagai menu, antaranya ayam goreng, kentang, panggang ikan dan udang serta bakar roti tau.

Dengan berat 2.4kg, air fryer ini menggunakan teknologi 360° Rapid Air di mana masak menggunakan minyak yang dikeluarkan dari makanan itu sendiri. 

Haba juga akan mengelilingi makanan agar masak dengan sempurna dan rangup di luar.

Tambahan pula, ciri automatic power-off juga tersedia pada air fryer ini. 

Sangat senang dikendalikan kerana boleh kawal suhu menggunakan tombol dan makanan juga boleh dikeluarkan bila-bila masa walaupun ketika sedang dimasak.

2 in 1 oven air fryer
Russell Taylors Oven Air Fryer (12L)
Russell Taylors Oven Air Fryer (12L) AF-50
From
RM405.89
Check Russell Taylors Oven Air Fryer (12L) price below:
Kapasiti 12L
Boleh gril seekor ayam
Mempunyai pengesahan SIRIM
Kawalan sensor sentuh
Tidak sesuai untuk dapur ruang terhad

Dengan kuasa 1700W yang dimiliki air fryer ini, masa memasak anda akan jadi lebih mudah kerana mampu memasak sekitar 7-9 hidangan dengan lebih cepat. 

Dengan suhu 65 – 200°C, anda boleh membakar pizza sebesar 10 inci.

Produk Russel Taylors turut dilengkapi dengan 8 program memasak yang telah diset jadi anda hanya perlu tekan butang untuk mula memasak. 

Selain boleh goreng kentang, air fyer ini juga boleh masak kebab, stik, buah kering dan bakar kek. 

Turut tersedia dengan fungsi mesin defrost untuk memudahkan tugas di dapur. 

Lagi bagus, direka dengan lampu dan tingkap kaca di depannya, jadi anda boleh perhatikan proses memasak sekaligus elakkan makanan daripada hangit.

Air fryer dengan watt rendah
Giselle Energy Saving Air Fryer
Giselle Energy Saving Air Fryer KEA0320
From
RM179.99
Check Giselle Energy Saving Air Fryer price below:
Mempunyai penutup kaca
Boleh panaskan lauk
Kapasiti 7 liter
Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Nak guna air fryer tapi takut bil elektrik melambung? Jangan risau, air fryer Giselle boleh jimatkan penggunaan tenaga.

Kuasa digunakan air fryer ini 1000W berbanding jenama lain, 1500W. 

Mempunyai fungsi 5 dalam 1 selain berfungsi sebagai air fryer kerana boleh jadi oven, microwave, grill daging dan buat BBQ. 

Memang sesuai untuk yang suka makan stik sebab boleh masak daging dengan mudah. 

Malah, mampu masak makanan lebih cepat berbanding oven biasa dengan suhu maksima 250°C.

Air fryer untuk seekor ayam
Primada 14 Liter XXXL 3D Air Fryer
Primada 14 Liter XXXL 3D Air Fryer PCR1220
From
RM1,704.00
Check Primada 14 Liter XXXL 3D Air Fryer price below:
Ada fungsi boleh diputar 360°
Makanan masak sempurna & rangup di luar
Suhu hingga 220°C
Mudah dibersihkan
Teknologi Rapid Air
Harga mahal
Agak berat

Air fryer Primada ini bukan sahaja boleh menggoreng tanpa minyak, malah boleh panggang ayam putar, kebab, bakar kek dan piza, serta gril daging. 

Boleh juga buat udang kukus, buah kering dan gajus panggang dengan kapasiti sebesar 14 liter. 

Anda juga tak perlu risau rumah berbau setiap kali memasak sebab alat ini tak akan keluarkan asap. 

Nutrisi makanan juga akan tidak akan hilang, jadi memang sihat dan selamat digunakan untuk seisi keluarga.

Turut mempunyai penutup yang boleh nampak dari luar yang membolehkan anda untuk meninjau proses memasak tanpa perlu buka air fryer

Jangan risau terdapat tempoh jaminan 2 tahun.

Air fryer untuk baking
Haier Air Fryer
Haier HA-AF25 Air Fryer
From
RM250.71
Check Haier Air Fryer price below:
Menggunakan Rapid Air Technology
Sesuai untuk mereka yang diet

Untuk yang gemar buat kek tapi belum ada bajet untuk beli ketuhar, kami sarankan untuk dapatkan air fryer terbaik Haier ini. 

Lagipun air fryer ini mempunyai ciri dapat mengurangkan penggunaan minyak hingga 80%, jadi sesuai untuk yang ingin makan makanan sihat. 

Selain itu, boleh digunakan untuk gril stik, goreng ikan, udang, kentang goreng dan panggang seekor ayam dengan kapasiti 2.5 liter.  

Menariknya lagi, bakul menggorengnya tidak melekat dan boleh ditanggalkan supaya mudah untuk dibersihkan.

Turut dilengkapi dengan auto shut off yang menjadikannya selamat digunakan. 

Air fryer untuk keluarga kecil
Giselle Air Fryer With Timer & Temperature Control
Giselle
giselle_air_fryer
From
RM94.50
Check Giselle Air Fryer With Timer & Temperature Control price below:
Automatic power-off
Sesuai untuk 5-6 orang
Mudah dibersihkan
Kawalan suhu sehingga 200℃
Teknologi Rapid Air
Boleh masak seekor ayam
Kapasiti hanya 3L

Air fryer jenama Giselle ini sememangnya dipercayai ramai dan hadir dalam kapasiti 3L.

Dengan kawalan mekanikal, timer, kawalan suhu maksimum hingga 200℃, automatik power off dan mudah dibersihkan, ia menjimatkan masa di dapur.

Tambahan lagi, ia dilengkapi non-stick coating pan yang memudahkan anda menyediakan hidangan sedap dan sihat dengan cara yang pantas.

Dengan Rapid Air Technology, peralatan dapur ini mencipta tekstur rangup yang anda gemari dengan kalori yang lebih rendah.

Sesuai untuk menyediakan pelbagai hidangan termasuk kentang goreng, steak, daging, kek, ikan, dan kepak ayam lembut dengan sedikit atau tanpa minyak langsung.

Air fryer touch screen
Gaabor 4.5L Air Fryer Oven Touch Screen
Gaabor
gaabor_air_fryer
From
RM110.29
Check Gaabor 4.5L Air Fryer Oven Touch Screen price below:
Pemanasan peredaran udara 3d
Paparan suhu & masa jelas
Bakul tidak melekat
Menjimatkan tenaga elektrik
Teknologi penyingkiran lemak berlebihan
Kapasiti kecil

Air Fryer Gaabor ini mempunyai beberapa ciri-ciri menarik seperti pemanasan udara 3D yang seragam, kawalan suhu pintar, dan paparan suhu yang jelas.

Selain itu, bakul yang tidak lekat memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa.

Ciri lain yang berguna kepada pengguna termasuk teknologi penyingkiran lemak berlebihan yang membantu menjadikan hidangan anda lebih sihat dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet.

Dengan kapasiti 4.5L, ia sesuai untuk seisi keluarga dan membantu anda menyediakan hidangan sihat tanpa minyak berlebihan.

Air fryer untuk memanggang
Morgan Air Fryer MAF-MINI 2
Morgan
morgan air fryer
From
RM79.90
Check Morgan Air Fryer MAF-MINI 2 price below:
Sistem peredaran udara cepat
Pot yang tidak melekat
Timer sehingga 30 minit
Perlindungan daripada pemanasan berlebihan
Tidak sesuai untuk keluarga besar

Morgan Air Fryer MAF-MINI 2 mampu mencapai suhu dari 80°C hingga 200°C dengan pemanasan yang pantas. 

Selain itu, air fryer ini mempunyai kapasiti 2.0 Liter dan pengguna boleh menetapkan masa hingga 30 minit.

Terdapat juga pot yang boleh dilepaskan dengan lapisan anti-lekat, memudahkan lagi proses memasak dan membersihkan air fryer

Dilengkapi dengan frying grill dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan. 

Sangat ideal untuk memanggang, menggoreng, dan menggoreng tanpa minyak dalam jumlah kecil untuk seorang atau dua orang hidangan.

Jadi sekiranya anda mempunyai keluarga kecil atau masih bujang, memang sangat sesuai untuk menggunakan air fryer dari jenama Morgan ini. 

Air fryer untuk apa saja
Tefal Ultra Fry Digital Air Fryer
Tefal
tefal air fryer
From
RM799.00
Check Tefal Ultra Fry Digital Air Fryer price below:
8 program pra-tetap
Suhu sehingga 200°C
Paparan led & pre-set timer
Auto stop
Butang menjadi panas selepas sekali penggunaan

Tefal Ultra Fry menggunakan teknologi air fryer yang mengalirkan udara panas untuk memberikan hidangan yang rangup dan keemasan. 

Dilengkapi dengan 8 program pra-tetap termasuk fries, kek, pizza, roti bakar, ayam, daging, udang, dan ikan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses masakan. 

Selain itu, mempunyai kawalan knob, paparan LED, pre-set timer, kawalan suhu hingga 200°C, kapasiti 4.2L yang sesuai untuk 6 orang, dan paparan digital yang mudah digunakan. 

Inilah salah satu penyediaan makanan tanpa minyak yang cepat dan mudah, tanpa perlu pemanasan awal. 

Ideal untuk gaya hidup yang sibuk dan mudah digunakan, satu perkakasan elektrik untuk pelbagai resepi!

Air fryer oven
Pensonic Air Fryer Oven
Pensonic
pensonic air fryer
From
RM1,219.00
Check Pensonic Air Fryer Oven price below:
Paparan LED
Suhu (60-200ºC)
Boleh panaskan semula makanan
Mempunyai fries drum
Suhu perlu diatur dengan tepat

Dengan panel kawalan digital dan paparan LED, anda boleh mengawal suhu dari 60°C hingga 200°C dan memilih daripada 8 program pratetap yang termasuk french fries, pizza, roast, steak, ikan, ayam, kek, dan panaskan semula makanan. 

Air fryer jenama Pensonic ini juga dilengkapi dengan pemasa selama 60 minit, menjadikannya sesuai untuk menggoreng, memanggang, bakar, dan rotisserie.

Selain itu, mempunyai kapasiti 10L dan pintu boleh tanggal bagi memudahkan anda membersih.

Anda juga akan mendapat aksesori seperti drip tray, rotating rotisserie fork, mesh tray, frying basket dan banyak lagi.

Masaklah dengan cara lebih sihat dan crispy dengan oil free frying menggunakan fries drum!

Air fryer untuk keluarga besar
Nexon Digital Airfryer Oven
Nexon
nexon air fryer
From
RM139.90
Check Nexon Digital Airfryer Oven price below:
Kapasiti besar 12 liter
Tetingkap air fryer yang jelas
8 butang pra-tetap skrin sentuh
Fungsi perlindungan daripada pemanasan berlebihan
Bunyi kuat

Bagi mereka yang mencari air fryer untuk memasak untuk keluarga besar atau rakan-rakan, dapatkan je Nexon Air Fryer dengan kapasiti besar sebanyak 12 liter.

Dengan 8 butang pra-tetap sentuh sahaja dan tetingkap air fryer XL yang jelas, memudahkan pemantauan proses memasak.

Selain itu, mempunyai pegangan yang mudah digunakan, cool touch housing, paparan digital LED dan pusingan automatik untuk pemanasan yang lebih sekata serta reka bentuk kes kipas udara pusingan 360 dengan kelajuan tinggi. 

Air fryer ini turut menyediakan fungsi perlindungan daripada pemanasan berlebihan serta fungsi menggoreng melalui pemanasan udara, rotisserie, dan pengeringan. 

Aksesori termasuk bakul berlubang berputar dan alat pengambilan, drip tray, rak wayar, rak boleh dilepaskan, garfu rotisserie dan set skewer.

Air fryer dengan timer 60 minit
Cornell 3.5L Air Fryer
Cornell
cornell air fryer
From
RM172.83
Check Cornell 3.5L Air Fryer price below:
Tidak melekit
Pemasa pra-tetap sehingga 60 minit
Automatik shut-off
Fungsi perlindungan lebih pemanasan
Kawalan suhu
Kapasiti hanya 3.5L

Air fryer Cornell hadir dengan ciri-ciri keep warm, kawalan suhu, dan pre-set timer, jadi anda boleh memasak dengan lebih sihat tanpa minyak dan tiada risiko terbakar. 

Ia juga boleh memasak lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga sehingga 50%, dan dengan teknologi penuapan stim automatik, makanan juga menjadi lebih rangup. 

Malah, bakul mengoreng boleh dimasukkan ke dalam mesin pencuci pinggan dan dengan pusingan pemanasan udara 360 darjah, makanan dimasak lebih sekata.

Jangan risau kalau anda seorang pelupa, kerana air fryer ini mempunyai timer 60 minit dan automatik shut-off

Dengan suhu maksimum 200°C, kaki yang tidak mudah tergelincir dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan, air fryer ini sangat selamat digunakan. 

Air fryer dengan kawalan knob
Mayer 5.5L Air Fryer
Mayer
mayer air fryer
From
RM214.90
Check Mayer 5.5L Air Fryer price below:
Fungsi kekal panas
30 minit pemasa
Suhu sehingga 200°C
Bakul goreng boleh tanggal (4.2L)
Automatic cut-off switch
Kapasiti hanya 5.5L

Mayer Air Fryer bagi model MMAF505 ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Keep Warm, kawalan knob, penjuru masa pra-tetap, dan kawalan suhu sehingga 200°C yang memudahkan anda dalam proses memasak. 

Anda boleh memasak dengan selesa dengan bakul penggorengan yang boleh dilepaskan berkapasiti 4.2L, penunjuk lampu dan timer sehingga 30 minit.

Selain itu, mempunyai ciri keselamatan termasuk automatic cut-off switch, perlindungan daripada pemanasan berlebihan, pemegang sentuhan yang sejuk, dan kaki yang tidak mudah tergelincir.

Jangan risau, anda juga akan mendapat jaminan selama 2 tahun dan tersedia dalam warna hitam sahaja. 

Air fryer untuk diet
ELBA Air Fryer
Elba
elba_air_fryer
From
RM245.00
Check ELBA Air Fryer price below:
Badan keluli tahan karat
Panel kawalan sentuh
Teknologi peredaran udara panas tinggi 360°
Fungsi keep warm sehingga 120 minit
Perlindungan daripada pemanasan berlebihan
Kapasiti hanya 5.0L

ELBA Air Fryer Model EAF-K5130D(SS) menggunakan kuasa sebanyak 1400W dan berkapasiti 5.0L. 

Rekaan badan keluli tahan karat memberikan rasa mewah, manakala panel kawalan sentuh dan paparan LED menjadikannya sangat mudah digunakan. 

Teknologi pusingan udara panas tinggi 360 darjah memastikan hidangan masak lebih sekata dan sihat. 

Malah, terdapat fungsi keep warm sehingga 120 minit, frying basket yang boleh dikeluarkan, tetapan suhu 80-200°C dan pemasa yang boleh diubah hingga 60 minit serta buku resepi percuma. 

Selain itu, terdapat pelbagai ciri keselamatan seperti perlindungan daripada pemanasan berlebihan, kaki getah anti-slip, cool touch body & grip handle, dan penutup keselamatan untuk butang pelepasan bakul.

Dengan ELBA Air Fryer, anda boleh menggoreng tanpa minyak, menggril, membakar, dan BBQ dengan mudah.


Bagaimana Cara Pilih Air Fryer?

Kini semakin ramai orang yang teruja dengan perkakas dapur baru iaitu air fryer!

Air fryer adalah satu mesin yang membolehkan anda memasak makanan tanpa minyak.

Tapi, macam mana nak pilih air fryer yang sesuai untuk kegunaan harian anda?

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih air fryer:

1. Kapasiti 

Pastikan air fryer yang dipilih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk keperluan anda.

Adakah anda memasak untuk satu atau dua orang, atau untuk keluarga besar?

Jika anda memerlukan air fryer yang besar untuk keluarga besar, pastikan pilih yang mempunyai kapasiti yang besar.

2. Ciri-ciri

Beberapa air fryer mempunyai ciri-ciri yang unik seperti pemasa yang dapat mengubah suhu, fungsi paparan, auto shut off, dan banyak lagi.

Pastikan air fryer anda mempunyai beberapa fungsi tambahan seperti menggoreng, memanggang, membakar dan mengukus supaya senang anda nak masak pelbagai jenis makanan. 

3. Jenis

Terdapat dua jenis air fryer iaitu yang menggunakan pengayun dan yang tidak menggunakan pengayun.

Air fryer yang menggunakan pengayun boleh memberi keputusan yang lebih baik dalam menghasilkan makanan yang seragam.

Tapi air fryer yang tidak menggunakan pengayun lebih mudah untuk dibersihkan.

5. Jenama

Pilih air fryer dari jenama yang terkenal dan boleh dipercayai.

Jenama yang baik biasanya mempunyai jaminan yang panjang dan mempunyai banyak ulasan positif dari pengguna yang lain.

6. Harga

Pastikan anda memilih air fryer yang sesuai dengan bajet.

Air fryer yang lebih mahal mungkin mempunyai ciri-ciri yang lebih baik, tapi jika tidak memerlukan ciri-ciri tersebut, lebih baik pilih air fryer yang lebih murah.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Air Fryer?

Air fryer, perkakas dapur yang sedang menjadi trend dan semakin popular di kalangan penggemar masakan sihat.

Di sini, kami akan menyenaraikan kelebihan dan kekurangan air fryer.

Kelebihan air fryer:

  • Kurang minyak - Air fryer menggunakan udara panas yang terdapat di dalamnya untuk memasak makanan, jadi tak perlu lagi gunakan banyak minyak yang boleh menghasilkan masakan yang lebih sihat dan kurang berlemak.
  • Lebih cepat - Memasak menggunakan Air fryer lebih cepat berbanding dengan memasak menggunakan oven biasa.
  • Kawal suhu & masa - Anda hanya perlu meletakkan makanan yang hendak dimasak di dalam peranti dan kemudian menetapkan suhu dan masa yang diperlukan. Peranti akan mengeluarkan bunyi beep sekiranya makanan telah siap.
  • Mudah dibersihkan - Air fryer lebih senang untuk dibersihkan kerana ia tidak terdedah kepada minyak yang melekat.
  • Banyak fungsi - Air fryer bukan sahaja boleh digunakan untuk menggoreng, tetapi juga untuk memanggang, menggoreng, mengukus, dan banyak lagi. Anda boleh mencuba resepi-resepi baru dengan menggunakan air fryer.

Kekurangan air fryer:

  • Harga yang mahal - Air fryer mungkin agak mahal berbanding perkakas dapur lain. Namun, ini sepadan dengan faedah kesihatan yang diperoleh.
  • Perlu dipantau - Seperti juga memasak menggunakan teknologi lain, air fryer perlu dipantau agar makanan tidak terbakar atau terlebih masak.
  • Ruang penyimpanan besar - Ini kerana air fryer memerlukan ruang yang mencukupi untuk mengalirkan udara panas dan memasak makanan dengan baik.

Adakah Makanan Yang Disediakan Dengan Air Fryer Sihat Untuk Dimakan? 

Makanan yang dimasak dalam air fyer selalunya lebih sihat dan kurang kalori berbanding digoreng biasa dalam kuali kerana tidak menggunakan minyak. 

Memasak dengan air fryer juga dikatakan lebih sesuai untuk orang yang sedang berdiet. 

Jom tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut.


Tips Cara Guna Air Fryer?

Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk memaksimakan penggunaan air fryer di rumah. Antaranya:

  • Pastikan terdapat ruang sebanyak 5 inci di belakang air fryer untuk pengaliran udara. 
  • Panaskan (pre-heat) air fryer selama 2-3 minit sebelum masukkan makanan mengikut suhu yang diinginkan. 
  • Sebaiknya lapik makanan dengan baking paper atau aluminium foil agar tak akan melekat pada air fryer sekaligus lebih mudah untuk dikeluarkan dan dibersihkan.
  • Boleh oleskan atau sembur sedikit minyak pada makanan agar ia lebih crispy dan tak melekat. Cuma, tips ini sesuai untuk makanan yang tak keluarkan minyak seperti sayuran.
  • Jangan masukkan makanan seperti nugget atau kentang sehingga terlalu penuh di dalam bakul air fryer. Ini menyebabkan makanan tidak masak dengan rata. 
  • Sesetengah air fryer memerlukan anda untuk terbalikkan makanan agar kedua-dua belah masak dengan sempurna. 

Akhir sekali, jika nak air fryer anda tahan lama, pastikan anda tidak membuat perkara ini. Jom tonton video berikut.


Artikel Berkaitan