Kecantikan

17 Eye Cream Terbaik di Malaysia 2026 - Paling Berkesan

Nak jaga kawasan mata perlu guna krim mata terbaik yang sesuai. Ini senarai eye cream terbaik dan juga eye bag cream untuk mata mata yang cantik.


Editor · Updated 12 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Eye Cream Terbaik di Malaysia 2026 - Paling Berkesan

Jawapan ringkas: pilihan teratas dalam senarai ini ialah Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream (RM58.05 untuk 30ml di Shopee Malaysia, kandungan retinol untuk mengurangkan garis halus dan sembap, disemak 12 Ogos 2026). Kalau kulit lebih sensitif, Cosrx Advanced Snail Peptide Eye Cream (RM80.89 untuk 25ml) juga popular untuk melembapkan kawasan bawah mata.

Pasti ramai tertanya-tanya, adakah krim mata atau eye cream wajib untuk rutin penjagaan wajah setiap hari?

Kandungan

Sebenarnya bergantung pada individu, jika bahagian bawah matanya gelap atau eyebag terlampau jelas, sebaiknya guna krim mata atau eye bag cream untuk mengurangkannya.

Tapi ingin diingatkan makin usia menambah, bahagian kontur mata akan timbul garis halus dan tiny bump tanda penuaan.

Jadi dengan penggunaan produk hilangkan kedut bawah mata sangat disarankan oleh mana-mana pakar kecantikan.

Waktu sesuai untuk guna krim mata terbaik adalah sebelum garis penuaan muncul atau lingkaran gelap timbul supaya dapat menghalang masalah ini menjadi teruk.

Jom kita lihat senarai eye cream terbaik dan paling berkesan dan produk hilangkan gelap bawah mata.


Senarai 17 Eye Cream Terbaik

SKINTIFIC 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream
Eye cream terbaik secara keseluruhan 1 daripada 17
SKINTIFIC 360 Crystal Massager Lifting Eye Cream
Dari RM92
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kurangkan garisan halus
Pudarkan lingkaran hitam
Harga mahal
3 lagi
Membantu kurangkan melanin
Merangsang pengeluaran kolagen
Keberkesanan mengikut jenis kulit

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Walaupun agak mahal tapi krim mata dengan Acetyl™ Tetrapeptide-5 boleh memperbaiki tanda-tanda penuaan dan menghalang pembentukan kedutan pada mata. 

Ciri-ciri:

Apa yang menarik tentang krim mata ini ialah boleh digunakan dua dalam satu iaitu mengeluarkan krim mata dan mengurut bawah mata.

Ini kerana terdapat 360॰ Massager yang dapat memberikan pengaliran darah lebih lancar pada bahagian bawah mata. 

Krim mata ini dirumus khas dengan kafein dan 3D Peptides untuk menenangkan kulit dan mengurangkan penampilan bengkak mata.

Dalam masa yang sama, kulit pada kawasan mata akan jadi lebih anjal. Sangat sesuai untuk anda yang alami masalah mata panda. 

Review:

"Berkesan & sangat selesa dan best bila pakai. Sejuk je bila letak kat bawah mata. Lepas tu bila buat urutan bawah mata, memang hilang eye bag. Krim pun cepat serap ke dalam kulit."

Clinelle Essential Eye Bright
Eye cream terbaik untuk eye bag 2 daripada 17
Clinelle Eye Bright 15ml
Clinelle
Dari RM21.96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kurangkan lingkaran gelap bawah mata
Membantu kurangkan eye bags
Harga agak mahal untuk kuantiti yang sedikit
2 lagi
Menjadikan kulit lebih anjal
Untuk semua jenis kulit

Masukkan krim mata Clinelle tanpa paraben ini dalam rutin kecantikan anda untuk dapatkan kulit bawah mata yang lebih cantik tanpa garis halus. 

Ia boleh melembapkan semula kulit yang kering kerana telah diformulasikan dengan minyak Borage yang kaya dengan Omega 6. 

Kandungan Eyeliss dan Bio Phytex dalam krim ini pula akan mengurangkan masalah mata yang bengkak atau sembab dan melindungi kulit daripada persekitaran yang bahaya. 

Malah, dengan penggunaan yang konsisten iaitu pada waktu pagi dan malam setiap hari, kulit juga akan kembali terhidrat.

Himalaya Herbal Under Eye Cream
Eye cream terbaik untuk dark circle 3 daripada 17
Himalaya Herbal Under Eye Cream
Himalaya Herbals
Dari RM15.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Halang pembentukan kedutan baru
Boleh kurangkan dark circle
Kuantiti hanya 15 ml
3 lagi
Telah diuji secara dermatologi
Untuk semua jenis kulit
Melembapkan kulit

Krim mata Himalaya ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata atau kedutan sebelum masanya. 

Ini kerana mengandungi minyak Wheat Germ yang kaya dengan Vitamin E untuk melindungi kulit daripada rosak akibat pencemaran atau sinaran UV yang teruk. 

Boleh pakai krim mata hypoallergenic ini 2 kali setiap hari selepas cuci muka untuk hasil bawah mata kelihatan licin dan cerah.  

Jika digunakan dengan konsisten, lingkaran hitam dapat dikurangkan sebanyak 50% selepas 4 minggu. 

Dengan bahan herba Cipadessa Baccifera dan Bergenia Ligulata dapat melindungi kawasan bawah mata sensitif daripada sinaran matahari. 

Malah sangat bagus untuk kurangkan garis halus di kawasan mata. 

Krim mata untuk remaja 4 daripada 17
Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10
Cosmoderm
Dari RM25.42
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kurangkan eye bags
Bebas paraben
Harga sedikit mahal untuk kuantiti sedikit
3 lagi
Untuk kulit kering & sensitif
Meningkatkan keanjalan kulit
Menyegarkan kulit di sekeliling mata

Produk dari Cosmoderm ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah orang dewasa dan remaja tak kira lelaki atau wanita. 

Krim dengan tekstur gel ini dirumus dengan Co-Enzyme Q10 dan ekstrak tumbuhan yang bagus untuk mencerahkan semula dark circle dan mengurangkan garis-garis halus.

Tak suka produk yang melekit? Usah risau sebab krim mata ini mudah diserap ke dalam untuk melembapkan lapisan epidermis kulit dan tidak berminyak. 

Malah menggalakkan pengaliran darah di sekeliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam yang baru daripada terbentuk. 

Untuk keberkesanan yang lebih cepat, urut perlahan-lahan dengan lembut di luar kawasan mata ketika sapu produk ini pada kulit. 

Krim mata terbaik untuk untuk usia 40 5 daripada 17
NUTOX Youth Restoring Eye Refiner - All Skin Type
Nutox
Dari RM18.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak melekit
Harga mahal
3 lagi
Tanpa minyak
Mengandungi sarang burung
Kuantiti hanya 15ml

Anda mengalami masalah dark circle yang teruk atau mata kelihatan sembab? 

Gunakan krim mata Nutox yang diperkaya dengan ekstrak botani semula jadi ini. 

Ini kerana dapat merangsang tahap protein dalam kulit dan sekaligus dapat mengurangkan tanda-tanda penatr di sekitar mata. 

Hasilnya, mata anda akan tampil lebih segar dan eyebag dapat dikurangkan.

Selain itu, boleh mengurangkan garis halus dan kedutan pada kawasan bawah mata seawal satu minggu. 

Dengan penggunaan yang konsisten, kulit di sekeliling mata akan lebih terhidrasi dan tak kusam lagi. 

Memang sesuai untuk wanita yang mula meniti usia 40-an sebab review krim mata terbaik ini di Shopee mengatakan ia boleh digunakan oleh kaum ibu.

LOreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream
Eye cream untuk kedutan 6 daripada 17
L'Oreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream
L'Oreal Paris
Dari RM45.08
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tekstur ringan
Tanpa pewangi
Harga mahal
2 lagi
Kulit bawah mata lebih anjal
Megurangkan garis halus & eye bags

Bagi yang ingin tekstur krim yang tidak melekit, kami sarankan krim mata dari LOreal Paris.

Disebabkan tidak melekit jadi mudah meresap ke dalam kulit apabila anda oles pada bahagian bawah mata.

Diformulasikan daripada Adenosine iaitu bahan aktif yang terkenal untuk anti penuaan, jadi kedutan pada kulit dapat dihaluskan.

Malah mengandungi kafein yang bertindak mengurangkan masalah sembab pada bawah mata.

Manakala bahan Pro-xylane berfungsi menggalakkan sintesis kolagen agar kulit bawah mata lebih licin. 

Paling penting, terdapat aplikator yang diperbuat daripada logam untuk memberikan kulit sensasi dingin. 

Boleh pakai setiap hari (pagi dan petang) pada bahagian sekeliling mata.

Safi Youth Gold Lifting Eye Contour Cream
Eye cream terbaik untuk ibu mengandung 7 daripada 17
Safi Youth Gold Lifting Eye Contour Cream
Dari RM17.18
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada Niacinamide & Glycerin
Mengandungi antioksidan
Keberkesanan makan masa lama
2 lagi
Meresap jauh ke dalam kulit
Mengurangkan garis-garis halus

Eye cream terbaik dan murah ini boleh digunakan bagi yang mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata.

Malah sesuai untuk yang ingin mengurangkan masalah mata yang penat dan kulit berkedut. 

Ini kerana mengandungi vitamin B3, Oligopeptide dan madu yang akan bertindak untuk melegakan kulit bawah mata yang gelap.

Dengan kandungan Golden C dan Nano Gold 24K pula dapat menggalakkan pembaharuan kulit agar tampil lebih halus. 

Disebabkan produk Safi ini bebas daripada alkohol, paraben dan pewangi jadi dapat kembalikan keanjalan kulit 

Teksturnya sejenis gel, ringan dan tak akan rasa melekit.

AHC Age Defence Real Eye Cream For Face
Eye cream terbaik untuk sensitive skin 8 daripada 17
AHC Age Defence Real Eye Cream For Face
Dari RM33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kurangkan bintik hitam
Kulit jadi lebih lembap
Harga agak mahal, kuantiti sedikit
2 lagi
Ada Hyaluronic Acid & kolagen
Sesuai dengan semua jenis kulit

Dengan rumusan Gold Peptide dan Power Golden Thread Complex, produk dari Korea ini mampu mengurangkan kedutan pada wajah dalam masa 1 minggu sahaja. 

Malah boleh menganjalkan dan menghidratkan semula kulit bahagian sekeliling mata.

Dengan rumusan Ultrafine Microemulsion System menjadikan tekstur krim ini sangat mudah untuk krim dari Korea ini meresap ke dalam kulit.

Apa yang membezakan krim AHC dengan jenama lain adalah krim ini boleh disapu pada kawasan wajah yang lain.

Seperti mulut, mata, leher dan dahi yang mula menunjukkan garis-garis halus.

EUNYUL Collagen Intensive Facial Care Eye Cream
Krim mata menegangkan kulit mata 9 daripada 17
EUNYUL Collagen Intensive Facial Care Eye Cream
Dari RM21.46
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan kedutan
Ada kolagen untuk kulit lebih anjal
Keberkesanan makan masa lama
3 lagi
Cepat meresap ke dalam kulit
Menghalang pembentukan jeragat
Harga berpatutan

Untuk anda yang sedang mencari produk yang berfungsi menghalang penuaan, krim mata dengan ekstrak bunga Prunus Mume ini pilihan tepat untuk anda.

Ini kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit serta dapat menghalang kedutan daripada terbentuk. 

Malah dengan kandungan kolagen, krim mata ini mampu menegangkan semula kulit pada kawasan sekeliling mata agar tidak kelihatan tua sebelum usia.

Manakala kandungan pelbagai ekstrak tumbuhan dalam krim ini pula, kulit akan terlindungi. 

Memang sesuai untuk yang mengalami masalah eyebag dan kulit di bawah mata yang  kering.

WARDAH Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector
Eye cream terbaik untuk oily skin 10 daripada 17
WARDAH Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector
Dari RM30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mencerahkan kulit di kawasan mata
Mata lebih segar
Harga sedikit mahal
3 lagi
Ada Niacinamide & glycerin
Mengandungi Alpha Arbutin
Perlu elak dari sapu krim terlalu dekat dengan mata

Krim mata Wardah ini dapat kurangkan lingkaran gelap bawah mata dan eye bags

Ini kerana mengandungi White-Adenosine dan Vitamin B3 yang bertindak mencerahkan kawasan sekeliling mata. 

Turut mengandungi Hyaluronic Acid untuk memberikan kelembapan dan mengekalkan keanjalan kulit di kawasan mata. 

Barulah tak cepat nampak berkedut. Jangan lupa untuk pakai krim mata ini selepas cuci muka dan sebelum pakai krim pelembap. 

Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream
Eye cream retinol terbaik 11 daripada 17
Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream
Dari RM93.42
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada Niacinamide
Kurangkan garis halus
Harga sangat mahal
4 lagi
Bebas pewangi & pewarna
Kulit tidak mengalami iritasi
Cepat meresap jauh ke dalam kulit
Tak sesuai dipakai waktu siang

Miliki kulit awet muda dengan krim mata paling berkesan dari Olay yang diperkaya dengan Retinol ini. 

Bukan hanya boleh mencerahkan dan meratakan tona warna kulit, tapi bagus juga untuk mengurangkan kedutan dan lingkaran gelap bawah mata. 

Setiap pagi, kulit anda akan jadi lebih muda dan anjal dengan penggunaan krim mata ini kerana kulit akan diperbaharui ketika anda tidur.  

Malah, mampu memberikan kulit 24 jam hidrasi. Memang sesuai dipakai setiap hari sebab tak mengeringkan kulit. 

estee lauder advanced night repair eye supercharged gel-creme
Krim malam terbaik untuk anti aging 12 daripada 17
ESTÉE LAUDER Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex
ESTÉE LAUDER
Dari RM207.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi ekstrak biji anggur & Peptida
Krim mudah menyerap
Kesan penggunaan tidak terlalu ketara
2 lagi
Mengurangkan dark cycle
Sesuai untuk semua jenis kulit

Kedutan di bahagian mata anda terlalu ketara? Ini jawapan untuk masalah anda.

Estee Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex merupakan salah satu krim mata anti penuaan yang popular kerana bahan yang digunakan sangat bagus.

Antara bahan campuran yang ekstrak biji anggur dan peptida yang dapat membantu untuk kurangkan lingkaran hitam dan penuaan di sekitar mata.

Selain itu, dapat melembapkan bahagian bawah mata anda dengan penggunaan kerap serta dapat memastikan mengurangkan kesan kedutan pada sekitar mata.

Kulit mata juga akan terlihat lebih cerah dan anda akan tiada panda eyes lagi dan paling penting, sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

The Originote
Eye cream terbaik untuk lelaki dan perempuan 13 daripada 17
The Originote Eye Serum Eye Cream (15g)
The Originote
Dari RM17.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mencerahkan bawah mata
Melembutkan kawasan mata
Harga berubah jika beli lebih satu
2 lagi
Mengurangkan mata bengkak
Menegangkan kulit bawah mata

Krim serum mata The Originote memfokuskan mereka yang mempunyai masalah mata bawah gelap dan eye bags yang teruk.

Bagi yang ada masalah ini kami syorkan produk The Originote kerana diformulasi dari bahan kafein, 2D Peptides dan Licorice.

Setiap satu bahan utama ini ada fungsinya tersendiri.

Macam kandungan Caffein, berfungsi untuk melindungi bahagian mata anda daripada tidak bermaya dan menegangkan kulit bawah mata.

Malah dengan mengandungi 2D Peptides bagi meningkatkan pengeluaran kolegen dan mengelakkan kering.

Jadi bagi mereka yang sering bekerja di luar pejabat, sebaiknya gunakan krim mata ini kerana dengan kandungan Licorice dapat melindungi bahagian mata dari sinaran UV yang berbahaya.

Innisfree Green Tea Seed Eye Cream
Eye cream terbaik untuk remaja 14 daripada 17
Innisfree Green Tea Seed Eye Cream
Innisfree
Dari RM66.25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bebas bahan berbahaya
Sesuai semua jenis kulit
Hampir tarikh expired
1 lagi
Tekstur yang lembut

Krim mata Innisfree ini bertindak melembapkan dengan antioksidan yang diperkaya dengan organic Jeju green tea squeeze dan ekstrak biji teh hijau. 

Dirumus khas untuk kulit sensitif di sekitar mata, krim mata ini menyediakan kelembapan dan nutrisi yang penting.

Selain itu, diperkaya dengan 3.5 kali lebih banyak 16 asid amino, Beauty Green Tea dalam krim mata ini akan mengekalkan kelembapan sekitar mata anda.

Teknologi Dual-Moisture-Rising™ memastikan perlindungan kelembapan, mencegah kehilangan air, sementara minyak biji mencipta penghalang kelembapan pada kulit. 

Tekstur lembut krim mata ini pula selesa dipakai pada sekitar mata, membuatkan penampilan anda kelihatan segar.

Untuk kegunaan yang optimum, sapukan sedikit krim mata ini di sekeliling mata semasa rutin penjagaan kulit.

Cosrx Advanced Snail Peptide Eye Cream
Eye cream terbaik untuk garis halus 15 daripada 17
Cosrx Advanced Snail Peptide Eye Cream
COSRX
Dari RM90.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
mengurangkan kedut sekitar mata
Mencerahkan kesan gelap bawah mata
Reaksi kulit individu mungkin berbeza

Nikmati penjagaan terbaik untuk kawasan mata yang sensitif dengan COSRX Advanced Snail Peptide Eye Cream. 

Krim mata serba guna ini menawarkan penyelesaian menyeluruh, memberikan kelembapan, nutrisi, dan lingkaran mata yang lebih segar.

Diformulasikan dengan snail secretion filtrate dan peptide, ia berfungsi untuk mengembalikan keanjalan dan mengurangkan penampilan garis halus.

Niacinamide, yang dikenali dengan sifat pencerahannya, menumpukan pada lingkaran gelap dan mencerahkannya.

Selain itu, teksturnya yang lembut selesa dipakai pada sekitar mata, dan boleh merawat kulit dengan lembut. 

Manfaat lain produk ini adalah mengurangkan garis halus, mencerahkan dan juga pembaharuan kulit. 

Cara penggunaan, ambil jumlah yang sesuai dan sapukan dengan lembut pada kulit sekitar mata, dab dengan lembut, dan biarkan ia meresap.

BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator
Eye cream terbaik untuk usia 50 16 daripada 17
BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator
Bio-essence
Dari RM91.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kandungan anti-oksidan yang kuat
Meremajakan sel kulit
Harga sedikit mahal
1 lagi
Tekstur ringan yang cepat meresap

BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator direka khas untuk menjaga kulit yang halus di sekeliling mata anda. 

Dikuasakan dengan Formula Eksklusif Bio Energy Complex™, formulanya yang unik mengubah keupayaan kulit untuk memperbaiki, memulihkan, dan menyuburkan dirinya sendiri.

Dengan meningkatkan penyerapan oksigen, ia mengubah sel dari keadaan tidak aktif kepada keadaan yang aktif dan bertenaga.

Proses ini secara dramatik meningkatkan penyerapan bahan bio berharga - 24K Emas, menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, lebih berseri, dan lebih cantik.

Tambahan lagi, produk ini turut berfungsi sebagai perisai yang kuat untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, secara tidak langsung melambatkan tanda-tanda awal penuaan.

Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream
Eye cream terbaik untuk kedutan 17 daripada 17
Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream
Some By Mi
Dari RM58.05
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan kedutan
Mencerahkan kulit sekitar mata
Perlu guna bersama sunscreen
1 lagi
Menegangkan kembali kulit

Some By Mi Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream boleh dijadikan sebagai penyelesaian utama kepada masalah kedutan.

Ia diuji secara dermatologi dan bebas dari 20 jenis bahan yang berbahaya, krim mata ini dirumus khas untuk merawat kawasan mata yang halus, mengatasi lingkaran gelap dan garis halus dengan tepat.

Diperkaya dengan Niacinamide untuk kesan mencerahkan kulit dan dengan gabungan kuat Acid Hyaluronate dan Panthenol untuk hidrasi yang intensif.

Formula krim mata ini juga bertindak mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit, dan menegangkan kawasan mata yang halus.

Sama ada untuk mata, dahi, bibir, atau leher, ia menawarkan penjagaan anti-penuaan secara menyeluruh kerana mengandungi Vitamin A dan Retinol.

Untuk hasil yang optimum, gunakan pada waktu pagi dan petang, sapukan dengan lembut di kawasan mata dari bahagian dalam ke luar.

Dalam masa dua minggu, anda sudah boleh melihat hasilnya.


Apa Kebaikan Krim Mata?

Untuk dapatkan kulit kekal cantik dan tidak berkedut sebelum masanya, anda perlu  menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit.

Bukan saja krim mata perlu diberi penekanan tapi setiap rutin penjagaan muka seperti pencuci muka, krim pelembap, serum dan krim pelindung matahari. 

Ini kerana krim mata memberi beberapa kebaikan krim mata. Antaranya:

  • Boleh menghidratkan & melembapkan semula kulit di sekeliling mata.
  • Menghalang tanda-tanda penuaan daripada tiba sebelum masanya.
  • Kurangkan kedutan & garis-garis halus bawah mata.
  • Membaiki tekstur kulit di kawasan mata.
  • Kurangkan masalah lingkaran hitam.
  • Melegakan mata sembab dan letih. 
  • Meratakan tona warna kulit.

Tapi untuk mengetahui lebih lanjut tip hilangkan masalah sekeliling mata, boleh tonton video di bawah.


Berapa Kerap Perlu Pakai Krim Mata? 

Seperti pencuci muka dan moisturizer, kita juga digalakkan untuk memakai krim mata 2 kali sehari.

Pakai pada waktu pagi dan malam selepas memakai serum dan sebelum menggunakan krim pelembap. 

Namun, cara itu hanya terpakai jika kulit bawah mata anda jenis kering. 

Kalau kulit bawah mata anda jenis berminyak, memakai krim mata sekali sahaja dalam sehari sudah memadai. 

Apa-apa pun, rujuk terlebih dahulu arahan penggunaan yang terdapat pada kotak pembungkusan krim mata agar anda tahu cara yang tepat untuk memakainya.


Tips dan cara hilangkan eyebag

Eyebag adalah salah punca mata kelihatan lesu, dan membuatkan kulit wajah tidak kelihatan berseri. 

Bagi anda yang ingin menghilangkan eyebag pada bawah mata, ini adalah tips yang anda patut cuba secara natural di rumah. 

  • Ambil cotton pad bersama air sejuk: Basahkan cotton pad menggunakan air sejuk dan letak pada kelopak mata yang tertutup dengan tekanan rendah selama beberapa minit. 
  • Pastikan tidur yang cukup: Pastikan dapat tidur cukup selama 7-8 jam sehari.
  • Tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi dari badan: Ini salah satu cara membuatkan cecair tidak berkumpul pada bahagian mata.
  • Elakkan minum air terlalu banyak, dan jaga garam dalam pemakanan seharian: Ini membantu untuk mengurangkan tekanan berkumpulnya cecair pada bawah mata. 
  • Berhenti merokok: merokok membuatkan badan cepat kehilangan collagen
  • Kurangkan masalah allergic: elakkan menggosok bahagian mata. Ini menyebabkan punca mata menjadi sembab.

Cara-Cara Penggunaan Krim Mata

Cara untuk guna eye cream adalah pastikan anda membersihkan dahulu kawasan sekitar mata anda, kemudian lap sehingga kering.

Kemudian ambil secalit cream tersebut dan oles mengikut kitaran arah jam.

Atau anda boleh menolak keluar tekanan secara perlahan pada bahagian mata. 

Gunakan eye cream ini pada waktu malam untuk penyerapan yang lebih pantas.

Anda boleh sapukan sunscreen selepas menggunakan krim mata untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.


Macam Mana Nak Pilih Eyes Cream Ikut Skin Concern?

Mencari cream untuk mata ini, anda perlu memastikan jenis bahan yang terkandung di dalamnya.

Pastikan bahan yang terkandung itu sememangnya bagus untuk mengurangkan masalah eyebag atau masalah kedutan dan gelap pada sekitar mata.

Memastikan eye cream tidak mengandungi bahan yang mudah menyebabkan iritasi ini kerana bahagian mata adalah kawasan kulit yang nipis dan sensitive

Pemilihan eye cream ini terdapat banyak faktor, dan ianya adalah mengikut kehendak anda sendiri.

Ada yang inginkan bawah mata yang cerah, kurang bergaris dan lain-lain perlu menyemak bahan-bahan yang berkenaan seperti retinol dan niacinamide

Setiap tujuan ini perlu sepadan dengan kebaikan eye cream yang ingin digunakan.


Soalan Lazim Eye Cream Terbaik

Apakah produk yang boleh menghilangkan eyebag di Watson?

Watson Malaysia menjual beberapa produk dalam senarai ini seperti L'Oreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream dan Olay Regenerist Retinol 24 Night Eye Cream, harga biasanya antara RM40 hingga RM90 bergantung saiz. Produk ini membantu menyamankan dan melembapkan kawasan bawah mata, bukan rawatan perubatan untuk eyebag.

Apakah krim yang sesuai untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata?

Krim mengandungi vitamin C, niacinamide atau kafein biasanya dipasarkan untuk mencerahkan lingkaran gelap, contohnya BIO-ESSENCE Bio-Gold 24K Gold Eye Power Illuminator dalam senarai ini. Hasil berbeza mengikut punca lingkaran hitam (genetik, kurang tidur atau penuaan), jadi keputusan boleh ambil masa beberapa minggu penggunaan konsisten.

Bagaimana cara menghilangkan eyebag di bawah mata?

Guna krim mata dengan jari manis secara tepuk lembut, bukan mengurut kuat, pada waktu pagi dan malam, cukupkan tidur, kurangkan garam berlebihan dan elak menggosok mata. Untuk eyebag berterusan yang tidak berkurang dengan penjagaan harian, sebaiknya berjumpa doktor kulit.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation