Kecantikan

10 Produk Skincare Terbaik Daripada Cosmoderm

Cosmoderm merupakan jenama kecantikan tempatan pilihan ramai. Ini senarai produk skincare Cosmoderm terbaik untuk semua jenis kulit termasuk jeragat.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Produk Skincare Terbaik Daripada Cosmoderm

Pernah dengar tentang COSMODERM? Tahukah anda, Cosmoderm merupakan produk hasil anak tempatan yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga datang dengan harga yang mampu milik. Malah yang paling penting, produk ini telah disahkan halal dan bermatlamat! 

Kandungan

Adakah Cosmoderm selamat dari sebarang paraben? 

Bila berbicara tentang isu kecantikan wajah, perkara paling utama dan menjadi kerisauan ramai orang adalah paraben. Manakan tidak, paraben memiliki sifat yang hampir sama seperti hormon yang dinamakan estrogen. Jika hormon estrogen terlalu banyak dalam tubuh wanita, ia mampu meningkatkan lagi risiko menghadapi kanser payudara. 

Usah risau! Menurut laman rasmi Cosmoderm, produk ini hanya menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti manjakani dari Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut produk mana yang sesuai buat anda, jom ikuti senarai dibawah;

10 Produk Skincare Cosmoderm Terbaik

Make up remover untuk kulit berminyak 1 daripada 9
Cosmoderm Makeup Remover
Partnership with Cosmoderm
Dari RM11.34

Cosmoderm Makeup Remover ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diperkaya dengan Anti-Oil Seed, produk 2-dalam-1 ini juga selamat digunakan pada bahagian sekitar mata dan bibir. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan dan kotoran.

Baca juga: 7 Pembersih Muka Dari Jenama Tempata Cosmoderm, Dengan Hasilnya yang Unggul

Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)
Toner untuk kulit kombinasi bagi menghapus sel kulit mati 2 daripada 9
Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM20.50
Mengandungi Aloe Vera & lemon
Bebas paraben & minyak mineral
Mempunyai wangian
2 lagi
Menghaluskan kulit kasar & kusam
Memudarkan parut

Toner wajah ini mengandungi ekstrak teh Chamomile, Lemon dan Roseship Oil di dalamnya bertujuan untuk melindungi kulit dan memberi keanjalan semasa membersih. Gunakan toner wajah ini setiap kali selepas membersih, terutama buat kamu yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak. Kulit anda akan kembali cerah dan berseri sepanjang masa.

Skrub wajah dengan Vitamin E - pudarkan parut jeragat 3 daripada 9
Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub (125ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM21.50
harga berpatutan
sesuai untuk kulit kering
tidak boleh diguna ketika kulit berjerawat

Buat kamu yang mempunyai masalah jeragat, skrub muka Vitamin E ini mungkin menjadi penyelesai masalah terbaik. Bertekstur lembut dan tidak merekah, ianya diperkaya dengan anti-oksidan yang mampu menghidrat kulit kering sambil mengekalkan lembapan dan kelembutan asli kulit. Gunakan dua kali seminggu untuk hasil yang lebih efektif.

Masker dengan kandungan minyak Tea Tree untuk menghapus jerawat degil 4 daripada 9
Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask
Partnership with Cosmoderm
Dari RM21.10

Masker dari Cosmoderm ini mencuci kulit dengan lembut sehingga pembersihan secara mendalam tanpa mengeringkan permukaan kulit. Kandungan minyak Tea Tree serta Vitamin E di dalamnya menyediakan pelbagai manfaat untuk membantu membersih wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat akibat debu. Ianya mampu mengawal penghasilan minyak serta pertumbuhan dan menghapuskan jerawat degil.

Eye gel untuk mencerahkan lingkaran gelap bawah mata 5 daripada 9
Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10
Partnership with Cosmoderm
Dari RM25.42
Kurangkan eye bags
Bebas paraben
Harga sedikit mahal untuk kuantiti sedikit
3 lagi
Untuk kulit kering & sensitif
Meningkatkan keanjalan kulit
Menyegarkan kulit di sekeliling mata

Katakan selamat tinggal pada panda eye dengan Cosmoderm Eye Treatment. Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang dirumus dengan ramuan Co-Enzyme untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan segera sambil mengurangkan garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata.

Serum pemutih wajah dari bahan organik – sesuai untuk ibu hamil
Serum malam untuk mencerahkan kulit kusam 6 daripada 9
Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM54.68
Sesuai untuk kulit matang
Mencerahkan kulit dengan selamat
Harga mahal
2 lagi
Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
Tona kulit lebih sekata

Cosmoderm Luminous Pearl Brighthening Serum bertujuan untuk membaiki sel mati serta menambah nutrien ke dalam kulit anda yang telah hilang akibat akibat tekanan stress, cuaca dan persekitaran yang kotor. Sangat sesuai buat anda yang melangkah ke alam 40-an, gunakan serum ini seelok-eloknya 2 atau 3 kali sehari bagi menentang pembentukan kedutan.

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
Moisturizer untuk remaja, mencerahkan kulit dan bebas minyak 7 daripada 9
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
Partnership with Cosmoderm
Dari RM13.79
Mengurangkan jerawat & parut
Mengawal penghasilan sebum berlebihan
Lebih sesuai kulit berjerawat
2 lagi
Perlindungan matahari (UVA & UVB)
Bebas paraben & pewangi

Krim pelembap siang dan malam Cosmoderm Tea Tree ini telah diuji secara klinikal, sesuai digunakan buat para remaja yang mempunyai masalah kulit kusam dan berminyak terutama di bahagian T-Zone. Ianya jenis berkrim, tidak melekit dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Gunakan secara konsisten setiap kali selepas mandi, dua kali sehari, agar kulit anda dapat dilindungi sepenuhnya dari masa ke semasa.

Krim malam untuk untuk menghidrat kulit kering 8 daripada 9
Cosmoderm Gentle Night Revival Cream (30ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM58.80
Sesuai untuk kulit sensitif & kering
Mengurangkan kemerahan kulit
Harga mahal
1 lagi
Bebas paraben, bebas SLS

Pelembap malam atau night cream adalah di antara kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana ia merupakan asas atau penghadang buat kulit dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap malam ini. 

Gunakan Gentle Night Revical Cream agar kulit nampak lebih segar dan tampil lebih berseri hari demi hari.

Face oil untuk parut jerawat dan sesuai buat kaum lelaki 9 daripada 9
Cosmoderm Vitamin E-Oil With Rosehip Oil (30ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM39.90

Tidak kira apa jua kondisi kulit anda, memakai face oil adalah wajib dalam rutin penjagaan wajah dan fungsi face oil adalah untuk menarik lembapan ekstra buat kulit anda. Cosmoderm Vitamin E-Oil akan menjadi penghadang buat penumbuhan jerawat yang tidak diingini selain membekalkan lembapan berpanjangan buat kulit anda. Kini kulit anda akan nampak lebih sihat, cerah dan bermaya.

Lagi daripada ProductNation