Kecantikan

15 Serum Muka Terbaik di Watsons Malaysia 2026

15 serum muka terbaik di Watsons Malaysia ikut masalah kulit: berminyak, kering, berjerawat, kusam. Dari RM29.60, harga disemak 24 Sep 2026.


Editor · Updated 24 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Serum Muka Terbaik di Watsons Malaysia 2026
Terbaik keseluruhanCOSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml
RM29.60See price at Lazada

Jawapan ringkas: serum muka terbaik keseluruhan di Watsons Malaysia ialah COSMODERM Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum (30ml), RM29.60 di Shopee Malaysia (harga disemak 24 September 2026), sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Jika kulit anda kering, Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid (15ml) pada RM111.30 memberikan hidrasi lebih pekat.

Topik penjagaan wajah agak luas kerana lain orang lain jenis kulit. Serum berkonsentrasi tinggi dengan bahan aktif dapat menangani masalah spesifik seperti jerawat, kulit kering, parut atau tanda penuaan. Kami senaraikan 15 serum yang boleh didapati di Watsons Malaysia atau Shopee Malaysia, dan setiap harga kami semak terus dari pautan yang kami cadangkan.

Kandungan

Isi Kandungan


15 Serum Muka Terbaik di Watsons Malaysia

Terbaik Keseluruhan: COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml

serum
Terbaik keseluruhan 1 daripada 15
COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml
Partnership with COSMODERM
Dari RM29.60
Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan putih
Mengurangkan penghasilan minyak
Kulit menjadi sensitif pada sinar UV
2 lagi
Melembapkan kulit
Teksturnya tak melekit

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum ini memberi fokus untuk merawat jerawat dan pastikan kulit kelihatan sihat sepanjang hari.

Ciri-ciri:

Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum serum gel ini berasaskan air dimana dapat mengawal pertumbuhan jerawat.

Malah mempunyai ekstrak buah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).

Bahan digunakan adalah AHA, Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract  dan Tea Tree Oil untuk menjadikan kulit anda menggelupas.

Tapi jangan risau kerana proses ini membuang sel mati pada wajah sekaligus mengelakkan pori-pori tersumbat sehingga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.

Perlu diingatkan, disebabkan produk ini mengandungi AHA, jadi kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar UV.

Apa yang anda harus lakukan adalah sapu sunblock jika menggunakan serum pada siang hari.

Tapi, jika terdapat keradangan, hentikan penggunaan produk ini.

Review:

"Teksturnya tak melekit dan masalah kulit berminyak pada bahagian T-Zone sangat membantu, masalah jerawat makin berkurang."

Price
RM29.60

Terbaik untuk Kulit Kering: Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid (15ml)

Kulit kering 2 daripada 15
Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid (15ml)
Partnership with Dr. WU
Dari RM111.30
Sekatakan tona kulit
Beri hidrasi untuk jangka masa panjang
Harga mahal
2 lagi
Kurang kedutan dan garis halus
Hapuskan kulit kusam

Diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik yang terkenal dalam memberi hidrasi pada kulit wajah dalam jangka masa panjang. 

Ditambahn pula dengan formulasi HyaluComplex berkonsenstrasi tinggi memang mampu mengekalkan kelembapan pada keseluruhan lapisan kulit. 

Dengan rumusan dan kebaikan 5th Generation HyaluComplex, Active Year Extract, Ceramela dan Seamollient ini, hasil kulit wajah anda akan menjadi lembut dan anjal berpanjangan.

Price
RM111.30

Terbaik untuk Kulit Berjerawat: Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)

Kulit berjerawat 3 daripada 15
Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)
Partnership with Eucerin
Dari RM69.20
Mengatasi masalah jerawat dalam 2 minggu
Menggunakan teknologi 'super serum'
Harga mahal
2 lagi
Tidak mengeringkan kulit
Sesuai untuk kulit berminyak & sensitif

Serum Pro-Acne daripada Eucerin ini dapat memberi hidrasi pada kulit serta dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat.

Selain itu dapat memperbaiki struktur kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati sekaligus dapat melembapkan permukaan kulit.

Untuk pengetahuan anda, jenama Eucerin antara jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi.

Ini kerana bahannya dapat bertindak untuk mengembalikan kesihatan kulit dan menjadikan kulit yang lebih berseri.

Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, bahan ini dapat menyerap ke lapisan kulit wajah untuk menghalang pembentukan jerawat.

Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.

Mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria, berkesan untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh meliar.

Price
RM69.20

Terbaik untuk Kulit Berminyak: Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum
Kulit berminyak 4 daripada 15
Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Partnership with Naruko
Dari RM41.65
Membantu memudarkan parut jerawat
Dapat mengawal minyak wajah
Bukan untuk ekzema
2 lagi
Sesuai untuk semua jenis kulit
Mengecilkan liang pori

Serum Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum ini mengandungi Salicylic Acid.

Pihak FDA mengesahkan bahan ini dapat meningkatkan metabolisma kulit wajah, melembutkan dan mengelakkan jerawat timbul.

Terdapat 12 bahan utama seperti a-Arbutin, ekstrak minyak Tea Tree, Tranexamic Acid, Niacinamide dan lain-lain bagi membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.

Antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan kusam pada wajah, membersihkan kulit, menjadikan kulit segar dan lain-lain.

Jika anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak atau berparut, anda tetap boleh menggunakan serum ini kerana direka sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

Price
RM41.65

Terbaik untuk Parut Jerawat: Garden of Eden Natur E Scar Serum (5ml)

Garden of Eden Natur E Scar Serum 5ml
Parut jerawat 5 daripada 15
Garden of Eden Natur E Scar Serum (5ml)
Partnership with
Dari RM38.81
Rating 4.9 dengan 41 jualan di kedai rasmi Garden of EDEN
Mengandungi Vitamin E semula jadi untuk parut jerawat
Saiz 5ml lebih kecil; penyenaraian 15ml asal telah luput dari Shopee semasa semakan ini
Price
RM38.81

Terbaik untuk Kolagen & Anti-Penuaan: Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate

Kolagen & anti-penuaan 6 daripada 15
Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate
Partnership with Nutox
Dari RM71.02
Mengandungi ekstrak sarang burung
Menggunakan kolagen semula jadi
Harga mahal
2 lagi
Kuasa makro alga
Ekstrak gentian India, Actigenic +

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B'Nest Collagen.

Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic +  dapat memberi pertumbuhan semula epidermis untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.

Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman.

Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Serum yang berkonsentrasi tinggi ini diformulasi dengan teknologi terbaru dan kesannya tahan lama.

Hasil kulit wajah anda akan tampil jelas hanya selepas 7 hari penggunaan secara konsisten.

Diperbuat daripada Actigenic+ dan mengandungi 2x ekstrak pati sarang burung untuk menghasilkan kolagen pada kulit.

Bahan aktif yang terdapat dalam serum ini pula ialah asid Hyaluronik untuk merawat dan membaikpulih kulit rosak.

Price
RM71.02

Terbaik untuk Kulit Kusam: Garnier Sakura White Booster Serum

Garnier Sakura White Booster Serum
Kulit kusam 7 daripada 15
Garnier Sakura White Booster Serum
Partnership with Garnier
Dari RM52.90
Glowing hanya dalam masa 3 hari
30x Hyaluron
Tidak sesuai sesetengah kulit
2 lagi
Estrak Japanese Sakura
Menjadikan kulit sedikit berminyak

Garnier Sakura serum ini adalah serum khas untuk mencerahkan kulit wajah anda. 

Mengandungi Hyaluron sebanyak 30x ganda untuk memberikan kelembutan, mengurangkan kedutan dan sangat bagus untuk kulit kering. 

Estrak Japanese Sakura ini yang akan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dan berseri tau. 

Bukan itu sahaja kelebihannya, harga yang murah dan mampu memberikan kesan seawal 3 hari selepas penggunaan. 

Macam mana nak cari, boleh cari di Watsons sahaja.

Jom cuba dan punyai kulit cerah dengan Garnier serum ini. 

Price
RM52.90

Terbaik untuk Merangsang Kolagen: Garden of Eden Primrose E Radiant Serum (5ml)

Garden of Eden Primrose E Radiant Serum 5ml
Merangsang kolagen 8 daripada 15
Garden of Eden Primrose E Radiant Serum (5ml)
Partnership with
Dari RM37.23
Rating 5.0 dari kedai rasmi Garden of EDEN, penyenaraian masih aktif
Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif
Saiz 5ml lebih kecil; penyenaraian 15ml asal telah luput dari Shopee semasa semakan ini
Price
RM37.23

Terbaik untuk Cerah & Lembap: Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum (50ml)

some by mi yuja niacin
Cerah & lembap 9 daripada 15
Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum (50ml)
Partnership with Some By Mi
Dari RM65.88
Mudah menyerap ke dalam kulit
Sesuai untuk kulit sensitif
Harga mahal
1 lagi
Tiada bahan pewangi

Serum ini mengandungi ekstrak Yuja (sitron) penuh dengan nutrisi dan kelembapan yang boleh menyuburkan dan melembapkan kulit.

Bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat dan gelap, malah boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut dan segar.

Selain itu, serum ini mengandungi 12 jenis vitamin yang boleh menenangkan kulit sensitif.

Paling penting, serum ini bebas pewangi tiruan dan mengandungi ekstrak minyak kulit Yuja sebenar. 

Tekstur serum yang ringan dan cepat menyerap tanpa membuatkan anda rasa melekit. 

Price
RM65.88

Terbaik untuk Bintik Hitam: Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml)

serum wardah murah
Bintik hitam 10 daripada 15
Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml)
Partnership with Wardah
Dari RM26.51
Untuk semua jenis kulit
Mencerahkan bintik hitam
Muncul jerawat kecil pada sesetengah orang
1 lagi
Ada 10X Advanced Niacinamide

Serum ini mempunyai tekstur cecair yang ringan dan cepat menyerap ke dalam lapisan kulit kerana setiap titisan mengandungi 10x ganda advanced niacinamide.

Selain mencerahkan kulit dan mengurangkan parut jerawat, serum ini mempunyai teknologi perlindungan pendedahan cahaya biru.

Kulit anda akan terasa lembap dan kelihatan lebih cerah selepas penggunaan kali pertama!

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk lakukan petch test untuk elakkan iritasi kerana mungkin boleh menyebabkan jerawat kecil pada sesetengah orang.

Price
RM26.51

Terbaik untuk Kelihatan Lebih Muda: L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum

L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum
Kelihatan lebih muda 11 daripada 15
L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum
Partnership with L'Oreal Paris
Dari RM78.68
Menghidratkan kulit
Tidak menyumbatkan pori
Harga mahal
2 lagi
Bebas alkohol & pewangi
Boleh pakai pagi & malam

Nak miliki kulit yang lebih muda, berseri dan anjal? Guna sahaja Revitalift 1.5% Hyaluronic Acid Serum! Sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Ini kerana mengandungi konsentrasi tertinggi asid hialuronik dan telah diuji oleh dermatologis.

Paling penting, produk ini tidak mengandungi pewangi, minyak mineral, atau paraben.

Bukan itu sahaja, serum ini boleh merawat masalah penuaan, kulit kusam, membantu menyamarkan garis halus dan merawat kulit dari dalam.

Serum ini dapat menyerap ke dalam kulit dengan cepat, memberikan hidrasi dan mengurangkan kedutan dengan cepat dalam masa hanya dua minggu.

Price
RM78.68

Terbaik untuk Hidrasi Mendalam: Dr. Dermis Hydraceutic Double Power Vitamin Concentrate (30ml)

dr dermis serum
Hidrasi mendalam 12 daripada 15
Dr. Dermis Hydraceutic Double Power Vitamin Concentrate (30ml)
Partnership with Dr. Dermis
Dari RM84.35
Memudarkan parut jerawat
Penyerapan cepat dan tidak melekit
Harga sedikit mahal
3 lagi
Boleh dijadikan based sebelum makeup
Mengurangkan keradangan & kekasaran kulit
Membaiki kulit yang rosak

Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berminyak akibat dehidrasi serta mengurangkan masalah kulit sangat kering, bersisik, pecah-pecah dan mengelupas. 

Dengan Derma-Mimic Complex, serum Dr. Dermis menguatkan penghalang kulit dan memperbaiki kuit yang rosak. Ia mengaktifkan saluran air Aquaporin untuk intensive hydration dan mengunci molekul air untuk kulit yang lebih sihat.

Mengandungi Vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap semula jadi, melindungi kulit dari iritasi dan menjadikan kulit lebih terhidrat.

Vitamin B3 pula berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan pertahanan kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus mencegah kerosakan kulit dan kekeringan.

Malah, ia membantu mengurangkan pigmentasi dan melawan tanda-tanda penuaan, memberikan kulit wajah yang lebih sihat secara menyeluruh.

Tambahan lagi, mengandungi Asid Hialuronik dan Sodium Hyaluronate yang berkesan mengunci kelembapan serta menguatkan penghalang kulit.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kulit menggelupas, kekasaran kulit, menenangkan kulit, mengurangkan iritasi kulit dan membaiki kulit yang rosak.

Bila pakai waktu malam, keesokan paginya kulit anda akan rasa sangat lembut, parut jerawat berkurangan dan semakin pulih selepas menggunakan Dr Dermis. 

Price
RM84.35

Terbaik untuk Anti-Penuaan Premium: OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum (50ml)

olay regenerist serum
Anti-penuaan premium 13 daripada 15
OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum (50ml)
Partnership with
Dari RM90.51
Cepat menyerap
Menghaluskan kulit
Harga sedikit mahal
2 lagi
Mengurangkan garis halus dan kedutan
Kulit lebih tegang dan nampak muda

Serum Olay ini bukan sahaja boleh menghaluskan tekstur kulit dan memberikan kelembapan, malah boleh mengurangkan garis-garis halus serta kedutan.

Diformulasi dengan Amino-Peptide Complex Advanced + Carob Fruit Extract yang membantu menyampaikan bahan anti-penuaan ke dalam kulit.

Hydra-firming Complex pula membantu mengekalkan keremajaan kulit, sementara Amino-peptide Complex Regenerist dalam kepekatan tertinggi memberikan hasil yang optimum.

Serum ini cepat meresap, diuji oleh dermatologis, dan tidak menyumbat pori.

Hasilnya, kulit nampak lebih cerah, berseri, dan lebih tegang selepas lima hari. 

Cara penggunaan juga mudah, gunakan serum dan urut dengan lembut menggunakan hujung jari pada muka, dahi dan garis rahang, untuk memberi kesan yang lebih baik.

Price
RM90.51

Terbaik untuk Pemutih & Pencerah: Bio-essence Bio-White Pro Whitening Super Serum 30ml

bio essence pro whitening serum
Pemutih & pencerah 14 daripada 15
Bio-essence Bio-White Pro Whitening Super Serum 30ml
Partnership with Bio essence
Dari RM69.93
Mencerahkan pigmentasi
Mencegah pembentukan bintik-bintik gelap
Tidak sesuai untuk semua jenis kulit
2 lagi
Membantu mencegah kulit menjadi gelap
Cepat menyerap dan tidak berminyak

Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol.

Malah kandungan ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex berkesan dalam menghapus bintik gelap.

Selain itu dapat mengurangkan jeragat pada kulit sambil memberikan hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.

Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, mengurangkan parut degil dan pembentukan ekstra melanin.

Jadi dapat beri semula keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.

Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi.

Price
RM69.93

Terbaik untuk Serum Emas Premium: Safi Youth Gold Rania Lifting Brightening C Serum Elixir (30ml)

Safi Youth Gold Rania Lifting Brightening C Serum Elixir
Serum emas premium 15 daripada 15
Safi Youth Gold Rania Lifting Brightening C Serum Elixir (30ml)
Partnership with
Dari RM35.91
Rating 4.9 dengan 55+ jualan di kedai rasmi Wipro Unza
Kandungan Vitamin C untuk mencerahkan dan meningkatkan keanjalan kulit
Saiz 30ml lebih kecil berbanding sesetengah serum lain dalam senarai ini
Price
RM35.91

Cara Memilih Serum Muka yang Sesuai

Kenal pasti masalah kulit utama anda

Kulit berminyak dan berjerawat sesuai dengan formula tea tree oil atau salicylic acid. Kulit kering perlukan hyaluronic acid, manakala parut jerawat perlukan vitamin E atau niacinamide.

Semak kepekatan bahan aktif

Serum dengan kepekatan tinggi (contohnya di atas 10% niacinamide) memberi kesan lebih cepat tetapi berisiko mengiritasi kulit sensitif. Mulakan dengan kepekatan rendah jika kulit anda baru mencuba bahan aktif tertentu.

Bandingkan harga per ml

Saiz botol berbeza antara 5ml hingga 50ml dalam senarai ini. Bandingkan harga per ml, bukan harga keseluruhan, untuk menilai nilai sebenar.

Sahkan penyenaraian masih aktif dan tidak luput

Sesetengah penyenaraian lama di Shopee membawa tarikh luput tersurat. Kami semak setiap pautan dan tolak mana-mana penyenaraian yang sudah luput atau ditarik balik.


Bagaimana Kami Memilih

Harga disemak terus dari Shopee Malaysia

Setiap harga dalam panduan ini kami semak terus dari pautan Shopee Malaysia pada 24 September 2026, bukan dianggarkan.

Kesahihan penyenaraian, direkodkan jujur

1 daripada 15 produk asal (Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x) telah ditarik balik dari Shopee semasa semakan ini, digantikan dengan produk jenama sama (Safi Youth Gold Rania) yang masih dijual secara rasmi. 2 produk lagi (Garden of Eden Primrose E dan Natur E Scar) mempunyai penyenaraian 15ml yang sudah luput tempoh (Februari dan Mac 2025); kami gantikan dengan saiz 5ml dari kedai rasmi jenama yang sama, masih aktif dan sah.

Merangkumi pelbagai masalah kulit

Kami pilih serum merangkumi kulit berminyak, kering, berjerawat, kusam dan tanda penuaan supaya senarai ini berguna untuk pelbagai keperluan, bukan hanya satu jenis kulit.

Jualan & penilaian kedai sebenar

Kami utamakan penyenaraian dengan rekod jualan dan penilaian yang boleh disahkan terus dari Shopee, dan catatkan angka sebenar termasuk yang rendah, tanpa menokok tambah.


Soalan Lazim

Apakah krim pencerah wajah terbaik di Watson?

Bagi serum pencerah, Bio-essence Bio-White Pro Whitening Super Serum dan Garnier Sakura White Booster Serum antara pilihan popular di Watsons Malaysia untuk mencerahkan tona kulit dan memudarkan bintik hitam.

Apakah produk anti-aging terbaik di Watson?

OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum dan L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum kedua-duanya diformulasi khusus untuk mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit matang.

Apakah serum yang ada di Watson untuk jeragat?

Eucerin ProAcne Solution Super Serum dan Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum kedua-duanya diformulasi untuk kulit berjerawat, manakala Garden of Eden Natur E Scar Serum lebih sesuai untuk memudarkan parut selepas jerawat sembuh.

Apakah kolagen terbaik di Watsons?

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate dan Garden of Eden Primrose E Radiant Serum kedua-duanya mengandungi bahan yang merangsang pengeluaran kolagen semula jadi kulit.

Kami menyemak semula panduan ini dan mengesahkan harga terus dari Shopee Malaysia pada 24 September 2026.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation