Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kekal Awet Muda Dengan 12 Serum Yang Mengandungi Vitamin C 2024

Keanjalan kulit anda dijaga dengan baik!

Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. 

Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah yang mengandungi Vitamin C untuk kulit muka. 

Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan yang berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit akibat pencemaran dan pancaran matahari.

Selain itu, ia juga bagus untuk merawat masalah muka kusam atau muka berkedut.

Kini dipasaran terdapat banyak serum Vitamin C yang berbeza untuk dipilih, pelbagai produk dengan tekstur dan fungsi tambahan seperti memperbaiki kulit muka kusam dan gelap.

Ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada yang sedang mencari apakah produk tepat untuk menyelesaikan kulit bermasalah. 

Jom kembalikan keanjalan kulit dengan serum Vitamin C terbaik dan serum untuk kulit kusam mengikut kesesuaian anda!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Serum Vitamin C Terbaik

Serum Vitamin C terbaik secara keseluruhan
Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml)
Garnier
From
RM26.39
Check Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml) price below:
add_circle Masa 3 hari pudarkan bekas jerawat
add_circle Kurangkan masalah kulit kusam
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Halal
remove_circle Kurang berkesan mengecutkan jerawat

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan produk Garnier Bright Complete Booster Serum ini, hanya dalam masa 3 hari sahaja, anda dapat lihat kesan positif pada wajah dimana masalah pigmentasi dan bintik hitam dapat dicerahkan semula. 

Ciri-ciri:

Ini kerana ia mengandungi Vitamin C yang boleh mencerahkan semula kulit dengan berkesan dan menghalang penghasilan melanin pada wajah. 

Bukan itu sahaja, serum Vitamin C terbaik ini juga boleh membaiki semula tona kulit anda yang sebelum ini tidak sekata. Kulit juga lebih mulus dengan produk Garnier ini. 

Review:

“Boleh nampak kulit lebih cerah dari sebelumnya selepas guna dengan konsisten selama 1 minggu. Kesan jeragat juga pudar. Tekstur serum tidak melekit atau berminyak.”

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini 

Serum Vitamin C untuk remaja
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
From
RM28.71
Check Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) price below:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Produk keluaran Wardah yang semestinya Halal dan mesra wudhu ini, sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan harga yang sangat berpatutan, serum ini mempunyai kualiti yang sangat bagus.

Diformulasi dengan 10% Vitamin C Hi-Grade, ekstrak Aloe Vera dan Biosaccharide untuk mencerah, mengekalkan keanjalan, memperbaiki struktur, melembap dan melindungi kulit anda dari radikal bebas. 

Ianya mudah untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit, menjadikannya lebih sihat dan cerah.

Baca juga: 9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Serum Vitamin C untuk kulit berminyak
Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
Cosmoderm
Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
From
RM38.50
Check Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum price below:
add_circle Melambatkan tanda-tanda penuaan
add_circle Mencerahkan & menganjalkan kulit
add_circle Tanpa wangian & paraben
add_circle Halal
remove_circle Keberkesanan mengikut jenis kulit

Kulit yang kusam dan bintik gelap pada pipi boleh menyebabkan anda kurang yakin untuk berdepan dengan orang ramai. 

Dengan Vitamin C sebagai bahan utama dalam serum Cosmoderm ini, ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah bintik gelap dengan berkesan. 

Selain itu, ia boleh mencerahkan kesan hiperpigmentasi dan menganjalkan kulit dengan merangsang penghasilan kolagen. 

Kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV. 

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan berminyak terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit muka kusam dan gelap serta tidak bermaya.

Baca juga: Naikkan Kembali Seri Wajah Anda Dengan 8 Serum Terbaik untuk Kulit Kering

Serum Vitamin C untuk kulit jerawat
AIKEN Vita-C Brightening Serum 30ML
AIKEN
aiken vit c
From
RM31.90
Check AIKEN Vita-C Brightening Serum 30ML price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Mengurangkan jeragat
add_circle Mencerahkan tona kulit
add_circle Mencegah pembentukan jerawat baru
add_circle Selamat untuk kulit sensitif
remove_circle Sedikit cair

AIKEN Vita-C Bright mengandungi formula bebas minyak, ringan dan tidak melekit serta cepat meresap ke dalam kulit.

Diperkaya dengan 65X Vitamin C yang berfungsi tiga kali ganda untuk mencerahkan tona kulit dalam masa 5 hari, bertindak sebagai antioksidan dan mencerahkan parut jerawat.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan jerawat dalam hanya 3 hari dan mencegah pembentukan jerawat baru.

Diformulasikan dengan Vitamin C terbaik dari Jepun dan Tea Tree Oil dari Australia, ia membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat dan parut jerawat, serta membantu membunuh bakteria penyebab jerawat secara semulajadi dan efektif.

Hasilnya, kulit bebas daripada jerawat, sihat dan lebih berseri!

Jangan risau tentang bahan berbahaya kerana produk ini tidak mengandungi paraben, minyak mineral, alkohol, pewangi, Propylene Glycol, Imidazolidinyl Urea, atau Triethanolamine. 

Serum Vitamin C terbaik untuk 40 tahun ke atas
Paula's Choice Resist Super Antioxidant Concentrate Serum With Vitamin C
Paula's Choice Resist Super Antioxidant Concentrate Serum With Vitamin C
From
RM225.00
Check Paula's Choice Resist Super Antioxidant Concentrate Serum With Vitamin C price below:
add_circle Menjadikan tona kulit lebih sekata
add_circle Mengembalikan kelembapan kulit
add_circle Menghidratkan kulit sehingga ke dalam
add_circle Sesuai dengan kulit normal, kering & kombinasi
remove_circle Harga terlalu mahal
remove_circle Kurang sesuai dengan kulit berminyak

Untuk wanita berusia 30-an dan keatas yang mula melihat tanda-tanda penuaan muncul pada wajah, disarankan untuk guna serum Super Antioxidant Paula’s Choice ini. 

Ia berkesan melawan masalah garis-garis halus sekaligus boleh mengembalikan keanjalan kulit. 

Bahan coenzyme Q10 bertindak sebagai antioksidan yang membantu meminimumkan kesan dari persekitaran yang menyebabkan kulit nampak lebih tua dari usia

Kandungan peptida dan ceramides dalam produk ini pula mampu menguatkan lapisan perlindungan kulit dan mengurangkan masalah kulit kusam. 

Turut diperkaya dengan Vitamin C untuk mengembalikan keserian wajah anda seperti zaman remaja dulu.

Serum Vitamin C untuk kulit sensitif
Goodal Official Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Serum
Goodal Official Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Serum
From
RM109.65
Check Goodal Official Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Serum price below:
add_circle Mengatasi masalah muka kusam
add_circle Berkesan dalam masa 2 minggu
add_circle Mengandungi 10X vitamin C
add_circle Cepat meresap dalam kulit
add_circle Tekstur ringan
remove_circle Harga mahal

Kulit muka berkedut dan kusam? Serum Vitamin C Goodal dari Korea Selatan ini mampu mengatasi masalah garisan halus dan kedutan kulit.  

Diformulasikan dengan 70% ekstrak green tangerine dari Jeju, Vitamin C untuk kulit muka ini juga mengatasi masalah tona kulit tak sekata dengan mencerahkan bintik hitam serta mengurangkan kedutan. 

95% pengguna mengatakan kulit mereka lebih cerah dan bersih selepas 2 minggu penggunaan, bagus kan?

Selain boleh menghalang tanda-tanda penuaan sebelum usia, serum Goodal sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia tidak merengsakan.

Serum Vitamin C untuk kulit kusam
Jumiso All Day Vitamin Brightening & Balancing Facial Serum
Jumiso All Day Vitamin Brightening & Balancing Facial Serum
From
RM58.00
Check Jumiso All Day Vitamin Brightening & Balancing Facial Serum price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Mengurangkan hiperpigmentasi
add_circle Tidak melekit
add_circle Tanpa alkohol
remove_circle Keberkesanan bergantung mengikut jenis kulit

Serum Jumiso ini pula dapat mencerahkan semula kulit wajah yang kusam akibat bintik hitam dan pigmentasi kerana diformulasikan dengan Vitamin C, Niacinamide dan Adenosine dan diperkaya dengan ekstrak teh hijau, licorice root dan ekstrak Aloe Vera. 

Formulasi serum ini membantu melawan masalah tona kulit tak sekata, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta  mengurangkan penampakan pori-pori. 

Turut mengandungi ekstrak Centella Asiatica untuk menghidratkan kulit agar wajah tampil lebih segar manakala ekstrak Vitamin Tree pula akan mengurangkan kekusaman muka. 

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk yang baru mula memakai produk berasaskan Vitamin C kerana bebas dari paraben dan sulfates

Serum ini boleh dipakai pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Serum Vitamin C untuk kulit kering
Dr. Althea Vitamin C Boosting Serum 30ml
Dr.Althea Vitamin C Boosting Serum 30ml
From
RM64.00
Check Dr. Althea Vitamin C Boosting Serum 30ml price below:
add_circle Tidak menyebabkan iritasi
add_circle Mengurangkan kulit kusam
add_circle Mencerahkan & melembabkan kulit
add_circle Membaiki kulit rosak akibat sinaran UV
remove_circle Harga mahal

Dr. Althea Vitamin C Boosting Serum merupakan formula vegan terbaik yang tidak melekit apabila disapu pada kulit untuk mengembalikan semula keserian wajah yang kusam. 

Sesuai dipakai oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif, kulit kendur, kulit normal, kulit kering dan kulit jenis kombinasi. 

Formulasi 9 jenis vitamin dan ektrak buah Hyppophae Rhamnoides dalam serum ini membantu memberikan kebaikan Vitamin C yang tinggi pada kulit tanpa iritasi agar tona kulit kembali sekata. 

Selain itu, turut mengandungi Niacinamide dan D-Panthenol untuk menghalang pigmentasi melanin manakala asid hialuronik dalam serum ini pula membantu menghalang kedutan. 

Bahan Tocopherols dan Allantonin pula bertindak sebagai bahan anti penuaan.

Serum Vitamin C untuk jeragat
numbuzin No.5 Goodbye Blemish Serum (50ml)
numbuzin No.5 Goodbye Blemish Serum (50ml)
From
RM70.20
Check numbuzin No.5 Goodbye Blemish Serum (50ml) price below:
add_circle Mengurangkan hiperpigmentasi
add_circle Mengandungi Niacinamide & Glycerin
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tidak berminyak
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang mahu mengurangkan kemerahan kulit akibat jerawat dan mencerahkan kulit sekali gus dengan 1 produk sahaja, boleh cuba serum Numbuzin dari Korea ini. 

Ia berkesan untuk mengurangkan masalah parut atau bekas jerawat, kulit kusam, jeragat, sunspot, dan tona kulit yang gelap. 

Bukan itu sahaja, serum Numbuzin No.5 ini juga boleh mengelakkan kulit tampak tua lebih awal dari usia. 

Sesuai dipakai pada kulit kering, kombinasi, berminyak dan sensitif.

Serum Vitamin C terbaik Korea
COSRX The Vitamin C 23 Serum
COSRX The Vitamin C 23 Serum
From
RM65.01
Check COSRX The Vitamin C 23 Serum price below:
add_circle Memudarkan bintik gelap
add_circle Tidak mengandungi wangian
add_circle Mengurangkan parut jerawat
add_circle Mencerahkan & melicinkan kulit kusam
remove_circle Perlu pakai krim pelindung matahari jika guna serum ini pada waktu siang

Tiada lagi masalah kulit kusam dan hiperpigmentasi dengan penggunaan serum Vitamin C terbaik COSRX ini kerana ia mengandungi 23% Vitamin C asli. 

Serum ini akan menghalang melanin pigment sekali gus menjadikan tona kulit lebih sekata. 

Masalah parut jerawat juga dapat diselesaikan kerana ia diperkaya dengan bahan Allantoin yang bagus untuk meningkatkan sintesis kolagen dan membaiki kulit ketika proses penyembuhan luka akibat jerawat. 

Namun, disarankan untuk habiskan produk ini dalam masa 2 bulan selepas botolnya dibuka dan simpan serum ini di tempat sejuk jika tidak digunakan.

Serum Vitamin C untuk bekas jerawat
SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum
SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum
From
RM38.00
Check SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum price below:
add_circle Mengandungi Vitamin E
add_circle Memudarkan bintik hitam & hiperpigmentasi
add_circle Mengurangkan bekas jerawat pada wajah
remove_circle Kuantiti hanya 20ml

Serum SKINTIFIC yang mengandungi 10% L-Ascorbic Acid atau Vitamin C yang kaya dengan antioksidan ini bukan sahaja berkesan untuk mencerahkan kulit, malah ia juga membantu memudarkan bekas parut jerawat. 

Dengan kandungan Triple Antioxidants pula, ia akan menghalang kulit dari kelihatan kusam. 

Selain itu, formulasi serum ini yang turut diperkaya dengan Ferulic Acid akan membantu memudarkan garis-garis halus agar anda tak kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Paling bagus, serum untuk kulit kusam ini juga menjadikan tona kulit lebih sekata berbanding sebelum penggunaannya.

Serum Vitamin C Garnier untuk kulit jerawat
Garnier Bright Complete Anti Acne Booster Serum
Garnier Bright Complete Anti Acne Booster Serum
From
RM38.43
Check Garnier Bright Complete Anti Acne Booster Serum price below:
add_circle Mengandungi Niacinamide untuk melegakan kulit
add_circle Sesuai juga untuk kulit kombinasi & berminyak
add_circle Melawan masalah jerawat
add_circle Halal
remove_circle Tidak sesuai dengan kulit normal

Diformulasikan dengan Vitamin C dan Niacinamide,  serum Garnier Bright Complete Anti Acne Booster ini sesuai dipakai oleh anda yang mengalami masalah jerawat. 

Bintik gelap juga akan pudar dalam masa 3 hari. 

Salicylic Acid boleh mengawal penghasilan minyak pada kulit sekaligus boleh mengurangkan jerawat. 

Manakala bahan Alpha Hydroxy Acid (AHA) pula boleh mengurangkan pori-pori terbuka dan menghalang jerawat baru dari tumbuh pada kulit muka. 

Namun, diingatkan untuk pakai krim pelindung wajah jika pakai serum vitamin C Garnier ini pada siang hari.


Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit 

Produk yang mengandungi Vitamin C sememangnya menjadi kegemaran ramai wanita kerana ia boleh membantu memberikan kulit wajah yang lebih berseri dan mulus. 

Selain boleh mencerahkan kulit, Vitamin C juga boleh: 

  • Mengatasi masalah tona kulit tak sekata akibat akibat bintik hitam atau jeragat 
  • Merangsang penghasilan kolagen agar kulit tidak kendur 
  • Mencerahkan semula kesan jerawat 
  • Membantu mengurangkan kedutan & parut
  • Bertindak sebagai antioksidan pada kulit 

Waktu Terbaik Untuk Guna Serum Vitamin C 

Meskipun Vitamin C adalah bahan yang terbaik untuk kulit anda, namun disarankan untuk guna produk yang mengandungi Vitamin C pada waktu pagi selepas mencuci wajah dan sebelum menggunakan krim pelembab muka. 

Jika serum Vitamin C dipakai pada waktu siang hari, jangan lupa untuk menggunakan krim pelindung matahari atau sunscreen

Namun, untuk beginner yang baru mula memakai Vitamin C, tidak disarankan memakai serum Vitamin C setiap hari, jadi anda boleh masukkan rutin serum Vitamin C ini setiap dua hari sekali untuk permulaan. 

Apa-apa pun, semuanya bergantung pada kesesuaian kulit anda dengan produk Vitamin C tersebut. 


Bahan Yang Perlu Dielakkan Apabila Menggunakan Serum Vitamin C 

Memandangkan Vitamin C dalam serum merupakan sejenis asid,  anda tidak digalakkan untuk menggunakan serum Vitamin C dengan bahan AHAs dan BHAs seperti glycolic, salicylic dan lactic acids, benzoyl peroxide serta retinol.


Artikel Berkaitan

 

End of Article