Product in this article

Sunblock muka sememangnya produk penjagaan kulit yang harus diutamakan kerana ia melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin dan kolagen. Anda wajib menggunakannya sekirannya anda sering terdedah dengan aktiviti luar.

Sunblock datang dalam pelbagai tekstur gel, krim dan jenis air. Antara kepentingan memakai sunblock adalah jumlah SPF yang terdapat di dalamnya, semakin tinggi nombor semakin lama ia mampu untuk melindungi kulit kita. Berikut beberapa jenis sunblock untuk panduan anda.

1. NIVEA Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml)

Sunblock muka SPF 50 yang sesuai untuk ke pantai

Harga mulai RM27.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM27.90 shopping_cart Watsons Malaysia RM27.90

Lakukan aktiviti di luar dengan bebas tanpa rasa takut kulit terbakar dengan memakai losyen pelindung ini. Ia memberikan pelindungan dari UVA dan UVB kepada kulit, sambil menghidrasikan kulit anda dari kerosakan matahari dengan formula panthenol dan vitamin E yang melindungi kulit dari kesan pengeringan matahari. Kini anda bebas melakukan apa jua aktiviti di luar.

2. L'Oreal Dermo Expertise Uv Perfect Advanced Porcelain 30ml

Terbaik untuk kulit kering

Harga mulai RM40.24

shopping_cart Hermo Malaysia RM40.24

Lindungi kulit anda dengan losyen pelindung ini yang mampu melindungi kulit selama 12 jam. Ia diperkaya dengan penapis mexoryl untuk memberikan pelindungan kepada kulit muka agar bebas dari radikal merbahaya. Sempurna untuk anda yang menginginkan pelindungan sepanjang hari agar kekal berseri.

3. Laneige Watery Sun Cream SPF50+ PA++++ 50ml

Sunblock muka yang waterproof (tahan air) – sesuai untuk berenang

Harga mulai RM110.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM110.00

Krim pelindung yang mempunyai tekstur jenis berair ini menyediakan pelindungan UV yang menakjubkan di samping mengekalkan kulit lembap walaupun di bawah persekitaran yang kering. Ia memberikan rasa yang menyegarkan dengan bahan seperti birch sap.

Ia tahan lama dan yang paling penting kalis air walaupun ketika anda berpeluh. Krim yang memberi lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pelbagai persekitaran luaran.

4. Hada Labo Air UV Moist SPF50 PA+++ 30g

Terbaik untuk kekal remaja

Harga mulai RM54.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM54.90

Sunblock jenis tekstur krim ini memiliki 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya terhadap cahaya matahari. Ia bukan sahaja melindungi kulit malah ia juga mempunyai bahan anti penuaan untuk menjaga kulit agar kekal muda dan bebas dari garis halus dan kedutan. Dengan penghidratan yang mendalam, ia dapat menenangkan kulit kering yang disebabkan oleh pendedahan matahari.

5. Senka Perfect UV Gel SPF50 PA+++ 80g

Sunblock muka gel terbaik untuk kulit jerawat

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.00

Sunblock ini jenis ringan dan tidak memberikan rasa melekit selepas pemakaiannya. Ia diformulasikan dengan rasa silk semulajadi dan asid hyaluronics yang memberikan pelindung yang tahan lama untuk muka dan badan anda. Sangat mudah untuk dibersihkan kerana anda hanya perlu mencuci dengan sabun dan ia memberikan sensasi segar apabila memakainya. Losyen pelindung yang sesuai untuk kegunaan harian anda.

6. Biore UV Perfect Face Milk 30ml

Sunblock muka murah dan untuk kulit berminyak

Harga mulai RM32.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM32.00

Biore UV Perfect Milk Face dirumus khas menghalang kulit daripada menjadi melekit dan berminyak serta berkesan sebagai asas solekan anda. Ia memberi perlindungan tahan lama terhadap sinar matahari UVA & UVB yang berbahaya. Sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana ia tidak menyumbat liang pori dan teksturnya licin apabila dikenakan pada muka.

7. Cetaphil Uva/Uvb Defense Spf50+ 50Ml

Terbaik untuk kulit sensitif

Harga mulai RM74.70

shopping_cart Lazada Malaysia RM74.70

Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan yang sebetulnya bagi mengelakkan iritasi yang lebih serius. Dengan krim pelindung ini ia dapat menjaga kulit anda dari sinar UV yang merbahya dan juga memperbaiki masalah yang dialami. Cetaphil menawarkan sistem penjagaan kulit dengan teknologi  yang terbukti secara klinikal untuk menangani masalah kulit yang sensitif ini.

8. Clinelle UV Defense SPF 50 30ml

Sunblock muka terbaik non comedogenic

Harga mulai RM36.75

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.75

Krim pelindung ini diperkaya dengan spektrum yang menghalang kulit dari penyerapan bahan yang merbahaya. Ia juga dirumuskan dengan peptida mutiara hidrolisis yang berkhasiat dalam melembapkan dan memulih penstrukturan kulit disamping melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Krim pelindung yang bagus kerana ia tidak akan menyumbat liang pori anda dan sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.

9. Cellina Limpidity UV Protection Spray SPF50+ 50g

Sunblock muka jenis spray

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM39.90

Krim pelindung jenis spray ini sangat mudah untuk digunakan. Ia berkesan dalam membantu mencegah dari cahaya UV untuk terus pancar ke wajah anda. Dengan sensasi sejuk dan teksturnya yang tidak melekit memberi keselesaan untuk dipakai. Krim ini selamat untuk dipakai di wajah dan badan kerana ia bebas dari bahan alkohol, minyak mineral dan yang pasti tiada warna tiruan.

Ekstra: Lindungi Kulit Anda Dari Sinaran UV Dengan 10 Sunblock Ini

Disclaimer: The pricing shown is just a good indication of how much these products are worth. The prices could change based on the e-commerce promotions that are going on. If some of the products are not available, do email us at [email protected] Thank you!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!