Jeragat adalah satu kesan tompokan hitam yang halus pada wajah akibat tidak menjaga rutin skincare yang betul. 

Jeragat muka atau kulit yang ada jeragat tidak menjejaskan kesihatan seseorang, namun ia boleh memberi kesan yang mendalam seperti kurang keyakinan diri atau terasa penampilan tidak sempurna.

Oleh sebab itu, penting untuk guna produk hilangkan jeragat atau skincare untuk jeragat agar kulit wajah kembali cantik dan bersih.

Pastikan anda beli skincare terbaik untuk jeragat atau skincare untuk jeragat dan kulit kusam untuk dapatkan kesan yang diinginkan bagi menghilangkan jeragat.

Di sini, kami menyediakan beberapa rekomendasi produk terbaik untuk jeragat bagi membantu anda yang mempunyai masalah kulit jeragat. Selamat mencuba!


editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Pengasas SkynFyx & mediiskinstudio

Dr. Lim Ing Kien chevron_right

Dr. Lim Ing Kien atau lebih terkenal dengan nama Dr. Ingky di media sosial merupakan seorang doktor perubatan yang berkelayakan da ...

Tips Untuk Menghilangkan Hiperpigmentasi Pada Wajah

Tentu menjadi masalah buat wanita yang mempunyai masalah jeragat pada wajah kerana ia akan mengurangkan keyakinan diri.

Tapi jangan risau, anda boleh ikut tips hilangkan jeragat dari Expert kami ini:

Expert avatar
Pengasas SkynFyx & mediiskinstudio

Dr. Lim Ing Kien

Untuk masalah hiperpigmentasi, anda boleh lakukan rawatan topikal seperti penggunaan produk yang mengandungi Hydroquinone, Retinoid, Vitamin C, dan juga Niacinamide.

Selain itu, anda juga boleh lakukan rawatan pengelupasan yang menggunakan asid seperti asid glikolik atau asid salisilik untuk mengelupas lapisan atas kulit, memperbaiki tekstur dan tona.

Tidak lupa juga, ada terapi laser iaitu prosedur seperti IPL (Intense Pulsed Light) yang menyasarkan pigmentasi dan boleh berkesan untuk hilangkan bintik degil.

Atau boleh juga menggunakan kaedah microdermabrasion, satu proses pengelupasan mekanikal yang boleh memperbaiki tekstur kulit dan mencerahkan bintik gelap.

Bagaimanapun, lebih baik mencegah daripada merawat, jadi gunakan pelindung kulit atau sunscreen setiap kali anda keluar rumah.


Cara Memilih Produk Krim Hiperpigmentasi Yang Betul

Sebelum membuat pembelian produk kecantikan wajah, anda perlu buat sedikit research untuk mengetahui bahan apa yang diperlukan wajah anda.

Memilih produk yang betul akan membantu pemulihan wajah anda dan pemilihan yang salah mungkin akan menerukkan lagi keadaan wajah anda.

Expert avatar
Pengasas SkynFyx & mediiskinstudio

Dr. Lim Ing Kien

Cari krim dengan bahan yang terbukti menghilangkan jeragat seperti hydroquinone, retinoid, Vitamin C, asid kojik, dan niacinamide.

Selain itu, pilih produk yang sesuai untuk jenis kulit anda (berminyak, kering, kombinasi, sensitif). Untuk kulit sensitif, pilih formulasi yang lebih lembut.

Anda juga boleh pilih jenama yang mempunyai reputasi baik dengan ulasan positif dan yang mempunyai sokongan klinikal.

Bagaimanapun, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mengenal pasti produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan dan jenis kulit anda.


Bagaimana Cara Untuk Mengelakkan Hiperpigmentasi?

Sememangnya mencegah itu lebih baik daripada merawat, jadi perkara terbaik anda patut lakukan adalah mencegah daripada terkena masalah jeragat.

Antara cara untuk elak kulit anda daripada jeragat adalah:

Expert avatar
Pengasas SkynFyx & mediiskinstudio

Dr. Lim Ing Kien

Anda boleh elak daripada develop masalah jeragat dengan menggunakan sunscreen secara harian, dan pastikan ia mengandungi SPF 30 atau lebih. Sapukan semula setiap dua jam apabila berada di luar.

Selain itu, elakkan berada di bawah matahari semasa waktu puncak (10 pagi hingga 4 petang), atau boleh juga pakai pelindung seperti topi, cermin mata hitam, dan pakaian yang menutupi kulit untuk meminimumkan pendedahan kepada matahari.

Anda juga perlu elakkan skrub kasar atau rawatan yang boleh merengsakan kulit dan menyebabkan hiperpigmentasi di kemudian hari. 

Gunakan juga bahan aktif pencerah penjagaan kulit seperti Vitamin C, alpha arbutin, dan asid kojik untuk mengawal pigmentasi.

Atau anda boleh ambil suplemen yang mengandungi polypodium leukotomas yang telah terbukti dapat mengurangkan dan meminimumkan hiperpigmentasi dengan ketara. 

Satu contoh yang baik ialah Ventamin’s Light Up.


Senarai 11 Produk Hilangkan Jeragat Muka

*PERHATIAN: Jenama produk hilangkan jeragat yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr. Ingky, kecuali dinyatakan.*

Scrub muka untuk jeragat
ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub
ST. IVES
From
RM25.82
Check ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub price below:
Melembapkan kulit wajah
Tidak mengandungi sulfat dan minyak
Sesuai dijadikan scrub atau masker
Stok terhad

Scrub ini menyegarkan kulit yang letih dengan bau oat semula jadi, dan ia tidak terlalu kasar pada kulit.  

Dalam masa yang sama, ia boleh mengangkat kelemumur pada kulit, serta membersihkan liang pori.

Skrub ini juga boleh melembutkan dan melembapkan wajah supaya wajah tidak lagi kelihatan kusam.

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Pencuci muka untuk jeragat
Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser
Cosrx
Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser
From
RM17.10
Check Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser price below:
Mengelupas sel kulit mati
Mempunyai salicylic acid
Membersih liang pori dan lapisan kulit dalam
Melembapkan kulit
Mengurangkan breakout
Tahap pH yang tinggi
Digalakkan pakai bersama sunscreen

Kotoran pada wajah anda yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menyebabkan jeragat.

Tapi jangan risau, gunakan face wash dari COSRX yang mempunyai salicylic acid bagi membersih lapisan kulit yang kotor akibat terdedah dengan persekitaran luar.

Dengan kandungan salicylic acid membersih liang pori serta seluruh kotoran pada wajah anda. 

Ianya juga bagus untuk melawan jeragat, jerawat tanpa mengeringkan kulit wajah. 

Jadi ingat ye, nak kurangkan jeragat perlu bermula dari pencuci wajah!

Suplemen untuk jeragat
Ventamin Light Up
Vetamin
Ventamin Light Up
From
RM329.00
Check Ventamin Light Up price below:
Meningkatkan kelembapan kulit
Melawan kekusaman
Melambatkan kesan penuaan
Harga sedikit mahal

Ventamin Light Up merupakan suplemen yang boleh menyelesaikan masalah kulit kusam, melambatkan proses penuaan, dan mencerahkan hiperpigmentasi. 

Formula canggih ini berfungsi dengan menggunakan kuasa ekstrak semula jadi untuk melindungi, menghidrat, dan meremajakan kulit anda. 

Dengan ekstrak polypodium leucotomas, ia memberikan perlindungan kukuh terhadap sinaran UV yang berbahaya sambil mencerahkan hiperpigmentasi dengan berkesan. 

Ekstrak Kulit Kayu Pine pula melambatkan proses penuaan dan meningkatkan penghidratan kulit, menjadikan kulit anda muda dan lembap. 

Selain itu, N-asetilsistein menyasarkan melasma dan hiperpigmentasi, memastikan kulit yang lebih cerah. 

Setiap kotak mengandungi 30 sachet, dan cara pengambilannya adalah satu sachet sehari diambil bersama 200-250ml air masak.

Toner untuk jeragat
Hada Labo Premium Whitening Light Set
Hada Labo Premium Whitening Light Set
From
RM125.26
Check Hada Labo Premium Whitening Light Set price below:
Memberikan kesan glowing dan menecerahkan
Tidak melekit dan melembapkan kulit
Selamat untuk kulit sensitif
Kesan terbaik adalah dengan set combo

Kulit sensitive tapi berjeragat memang susah nak hadap masalah ni, tapi jangan risau sebab adanya set combo Hada Labo Premium Whitening Light. 

Sesuai untuk diguna pakai bagi kulit sensitif dan berminyak tanpa menyebabkan iritasi dan masalah berjerawat.

Niacinamide, a Arbutin dan Vitamin C memberikan kesan glowing dan mencerahkan sekaligus mengurangkan kesan jeragat serta tona tidak sekata. 

Tekstur pelembap yang mengandungi Hyaluronic acid tidak melekit dan melembapkan kulit.

Kulit sensitif dan berjeragat kini tiada masalah lagi!

Essence untuk jeragat
The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution (240ml)
The Ordinary
From
RM50.00
Check The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution (240ml) price below:
Membersih liang pori
Membuatkan kulit licin dan parut berkurang
Memberikan kesan glowing pada wajah
Memedihkan kulit

Tahukah anda kulit yang berjeragat dan kusam perlukan asid untuk membersihkan kulit wajah? 

Asid yang diperlukan adalah dari The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution membantu membuang kotoran pada kulit wajah termasuk mengurangkan jeragat. 

Kotoran pada liang pori yang juga menyebabkan jeragat ini akan disingkirkan hanya dengan 2 kali penggunaan seminggu sahaja. 

Fungsi Glycolic acid ini untuk pengelupasan bagi memberikan kulit yang sihat dan berseri. 

Kulit makin cerah berseri dan masalah jeragat juga makin berkurang, cuma pastikan anda guna set skincare yang lengkap sebelum menggunakan produk ini ye.

Serum untuk jeragat
The Raw. Arbutin 2% Serum
The Raw. Arbutin 2% Serum
From
RM15.00
Check The Raw. Arbutin 2% Serum price below:
Mencerahkan kulit
Melembabkan kulit wajah yang kering
Mudah menyerap dan ringan pada wajah
Hasil terbaik dengan set lengkap

Diformulasi dengan 3 bahan terbaik seperti Arbutin, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit anda dengan begitu efektif. 

Bukan sahaja mencerahkan, malah tiada lagi masalah kulit wajah berjeragat serta tona tidak sekata. 

Diperkaya dengan Provitamin B5, Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit wajah yang kering

Hasilnya kulit makin berseri, dan serum ini tidak melekit, mudah menyerap pada kulit!

Retinol untuk jeragat
The Raw. Retinol 0.3% Serum
The Raw. Retinol 0.3% Serum
From
RM89.90
Check The Raw. Retinol 0.3% Serum price below:
Memperbaharui sel kulit
Mengurangkan garis kedutan
Meningkatkan penghasilan kolagen
Mengekalkan kelembapan kulit
Mengandungi bahan utama perlindungan lapisan kulit wajah
Tidak dibenarkan untuk ibu mengandung
Tidak sesuai umur 25 tahun ke bawah

The Raw skincare memperkenalkan The Raw Retinol serum yang sesuai untuk kulit berjeragat, kedutan halus, kusam, pori terbuka. 

Produk ini sangat bagus untuk jeragat serta memperbaharui sel kulit dan mengurangkan garis kedutan. 

Bahan utamanya adalah Retinol, sebagai anti penuaan dan meningkatkan penghasilan kolagen sekaligus mengurangkan jeragat pada wajah.

Arginine pula membantu mengekalkan kelembapan kulit dan Polypeptide, menjadikan kulit anjal dan melambatkan kedutan pada wajah. 

Dengan adanya kesemua bahan utama diatas serta 5 essential ceramides sebagai tunggak utama perlindungan lapisan kulit wajah, tak perlu risau dah dengan jeragat pada wajah!

Moisturizer untuk jeragat
SKINTIFIC Symwhite 377 Dark Spot Moisturizer
SKINTIFIC Symwhite 377 Dark Spot Moisturizer
From
RM111.00
Check SKINTIFIC Symwhite 377 Dark Spot Moisturizer price below:
Tidak melekit pada kulit wajah
Mengurangkan kesan tompok hitam
Anti oksidan memberikan tona kulit sekata
Menjadikan kulit lebih cerah
Mengekalkan kelembapan pada kulit
Perlu pakai lama untuk kesan terbaik

Mencari moisturizer terbaik untuk jeragat agak sukar, dimana anda perlu melihat bahan yang terkandung adakah ianya mampu mengurangkan jeragat. 

Kini anda tak perlu risau lagi, moisturizer dari SKINTIFIC diformulasi khas dengan SymWhite377 bagi mengurangkan kesan tompok hitam, jeragat pada wajah.

Selain itu apa yang diperlukan adalah Tranexamic menjadikan kulit lebih cerah serta Glutathione sebagai anti oksidan memberikan tona kulit yang sekata.

Jika anda risau kulit akan kering, bahan seperti Ceramide akan mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari.

Krim jeragat
Eucerin Soothing Cream Body Lotion (50ml)
Eucerin
From
RM51.80
Check Eucerin Soothing Cream Body Lotion (50ml) price below:
Tidak iritasi buat kulit kering & sensitif
Krim serapan pantas ke dalam kulit
Dapat melembapkan kulit
Harga mahal
Meninggalkan kesan berminyak pada kulit

Eucerin dirumus bahan yang memang melembutkan kulit yang tegang, melembapkan kulit kering, mengurangkan kegatalan dan jerawat. 

Dengan kandungan minyak Omega dan Lucochalcone A dalam krim ini telah diuji secara klinikal.

Mereka dapati ia dapat membantu memulihkan masalah kulit yang dihadapi dan sesuai untuk muka dan badan.

Krim ini bebas dari paraben menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi pada kulit. 

Walaupun sedikit berminyak, tapi bila disapukan tidak akan meninggalkan sebarang kesan white cast, krim ini akan menyerap pantas ke dalam lapisan kulit.  

Sunscreen untuk jeragat
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
From
RM31.85
Check Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel price below:
Mengandungi Hyaluronic Acid dan Collagen
Arbutin untuk mengurangkan dark spot
Mempunyai Vitamin B5, C & E
Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian, sangat sesuai dijadikan sunscreen untuk jeragat. 

Krim malam untuk jeragat
NIHON Night Repair Creme
NIHON Night Repair Creme
From
RM134.90
Check NIHON Night Repair Creme price below:
Membuang sel kulit mati pada permukaan wajah
Memperbaiki lapisan kulit wajah
Melawan jerawat serta mengawal lebihan sebum
Mencegah penuaan pada kulit
Sedikit melekit

NIHON adalah jenama skincare yang juga berkesan untuk mengurangkan masalah jeragat.

Masalah jeragat ini memerlukan Lactic Acid, dimana ianya membuang sel kulit mati pada permukaan wajah yang menyebabkan jeragat.

Selain itu, Niacinamide memperbaiki lapisan kulit wajah malah memberikan kesan cerah pada seluruh kulit wajah.

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, bahan seperti Retinol nampu melawan jerawat serta mengawal lebihan sebum (berminyak) pada wajah.

Akhir sekali, Vitamin C ini perlu ada dalam setiap produk untuk mengurangkan jeragat dimana ianya memberikan kulit wajah yang berseri dan sihat.

Semua kebaikkan ini anda akan dapat hanya dengan merehatkan wajah bersama NIHON night repair creme sahaja. Selamat mencuba!

Mask untuk jeragat
Garnier Light Complete Serum Mask
Garnier
From
RM9.90
Check Garnier Light Complete Serum Mask price below:
Estrak lemon dan Vitamin C
Melembapkan kulit wajah
Sesuai untuk kulit sensitif
Perlu pakai dengan kerap

Jenama Garnier popular dengan formulasi pencerahan jadi dengan mask ini anda boleh mendapatkan tona kulit lebih sekata dan bintik hitam berkurangan. 

Formulasi ekstrak lemon dan Vitamin C ini khas untuk anda dengan kulit kusam dan tidak bermaya. 

Bila pakai mask, mampu meredakan masalah kulit tidak bermaya dan membekalkan nutrisi yang diperlukan pada kulit wajah.

Mask ini juga memberi kelembapan menyeluruh pada kulit, hanya dengan pemakaian 1 mask, ibarat menggunakan serum selama seminggu.


Apa itu jeragat dan punca terjadi jeragat?

Jeragat? Apa punca sebenar terjadinya pembentukkan jeragat pada wajah

Jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan akses minyak yang terkumpul di bawah saluran kelenjar sebum atau nama saintifiknya, Sebaceous; sejenis akar rambut yang telah dicemari oksida berbahaya. 

Jeragat terbentuk dalam tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung juga kawasan di sekitar bibir. 

Kesannya, jeragat di muka menyebabkan terjadinya tona kulit tidak sekata dan anda mungkin memerlukan skincare untuk kulit kering dan jeragat bagi merawatnya jika kulit wajah anda jenis kulit kering.

Tapi tak mengapa, ada beberapa langkah dan pemakaian produk yang mampu untuk anda amalkan bagi mengurangkan jeragat tersebut. 

Anda boleh ikut senarai produk yang kami cadangkan mengikut turutan sebagai langkah untuk merawat dan mencegah jeragat pada kulit wajah.