Product in this article

Foundation sememangnya menjadi salah satu barang solekan yang penting untuk para wanita. Ia digunakan sebelum memakai bedak untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih sempurna kerana ia dapat menutupi sebarang kesan cela yang ada di wajah anda. Tetapi, itu semua bergantung kepada jenis foundation yang dipakai.

Antara manfaat yang boleh didapati dalam pemakaian foundation adalah ia tahan lama, mempunyai SPF untuk perlindungan kulit, menutupi cela, dapat mencerah serta melembapkan kulit anda. Pastikan anda memilih foundation mengikut tona kulit yang bersesuaian agar tidak nampak pelik ketika memakainya. Berikut beberapa jenis foundation yang mungkin boleh menjadi panduan untuk anda ketika memilihnya.

1. BOURJOIS Healthy Mix Serum Foundation (#53 Beige Clair)

Foundation terbaik dari drugstore/farmasi untuk kulit kering

Harga mulai RM41.93

shopping_cart Watsons Malaysia RM41.93

Produk dari jenama Bourjois ini menggunakan bahan semulajadi yang akan melembapkan kulit wajah anda serta menghalang dari kekeringan. Jika anda suka menggunakan bedak asas dalam jumlah sedikit, foundation jenis gel ini jawapan yang sesuai. Teksturnya yang ringan dan mengandungi ekstrak buah-buahan serta dapat menyihatkan kulit anda tanpa menyebabkan iritasi. 

Diekstrak dari buah laici, goji beri dan delima yang kaya dengan vitamin semulajadi. Kulit anda akan kelihatan kenyal dan mengembalikan keanjalan seperti awet muda. Berada dalam kategori medium coverage, hasil solekan anda akan tampil ‘glowing’.

Baca juga: 10 Jenama Foundation Muka yang Sesuai untuk Kulit Kering

2. L'Oreal True Match Liquid Foundation

Terbaik untuk kulit kombinasi seperti muka cepat berpeluh di Zon-T

Harga mulai RM33.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM33.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM44.90

Anda mempunyai 9 warna untuk memilih yang sepadan dengan tekstur & tona kulit anda. Mampu mendedahkan kualiti kulit yang lebih cantik, formula mudah sebati memberikan kemasan yang tidak akan bercapuk di muka anda jika berpeluh di bahagian wajah. Diuji oleh ahli dermatologi, foundation ini bebas minyak dan tiada wangian tambahan. 

Sesuai untuk anda yang cepat berpeluh di bahagian muka terutamanya pada Zon-T. Hasilnya, foundation ini tahan lebih lama dan semula jadi yang memberikan anda penghidratan selama 24 jam.

3. ELIANTO Whitening Stick Foundation (04 Classic Beige)

Foundation yang mengandungi SPF - untuk memutihkan kulit wajah

Harga mulai RM109.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM109.90

Krim asas ini sangat mudah dipakai dan mudah sebati pada kulit. Formula ringan yang canggih memberikan rasa sangat halus dengan liputan tertinggi dan tidak melekit pada kulit anda. Selain itu, produk ini mengandungi fungsi pemutihan dengan SPF60 + / PA +++ supaya kulit tampak lebih natural.

Dengan menggunakan produk ini, ia dapat menutupi semua ketidaksempurnaan pada wajah seperti liang, garis halus dan bintik-bintik gelap.

4. SILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation (02 Natural)

Terbaik untuk remaja dan beginner – harganya mampu milik

Harga mulai RM24.21

shopping_cart Lazada Malaysia RM24.21

Krim asas Silkygirl dengan kandungan Nano Seaweed Plus Vitamin E ini bertindak sebagai anti-oksidan terhadap radikal bebas yang melindungi kulit dari garis halus. Ia mengandungi SPF 30 dan PA +++ untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya. 

Tambahan pula, kulit dapat dilindungi dengan sempurna kerana teksturnya yang ringan, sekaligus memberi efek lebih sekata dan bebas cela.

Baca juga: 8 Foundation Bagus Dibawah RM50 Yang Boleh Dibeli Online

5. REVLON Colorstay Makeup for Oily/Combination Skin (30ml)

Gunakan foundation full coverage ini agar wajah tampil ‘glowing’

Harga mulai RM64.44

Dirumus khas dengan formula kawalan bebas minyak dan kekal ‘glowing’, produk Revlon ini dapat memberi kemasan matte sehingga 24 jam. Mempunyai 22 warna yang cantik dan tahan lama untuk anda pilih. Selain itu, segala cela dapat ditutup sepenuhnya dengan formula ringan yang tidak akan bercapuk atau pudar.

Dirumuskan khusus dengan Teknologi Release Time untuk kulit kombinasi atau berminyak supaya penyerapan minyak dapat dikawal dan kulit sentiasa bersinar. 

6. E.L.F Acne Fighting Foundation

Foundation sesuai untuk kulit sensitif

Harga mulai RM42.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM42.00

Krim asas ini terbaik digunakan untuk melindungi jerawat dan menutup kesan parut jerawat pada kulit wajah sehingga tidak nampak cela. Bukan sahaja baik untuk kulit berjerawat malahan buat anda yang memiliki kulit sensitif juga, foundation ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi pedih atau iritasi selepas memakainya. 

Diperkaya dengan asid Salicylic, Witch Hazel, Camphor, Tea Tree dan Soothing Aloe, foundation full coverage ini mampu untuk mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat serta menghapuskan sel-sel kulit mati. Saiznya yang kompak, boleh dibawa kemana sahaja.  

7. MAYBELLINE Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation (30ml)

Foundation non-comedogenic – sesuai untuk kulit cenderung jerawat

Harga mulai RM34.93

Rangkaian foundation dari jenama Maybelline ini merupakan krim asas yang sangat sesuai untuk kulit berminyak cenderung berjerawat. Ianya merupakan bedak asas terbaik di pasaran terutamanya dikalangan penggemar alat solekan dan penatarias wajah profesional. Dilengkapi dengan micro-powder jenis tidak berminyak, mampu untuk menyerap minyak berlebihan di kulit wajah serta melindungi cela di wajah. 

Sapukan sahaja pada wajah, kulit anda akan tampil lebih natural dan berseri. Tidak kelihatan seperti anda memakai krim asas. Foundation non-comedogenic ini, sesuai untuk dipakai setiap hari. 

Baca juga: Tingkatkan Keyakinan Anda dengan 7 Foundation Terbaik Untuk Kulit Berjerawat

8. INNISFREE My Foundation 2.5 (30ml)

Terbaik untuk pengantin kelihatan natural

Harga mulai RM97.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM97.00

Foundation ini menyediakan liputan yang penuh untuk menutupi dan membetulkan ketidaksempurnaan kulit. Ianya memberi peluang kepada anda untuk memilih shade foundation yang diingini dengan 3 tahap untuk lembapan dan coverage, sesuai mengikut tona kulit wanita Asia. 

Bahan yang dalam foundation ini diekstrak khas dari Kepulauan Jeju serta diperkaya dengan Mineral Cover Complex, ianya sesuai untuk semua jenis dan tona kulit anda. 3 tahap lembapannya untuk mendapatkan kemasan dari matte, semi-matte sehingga glow finish, wajah anda akan tampil lebih natural semasa duduk di persinggahan pelamin.  

9. NYX Professional Makeup Total Control Drop Foundation (13ml)

Foundation jenis ringan – untuk melembapkan kulit wajah

Harga mulai RM51.17

shopping_cart Hermo Malaysia RM51.17

Krim asas yang ringan dan memberi penutupan yang sepenuhnya untuk kesan cela yang ada di muka anda. Bukan sahaja itu, ia juga turut mengekalkan kelembapan walaupun sepanjang hari pemakaian. Mempunyai 9 warna yang boleh dipilih mengikut jenis tona kulit anda. Titiskan di hujung jari dan sapu secara merata ke muka, anda pasti menyukai hasilnya.

10. THE BODY SHOP Fresh Nude Foundation (30ml)

Foundation organik, boleh merawat kulit bermasalah

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM99.00

Krim asas yang diperkaya dengan air mawar dan lidah buaya, formula menghidrat ini menjadikan kulit berasa segar dan selesa sepanjang hari. Ia juga mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit anda dan menghasilkan kemasan separuh matte.

Pilih daripada 16 warna yang diilhamkan untuk rupa kulit semula jadi yang berwajah segar dan asli. Sesuai untuk kulit yang sensitif, berjerawat dan telah diuji secara dermatologi.

11. M.A.C Pro Longwear Nourishing Waterproof Foundation

Foundation yang waterproof dan tahan lama

Harga mulai RM179.00

shopping_cart M.A.C RM179.00

Formula kalis air yang boleh digunakan sebagai asas atau concealer, dan tahan selama 24 jam. Formula menggabungkan rasa liputan yang ringan dan penuh rasa satin semulajadi apabila dikenakan pada kulit. Selain itu, turut menyediakan penghidratan segera dan sesuai untuk pemakaian jangka panjang kerana ia bebas minyak. Menyediakan warna tetap untuk tona kulit anda dan telah diuji ahli dermatologi.

12. FENTY BEAUTY Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation (32ml)

Foundation bebas minyak – terbaik untuk kulit gelap

Harga mulai RM145.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM145.00

Ia adalah foundation jenis matte lembut, mempunyai liputan yang penuh untuk muka anda dan datang dengan 40 warna mengikut kesesuaian kulit anda. Formula bebas minyak dibuat dengan teknologi penyesuaian mengikut cuaca yang tahan terhadap peluh dan kelembapan, sesuai untuk anda si berkulit gelap.

Foundation ini tidak akan menyumbat liang-liang pori supaya kulit wajah anda tidak kelihatan berminyak dan merosakkan muka. Sentiasa goncang sebelum digunakan untuk mendapatkan hasil yang sempurna dan tahan lama.

Baca juga: 10 Pilihan Foundation Muka Terbaik Khas untuk yang Kulit Berminyak

13. NARS Sheer Glow Foundation (30ml)

Foundation terbaik untuk menutup kesan jeragat

Harga mulai RM184.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM184.00

Krim asas dari Nars ini mempunyai tekstur yang ringan dan sangat lembut pada kulit wajah, terasa seperti anda tidak memakai apa-apa pun pada muka. Sesuai dipakai setiap hari dan sepanjang masa, anda akan kelihatan cantik berseri dengan sekali sapuan. Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat juga, foundation ini terbaik untuk anda. 

Bahan kandungannya bebas minyak, foundation ini mampu memberikan coverage terbaik untuk kulit wajah serta menutup kesan jeragat, blackheads, whiteheads, jerawat dan segala cela yang timbul pada kulit. 

14. SIMPLYSITI Argan Wonder Foundation Skin Perfecting SPF20 PA++

Foundation halal dari brand lokal

Harga mulai RM64.90

shopping_cart FashionValet RM64.90

Krim asas daripada brand lokal ini mampu menutup cela di wajah sambil mengembalikan keremajaan kulit wajah yang dilengkapi dengan bahan anti-penuaan. Garis-garis halus, kedutan dan kulit anda akan menjadi lebih sekata dengan krim asas bertekstur ringan ini. Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit supaya anda tampak segar sepanjang hari. 

Dengan mengandungi minyak Argan, foundation ini bertindak sebagai agen penghapus penuaan dan kulit anda akan kelihatan lebih anjal. Dijamin halal kerana bebas paraben, pewangi tiruan dan minyak mineral. 

15. RIMMEL Wake Me Up Foundation (30ml)

Foundation sesuai untuk kegunaan harian kaum lelaki

Harga mulai RM22.43

shopping_cart Hermo Malaysia RM22.43

Wajah anda kelihatan letih setiap hari akibat stres di tempat kerja? Foundation dari Rimmel ini sesuai untuk anda yang inginkan wajah tampil segar sepanjang hari walaupun bebanan kerja semakin bertambah. Diperkaya dengan Vitamin C, SPF20 dengan serbuk mutiara, ianya akan mencerah serta mengekalkan kesegaran pada kulit wajah sepanjang hari. 

Bagi kaum lelaki, anda pasti lebih suka melepak dengan sahabat-handai atau melakukan aktiviti luar. Gunakan sahaja foundation ini untuk sekatakan kembali tona kulit dan kulit kusam akan terhapus sehingga wajah anda tampil ‘glowing’ tanpa memakai krim pemutih.

Ketahui Cara Memilih Foundation Sesuai Dengan Tona Kulit

Bagi yang baru sahaja mahu mula untuk bersolek, pasti anda buntu untuk memilih solekan asas mengikut kesesuaian tona kulit. Ada cara yang lebih tepat untuk anda mengetahui samada solekan ini sesuai atau tidak terutamanya cara memilih foundation. Sudah tentu kita tidak mahu rona foundation yang terlalu terang dengan kulit gelap, bukan? Nanti nampak macam badut pula!

Nah, ikuti cara berikut; tentukan foundation melalui pembuluh darah melalui 3 kategori ini.

Eh? Macam mana tu?

Lihatlah pembuluh darah di pergelangan tangan kerana warna urat disitu lebih terang berbanding bahagian lain pada badan anda. Jika pembuluh darah berwarna biru atau ungu, rona asas kulit anda adalah jenis cool. Bagi yang mempunyai pembuluh darah berwarna hijau, warm adalah rona asas kulit anda. Dan yang mempunyai pembuluh darah kedua-dua warna sekali, rona asas kulit anda adalah neutral.

Tips Memilih Foundation Tepat Untuk Kulit Sawo Matang

Tahukah anda apa perbezaan di antara kulit sawo matang dan gelap? Kulit sawo matang lebih kepada tona kulit coklat dan ke arah gelap. Mencari foundation yang sesuai juga untuk tona kulit seperti ini, bukannya mudah. Haruslah kenalpasti jenis dan tona kulit sebelum memilih foundation agar wajah anda tidak kelihatan bertompok.

Elakkan memilih foundation yang mengandungi zink oksida (zinc oxide). Selalunya zink oksida boleh didapati pada foundation yang mengandungi bahan seperti sunscreen. Untuk tampil lebih berani, cubalah foundation cerah satu tona dari kulit anda.

Cara Memilih Foundation untuk Kulit Gelap 

Kebanyakan selebriti wanita dari luar negara, mempunyai asas tona kulit gelap. Anda sudah tentu kenal dengan Taraji P. Henson, Halle Berry, Beyonce, Alicia Keys dan ramai lagi. Seperti kulit sawo matang, kulit gelap juga menghadapi masalah untuk memilih bahan asas solekan yang bersesuaian. Jangan lihat rona foundation dari kemasannya. Anda harus mencuba sendiri ke atas kulit semasa membeli. Kan ada tester? Nah, sapukan sedikit ke atas kulit untuk melihat samada rona foundation itu sesuai atau tidak.

Kalau masih tidak menemui rona foundation yang sesuai untuk kulit anda, campurkan sahaja 2 atau lebih rona foundation berbeza untuk mendapatkan tona sesuai. Tips penting : campurkan foundation yang mempunyai bahan asas yang sama. Misalnya, jika foundation A ada bahan asas matte, pastikan foundation B juga yang sama. Selamat mencuba!

Cara Memilih Foundation Untuk Kulit Putih

Untuk anda yang memiliki kulit putih, tidak digalakkan memakai foundation satu tona lebih cerah dari tona kulit anda. Anda akan kelihatan seperti memakai topeng pula nanti! Kulit berwarna putih atau cerah selalunya digelar sebagai undertone cool.

Apakah warna yang sesuai dengan undertone cool? Rona yang sesuai untuk undertone cool adalah lebih kepada warna pastel dan lembut seperti pink, ivory atau bronze. Jika anda masih tidak pasti, lakukanlah rujukan untuk mencari foundation yang sesuai buat kulit. Cuba dulu ke atas kulit. Harus membuat pilihan dengan lebih bijak agar tidak memilih foundation yang akan membuatkan kulit anda tampak pucat.

Cara Memilih Foundation untuk Kulit Kuning Langsat

Wanita yang mempunyai kulit cerah di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Korea, Jepun dan China, dipanggil sebagai kuning langsat. Kuning langsat mempunyai 2 pigmen berbeza dalam kulit iaitu cerah dan sedikit gelap. Walaupun kulit jenis ini lebih kepada cerah, tetap tidak tampil pucat. Bagi anda yang memiliki tona kulit ini adalah beruntung kerana sangat senang untuk menyuaipadan semua jenis warna pakaian dan dapat mengenakan apa sahaja rona untuk solekan.

Maka pilihlah foundation sesuai untuk si kuning langsat yang berasaskan daripada matte. Bahan yang terkandung dalam foundation itu, mampu untuk memberi full coverage pada wajah anda dan sekatakan tona kulit supaya tidak tampak berbelang. Rona shade yang sesuai adalah yellow, beige, golden, honey atau caramel.

Cantik itu subjektif. Yang penting, sifat dan peribadi haruslah dijaga dengan sebaiknya.

“Beauty is power.”


Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!